TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS...

38
1 TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI ANGGOTA BARU ANGKASA 2020 – JPAN SELANGOR 18 Januari 2020 (Sabtu) 12:00 tengah hari

Transcript of TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS...

Page 1: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

1

TEKS UCAPAN PENUTUP DAN

PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI

KOPERASI ANGGOTA BARU

ANGKASA 2020 – JPAN SELANGOR

18 Januari 2020 (Sabtu)

12:00 tengah hari

Page 2: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

2

HOTEL ALIYA, KLANG, SELANGOR

__________________________________

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamulaikum WBT dan Salam

Sejahtera

Terima Kasih Pengacara Majlis

Page 3: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

3

Yang Berbahagia

Dato’ Mohd Alias Hamzah

Pengerusi Perhubungan ANGKASA

Selangor

Yang Berusaha

Barisan Ahli Jawatankuasa

Perhubungan ANGKASA Selangor

Page 4: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

4

Pegawai-pegawai ANGKASA Pusat

dan ANGKASA Selangor

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Wakil

Koperasi Ahli Baru ANGKASA yang

dihormati sekalian.

Page 5: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

5

1. Terlebih dahulu, saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada

para pemimpin koperasi yang

dapat melapangkan masa untuk

hadir mengikuti Kursus Induksi

menjadi ahli ANGKASA anjuran

ANGKASA Selangor.

Page 6: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

6

2. Melalui majlis ini, tuan-tuan

dan puan-puan yang mewakili

koperasi boleh mengetahui lebih

lanjut peranan ANGKASA dalam

membantu koperasi dan komuniti

menjadi penyumbang berkesan

kepada ekonomi negara.

Page 7: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

7

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

3. ANGKASA diiktiraf Kerajaan

sebagai badan apeks yang

mewakili gerakan koperasi serta

berperanan untuk menyebarkan

kefahaman jati diri, pengukuhan

Page 8: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

8

nilai dan prinsip koperasi serta

membangunkan gerakan koperasi

di negara ini. Ini merupakan satu

cabaran yang besar kepada

ANGKASA.

4. Oleh sebab itu, pada

kesempatan ini saya ingin

Page 9: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

9

memaklumkan kepada tuan-tuan

dan puan-puan tentang Dasar

Koperasi Negara, Dasar

Keusahawanan Negara,

Cooperative Tranformation

Programme (CTP) dan Pelan

Strategik ANGKASA yang akan

memacu gerakan koperasi negara

Page 10: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

10

terlibat dalam bidang perniagaan

berimpak tinggi.

5. Untuk makluman semua,

Dasar Keusahawanan Nasional

(DKN) 2030 telah menyasarkan

sumbangan perolehan koperasi

kepada Keluaran Dalam Negara

Page 11: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

11

Kasar (KDNK) sebanyak RM60 bilion

menjelang tahun 2030. Sesuai

dengan peranan gerakan koperasi

untuk meningkatkan sosio ekonomi

ahlinya, koperasi perlu

meningkatkan keupayaan dan

kapasiti dalam bidang

keusahawanan. Maka, program

Page 12: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

12

dan aktiviti keusahawanan yang

mampu melonjakkan pendapatan

sesebuah koperasi perlu dilaksana

untuk mentransformasikan gerakan

koperasi menjadi peneraju

kesejahteraan para anggota dan

komuniti.

Page 13: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

13

6. Mengikut perangkaan

sehingga 30 Jun 2019 oleh SKM,

bilangan koperasi berjumlah 14,417

buah koperasi di seluruh negara

yang melibatkan jumlah

keanggotaan individu seramai

6.046 juta orang.

Page 14: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

14

7. Manakala modal syer pula

berjumlah RM15.248 billion dan aset

sebanyak RM143.69 billion yang

menjana perolehan sehingga

RM24.64 billion.

8. Angka ini menggambarkan

besarnya sumbangan sektor

Page 15: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

15

koperasi kepada ekonomi negara

walaupun mengikut peratusan

hanya mewakili 4 atau 5 peratus

sahaja sumbangan terhadap KDNK

negara yang berjumlah kira-kira

lebih RM1.1 trillion pada tahun 2015.

Page 16: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

16

9. Statistik koperasi di Selangor

bagi tempoh yang sama, berjumlah

1,720 buah dengan keanggotaan

berjumlah 548,885 orang;

syer/yuran berjumlah RM677.75 juta;

aset RM1715.72 bilion dan

perolehan berjumlah RM534.88 juta.

Page 17: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

17

10. Sehingga Disember 2019,

bilangan koperasi yang menjadi ahli

ANGKASA berjumlah 10,223 buah

dari 14,417 koperasi (Jun 2019) yang

berdaftar dengan SKM. Setiap tahun

ANGKASA mensasarkan 2,000

koperasi menjadi ahli ANGKASA

dan peranan ini dimainkan

Page 18: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

18

ANGKASA negeri. Setiap negeri

disasarkan untuk menarik 125

koperasi menjadi ahli ANGKASA.

Pada 2019, Selangor berjaya

menarik 75 koperasi menjadi ahli

ANGKASA dan saya percaya tahun

2020, bilangan ini dapat dicapai 100

peratus.

