TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS … UCAPAN PERASMIAN penutu… · TEKS UCAPAN SEMPENA...

download TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS … UCAPAN PERASMIAN penutu… · TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP ... mengendalikan majlis-majlis rasmi jabatan sama ada sebagai pengacara

If you can't read please download the document

Transcript of TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS … UCAPAN PERASMIAN penutu… · TEKS UCAPAN SEMPENA...

  • 1

    TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP

    KURSUS PROTOKOL, ETIKET SOSIAL DAN PENGURUSAN MAJLIS RASMI

    OLEH

    TUAN HJ. ADNAN BIN IBON TIMBALAN KETUA PENGARAH

    (PENGURUSAN) BAHAGIAN HAL-EHWAL UNDANG-UNDANG

    PADA 23 FEBRUARI 2011

  • 2

    Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, barisan

    urus setia, puan penceramah serta Tuan-tuan dan Puan-

    puan yang dikasihi sekalian;

    Alhamdulillahirabbil alamin wasalatu wasalamu ala syaidina

    Muhammadin wa ala alihi wasohbihi ajmain. Segala pujian

  • 3

    bagi Allah Subhanahu Wataala dan salam sejahtera ke atas

    junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin Allah kita

    dapat bersama-sama pada petang ini di dalam majlis

    penutup Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan

    Majlis Rasmi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan

    Perdana Menteri.

  • 4

    Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan

    penghargaan dan terima kasih kepada pihak Urus Setia

    kerana menjemput saya untuk merasmikan majlis penutup

    dan penyampaian Sijil bagi kursus ini. Ucapan penghargaan

    juga kepada Puan Rosita bt Rahim, Ketua Program

    Konsultasi dan Pembangunan Latihan kerana sudi untuk

    menyampaikan kursus protokol, etiket sosial dan

  • 5

    pengurusan majlis rasmi yang telah berlangsung selama 2

    hari. Untuk makluman Puan Rosita, peserta kursus ini

    adalah pegawai dan kakitangan yang terpilih untuk

    mengendalikan majlis-majlis rasmi jabatan sama ada

    sebagai pengacara majlis, pembaca doa mahupun

    penyambut tetamu. Sebagai permulaan pada 25hb ini, satu

    Majlis Rasmi Jabatan akan diadakan di PICC yang akan

  • 6

    dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Sehubungan itu

    adalah menjadi harapan saya dan jabatan agar semua

    pegawai dan kakitangan yang terlibat pada hari tersebut

    dapat mengaplikasikan sebaik mungkin apa yang telah

    dipelajari selama 2 hari ini bagi membantu kelancaran majlis

    tersebut. Saya yakin apa yang tuan-tuan dan puan-puan

    pelajari dan perolehi sepanjang tempoh kursus ini sedikit

  • 7

    sebanyak akan dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan

    dalam menjalankan majlis-majlis Jabatan kelak dengan lebih

    teratur dan lancar di samping dapat meningkatkan

    kemahiran diri dan pengetahuan secara amnya.

  • 8

    Saya juga berharap agar objektif kursus yang telah

    dirancang dapat dicapai setelah melalui tempoh 2 hari

    berkursus. Saya difahamkan objektif kursus ini adalah untuk

    memberi pendedahan secara komprehensif mengenai

    amalan protokol dan etiket sosial dalam urusan

    pengendalian majlis serta memberi panduan dan bimbingan

    tentang kaedah pengurusan majlis berasaskan konsep dan

  • 9

    sensitiviti protokol dalam konteks majlis. Di samping itu, ia

    juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang

    keperluan dan pentingnya amalan protokol dan etiket sosial

    dalam pengendalian majlis khususnya majlis rasmi yang

    akan mencerminkan imej dan budaya korporat jabatan.

    Saya percaya pelbagai elemen penting yang telah tuan-tuan

    dan puan-puan pelajari di dalam kursus ini bagi

  • 10

    menerangkan mengenai tatacara dan etika semasa

    menghadiri sesuatu majlis rasmi, tatacara dan etika semasa

    berkomunikasi di pejabat dan termasuklah etika berpakaian

    serta penampilan. Perkara ini penting diterapkan agar tuan-

    tuan dan puan-puan mempunyai amalan dan nilai sosial

    yang tinggi dan lebih beretika serta berkeyakinan semasa

    berada di dalam suasana formal.

  • 11

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Amalan nilai etika dan protokol yang baik mencerminkan

    sikap profesionalisme tuan-tuan dan puan-puan semua

    sebagai penjawat awam. Sikap profesionalisme yang tinggi

    pula akan dapat memberikan gambaran kepada orang awam

    betapa warga kerja jabatan mempunyai nilai komitmen dan

    dedikasi yang tinggi di dalam melaksanakan tugas yang

  • 12

    diamanahkan. Sikap profesionalisme inilah yang akan dapat

    meningkatkan keyakinan dan persepsi orang awam terhadap

    kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan secara

    amnya dan dapat mencapai matlamat Satu Malaysia yang

    diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dengan slogan

    Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

  • 13

    Justeru, di dalam membudayakan sikap profesionalisme ini,

    setiap jabatan perlu melakukan transformasi sepertimana

    yang sering diuar-uarkan oleh YAB Perdana Menteri kita.

    Transformasi budaya ini tidak akan dapat dilakukan di dalam

    masa sehari atau melalui kursus yang dianjurkan seperti

    hari ini. Ia memerlukan tekad, komitmen dan usaha yang

  • 14

    berterusan dari semua pihak daripada peringkat atasan

    hingga ke peringkat organisasi yang paling bawah.

    Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati,

  • 15

    Perkhidmatan awam masa kini amat memerlukan pegawai

    yang inovatif dan kreatif dalam memikirkan apa yang

    terbaik. Kita memerlukan inovasi dan kreativiti yang lahir

    daripada anggota perkhidmatan kita sendiri. Tuan/puan

    perlu sentiasa kreatif memperlengkapkan diri dengan

    kemahiran semasa, inovatif dalam mencari peluang bagi

    mendedahkan diri kepada perkara-perkara baru, serta

  • 16

    agresif dalam mempelajari ilmu untuk mempertingkatkan

    kecemerlangan diri, contohnya melalui majlis-majlis ilmu

    atau kursus seperti ini. Amalan ini hendaklah sentiasa

    dipraktikkan sehingga menjadi budaya dan turut diikuti oleh

    rakan-rakan dan kakitangan lain dalam organisasi.

    Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar tuan-tuan dan

    puan-puan dapat berkongsi ilmu yang diperoleh daripada

  • 17

    kursus ini dengan rakan-rakan yang lain agar ilmu yang

    diperoleh dapat dikongsi bersama demi kepentingan jabatan

    dan agar perjalanan majlis-majlis jabatan akan datang

    dapat dijalankan dengan lebih baik lagi dengan adanya

    kerjasama dari semua pihak.

  • 18

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

    dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam

    menjayakan Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan

    Majlis Rasmi ini terutamanya kepada Puan Rosita bt Rahim,

    Ketua Program Konsultasi dan Pembangunan Latihan yang

    telah bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan selama 2

    hari, pihak urusetia yang telah bekerjasama dan berusaha

  • 19

    untuk memastikan Kursus ini berjaya dilaksanakan serta

    para peserta kursus yang Berjaya menamatkan tempoh dua

    hari kursus ini.

  • 20

    Maka dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya

    dengan rasminya menutup Kursus Protokol, Etiket Sosial

    dan Pengurusan Majlis Rasmi, Bahagian Hal-Ehwal Undang-

    Undang, Jabatan Perdana Menteri.

    Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b. t

  • 21