Teks Ucapan Sambutan Hari Raaya 16.8.2015

4
TEKS UCAPAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & MERAIKAN BAKAL HAJI 2015 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang dihormati, Saudara pengerusi majlis, En / Puan ……………………………………… Yang Berusaha, Puan Teh Faridah bte ……………………………………………………….. Pegawai Perpaduan Daerah Muar Yang Dihormati : 1. ……………………………………………………………………………………... 2. ……………………………………………………………………………………… 3. ……………………………………………………………………………………… 4. ……………………………………………………………………………………… 5. ……………………………………………………………………………………… Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan pengacara majlis kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Meraikan Bakal Haji bagi tahun 2015. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pn. Teh Faridah atas kesempatan beliau meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan Majlis kita pada malam ini. Selamat datang dan salam sejahtera

description

teks ucapan

Transcript of Teks Ucapan Sambutan Hari Raaya 16.8.2015

Page 1: Teks Ucapan Sambutan Hari Raaya 16.8.2015

TEKS UCAPAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI &MERAIKAN BAKAL HAJI 2015

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang dihormati, Saudara pengerusi majlis, En / Puan ………………………………………

Yang Berusaha, Puan Teh Faridah bte ………………………………………………………..

Pegawai Perpaduan Daerah Muar

Yang Dihormati :

1. ……………………………………………………………………………………...

2. ………………………………………………………………………………………

3. ………………………………………………………………………………………

4. ………………………………………………………………………………………

5. ………………………………………………………………………………………

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan

pengacara majlis kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan

sepatah dua kata sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Meraikan

Bakal Haji bagi tahun 2015. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pn. Teh Faridah

atas kesempatan beliau meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan Majlis kita

pada malam ini. Selamat datang dan salam sejahtera serta salam 1 Malaysia kepada

semua Ahli Jawatankuasa, Tuan-tuan, Puan-puan, dan hadirin hadirat sekalian.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati.

Majlis kita pada malam ini merupakan Majlis Sambutan Aidilfitri kali ke-2

semenjak tertubuhnya Jawatankuasa KRT Jalan Temenggung. Untuk pengetahuan

Page 2: Teks Ucapan Sambutan Hari Raaya 16.8.2015

hadirin, Majlis ini adalah merupakan anjuran bersama KRT Jalan Temenggung, JKK Al-

Manar, KRT Dun Maharani, dan juga Jawatankuasa Masjid Al-Manar.

Selain itu, Majlis kita pada malam ini juga bertujuan untuk mengeratkan

silaturrahim sesama kita, penghuni dikawasan KRT Jalan Temenggung disamping

meraikan bakal haji kita iaitu,

En Abd Latif bin …………………………………………………………………………………..

dan isterinya, Pn. ………………………………………………………………………………...

yang akan bertolak ke tanah suci pada ………………………………………… iaitu

KT …………………………………………. .

Kita bermohon kepada Allah S.W.T agar bakal haji kita diberikan kesihatan yang baik,

kekuatan untuk melakukan ibadat haji yang sempurna hingga beroleh haji yang mabrur.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati

Sempena dengan pelancaran Bulan Kemerdekaan yang bermula pada tanggal

16 Ogos 2015 hingga 16 September 2015, marilah kita sama-sama mendokan

kesejahteraan buat Negara kita tercinta ini agar Negara kita terus diberkati oleh Allah

S.W.T. Tema hari kemerdekaan kita pada tahun ini ialah ‘Sehati Sejiwa’ yang

mempunyai pengertian yang besar dalam konteks sebuah Negara bangsa yang

merdeka dan berdaulat. Untuk itu, izikan saya membacakan beberapa rangkap

gurindam yang dapat mendukung ungkapan ‘sehati sejiwa’ ini.

Page 3: Teks Ucapan Sambutan Hari Raaya 16.8.2015

Kalau cakap tidak cermat,Tentu kamu tidak selamat.

Kalau anak tidak dilatih,Bila besar ibunya letih.

Pabila perut terlalu penuh,Keluarlah perlakuan yang tidak senonoh.

Bagaimana cinta nak lekat,Kalau anda tidak pandai memikat.

Bagaimana nak menjadi guru,Diri sendiri haru biru.

Kalau cakap tidak cermat,Kalau kelakuan tidak hormat,Tentu hidup tidak selamat.

Jika benihnya benih molek,Jika tanahnya tanah cantik,Jika bajanya baja baik,Tentu pokoknya cepat naik.

Dan Ingatlah Tuan-tuan dan Puan-puan

Bersatu teguh, bercerai roboh.Bermuafakat, bertambah berkat.Mengkhianat, akan dilaknat.Ikut rasa, badan binasa.Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu.Ikut sedap, menghidap. Ikut marah, parah.

Sekian dulu dari saya, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh