TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

16
TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 62 SESI 1 29 APRIL 2019 (ISNIN) DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU

Transcript of TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

Page 1: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR

MAJLIS KONVOKESYEN KE- 62

SESI 1

29 APRIL 2019 (ISNIN) DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU

Page 2: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

2

میحرلا نمحرلا الله مسب ھتاكربو الله ةمحرو مكیلع ملاسلا

Salam Sejahtera and A Very Good Morning

نیملاعلا بر 7 دمحلا يلسرملاو ءایبنلأا فرشأ ىلع ملاسلاو ةلاصلاو

نیعمجأ ھبحصو ھلآ ىلعو .

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, Canselor UTM. Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun,

Patik dan seluruh warga UTM merafak sembah,

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku

berangkat ke Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62, seterusnya mengurniakan ijazah

dan pelbagai anugerah kepada graduan pada pagi ini.

Ampun Tuanku, Izinkan patik berucap kepada sidang hadirin.

Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor dan Yang Dihormati Datin, Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri Pro Canselor dan Puan Sri, Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Puan Sri, Yang Berbahagia Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib-Naib Canselor dan wakil Naib Canselor Universiti Awam, Yang turut diraikan ketiga-tiga bakal penerima Gelaran Profesor Emeritus, Pegawai Kanan Universiti, Datuk-datuk, Datin-datin, dif-dif jemputan, ahli Senat, para profesor dan pensyarah, para graduan, ibu bapa dan keluarga graduan dan sidang hadirin sekalian.

Page 3: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

3

Marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu

Wataala atas rahmat dan izin-Nya jua, kita semua dapat bersama dalam Majlis

Konvokesyen UTM kali ke-62 ini. Suatu majlis yang semestinya amat dinantikan dan

menjadi satu catatan sejarah khususnya kepada para graduan, ibu bapa, dan

keluarga. Kami seluruh warga UTM turut juga berkongsi kegembiraan ini, melihat anak

didik kami berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dan bakal memulakan

langkah mengharungi kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan

sejagat.

Para Graduan, Ibubapa dan Sidang hadirin sekalian, Pada Majlis Konvokesyen UTM kali ini, seramai 1,757 orang graduan akan menerima

pelbagai anugerah dan perinciannya seperti tertera di skrin dan buletin konvokesyen.

Sebagai makluman, sehingga Konvokesyen ke-62 ini, UTM telah melahirkan seramai

194,203 graduan dengan 7,915 adalah graduan antarabangsa daripada lebih 75 buah

negara.

Pada Majlis Konvokesyen kali ini, Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Mohd Azraai bin

Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dianugerahkan

gelaran Profesor Emeritus atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di UTM.

Tahniah diucapkan kepada Prof Ir. Dr. Mohd Azraai atas pelantikan sebagai Naib

Canselor UiTM yang ke-5 baru-baru ini. Satu lagi pencapaian UTM yang sangat kita

banggakan. Universiti juga akan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Majid A. Kadir dan Yang Berusaha Dr Noor Sharipah

Binti Sultan Sidi, kedua-duanya merupakan mantan profesor di Fakulti Alam Bina dan

Ukur, UTM.

Para Graduan sekalian, Tentunya saudara/i sedar ketika saudara/i bersusah payah berjuang mendapatkan

segulung ijazah yang bakal diterima sebentar lagi, saudara/i bukan keseorangan.

Sudah pasti doa, dorongan dan pengorbanan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan dan

para pensyarah dan warga UTM seluruhnya adalah antara penyumbang kepada

Page 4: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

4

kejayaan anda. Maka, saya ingin mengajak para graduan untuk bangun [**graduan

bangun] …. dan lihatlah wajah ibu dan ayah, keluarga, serta para pensyarah, kepada

mereka dan kepada diri anda, mari sama-sama kita melahirkan rasa kegembiraan dan

tanda syukur dengan memberi tepukan paling gemuruh!... Terima kasih semua!

