Teks Ucapan Pengarah Mei 2013

5
PERHIMPUNAN BULAN MEI 2013 TEKS UCAPAN YBHG PENGARAH PELAJARAN MELAKA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam 1Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau dan Melaka 751 Tahun Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. kerana atas limpah dan kurnia-Nya pada pagi ini kita sekali lagi dapat berhimpun dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Melaka bagi bulan Mei, yang diadakan pada 2 Mei 2013 bersamaan dengan 21 Jamadil Akhir 1434 Hijrah. 1. BERSYUKUR ATAS NIKMAT ALLAH Kita sewajarnya sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang berterusan untuk terus melangkah dan berkhidmat hinggalah ke saat ini. Semoga permulaan bulan Mei 2013 ini terus memberikan semangat dan keazaman yang lebih kuat dan lebih kental dengan etika kerja terpuji untuk kita bersama-sama mencorakkan pengurusan pendidikan negeri dengan lebih cemerlang dan gemilang selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara terus terpelihara dan diutamakan. 2.UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sektor Pengurusan Akademik kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai urus setia perhimpunan bagi bulan Mei 2013 ini. 3. UCAPAN TAKZIAH

Transcript of Teks Ucapan Pengarah Mei 2013

Page 1: Teks Ucapan Pengarah Mei 2013

PERHIMPUNAN BULAN MEI 2013

TEKS UCAPAN YBHG PENGARAH PELAJARAN MELAKA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam 1Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau dan Melaka 751 Tahun

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. kerana atas

limpah dan kurnia-Nya pada pagi ini kita sekali lagi dapat berhimpun dalam

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Melaka bagi bulan Mei, yang

diadakan pada 2 Mei 2013 bersamaan dengan 21 Jamadil Akhir 1434 Hijrah.

1. BERSYUKUR ATAS NIKMAT ALLAH

Kita sewajarnya sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang berterusan untuk terus melangkah dan berkhidmat hinggalah ke saat ini. Semoga permulaan bulan Mei 2013 ini terus memberikan semangat dan keazaman yang lebih kuat dan lebih kental dengan etika kerja terpuji untuk kita bersama-sama mencorakkan pengurusan pendidikan negeri dengan lebih cemerlang dan gemilang selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara terus terpelihara dan diutamakan.

2.UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sektor Pengurusan Akademik kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai urus setia perhimpunan bagi bulan Mei 2013 ini.

3. UCAPAN TAKZIAH

Pada 29 April 2013, 4 hari lepas, Cikgu Azman bin Ali, seorang guru yang bertugas di SMK Dato Hj. Talib Karim, Alor Gajah telah kembali ke rahmatullah setelah terlantar sakit di Hospital Melaka selama satu minggu. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Tanah. Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini, marilah kita semua membacakan surah Al-Fatihah dikhususkan kepada semua arwah guru kita yang telah lebih awal dipanggil Allah dan marilah kita

Page 2: Teks Ucapan Pengarah Mei 2013

sama-sama mendoakan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah…

4. PROGRAM TAUTAN KASIH

Saya juga ingin memaklumkan bahawa “Program Tautan Kasih” yang diuruskan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPM sedang berjalan dan kita akan berkunjung ke rumah guru-guru kita yang sakit dan memerlukan perhatian serta bantuan. Pada 30/4/2013 kita telah berkunjung ke rumah 2 orang guru iaitu Cikgu Norhayati, SMK Padang Temu dan Pn Rozalin Sik, SMK(P) Methodist.

5. SELAMAT HARI PEKERJA 2013

Tanggal 1 Mei 2013, iaitu semalam kita telah dianugerahkan cuti umum sempena Sambutan Hari Pekerja bagi tahun ini. Tema sambutan yang telah dipilih ialah Pekerja Pemangkin Transformasi Negara. Hari Pekerja diraikan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara di samping mengeratkan semangat kerjasama dan pemuafakatan antara kerajaan, majikan dan juga pekerja.

