Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

11
TEKS UCAPAN SEMINAR KEIBUBAPAAN ‘HALA TUJU MURID BERKEPERLUAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 2012 SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1) OLEH: YBHG. PUAN SRI HALIMAH BT ABDUL MAJID ANJURAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA TARIKH: 20 OKTOBER 2012 (SABTU) TEMPAT: DEWAN SEKOLAH SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)

description

teks untuk pengetua

Transcript of Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

Page 1: Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

TEKS UCAPAN

SEMINAR KEIBUBAPAAN ‘HALA TUJU MURID

BERKEPERLUAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

TAHUN 2012

SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)

OLEH: YBHG. PUAN SRI HALIMAH BT ABDUL MAJID

ANJURAN BERSAMA

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA

TARIKH: 20 OKTOBER 2012 (SABTU)

TEMPAT: DEWAN SEKOLAH SMK PUTRAJAYA PRESINT

11 (1)

Page 2: Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Satu

Malaysia.

Yang berusaha Tuan Haji Jalaludin bin Othman,

Timbalan Pengarah Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran

Malaysia,

Yang dihormati Puan Hajah Farizah binti Ahmad

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

Putrajaya,

Prof Dato’ Dr. Mohd Sofian bin Azirun

Yang Dipertua PIBG SMK Putrajaya Presint 11(1)

Page 3: Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia dan

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

Putrajaya,

Pengetua-pengetua, Guru Besar-Guru Besar, Penolong-

penolong Kanan, Dato-Dato, Datin-Datin, ibu bapa dan

murid-murid sekalian.

Indah mekar si bunga kiambang,

Mekar mewangi di taman larangan,

Seminar keibubapaan harapannya gemilang,

Melahirkan murid berkeperluan khas yang berketrampilan.

Alhamdulilah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T, kerana

dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul di dewan

yang indah ini untuk sama-sama dalam Seminar

Keibubapaan ‘Hala Tuju Murid Berkeperluan Khas

Bermasalah Pembelajaran. Terlebih dahulu, saya ingin

mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima

Page 4: Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

kasih kepada Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-

puan kerana telah sudi melapangkan masa menghadiri

majlis pada hari ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan

kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya dan

warga Pendidikan Khas SMK Putrajaya Presint 11(1) kerana

telah berjaya menganjurkan seminar ini.

Hadirin yang dihormati,

Kehadiran murid berkeperluan khas dalam menyumbang

tenaga kerja kepada kemajuan negara tidak boleh dinafikan.

Latihan kemahiran dianggap sebagai satu perantara

peralihan untuk murid berkeperluan khas dari alam

persekolahan kepada alam pekerjaan. Kemahiran jahitan

telah diperkenalkan di Program Pendidikan Khas Integrasi

Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) SMK Putrajaya Presint

11(1). Murid berkeperluan khas telah mengambil peluang

untuk belajar menjahit dengan peralatan mesin jahit yang

dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebuah

Page 5: Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

kelas MPVKhas Jahitan telah diwujudkan dan seramai 7 orang

murid telah mengikuti kelas tersebut. Sehingga kini pelbagai

produk jahitan berjaya dihasilkan oleh murid berkeperluan

khas SMK Putrajaya Presint 11(1). Kemahiran yang diperolehi

oleh murid berkeperluan khas ini boleh diaplikasikan dalam

kehidupan seharian serta dapat menjana pendapatan

mereka selepas tamat persekolahan nanti.

Hadirin sekalian,

Objektif seminar ini diadakan adalah supaya murid-murid

berkeperluan khas di Putrajaya dapat mengetahui dan

merancang hala tuju mereka serta peluang-peluang yang

ada untuk mempelajari kemahiran dan seterusnya mendapat

bimbingan. Contohnya seperti kolaborasi bersama komuniti

yang dijalankan diantara PPKIBP SMKPP11(1) dengan Jabatan

Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Selain itu, daripada seminar

ini juga dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa untuk

merancang bidang yang bersesuaian dengan keupayaan

mereka serta agensi yang terlibat. Justeru itu, pihak PPKIBP

SMK Putrajaya Presint 11(1) sedang membantu murid-murid

Page 6: Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

berkeperluan khas merancang dan mencari hala tuju kerjaya

yang bersesuaian. Untuk makluman semua, baru-baru ini

pihak MOSTWELL telah memberi sumbangan beberapa buah

mesin jahit yang boleh membantu meningkatkan lagi

kemahiran murid berkeperluan khas. Pihak sekolah merakam

ucapan terima kasih kepada pihak MOSTWELL atas

sumbangan tersebut.