Para Graduan Sekalian,

Ilmu yang anda miliki adalah satu amanah bagi membina kesejahteraan sejagat

sebagaimana dinyatakan dengan jelas dalam misi dan visi UTM. Saudara/i harus

faham setinggi mana pun ilmu, tetapi sekiranya disalah guna sehingga membawa

kerosakkan kepada masyarakat itu adalah satu pengkhianatan. Namun saya yakin

sebagai graduan UTM, dengan segala proses pembelajaran yang dilalui, termasuk

pengalaman kampus transformatif yang disusun rapi, anda telah ditanam dengan nilai-

nilai murni yang selari dengan 4 nilai teras UTM iaitu Integriti, Sinergi, Cemerlang dan

Lestari. Nilai murni ini seharusnya terrpahat di dalam minda dan dihayati bagi

membentuk keperibadian yang mulia dalam memimpin masyarakat dan inilah DNA

UTM yang menjadi kebanggaan kita bersama.

Para Graduan sekalian,

Saudara/i sudah tentu amat maklum kemelut politik dan ekonomi yang sedang berlaku,

kebejatan sosial dan gangguan kepada kelestarian alam sekitar, sama ada

diperingkat nasional mahu pun global. Keadaan ini cukup meresahkan dan menjadi

salah satu cabaran besar yang perlu kita hadapi bersama. Kita tidak boleh bersikap

mementingkan diri dengan membiarkan keadaan ini tanpa ada sedikit pun rasa

tanggungjawab membetulkannya. Atau mengharapkan orang lain yang bertindak.

Atau lebih buruk jika kita juga terjebak memburukkan keadaan. Jika demikian sikap

kita, lambat laun, jika tidak kita, anak cucu kita akan terkesan dengan tragedi ini.

Justeru saya menyeru para graduan di dalam dewan ini marilah sama-sama kita

mengambil tanggungjawab ini, memimpin masyarakat membuat perubahan ke arah

kebaikan. Walau sekecil mana pun peranan yang kita mainkan, saya yakin itu

merupakan satu bentuk sumbangan berharga kepada masyarakat sejagat.

Page 5: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

5

Para Graduan sekalian, Di kesempatan ini saya ingin berkongsi satu formula yang boleh menjadi panduan kita

dalam mengharungi kehidupan. Saya namakan formula ringkas ini 4S.

S pertama – Sense of mission. Misi hidup yang jelas, berdasarkan nilai yang murni

dan luhur, akan menjadi kompas kehidupan. Dari sinilah akan terbentuk kekuatan

dalaman dan tidak mudah tergugat atau terasa lemah dengan apa jua cabaran. Saya

yakin misi kita bukanlah setakat berfikir dan berusaha untuk kejayaan diri sendiri dan

ahli keluarga. Jadi fikirlah dengan mendalam apa misi hidup anda?.

S kedua – Struggle atau perjuangan. Misi hidup yang perlu di capai adalah satu

perjuangan. Justeru janganlah ada perasaan takut atau lemah apabila berdepan

dengan cabaran, kerana ianya adalah asam garam hidup. Peribahasa ada menyebut,

yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Malah kita harus

selalu bertanya sekiranya segalanya datang dengan mudah, mungkin di sana ada

sesuatu yang tidak kena.

S ketiga – Sacrifice atau pengorbanan. Bukanlah satu perjuangan jika tidak ada

pengorbanan. Bersedia berkorban merupakan salah satu dari kekuatan yang perlu ada

dalam mencapai misi kehidupan. Antara bentuk pengorbanan adalah mengutamakan

orang lain, tidak bertanya apa yang kita dapat, malah berkorban demi kebahagian

orang lain.

S keempat – Sincerity atau keikhlasan. Keikhlasan akan menjadi penawar kepada

kesakitan dalam perjuangan. Dari rasa ikhlas akan lahir sifat tabah, sabar, penuh

berintegriti dan bersedia berkorban demi mencapai misi kehidupan.

Para graduan, ibu bapa dan hadirin sekalian, UTM sentiasa berusaha memastikan peningkatan reputasinya sebagai salah satu

institusi pengajian tinggi terbaik diperingkat global. Kita juga berusaha menawarkan

sesuatu yang unik kepada pelajar, industri dan pemegang taruh yang lain. Kita yakin

dengan pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan kita mampu melahirkan graduan

Page 6: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

6

yang berupaya berdepan dengan cabaran industri 4.0, antaranya berminda usahawan,

inovatif, dan diperkasakan dengan nilai kemanusiaan yang holistik.

Kita sentiasa peka dengan pencapaian UTM. Plan Global UTM yang meletakkan

sasaran pencapaian UTM pada tahun 2020 telah menampakkan hasilnya.

Pencapaian paling baharu yang sangat membanggakan kami ialah siswa UTM,

Saudara Mohd Syafiq Rahmat telah dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau terpilih dari ratusan ribu siswa/siswa

seluruh negara.

QS World University Rankings di bawah kategori bidang subjek Kejuruteraan dan

Teknologi, telah meletakkan UTM pada kedudukan 100 terbaik dunia bagi 4 displin

pengajian, iaitu Arkitek dan Alam Bina, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Awam dan

Struktur, serta Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Selain itu, UTM berada pada

kedudukan ke-18 dalam dunia, mengikut Penarafan QS bagi universiti di bawah usia

50 tahun. Kecemerlangan ini adalah berkat kerja keras, pengorbanan dan keihklasan

seluruh warga UTM. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan penghargaan

setinggi-tingginya kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga

UTM, dan juga kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan UTM.

Insha-Allah dengan kefahaman mendalam terhadap visi dan misi UTM, serta

keikhlasan setulusnya melaksanakan amanah ini, dan semangat membujur lalu,

melintang patah, saya yakin tiada gunung yang tidak mampu kita takluki, tiada lurah

yang tidak mampu kita turuni dan tiada lautan yang tidak mampu kita renangi.

Para Graduan sekalian, Anda kini adalah alumni UTM. Justeru, kami amat berbangga, berbesar hati dan

mengalu-alukan para graduan sekalian untuk mencurahkan pengetahuan,

pengalaman dan kepakaran bagi meneruskan kegemilangan UTM.

Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jika

semalam anda dibantu, esok anda perlu membantu. Anda tahu bagaimana

Page 7: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

7

gembiranya hati apabila dibantu oleh mereka yang mampu. Jadi, suatu waktu nanti

anda akan mengalami satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila anda mampu

membantu dan menggembirakan orang lain.

Justeru kami mengalu-alukan sumbangan anda dalam pelbagai bentuk termasuklah

ke Tabung Endowmen, Tabung Wakaf, dan Tabung Because We Care Chancellor

Fund, untuk dimanfaatkan kepada mahasiswa yang memerlukan. Sebagai makluman,

sehingga kini UTM telah menerima sumbangan lebih RM 3.2 juta daripada para alumni

UTM daripada jumlah keseluruhan Endowmen yang berjumlah lebih RM94 juta.

Melalui Endowmen ini, sebanyak RM19.6 juta telah dimanfaatkan kepada 630 orang

siswa/siswi dalam bentuk pemberian biasiswa sejak 2011. Daripada jumlah tersebut

294 graduan telah berjaya menamatkan pengajian.

Pisang emas dibawa belayar

Masak sebiji di atas peti

Pinjaman PTPTN jangan lupa dibayar

Tabung UTM juga sentiasa ada untuk diisi

Para Graduan dan Alumni UTM sekalian,

Taburkan bakti ke seluruh alam

Serlahkan bakat usah dipendam

hari ini dikau pergi

Alumni UTM yang perkasa

Bertebaran berjasa di merata dunia

Andai esok terkenang UTM di sanubari

Taman ilmu yang dicintai

UTM sentiasa dengan tangan terbuka

Menanti kembali bakti anda semua

Page 8: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

8

UTMmyhome. UTM is your home.

Ampun Tuanku, Patik mewakili seluruh warga UTM menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keperihatinan

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor yang amat mendalam dan berterusan

terhadap kebajikan dan pembangunan pelajar universiti ini. Patik dan seluruh warga

universiti merasa amat terharu di atas ketulusan hati dan budi Tuanku.

Patik dan seluruh warga Universiti merakamkan sembah takzim dan mendoakan Duli

Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri

Johor, Canselor UTM agar sentiasa berada dalam kesejahteraan, kesihatan yang baik

dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu WaTaala.

Seterusnya ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor, Pro-

Canselor, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah dan para tetamu kerana sudi

meluangkan masa menghadiri majlis Konvokesyen ini.

Burung cenderawasih terbang tinggi

Hinggap sebentar di pohon kasturi

Insha-Allah jika diizin Illahi

Di lain ketika, kita bersua lagi

Ampun Tuanku, Sekian sahaja ucapan patik. Patik sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-

tinggi kasih yang tidak terhingga kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas perkenan

berangkat ke Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-62 ini.

, ةیادھلاو قُیفوتلا bاِبو

ھتاكربو اللهةمحرو مكیلع ملاسلاو

Page 9: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

9

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR

MAJLIS KONVOKESYEN KE- 62

SESI 1

29 APRIL 2019 (ISNIN) DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU

[ENGLISH]

Page 10: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

10

میحرلا نمحرلا الله مسب ھتاكربو الله ةمحرو مكیلع ملاسلا

Salam Sejahtera and A Very Good Morning

نیملاعلا بر 7 دمحلا يلسرملاو ءایبنلأا فرشأ ىلع ملاسلاو ةلاصلاو

نیعمجأ ھبحصو ھلآ ىلعو . With deep reverence to Her Majesty Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri of Johor, Chancellor of UTM. I would like to express the gratitude of the entire UTM community to her Majesty for

consenting to grace this 62nd UTM Convocation Ceremony, and to bestow degrees and

awards to the respective award recipients and UTM graduates.

Your Majesty, Please allow me to speak to the audience

Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Sharuddin Jamal, Chief Minister of Johor, and Yang Dihormati Datin, Yang Berbahagia Tan Sri Pro Canselors dan Puan Sri, Yang Berbahagia Tan Sri, Chairman of the University Board of Directors and Puan Sri Yang Berbahagia Members of UTM Board of Directors Yang Berbahagia Vice Chancellors and representatives of the Vice Chancellors of public universities, Our Three Recepients of Emeritus Professor Title Distinguished Guests, Senior Officials and University Senate Members, all Datuk and Datin, Professors and Lecturers, Graduands, Parents and Family Members of Graduands, Ladies and Gentlemen.

Page 11: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

11

First and foremost, praise be to Allah Subhanahu Wataala for with His grace and

blessing, we are able to gather here at this 62nd UTM convocation ceremony, a

ceremony that is important and much awaited for by all graduands, parents, families

and UTM community. We in UTM are proud to share this happiness to see that our

students have managed to successfully complete their studies and will soon start

pursuing their career in the real world and in turn, contribute back to the society for

universal wellbeing.

Graduands, Parents, Ladies and Gentlemen, At this 62nd UTM Convocation Ceremony, a total of 1,757 graduands will be conferred

their respective degrees as published on the screen and in the convocation bulletin.

For the record, up to this 62nd Convocation, UTM has produced a total of 194,203 graduates of whom 7,915 are international graduates from over 75 countries.

Heartiest Congratulations to all!

