Teks Ucapan Pengetua MAPC 2011 2 Rngksan

download Teks Ucapan Pengetua MAPC 2011 2 Rngksan

of 1

Transcript of Teks Ucapan Pengetua MAPC 2011 2 Rngksan

  • 8/7/2019 Teks Ucapan Pengetua MAPC 2011 2 Rngksan

    1/1

    TEKS UCAPAN PENGETUA

    MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010.

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Dan Salam Satu Malaysia.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa kerana telahmenunjukkan komitmen yang jitu dalam menjayakan majlis ini yang indah ini. Tahniah jugadiucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang bagi

    tahun 2010.

    Kejayaan SMK kuhara dalam bidang kurikulum dan kokurikulum telah menjulang namaSMK kuhara bukan sahaja di peringkat daerah tawau, tetapi juga sehingga ke peringkat negeridan kebangsaan. Peningkatan pencapaian smk kuhara dalam akademik dan kokurikulummemberi gambaran yang positif dan menjadi petunjuk bahawa kita mampu melakar kejayaanyang lebih gemilang pada masa akan datang. Segala kejayaan merupakan satu kombinasiusaha yang cukup padu hasil kegigihan pelajar, para pentadbir, bimbingan yang berterusandaripada para guru, AKS, sokongan PIBG dan orang perseorangan.

    Pepatah Inggeris pernah menyebut, Plan your work, work your plan. Ia menjelaskanbahawa faktor perancangan adalah amat penting kepada sesebuah sekolah, seterusnyamelaksanakan segala perancangan yang dibuat supaya tidak sekadar retorik semata-mata.Saya begitu optimis dengan kekuatan yang kita miliki dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah,hubungan komuniti dan lain-lain sehingga menjadikan perancangan suatu realiti. Oleh itu,walaupun SMK kuhara telah mencapai banyak kejayaan, namun warga SMK kuhara harusterus berusaha demi mengekalkan kecemerlangan sesuai dengan visi dan misi sekolah. Hal inidemikian kerana yang pipih tidak datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek.Namun, mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang, ia mencabarwarga sekolah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja bijak tetapi memiliki jati diri yangkukuh serta sahsiah yang mantap pada era kecanggihan teknologi maklumat hari ini. Lantaran

    itu, untuk menjadikan pendidikan sebagai penjana kecemerlangan, para guru, ibu bapa danmasyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskinikan pengetahuan sedia ada sambilmeneruskan usaha untuk melahirkan anak-anak didik yang bukan sahaja berilmu pengetahuantetapi juga berakhlak mulia, berhemah tinggi dan disegani.

    Majlis yang diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar ini memberi pengiktirafankepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Selain itu, majlis ini jugaakan menyuntik motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing. Saya mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar berwawasan yang telah mengukirkejayaan dan mengharumkan nama sekolah. Pelajar seharusnya terus berusaha tanpamengenal erti jemu dan berusaha dengan lebih gigih bagi mengekalkan kecemerlangan

    masing-masing. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibatdalam memastikan majlis yang indah ini berjalan dengan sempurna. Saya juga inginmerakamkan tahniah dan syabas kepada pelajar yang menunjukkan pencapaian yangmembanggakan ini dan bagi yang belum menerima anugerah, janganlah berputus asasebaliknya teruslah berusaha meningkatkan kecemerlangan agar suatu hari nanti pastianugerah ini menjadi milik anda. Saya berharap agar SMK Kuhara akan terus mencipta danmengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi.

    Sekian, terima kasih.