TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS...

21
1 TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER 2018 (AHAD)

Transcript of TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS...

Page 1: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

1

TEKS UCAPAN

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI

ORANG KURANG UPAYA (OKU)

11 NOVEMBER 2018 (AHAD)

Page 2: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

2

12.00 TENGAHARI

MOTEL DESA, KUALA TERENGGANU,

TERENGGANU

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamulaikum WBT dan Salam

Sejahtera

Page 3: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

3

Terima Kasih Pengacara Majlis

[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA]

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian.

Page 4: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

4

1. Pertamanya, marilah kita

bersama-sama mengucapkan

syukur ke hadrat ALLAH S.W.T.

kerana masih lagi memberi peluang

untuk kita meningkatkan ilmu

dalam “Bengkel Pemantapan

Koperasi OKU” pada hari ini.

Page 5: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

5

2. Saya mengucapkan tahniah

dan syabas kepada tuan-

tuan/puan-puan yang telah

mengambil peluang ini dalam

usaha memantapkan lagi koperasi

dan diri tuan-tuan/puan-puan.

Page 6: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

6

3. Sekalung tahniah juga

kepada pihak penganjur, Sektor

Komuniti yang telah berjaya

menjayakan program ini.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

Page 7: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

7

4. Selaras dengan

kesamarataan dan sifat berdikari

koperasi, ANGKASA sentiasa

mahukan semua lapisan

masyarakat mendapat manfaat

melalui koperasi. Satunya yang kita

perjuangkan yakni – koperasi dan

anggota-anggota koperasi

Page 8: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

8

sepenuhnya berdikari tanpa

mengharapkan bantuan orang lain,

malah dapat memberi sumbangan

yang besar kepada masyarakat

dan negara.

5. Gerakan koperasi di Malaysia

merupakan sektor yang besar yang

Page 9: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

9

harus dibanggakan dan

ditingkatkan pencapaiannya.

Berdasarkan statistik SKM sehingga

30 Jun 2018, terdapat lebih 14,000

koperasi dengan keanggotaan

melebihi 6 juta orang; syer/yuran

melebihi RM 14 bilion; aset lebih

RM140 bilion dan perolehan

Page 10: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

10

menyumbang lebih RM22 bilion.

Menjelang 2020, kerajaan

mensasarkan sektor koperasi

menyumbang RM50 bilion kepada

KDNK negara dan 50 peratus rakyat

dewasa negara ini menjadi

anggota koperasi tanpa mengira

kedudukan mereka.

Page 11: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

11

6. Menerusi Kajian Semula DKN,

skop OKU telah diwujudkan untuk

digalakkan penubuhannya di

bawah Sektor Komuniti. Ini penting

bagi melahirkan masyarakat OKU

yang berdikari, meningkatkan taraf

hidup dan ekonomi mereka

mengikut arus perdana.

Page 12: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

12

7. ANGKASA berhasrat

memastikan kelompok OKU dapat

menikmati kehidupan yang sama

dengan golongan lain di negara ini.

Hasrat ini akan tercapai dengan

komitmen dan kesungguhan

daripada semua OKU, koperasi OKU

dan anggota-anggotanya.

Page 13: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

13

8. Sehingga Jun 2018, terdapat

19 buah koperasi OKU dengan

keanggotaan berjumlah 893 orang,

syer/yuran lebih RM175,000; aset

lebih RM823,000 dan perolehan

melebihi RM200,000.

Page 14: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

14

9. Bilangan OKU yang menyertai

koperasi masih kecil jika

dibandingkan dengan bilangan

OKU dengan JKM. Sehingga akhir

Februari 2018 yang berjumlah

460,893 orang. Ini bermakna hanya

0.19 % OKU yang menyertai

koperasi.

Page 15: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

15

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

10. Menerusi kerjasama

dengan Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat, ANGKASA

berhasrat untuk menggalakkan

penyertaan dan penubuhan lebih

Page 16: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

16

banyak koperasi OKU. Ini penting

bagi memastikan mereka

mendapat kesaksamaan hak dan

peluang untuk menjalani

kehidupan seperti anggota

masyarakat yang lain.

Page 17: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

17

11. Menerusi koperasi, OKU

dapat bekerjasama secara

berkelompok dalam menjalankan

aktiviti mengikut kemahiran dan

kemampuan yang ada. Melalui

koperasi juga, ANGKASA bersedia

menyediakan pelbagai peluang

pembelajaran dan kemahiran

Page 18: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

18

untuk OKU meningkatkan

kemahiran.

12. Saya mengharapkan OKU

yang hadir pada hari ini dapat

menarik OKU lain menyertai dan

menubuh koperasi. Dalam hal ini,

ANGKASA bersedia membantu.

Page 19: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

19

13. Akhir kata, sekali lagi saya

mengucapkan terima kasih kepada

semua yang hadir. Harapan saya,

agar ilmu yang diperolehi hari ini

dapat memberi manfaat kepada

diri tuan/puan dan koperasi anda

semua.

Page 20: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

20

14. Saya dengan lafaz suci

bismillahirrahmanirrahim

merasmikan PENUTUP BENGKEL

PEMANTAPAN KOPERASI OKU pada

hari ini.

Sekian, terima kasih.

Page 21: TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/november/...MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA (OKU) 11 NOVEMBER

21

Wabillahitaufik wal hidayah,

Assalamualaikum w.b.t.