At this Convocation Ceremony, Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Azraai bin Kassim,

the Vice Chancellor of Universiti Teknologi MARA (UiTM) will be confered the Emeritus

Professor title for his contribution and long service to UTM previously. Congratulations

to Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim for the appointment as the 5th UiTM Vice

Chancellor recently. It is an achievement that UTM is very proud of.

UTM will also confer the Emeritus Professor title to Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul

Majid A. Kadir and Yang Berusaha Dr Noor Sharipah Binti Sultan Sidi, who are both

former professors at the Faculty of Built Environment and Surveying, UTM.

Dear Graduands, You must have realised that while you were busy studying and struggling to complete

your studies to get your degrees, you did not just go through it alone. Believe it or not,

your parents, family members, friends, lecturers and everyone in UTM community have

contributed to your success, directly or indirectly. Behind your success,there are

people who have helped you and sacrificed for you.

So I would like to ask all of you, Graduands, get off your seats and please rise.

Turn around and look behind you, see the happy faces filled with joy -your parents,

family members, lecturers and all those who have contributed towards your success,

Page 12: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

12

so let us together show your utmost appreciation by giving them a bid round of

applause to show your utmost appreciation. Thank you for all your help.

Dear Graduands, The knowledge that you have gained is a kind of trust to develop a prosperous society

which is clearly manifested in UTM mission and vision. You need to understand that

regardless of how knowledgeable you are, if the knowledge is used to cause

destruction to the society, it then becomes a betrayal. Nevertheless, I am confident

that as a UTM graduand, the learning experience that you have undergone, including

transformative campus experiences that were organised, you have been planted with

good values that represent UTM core values of Integrity, Synergy, Excellence and

Sustainability. Those core values should be ingrained in your mind and internalised to

shape a noble character that would enable you to become leaders in the society and

this is a UTM DNA that we are all proud of.

Dear Graduands,

You must be aware of the political and economic crisis that we are facing now and the

crisis is giving a negative impact to the social wellbeing and it can affect the

sustainability of the environment, be it at the national level or global. This is worrying

and it becomes a major challenge that we must face together. We cannot be selfish by

letting it happen without feeling any responsbility to straighten things up. We cannot

just sit and hope that other people will step forward to correct things. Our future

generation might suffer if we just sit back without taking any action.

Therefore, i am calling all of you, graduands in this hall to take this responsibility to

lead the community to improve the situation for the better. It does not matter how small

the contribution is, because i am confident that it is a highly valuable contribution to the

society.

Page 13: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

13

Dear Graduands,

I would like to take this opportunity to share one formula that can be used as your True

North. I called this a 4S formula:

The first S – Sense of mission. A clear mission in life which is pure and noble would

be able to guide you. This will create the internal strength that enables you to face any

adversity. I am sure that our mission is not just to think and work for our own success

and for our family only. Thus, think carefully of what is your life mission.

The second S – Struggle. Achieving our life mission is a struggle. We have a Malay

idiom that says nothing comes easy in life. So do not feel scared or weak when facing

life challenges because it is all part and parcel of life. In fact, we have to always ask

ourselves if and when things come to us easily because there might be a catch there

or something might not be right.

The third S – Sacrifice. With every struggle, there comes sacrifice. A struggle is not

complete without a sacrifice. Readiness to sacrifice is one of the strengths that we

must have in reaching our life mission. One of the sacrifies we can make is to put

others first, or prioritise other people over ourself, not asking what we get from a job

done, and sacrifice for other people’s happiness.

The fourth S – Sincerity. Sincerity can become a cure to the pain we feel in our

struggle. Sincerity can lead to other good characters such as courageous, patience,

integrity and readiness to sacrifice for the sake of achieving life mission.

Dear graduands, parents ladies and gentlemen, UTM is always working hard to make sure that its reputation as one of the best higher

education institutions globally is maintained. We are also working hard to offer

uniqueness to our students, industry and other stakeholders. We are confident that the

various initiatives that we are currently undertaking would enable us to produce

graduates who are able to face the challenges of industy 4.0 such as being

entrepreneurial and innovative coupled with human values that are holistic.

