teks ucapan pengacara majlis

4
Assalamualaikum warahmatullah hi taala wabarakatuh…. Bismillahirrahmanirrahim….alhamdulillah hi rabbil alamin wassola tu wassalam, aala asyrafi anbia iwal mursalin saidina Muhammad waala aalihi wasohbihi ajmain. Yang berbahagia Tn. Haji Wan Abdul Hamid , Pegawai Pejabat Pendidikann Daerah Temerloh. Yang berusaha En .Mohd Jamri b. Mat Lela, Pengetua SMK Temerloh. Yang berusaha En. Sazali bin Haji Abdul Aziz, YDP PIBG SMK Temerloh. Yang Dihormati, guru-guru SMK Temerloh, fasilitator-fasiltator, dan para peserta Program Pembentukan Sahsiah Akhlak Terpuji Pelajar Asrama SMK Temerloh 2015. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafa’kan sembah kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pada tengah hari yang berbahagia ini bagi menjayakan Majlis Penutupan Program Pembentukan Sahsiah Pelajar Asrama SMK Temerloh 2015. Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, Program Pembentukan Sahsiah Akhlak Terpuji Pelajar Asrama ini telah diadakan selama 3 hari bermula Jumaat 16 Januari 2015 sehingga hari ini.Program ini melibatkan semua pelajar asrama SMK Temerloh 2015. Antara matlamat program ini adalah untuk meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan murid-murid asrama dan tidak bergantung harap kepada individu lain untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan. Jangan diikat sarung sempoa, Guna buat mengira sukat, Tangan diangkat memohon doa, Moga Allah memberi berkat, Para hadirin yang dirahmati Allah…bagi menyempurnakan majlis kita pada petang ini, majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Mohd Syazmi bin Ramli untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.

description

MAJLIS PENUTUP PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR ASRAMA

Transcript of teks ucapan pengacara majlis

Assalamualaikum warahmatullah hi taala wabarakatuh.Bismillahirrahmanirrahim.alhamdulillah hi rabbil alamin wassola tu wassalam, aala asyrafi anbia iwal mursalin saidina Muhammad waala aalihi wasohbihi ajmain.Yang berbahagia Tn. Haji Wan Abdul Hamid , Pegawai Pejabat Pendidikann Daerah Temerloh.Yang berusaha En .Mohd Jamri b. Mat Lela, Pengetua SMK Temerloh.Yang berusaha En. Sazali bin Haji Abdul Aziz, YDP PIBG SMK Temerloh.Yang Dihormati, guru-guru SMK Temerloh, fasilitator-fasiltator, dan para peserta Program Pembentukan Sahsiah Akhlak Terpuji Pelajar Asrama SMK Temerloh 2015.Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakan sembah kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pada tengah hari yang berbahagia ini bagi menjayakan Majlis Penutupan Program Pembentukan Sahsiah Pelajar Asrama SMK Temerloh 2015.Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, Program Pembentukan Sahsiah Akhlak Terpuji Pelajar Asrama ini telah diadakan selama 3 hari bermula Jumaat 16 Januari 2015 sehingga hari ini.Program ini melibatkan semua pelajar asrama SMK Temerloh 2015.Antara matlamat program ini adalah untuk meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan murid-murid asrama dan tidak bergantung harap kepada individu lain untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan.Jangan diikat sarung sempoa,Guna buat mengira sukat,Tangan diangkat memohon doa,Moga Allah memberi berkat,Para hadirin yang dirahmati Allahbagi menyempurnakan majlis kita pada petang ini, majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Mohd Syazmi bin Ramli untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.Alhamdulillahmajlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadiSeterusnya majlis mempersilakan saudara Syukri bin Harumi untuk bacaan ayat al-Quran dan terjemahan.Terima kasih atas bacaan al-quran dan terjemahan sebentar tadiSeterusnya, marilah kita sama-sama memperdengar ucapan wakil pelajar yang akan disampaikan ole saudara Mohd Haikhal bin. Mohd Affandi .Terima kasih diucapkan.

Kalau tuan mudik duluan,Carikan saya buah berangan,Ucapan sebagai alu aluan ,Mari bersama kita dengarkan.Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En. Mohd Jamri b. Mat Lela selaku pengetua SMKTemerloh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormat dipersilakan.XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxDemikianlah ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh en.Mohd Jamri b. Mat Lela, pengetua SMKT.Majlis merakamkan ucapan terima kasihBintang di langit tidak terbilang,Cantik bersinar bunga dilaman,Tuan umpama bintang gemilang,Titipkan amanat buat pedomanHadirin hadirat yang dirahmati Allah..kita tiba ke kemuncak acara. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI WAN ABDUL HAMID BIN WaN MOHAMMAD PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR ASRAMA SMKT 2015.Majlis dengan hormatnya mempersilakanXxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI WAN ABDUL HAMID BIN WAN WAN MOHAMMAD atas ucapan beliau itu tadi.Sampan berkolek ke tanjung tuan,Bawa muatan sekarung padi,Ucapan diberi penuh penghargaan,Terima kasih sekalung budi.

XXXXXXXXXpenyampaian hadiah (pertandingan explorace)1)..2)..3)Bagi agenda seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari pihak sekolah, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan En.Mohd Jamri bin Mat Lela, pengetua SMK Temerloh untuk menyampaikan cenderamata.Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Wan Abdul Hamid bin Wan Mohammad ke pentas untuk menerima cenderamata.DipersilakanSeterusnya majlis mempersilakan Tuan Haji Mohammad Sazali bin. Hj Abd Aziz YPD PIBG SMKT naik ke pentas untuk menerima cenderamata.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada petang ini.Dipersilakan semua tetamu kehormat dan para pelajar ke dewan makan asrama untuk menikmati makan tengah hari dan selepas itu ke surau untuk solat Zohor berjemaah.Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.Sekian teima kasih..