Page 19: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

19

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

11. Jika diteliti, dari segi dasar,

melihat dari perspektif makro,

menjadi harapan negara sektor

koperasi menyumbang secara

Page 20: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

20

berkesan kepada pembangunan

ekonomi negara.

12. Manakala jika dilihat dari

perspektif mikro, koperasi boleh

menjadi penjana pertumbuhan

ekonomi, menjadi entiti perniagaan

yang kompetitif, mampu untuk

Page 21: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

21

menjadi organisasi bantu diri yang

efektif dan peka serta proaktif

terhadap persekitaran.

13. Pada kebiasaannya,

koperasi baru yang ditubuhkan,

tergolong dalam koperasi mikro dan

menjana perolehan di bawah

Page 22: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

22

RM200,000 setahun. Koperasi jenis

ini, mewakili 83 peratus daripada

jumlah koperasi seluruh negara dan

menyumbang perolehan kira-kira

RM264 juta setahun.

14. Oleh itu, ANGKASA

menggalakkan koperasi baru yang

Page 23: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

23

hendak menceburi bidang

perniagaan atau kekurangan

modal awalan, bolehlah membuat

pinjaman Tabung Modal Pusingan

(TMP) SKM tanpa cagaran

maksimum RM50,000.

Page 24: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

24

15. Jika telah menceburi

bidang perniagaan dan

memerlukan modal yang lebih

besar, saya menggalakkan supaya

menjadi anggota Koperasi

Pembiayaan Syariah ANGKASA

atau KOPSYA. Ini merupakan satu

peluang kepada koperasi mikro

Page 25: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

25

seperti koperasi keluarga atau

koperasi kariah masjid atau koperasi

teksi dan sebagainya yang

memerlukan modal tambahan

untuk memulakan perniagaan.

Page 26: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

26

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

16. Dalam menyahut seruan

Kerajaan untuk memaju dan

membangunkan gerakan koperasi

di Malaysia, ANGKASA

membangunkan Pelan Strategik

Page 27: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

27

ANGKASA bagi merealisasikan

seruan kerajaan untuk menjadikan

sektor koperasi sebagai kuasa

ketiga ekonomi.

17. Melalui 8 sektor yang

diwujudkan ANGKASA, beberapa

projek sedang dibangunkan untuk

Page 28: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

28

manfaat koperasi. Misalnya Projek

Heifers’ Park di bawah Sektor

Pertanian dan Industri Asas Tani,

ANGKASA sedang membangunkan

baka lembu tenusu kacukan Korea

Malaysia menggunakan teknologi

Korea. Beberapa projek

penternakan lembu tenusu

Page 29: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

29

berkelompok koperasi telah berjaya

dilaksanakan di koloni Mersing Johor

(gabungan 10 koperasi); koloni

Gadong (KOMARDI) dan koloni

Londah, Negeri Sembilan (3 buah

negeri). Melalui projek ini, ANGKASA

mensasarkan koperasi menjadi

pengeluar susu dan terlibat dalam

Page 30: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

30

setiap rantaian pengeluaran

tersebut. Ini satu peluang kepada

koperasi yang berminat dalam

industri tenusu.

18. Di bawah Sektor

Pembangunan dan Peruncitan,

ANGKASA sedang membangunkan

Page 31: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

31

Program Barang Asas 100 (BA100)

bagi mewujudkan pembekalan

barang asas kepada koperasi.

Banyak lagi projek-projek baru yang

sedang dibangunkan ANGKASA

bagi memberi peluang kepada

koperasi terlibat dalam perniagaan

berimpak tinggi.

Page 32: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

32

19. Projek tersebut seperti –

Pharma Wellness yang berobjektif

mewujudkan Hub Pembelian

Barangan Kesihatan Berpusat dan

Penjenamaan COOPFARMASI;

Projek Perkhidmatan Pemulihan

Kredit Sektor Kewangan yang

memberi perkhidmatan kutipan

Page 33: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

33

tunggakan pembayaran bagi pihak

organisasi pemberi pinjaman; Projek

e-Hailing cALLMe dan Projek

MyCoop E-Workers.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

Page 34: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

34

20. Melalui kesepakatan dan

penyatuan yang utuh, koperasi dan

ANGKASA boleh merealisasikan

hasrat untuk bersama-sama

menjadi pemain dan kuasa utama

dalam menentukan corak ekonomi

negara menjelang tahun 2020.

Page 35: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

35

21. Langkah pertama yang boleh

dilakukan ialah dengan

memberikan sokongan dan

kepercayaan kepada ANGKASA.

22. Sekali lagi, saya

mengucapkan terima kasih kepada

tuan-tuan dan puan-puan yang

Page 36: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

36

menghadiri Kursus Induksi Koperasi

Anggota Baru ANGKASA yang

dianjurkan pada kali ini.

23. Terima kasih juga kepada

Jawatankuasa Perhubungan

ANGKASA Negeri yang memberikan

Page 37: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

37

kerjasama dalam menganjurkan

majlis ini.

24. Saya dengan lafaz suci

Bismillahirrahmanirrahim,

merasmikan Kursus Induksi Koperasi

Anggota Baru ANGKASA Selangor.

Page 38: TEKS UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · 1 teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus induksi koperasi anggota

38

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik wal hidayah,

Assalamualaikum WBT.