Page 14: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

14

We are always alert and aware of UTM achievement. The UTM Global Plan which is

aimed for the year 2020 has started showing result.

The most recent achievement which we are proud of is the achievement of UTM

student, Mohd Syafiq Rahmat who was announced as the Tokoh Siswa Kebangsaan

2018 (National Undergraduate Figure) by the Ministry of Education Malaysia. He was

chosen from thousands of undergraduates in the country. Congratulations!

The QS World University Rankings under the Engineering and Technology category

has put UTM at the 100 world best ranking for 4 disciplines that are Architecture and

Built Environment, Chemical Engineering, Civil and Structure Engineering, and

Electrical and Electronics Engineering. Besides, UTM sits at the 18th spot of QS

ranking in the world for university under 50 years. This excellence is the result of hard

work, sincerity and struggle of the whole of UTM community. A huge appreciation to

everyone in UTM community.

Insha-Allah God willing, by understanding and appreciating UTM vision and mission,

and sincerity and the spirit of fighting till the end, i am confident that there is no

mountain that is high enough, no valley that is too low, and no ocean that is too deep

and wide. We can achieve anything and everything.

Dear Graduands, You are now an Alumni of UTM. Thus, the entire university community is proud and

welcome your experience, contribution and expertise towards further advancement of

UTM.

Let it be known that the hands that give are better than the hands that receive. If you

were helped yesterday, you should then extend help tomorrow. If the economic cycle

is balanced and fair, there will be a day when those who are wanting to give will be

more than those who are waiting to receive. Those who had experienced being help,

you know the feeling when you were being helped. So one day, you will experience a

feeling of satisfaction if you can help others and make them happy.

Page 15: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

15

Therefore, we welcome contributions in various forms including to the UTM

Endowment Fund and UTM Wakaf Fund, and Because We Care Chancellor’s Fund to

be utilised by needy students. For the record, to date, UTM has received donations

exceeding RM 3.2 million from UTM alumni of the total Endowment amounting to RM94

million. Through this Endowment, a total of RM19.6 million had been disbursed as

scholarships that benefitted 630 students since 2011. Out of that number, 294 students

had graduated.

(Translated poem)

Golden bananas brought along while sailing

One banana became ripe above a crate

Do not forget to repay your PTPTN borrowing

The UTM Fund is also available to be filled

Dear Graduands, and all UTM Alumni,

(Translated Poem)

Give your service to the world

Show your talent do not hide

Today you are leaving, to move forward

UTM Alumni audacious and bold

Go spread good deeds all over the world

If you ever think of UTM tomorrow

A knowledge paradise loved by all

UTM will always welcome you with open arms

Waiting for your homecoming to give back

UTM my home, UTM is your home.

Page 16: TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- …

16

Your Majesty,

On behalf of the entire university community, I would like to once again express our

heartfelt appreciation for Her Majesty’s deep concerns towards our students’ welfare

and wellbeing. We are very honoured and touched by your kindness Tuanku.

We pray that Her Majesty Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum

Sultan Idris Shah, Permaisuri of Johor, the Chancellor of UTM, is in good health, and

be blessed by the Almighty Allah Subhanahu WaTaala.

I would also like to express my most sincere gratitude to UTM Pro-Chancellors,

Chairman and Members of the Board of Directors, academic and administrative staff

and both local and foreign guests for taking the time to attend this convocation.

(Translated poem)

Birds of paradise are flying high

Perching awhile on Kasturi tree

God willing with Allah’s blessings

We will meet again at another time

Your Majesty Before I end my speech, I once again would like to express my utmost appreciation

and gratitude to Your Majesty for gracing this 62nd Convocation Ceremony.

ھتاكربو اللهةمحرو مكیلع ملاسلاو , ةیادھلاو قُیفوتلا 7ابِو