6. PILIHAN RAYA UMUM KE-13(PRU 13)

Bahang dan suasana pilihan raya semakin terasa. Di sana sini banyak poster, kain rentang, gegantung, risalah dan ceramah oleh parti-parti politik yang bertanding pada PRU 13. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita sewajarnya melaksanakan peranan dan tanggungjawab kita sebagai pengundi pada 5 Mei 2013 (Ahad) dengan matang, rasional dan bijak.

7. SAMBUTAN HARI IBU

Pada bulan Mei juga kita meraikan sambutan Hari Ibu yang lazimnya akan diraikan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua individu yang bergelar ibu. Kita juga jangan lupa untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu masing-masing. Hargailah jasa ibu kita yang telah bersusah payah membesarkan kita selama ini. Pengorbanan seorang ibu itu adalah sangat besar dan kasih sayang yang dicurahkan kepada kita semua dan anak-anak adalah sangat bernilai. Bagi wanita dan ibu muslim, kemuliaan wanita yang bergelar ibu telah dinobatkan jauh lebih awal dari Mei 1911, iaitu ketika 1434 tahun yang lalu apabila junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. diangkat

Page 3: Teks Ucapan Pengarah Mei 2013

sebagai Rasul yang membawa rahmat ke seluruh alam, darjat wanita telahpun diangkat ke tempat yang sebaik-baiknya dengan pendekatan hijab dan aurat wanita.

8. SAMBUTAN HARI GURU 2013

Pada bulan Mei ini juga akan berlangsungnya sambutan Hari Guru 2013. Sambutan Hari Guru peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 18 Mei 2013, bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh. Inilah waktu yang sangat tepat untuk kita mengenang dan menghargai sumbangan dan pengorbanan warga guru mendidik anak bangsa dan membangunkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Pada tahun ini, tema sambutan Hari Guru ialah Guru Malaysia:1Aspirasi, 1Agenda.

1ASPIRASI : Maksud dan Huraian

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan untuk memastikan enam aspirasi murid yang dicita-citakan dapat dihasilkan, iaitu murid yang berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika, mempunyai nilai yang tinggi dan beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga boleh diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025, iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1ASPIRASI turut ditakrifkan sebagai kesepaduan untuk memastikan cita-cita murni melahirkan aspirasi sistem pendidikan di bawah dapat direalisasikan. Antarannya:

i) Akses kepada pendidikan yang memfokuskan kepada pencapaian 100% enrolmen yang merentas semua tahap.

ii) Kualiti pendidikan yang tinggi, iaitu harapan tinggi yang hendak dicapai ialah peningkatan kedudukan negara dalam pentaksiran

Page 4: Teks Ucapan Pengarah Mei 2013

bertaraf dunia seperti PISA dan TIMSS dalam kedudukan satu hingga tiga ke atas.

iii) Ekuiti : 50% pengurangan dalam jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar menjelang 2020.

iv) Perpaduan : sistem yang memberi murid nilai dalam pengalaman bersama-sama dengan kepelbagaian.

v) Kecekapan: sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid dalam bajet semasa.

1AGENDA : Maksud dan Huraian

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda, iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama, iaitu melahirkan murid yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

9. KECEMERLANGAN ORGANISASI

Akhirnya, Sesungguhnya usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam sesebuah organisasi bukanlah mudah. Banyak cabaran dan kepayahan yang perlu dilalui. Di sinilah kita perlu sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain dan sentiasa mengekalkan semangat kerja yang positif, produktif dan inovatif. Justeru, teras perkhidmatan awam hendaklah dijadikan panduan dan ikutan semasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga Jabatan Pelajaran Melaka kerana telah bersama-sama saya hingga ke saat ini dalam memacu dan melonjakkan prestasi pendidikan negeri Melaka di samping memantapkan pengurusan dan perkhidmatan Jabatan Pelajaran Melaka kepada seluruh sekolah khususnya dan rakyat di negeri Melaka ini.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik, Walhidayah, Wassalamualaikum, Warahmatullahi Wabarakatuh.