Sidang hadirin yang dihormati,

Menurut Taxonomy Kohler (2009), model untuk program

transisi perlu menfokuskan kepada murid yang berkenaan

dan jenis pembelajarannya. Model ini juga menyatakan

bahawa pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu

bekerjasama untuk mengoptimakan perkembangan individu

berkeperluan khas dalam kemahiran yang diceburinya. Jadi

wajarlah seminar seperti ini diadakan untuk mendedahkan

tentang peluang kerjaya serta merancang hala tuju murid

berkeperluan khas. Program yang dirancang dan

dilaksanakan di peringkat sekolah adalah untuk memberikan

pengalaman kepada murid-murid berkeperluan khas agar

dapat dimanfaatkan oleh mereka. Penglibatan ibu bapa

menjadi faktor penyumbang kepada keberkesanan proses

Page 7: Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

mencari hala tuju ke arah kerjaya. Kejayaan yang dicapai

oleh murid berkeperluan khas ini adalah kolaborasi antara

pihak sekolah, ibu bapa dan agensi yang boleh menawarkan

perkhidmatan-perkhidmatan sokongan.

Hadirin yang dihormati,

Guru pendidikan khas SMK Putrajaya Presint 11(1) telah

mengambil inisiatif dengan mewujudkan bahan pengajaran

dan pembelajaran yang dikenali sebagai ’Click to Learn’

(C2L). Ia merupakan satu pemudahcara dalam pengajaran

dan pembelajaran kepada murid berkeperluan khas. C2L ini

juga boleh diakses dilaman sesawang http://www.p11one.

Bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru ini

merangkumi semua komponen dan merupakan medium

yang sangat berkesan kepada murid untuk membuat latihan

pembelajaran di rumah.

Ibu bapa juga boleh memantau perkembangan pembelajaran

anak mereka dengan adanya bahan pengajaran dan

Page 8: Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

pembelajaran C2L ini. C2L ini dilaksana berdasarkan konsep

pembelajaran kendiri dimana ia dapat membantu anak-anak

bermasalah pembelajaran menguasai satu-satu kemahiran

dengan lebih berkesan. Anak-anak bermasalah pembelajaran

memerlukan perhatian dan bimbingan secara individu.

Dengan adanya bahan-bahan C2L, ia dapat membantu anak-

anak bermasalah pembelajaran menerusi kaedah ini. Murid-

murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran yang

tamat persekolahan, mereka hanya diberikan sijil sahaja.

Keupayaan, kebolehan serta bakat orang kelainan upaya ini

kurang diberi perhatian. Pada masa hadapan, hala tuju C2L

sekolah saya adalah untuk menonjolkan keupayaan kepada

murid berkeperluan khas supaya dijadikan sebagai satu

resume atau tiket ke arah kerjaya.

Akhir kata, semoga apa yang kita perolehi daripada seminar

ini akan menjadi satu anjakan paradigma kepada semua

warga pendidikan khas di Putrajaya untuk sama-sama

memartabatkan dan melaksanakan transformasi bagi

Page 9: Teks Ucapan Pengetua p11 (1)

merealisasikan impian dan harapan murid berkeperluan khas

sebagai satu usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang

berkebolehan, berkemahiran dan berdikari. Saya akhiri

ucapan ini dengan serangkap pantun.

Padi segemal kepuk di hulu,

Sirih di hilir merekap junjungan,

Kepalang duduk menuntut ilmu,

Pasir sebutir jadikan intan,

Sekian. Wassalamualaikum w.b.t.