Teks Ucapan Wacana Ilmu

7
SALAM DAN SELAWAT..... TERIMA KASIH SAUDARA PENGACARA MAJLIS, YB............................, YBHG. ................YBHG........, YBHG. PENCERAMAH-PENCERAMAH, KETUA-KETUA JABATAN, GURU-GURU, MAHASISWA DAN PELAJAR SERTA HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN DENGAN KERJASAMA UNIT PEND.ISLAM PEJABAT PENDIDIKAN KLANG DAN SEKRETERIAT PEKDIS DAERAH KLANG BERSAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KLANG... DIUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS ANJURAN PROGRAM YANG BERMANFAAT INI. . SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA 2. 1. ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA MERAFAKKAN SETINGGITINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA, KITA DAPAT BERKUMPUL PADA PAGI INI UNTUK SAMA-SAMA DI DALAM MAJLIS WACANA ILMUBERTEMAKAN GURU PEMBINA GENERASI RABBANI... 2. SAYA AMAT BERBESAR HATI UNTUK BERADA BERSAMA SAUDARA- SAUDARI SEKALIAN. SAYA UCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK PENGANJUR YANG TELAH BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS ILMU INI. KEHADIRAN PARA PENCERAMAH TERKENAL YANG AKAN MEMBICARAKAN MENGENAI TEMA HARI INI DIHARAP DAPAT DIMANFAATKAN OLEH SETIAP HADIRIN SETERUSNYA MEMPERERATKAN UKHWA SESAMA KITA DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN HARI INI DAN MASA HADAPAN. FIRMAN ALLAH DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 103: "DAN BERPEGANG TEGUHLAH KAMU SEKALIAN DENGAN TALI ALLAH (AGAMA ISLAM) DAN JANGANLAH KAMU BERCERAIBERAI". TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, 3. BARU-BARU INI, NEGARA KITA TELAH DIKEJUTKAN DENGAN KEHILANGAN KAPAL TERBANG SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA (MAS) MH 370 YANG SEHINGGA KINI MASIH DALAM USAHA PENCARIAN. MARILAH KITA BERSAMA-SAMAI MENDOAKAN AGAR DIBERI JALAN DAN PETUNJUK SERTA SEMOGA KAKITANGAN DAN PENUMPANG MH370 BERADA DALM KEADAAN SELAMAT. PERISTIWA KEHILANGAN KAPAL TERBANG INI TELAH MENYAKSIKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERDIRI PELBAGAI KAUM TELAH BERSATU HATI DAN SUARA DALAM HARAPAN AGAR MH370 INI DITEMUI DENGAN SELAMAT. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN

description

Teks Ucapan Wacana Ilmu

Transcript of Teks Ucapan Wacana Ilmu

SALAM DAN SELAWAT..... TERIMA KASIH SAUDARA PENGACARA MAJLIS, YB............................, YBHG. ................YBHG........, YBHG. PENCERAMAH-PENCERAMAH, KETUA-KETUA JABATAN, GURU-GURU, MAHASISWA DAN PELAJAR SERTA HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN DENGAN KERJASAMA UNIT PEND.ISLAM PEJABAT PENDIDIKAN KLANG DAN SEKRETERIAT PEKDIS DAERAH KLANG BERSAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KLANG... DIUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS ANJURAN PROGRAM YANG BERMANFAAT INI. . SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA 2. 1. ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA MERAFAKKAN SETINGGITINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA, KITA DAPAT BERKUMPUL PADA PAGI INI UNTUK SAMA-SAMA DI DALAM MAJLIS WACANA ILMUBERTEMAKAN GURU PEMBINA GENERASI RABBANI... 2. SAYA AMAT BERBESAR HATI UNTUK BERADA BERSAMA SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN. SAYA UCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK PENGANJUR YANG TELAH BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS ILMU INI. KEHADIRAN PARA PENCERAMAH TERKENAL YANG AKAN MEMBICARAKAN MENGENAI TEMA HARI INI DIHARAP DAPAT DIMANFAATKAN OLEH SETIAP HADIRIN SETERUSNYA MEMPERERATKAN UKHWA SESAMA KITA DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN HARI INI DAN MASA HADAPAN. FIRMAN ALLAH DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 103: "DAN BERPEGANG TEGUHLAH KAMU SEKALIAN DENGAN TALI ALLAH (AGAMA ISLAM) DAN JANGANLAH KAMU BERCERAIBERAI". TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, 3. BARU-BARU INI, NEGARA KITA TELAH DIKEJUTKAN DENGAN KEHILANGAN KAPAL TERBANG SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA (MAS) MH 370 YANG SEHINGGA KINI MASIH DALAM USAHA PENCARIAN. MARILAH KITA BERSAMA-SAMAI MENDOAKAN AGAR DIBERI JALAN DAN PETUNJUK SERTA SEMOGA KAKITANGAN DAN PENUMPANG MH370 BERADA DALM KEADAAN SELAMAT. PERISTIWA KEHILANGAN KAPAL TERBANG INI TELAH MENYAKSIKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERDIRI PELBAGAI KAUM TELAH BERSATU HATI DAN SUARA DALAM HARAPAN AGAR MH370 INI DITEMUI DENGAN SELAMAT. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUANMarilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, di samping kita berusaha mempertingkatkan pembangunan dan pendidikan anak-anak dan ahli keluarga agar menyempurnakan kewajipan masing-masing. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Belia adalah aset yang amat berharga. Merekalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan masa depan negara. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun. Pada masa ini golongan belia dianggarkan seramai 11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang berjumlah seramai 28 juta orang. Berdasarkan peratusan yang besar ini dan selari dengan wawasan belia pemacu pembangunan satu ummah dan satu Malaysia, maka amat wajar golongan ini diasuh, 2 dididik dan dibimbing menjadi generasi belia ulul albab. Secara umumnya generasi belia ulul albab adalah merujuk kepada belia yang bertakwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif lagi berupaya menyelamatkan dirinya dari pengaruh hidup budaya berdosa serta mampu menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian. Kehebatan generasi belia seperti ini menjamin kemakmuran dan kemajuan negara di masa depan Persoalan besar timbul ialah bagaimana usaha untuk melahirkan generasi belia ulul albab ini?. Berdasarkan sejarah Islam, penglibatan pendakwah negara berjiwa besar memberi sumbangan sangat beerti dalam membentuk remaja dan belia ulul albab. Soalnya, siapakah sebenarnya pendakwah negara ini?. Rasulullah SAW selain sebagai pemimpin umat, adalah seorang ketua pendakwah negara yang memberi penekanan khusus membimbing belia dengan cara menggesa mereka sentiasa taat beribadah kepada Allah, berakhlak mulia, menjaga kesihatan akal, kebersihan jasmani dalam semua sudut yang membawa kepada kesempurnaan peribadi. Bimbingan ini akan mencorakkan jati diri yang beramanah dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Sabda Rasulullah SAW: Mafhumnya: Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng(Riwayat Ahmad.) Berdasarkan hadith ini, pemuda soleh adalah individu yang menerima amanah paling baik sehingga kelihatan coraknya pada akhlak mereka. Generasi pemuda soleh ini terus lahir seperti Khulafa al-Rasyidin, pemimpin tentera, pemimpin kerajaan di zamannya juga bertindak sebagai pendakwah negara. Mereka berdakwah, mentarbiah dan temu-mesra dengan kumpulan sasar serta menjadi contoh teladan kepada masyarakat khususnya para belia. Sejarah juga telah merakamkan tentang kegigihan tentera Islam sejak kerajaan Umaiyyah, Abasiyah dan Kepimpinan awal kerajaan Othmaniah Turki untuk 3 menawan Kota Konstantinopel (Istanbul) tetapi gagal. Namun satu ketika tampil seorang anak muda iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Kerajaan Othmaniah Turki bangkit menghidupkan cahaya dakwah.

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian ,Dalam usia 21 tahun baginda berjaya menawan semula kota Konstantinopel daripada Rom. Antara penyebab kejayaan tersebut ialah tertanamnya kekuatan bijak, pintar dan kreatif . Kota tersebut menjadi laluan dan menjadi pintu masuk penyebaran Islam di Eropah. Antara kata-kata keramat baginda ketika melancarkan percubaan akhir pada hari ke 53 kepungan untuk menawan Kota Konstantiopel ialah, Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutilah aku. Menurut riwayat, baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi. Demikianlah contoh kepimpinan pendakwah negara dimana kekuataan rohani tidak dapat dipisahkan dalam diri mereka sebagai pemimpin. Justeru itu menjadi tanggungjawab umat Islam sekalian bahawa corak tingkah laku golongan belia masakini merupakan cerminan masa depan sesebuah negara. demi golongan belia yang kita kasihi, jalankan tugas dakwah dengan penuh hikmah. Tugas berdakwah adalah fardhu ain dan tidak boleh diserah kepada golongan tertentu sahaja. Dalam usaha membentuk akhlak murni kumpulan sasar yang besar ini, maka saya menyeru semua pemimpin dalam pelbagai peringkat marilah tampil kedepan bertindak sebagai pendakwah negara sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jangan di biarkan api mendekati minyak, kerana ia akan menyemarakkan lagi api tersebut. Begitu juga dengan penyebaran budaya yang menyemarakkan gelojak nafsu dan syahwat. Lebih-lebih lagi pada era dunia tanpa batas dan teknologi media elektronik, internet atau CD/VCD yang sangat mudah diperolehi dan murah pula harganya. Ingatlah dan insaflah bahawa hawa nafsu dan syahwat merupakan ujian yang besar untuk manusia, lebih-lebih lagi kepada golongan remaja dan belia. Jika 4 punca dan tempat yang menaikkan nafsu tidak dibendung atau ditutup, maka selagi itulah gejala keruntuhan akhlak dan moral akan terus berleluasa. Penglibatan dengan dadah, berzina, pembuangan bayi, minum arak dan penglibatan dalam gejala sosial lainnya adalah berpunca daripada kegagalan mengawal gelora syahwat dan hawa nafsu. Kehendak nafsu yang berunsur syahwat sentiasa mencabar setiap peringkat kehidupan ia boleh menjatuhkan kualiti akhlak manusia setaraf dengan binatang. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengingatkan sabdanya, Mafhumnya: Rebutlah lima perkara sebelum kamu di datangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati(Riwayat : al-Hakim dan Ibnu Majah).

