TEKS UCAPAN - pns.com.my · TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATO ... Guru Besar Sekolah Kebangsaan...
-
Upload
nguyendang -
Category
Documents
-
view
384 -
download
12
Transcript of TEKS UCAPAN - pns.com.my · TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATO ... Guru Besar Sekolah Kebangsaan...
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA DATO’ SYED KAMARULZAMAN BIN DATO' SYED
ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN
PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)
SEMPENA:
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
”PROGRAM BERKHATAN – JOM MASUK JAWI”
PADA:
22 NOVEMBER 2014 (SABTU), 9 PAGI
BERTEMPAT DI
SEK. KEB. MERGONG, ALOR SETAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1
Malaysia
Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengacara Majlis
Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Ahmad Bashah b Md Hanipah
Timbalan Menteri,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Yang Berbahagia Dato’ Basaruddin Sadali
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK)
Yang Berbahagia Dato’ Azmi bin Lateh
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK)
Puan Fauziah Binti Md Hanafiah
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mergong
Encik Zulkafly Bin Othman
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar
Rakan – rakan media,
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah
dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama hadir di Program CSR - Program
Berkhatan yang kita namakan program ”Jom Masuk Jawi” pada pagi ini.
2. Bagi pihak PNS, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
YB Timbalan Menteri Senator Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah kerana
dalam kesibukan dan kepadatan jadualnya dapat juga beliau menghadiri ke Program
Berkhatan pada pagi ini.
3. Saya difahamkan pada pagi ini seramai 100 orang peserta berkhatan yang
terdiri daripada anak-anak kecil daripada daerah ini akan menyertai Program
Berkhatan ini. Saya berasa amat bersyukur, walaupun ini merupakan kali pertama
PNS menganjurkan Program CSR seumpama ini, sambutan yang diterima amatlah
menggalakkan.
Hadirin Hadirat yang saya hormati sekalian,
4. Untuk makluman tuan-tuan dan puan yang berada di sini, PNS adalah
merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri
francais negara. Dalam kesibukan kami menjalankan tanggungjawab tersebut, PNS
juga tidak ketinggalan dan sentiasa aktif dalam melaksanakan tanggungjawab sosial
korporatnya (CSR) kepada masyarakat. Dalam tahun ini sahaja, sebanyak 5
program CSR yang telah berjaya dilaksanakan dan ini adalah merupakan kali kedua
PNS menganjurkan program CSR di negeri ini. Kali pertama, PNS telah
menganjurkan program CSR di Langkawi, juga telah disempurnakan oleh YB Dato’
Seri Ahmad Bashah juga. InsyaAllah, usaha ini akan kami teruskan lagi pada masa
akan datang.
Hadirin Hadirat yang saya hormati sekalian,
5. Jika kita imbas kembali pada masa dahulu, upacara berkhatan sering
diadakan secara beramai-ramai terutamanya pada musim cuti persekolahan. Kini
upacara berkhatan tidak lagi menjadi satu perkara yang meriah dan kian hilang
ditelan dek zaman kerana ibu bapa sekarang lebih senang memilih untuk
mengkhatankan anak-anak mereka secara moden di hospital atau klinik swasta
kerana ia lebih mudah dan ringkas.
6. Bagi meneruskan lagi tradisi berkhatan beramai-ramai agar tidak dilupakan
oleh masyarakat pada masa kini, PNS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
program berkhatan secara beramai-ramai dengan menggabungkan konsep rawatan
konvensional dan sambutan secara tradisional. Kami mensasarkan golongan yang
berpendapatan rendah dan yang kurang berkemampuan untuk menyertai program
ini. Kami berharap agar usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban tuan-
tuan dan puan-puan semua di samping mengekalkan tradisi ini.
7. Untuk makluman semua, di samping mengadakan program berkhatan
beramai-ramai pada pagi ini, kami juga turut berkesempatan menyumbangkan
tenaga bergotong-royong mengecat bangunan Sekolah Kebangsaan Mergong ini
pagi semalam. Alhamdulilah semuanya telah berjalan dengan lancar dan hasilnya
juga amat memuaskan hati. Diharap agar usaha ini sedikit sebanyak membantu
pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada pelajar-pelajar
sekolah ini.
8. Sebagai mengakhiri ucapan, tahniah dan terima kasih kepada semua yang
terlibat di dalam menjayakan program selama 2 hari ini. Saya juga berharap agar
program berkhatan sebentar nanti akan berjalan dengan lancar dan mengikut apa
yang telah dirancang.
Sekian Terima Kasih.