TEKS UCAPAN Pengetua Sempena Mesyuarat Agung Pibg 2014

download TEKS UCAPAN Pengetua Sempena Mesyuarat Agung Pibg 2014

of 10

description

teks ini dicipta sempena hari anugerah cemerlang sekolah

Transcript of TEKS UCAPAN Pengetua Sempena Mesyuarat Agung Pibg 2014

TEKS UCAPAN SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG SMA MATA 2014YANG BERBAHAGIA USTAZ ANAS BIN ZAINOL ABIDIN

PENGETUA

SMA MAAHAD TAHFIZ AL-ABIDIN

SEMPENA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG16 APRIL 2015KHAMIS 10.30 PAGI

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Terima kasih,Saudari Pengacara Majlis,Yang Di raikan ,

Yang Berhormat,Dato Wira Othman Bin Abdul,

DGMK, DSSA, SDK, AMK,

Ahli Parlimen PendangYang Berbahgia

Tuan Haji Ahmadi Putra Bin Zainol Abidin

Penyelia Kanan,

Bahagian Kawalan Akidah dan Budaya

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.Yang Dimuliakan

Ayahanda Ustaz Zainol Abidin Bin Sudin,

Pengerusi Lembaga SMA Maahad Tahfiz Al-AbidinYang dihormati En Zaidi bin Johari Yang Di-pertua

Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan AJK-AJK PIBG

Guru guru Penolong Kanan, Ketua ketua Bidang, Guru-guru, penerima-penerima anugerahSerta para hadirin sekalian.1.Saya ingin merafakkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk bersama-sama Tuan-tuan, Puan-puan serta hadirin dan hadirat sekalian dalam majlis yang penuh bersejarah kepada seluruh warga SMA MATA pada pagi ini. Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YB Dato Wira Othman bin Abdul kerana sudi hadir bagi merasmikan majlis kita pada pagi ini.Tuan tuan dan Puan puan,

2.Sebagai pengetua saya bersama para pentadbir dan guru-guru sentiasa memikirkan kaedah terbaik merangka perancangan strategi jangka pendek dan jangka panjang berdasarkan visi dan misi bagi memastikan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar sentiasa cemerlang. Pihak sekolah telah memperkenalkan program pembestarian PT3, SMA , SPM dan STAM dengan memberi fokus kepada aktiviti kecemerlangan akademik seperti ;

1. Program Skim Tuisyen

2. Program Memperkasa Bahasa Melayu

3. Mempertingkatkan Bahasa Inggeris4. Program gerak gempur5. Hari temu mesra bersama ibu bapa6. Bengkel Teknik menjawab soalan7. Program Kepung

8. Bengkel Skor A

9. Program Exam Fever10. Program Motivasi GALUS

11.Pra Percubaan PT3, SMA, SPM dan STAM3.Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang padu daripada semua guru dan warga sekolah yang sanggup menggalas tugas dengan penuh komitmen bagi kecemerlangan pelajar umumnya. Harapan saya agar sekolah kita mampu terus menjana kecemerlangan dalam bidang akademik ,azhari dan kokurikulum. Pihak sekolah akan tetap meneruskan program-program seperti ini untuk memastikan pelajar pelajar kami memperoleh keputusan cemerlang.Tuan tuan dan puan puan

4.Berdasarkan keputusan PT3 2014, peratus lulus bagi semua mata pelajaran amat memberangsangkan.

1. Empat matapelajaran turut mencatat kelulusan 100% iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu Lisan dan Penulisan, Sejarah dan Geografi.

2. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam sebanyak 98%.3. Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 3 pula dengan 98%.

4. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab pula 97%.5. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Lisan sebanyak 95% manakala Bahasa Inggeris Penulisan sebanyak 85%.5.Pelajar terbaik PT3 2014 dengan keputusan 7A telah dimiliki oleh Muhammad Thoriq Bin Inshomuddin. Umairah Majdah Binti Zaidi Azli telah mendapat keputusan 7A manakala Nor Ashikin Binti Ahmad telah mendapat keputusan 6A. Manakala pencapaian di dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) turut mencatatkan peningkatan dengan perbandingan peratusan pada tahun 2013 sebanyak 59.68 % manakala pada tahun 2014 peningkatan peratusan lulus telah meningkat sebanyak 95.35% dengan peratus perbandingan 2013 ialah 35.67% .6.Bagi kedudukan pencapai SMA pula, turut mencatatkan peningkatan dengan perbandingan pada tahun 2013 di kedudukan ke 12 dari 34 buah sekolah dalam negeri Kedah manakala pada tahun 2014 kita telah melonjak kembali di kedudukan ke 2 dalam istilah lain SMA MATA kini berada pada kedudukan lima teratas di negeri Kedah dalam pencapaian SMA. Seramai lima orang daripada pelajar kita telah mencapai tahap kelulusan Jayyid Jiddan. Pelajar pelajar tersebut ialah:1) Mohammad Aimran Bin Nor Mohammad 2) Muhammad Danial bin Khoza3) Abdul Azhim bin Ibni Hajar4) atiqah binti Shapie5) Mohd Rohaizzad Bin Rosli7.Pihak sekolah mengucapkan Tahniah kepada pelajar- pelajar tersebut. Untuk makluman para hadirin juga. Berdasarkan Keputusan SPM 2014, peratus lulus meningkat sebanyak 1.5 % iaitu dari 52.7 % pada tahun 2014 berbanding cuma 51.2% pada tahun 2013. Gred purata sekolah bertambah baik bagi SPM 2014 sebanyak 5.69. Mata Pelajaran Sains dan Bahasa Melayu telah mencatat kelulusan 100%. Lapan matapelajaran telah mencatatkan keputusan A iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Bahasa Arab, Pendidikan Syariah Islamiah, Sejarah, Tasawwur Islam, dan Pendididkan Al-Quran Sunnah. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains sebanyak 100%

Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula sebanyak 78.1%

Bagi mata pelajaran Sejarah sebanyak 96.3%

Bagi mata pelajaran Matematik sebanyak 85.4% Bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi sebanyak 83.6%

Bagi mata pelajaran Perdagangan sebanyak 69.0%

Bagi mata pelajaran Pendidikan Quran Sunnah sebanyak 92.7%

Bagi mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah sebanyak 78.1% Manakala bagi mata pelajaran Tasawwur Islam pula sebanyak 96.3%8.Pelajar terbaik SPM 2014 dengan keputusan 7A1B2C telah dimiliki oleh Asma Nazirah binti Shah Minawar. Noor Rusydina Binti Ramzi telah mendapat keputusan 7A2B1D, Siti Asiah Binti Romli pula telah mendapat keputusan 6A1B2C1E. untuk makluman pihak tuan pada tahun 2014 merupakan kali pertama pelajar menduduki peperiksaan STAM dan peratus lulus ialah 44.4% manakala keputusan terbaik bagi peperiksaan ini ialah Jayyid Jiddan yang diperoleh oleh Hussain Bin Danial. Arief Asyraf Bin Zaidi pula memperoleh Jayyid dan Muhammad Ridhwan Bin Mansor juga memperoleh Jayyid.9.Walaubagaimanapun, InsyaAllah pada tahun hadapan dan tahun tahun yang akan datang SMA Maahad Tahfiz Al-Abidin akan mencatatkan peningkatan demi peningkatan sehingga mencapai satu tahap yang cemerlang dan boleh dibanggakan.10.Tahniah dan syabas kepada para pelajar cemerlang. Semoga mereka mendapat tempat yang baik di IPTA sesuai dengan pencapaian yang diperoleh. Sekalung penghargaan kepada guru-guru yang berhempas pulas memastikan kejayaan para pelajar. Tanpa guru guru yang berwibawa ini, anak anak kita pasti tidak akan Berjaya ke tahap ini. Syukran Ya MualliminTuan tuan dan Puan puan,11.Pihak sekolah berasa sangat bertuah mempunyai barisan kepimpinan PIBG yang prihatin dengan pembangunan pendidikan anak-anak di sekolah ini . PIBG banyak membantu sekolah menyediakan dana untuk memastikan visi dan misi sekolah tercapai dalam memperbaiki kelemahan kelemahan yang sedia ada dan menyumbang dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah termasuk dalam majlis ini.

12.Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik serta kokurikulum.

13.Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia. Izinkan saya mengakhiri ucapan dengan serangkap pantun;Memasang lukah bersisip kencana, Merak sakti panas membara,Menyusun langkah mengatur wacana,Jasa bakti pemangkin negara.Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warohmatullah Hiwabarokatuh

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

SMA MATA 2014