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian ,

Selain itu, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 13 dan 14: Maksudnya: Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Sesungguhnya agama Islam berkehendakan supaya setiap umatnya menjadi sebaikbaik manusia yang sempurna keperibadiannya, mulia budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik kepada orang lain. Rasulullah SAW pernah menasihatkan kita dalam sabdanya:5 Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain.(Riwayat Al-Tabarani) Hadith ini menjelaskan bahawa manusia yang baik menurut pandangan Islam ialah orang yang hidup menggunakan sepenuhnya potensi yang ada untuk memajukan keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.Pekerjaan sebagai guru , murabbi dan pendakwah diiktiraf amat mulia di sisi agama dan masyarakat kerana mereka mewarisi tugas-tugas Rasul membimbing manusia ke jalan yang benar, pencetus hidayah, membantu mengubah nasib seseorang, mengangkat darjat seseorang, membebaskan seseorang dari kemiskinan dan membentuk tamadun manusia melalui pendidikan dan penyebaran ilmu. Betapa besar peranan guru ini, maka mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan menerangi laluan sama di desa atau di bandar, di darat atau di lautan.

masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitanWalaubagaimana pun kejayaan dan keberkesanan pencapaian sistem pendidikan sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur penting membantu kecemerlangan pendidikan.

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian ,

Pangkat dan hadiah tinggi menggunung bukanlah dituntut oleh para guru. Tetapi apa yang penting ialah murud -murid yang dibimbingnya menjadi manusia yang berguna dan mampu mengembalikan maruah agama dan martabat negara .Bagaimanapun kadangkala guru -guru menghadapi cabaran besar dalam membentuk murid yang berjaya dan bertamadun. Berdasarkan pemerhatian mimbar walaupun besar pengorbanan guru tetapi terdapat juga dikalangan ibubapa dan murid yang tidak menghormati guru.Penghormatan kepada guru semakin longgar dan semakin luntur dalam masyarakat kita.Tidak salah jika kita berkawan rapat dengan guru, tetapi adalah salah jika kita tidak beradab dan kurang ajar kepadan ya.Sejahat--jahat guru, selagi mana dia menumpahkan ilmu maka adalah perlu untuk kita menghormatinya.Ingatlah pesan Saiyidina Ali RA yang bermaksud :Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang.Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.Jika kita hendak menegur seseorang guru hendaklah dilakukan dalam keadaan penuh beradab .Setinggi mana pun kita mencapai kedudukan , ingatlah kepada guru yang membimbing kita . saya tidak nampak ruang dan sebab untuk seseorang murid mendabik dada kepada gurunya. Malah kalau hubungan antara murid dan guru ini baik,maka akan terhasil satu gabungan dan perkongsian ilmu yang cantik.Apa yang nyata tidak rugi jika kita menghormati guru tetapi sebaliknya satu kerugian besar jika kita tidak mengambil peluang menimba ilmu bersama guru. Guru adalah manusia biasa, mereka juga mempunyai kelemahan. Tetapi kita sebagai anak muridnya perlu berlapang dada dan menerimanya secara waras kerana dia memberikan manfaat yang banyak kepada kita

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian , Saya amat yakin generasi belia ulul albab inilah yang menjadi cita-cita negara kita untuk membentuk belia yang kreatif, pencetus dan pembina tamadun Islam yang dihormati dan disegani oleh masyarakat dunia. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Mimbar berpesan, marilah kita khususnya golongan belia memastikan kehidupan kita di dunia ini mendapat perlindungan Allah SWT. Ini selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA mafhumnya: Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah SWT pada hari akhirat iaitu : Pertama : Pemimpin yang adil Kedua : Pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah SWT Ketiga : Orang yang mengingati Allah SWT ketika bersendirian lalu menitis airmatanya Keempat : Orang yang hatinya bergantung kepada masjid Kelima : Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT semat-amata Keenam : Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik tetapi mengatakan aku takut kepada Allah SWT Ketujuh : Orang bersedekah dan memyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan. marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan generasi belia negara kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh AllaH SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian ,Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian, terus melaksanakan amanah yang diberi dengan tulus dan ikhlas, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik sesungguhnya wajar mempunyai kedudukan tersendiri dalam masyarakat, seharusnya sentiasa disegani dan dipandang tinggi. Jadilah seperti pohon kayu yang subur dan lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar dengan batu tetapi tetap dibalas dengan buahdari Saidina Abu Bakar as-Siddiq

REDUP INI AMATLAH NIKMAT, BERKAT RIMBUNNYA SI POKOK JATI, HIDUP INI AMATLAH SINGKAT. SEKALI HIDUP BIARLAH BERERTI.

Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ... Saya merasmikan PROGRAM WACANA ILMU GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM dengan tema GURU PENDIDIKAN ISLAM MURSYID UMMAH.