TEKS UCAPAN YB MENTERI - · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos...

23
1 TEKS UCAPAN Y.B. DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN MAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS) UNIVERSITI MALAYA DAN PENYERAHAN KADS1M KE1 JUTA PADA 20 DISEMBER 2012 (KHAMIS) 8.15 MALAM BERTEMPAT DI DEWAN SEMARAK, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA

Transcript of TEKS UCAPAN YB MENTERI - · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos...

Page 1: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

1

TEKS UCAPAN

Y.B. DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI,

KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

MAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN

PENGGUNA SISWA (GPS) UNIVERSITI MALAYA

DAN PENYERAHAN KADS1M KE–1 JUTA

PADA

20 DISEMBER 2012 (KHAMIS)

8.15 MALAM

BERTEMPAT DI

DEWAN SEMARAK, AKADEMI PENGAJIAN

MELAYU, UNIVERSITI MALAYA

Page 2: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

2

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan

Salam 1 Malaysia

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari

Pengerusi Majlis

YB Datuk Rohani Abdul Karim

YB Dato’ Tan Lian Hoe

Timbalan-Timbalan Menteri

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi

Dan Kepenggunaan

Page 3: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

3

YBhg. Dato’ Saripuddin Kasim

Ketua Setiausaha, Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi

Dan Kepenggunaan

YBhg. Professor Datuk Dr. Rohana

Yusof

Timbalan Naib Canselor

Hal Ehwal Pelajar

Universiti Malaya

YBhg. Dato’ Yusof Abdul Rahman

Pengarah Urusan Bank Rakyat

Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi

Page 4: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

4

Dan Kepenggunaan Serta Ketua-

Ketua Agensi Kementerian

Pegawai-Pegawai Kanan Universiti

Malaya

Ketua-Ketua Jabatan

Para Pelajar

Rakan-Rakan Media

Seterusnya Para Hadirin Yang Saya

Hormati Sekalian

Page 5: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

5

Pendahuluan

1. Pertamanya, saya ingin

merakamkan kesyukuran ke

hadrat illahi atas limpah kurnia

dan izinNya dapat kita bersama-

sama berkumpul di Majlis

Penutup Karnival Gerakan

Pengguna Siswa (GPS)

Universiti Malaya Dan

Penyerahan KADS1M Ke–1

Juta

2. Terlebih dahulu saya ingin

merakamkan ucapan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima

Page 6: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

6

kasih kepada Universiti Malaya

khususnya pihak Hal Ehwal

Pelajar (HEP) dan ahli-ahli GPS

yang telah menjadi penggerak

utama program ini. Tidak

dilupakan kepada Bank Rakyat

yang menjadi penaja bersama

program ini.

Meringankan Kos Sara Hidup

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,

3. Bagi meringankan kos sara

hidup, kerajaan pada hari ini telah

menyalurkan pelbagai jenis

bantuan kepada rakyat yang

Page 7: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

7

tidak asing lagi di kalangan

siswa IPT ialah Bantuan Buku

1Malaysia (BB1M). Pada tahun

2012, kerajaan telahpun memberi

bantuan Baucar Buku 1Malaysia

(BB1M) sebanyak RM200.00

seorang melibatkan peruntukan

sebanyak RM260 juta dan pada

tahun 2013 jumlah ini akan

ditingkatkan kepada RM250.00

seorang dengan jumlah

peruntukan keseluruhan

mencecah RM325 juta. Selain itu,

kerajaan juga telah mewujudkan

Kedai Rakyat 1Malaysia

(KR1M) dan Menu Rakyat

Page 8: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

8

1Malaysia (MR1M) di IPT-IPT.

Kedua-dua produk berkenaan

juga telah ada disediakan di UM

ini.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

(KADS1M)

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,

4. Sukacita saya maklumkan

bahawa KADS1M yang kita

saksikan pada hari ini merupakan

inisiatif baru yang diwujudkan

oleh kerajaan bagi membantu

meringankan beban rakyat

Page 9: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

9

khususnya siswa-siswi IPT. Ianya

bertitik tolak dari cadangan

yang dicetuskan oleh siswa

semasa Mesyuarat Majlis

Perundingan Pelajar Kebangsaan

(MPPK) pada 21 November 2011

yang lalu.

5. Sehingga kini, sebanyak 313

syarikat (2,755 outlet) telah

menyertai KADS1M dengan

menawarkan diskaun antara 1

hingga 60 peratus bagi

pembelian barangan dan

perkhidmatan terpilih di premis-

premis perniagaan mereka.

Page 10: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

10

6. Saya difahamkan bahawa para

siswa telahpun menggunakan

kemudahan KADS1M. Setakat

ini, KPDNKK menerima

maklumbalas positif termasuklah

permintaan-permintaan daripada

kumpulan pelajar-pelajar yang

mengikuti Pengajian Jarak Jauh

(PJJ) dan juga pelajar Malaysia

luar Negara untuk mendapatkan

KADS1M. Perkara ini sedang

dalam pertimbangan KPDNKK

dan insyaAllah akan

dilaksanakan pada fasa

seterusnya.

Page 11: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

11

7. Para pelajar yang ingin

mendapatkan maklumat lanjut

mengenai KADS1M seperti

senarai syarikat, kadar diskaun,

terma dan syarat-syarat yang

dikenakan oleh syarikat-syarikat

yang mengambil bahagian,

bolehlah melayari laman web

www.1pengguna.com.

8. Sukacita saya maklumkan

bahawa, KPDNKK dengan

kerjasama MAMPU sedang

membangunkan mobile

application bagi membolehkan

para pelajar untuk mengakses

maklumat KADS1M dengan lebih

Page 12: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

12

pantas menerusi telefon pintar.

Saya difahamkan aplikasi ini

akan siap sepenuhnya selewat-

lewatnya pada awal tahun

hadapan.

9. Pada hari ini, kita akan saksikan

penyerahan KADS1M yang ke-1

juta kepada saudari Pandelela

Rinong. Saudari Pandelela

Rinong dipilih sebagai penerima

KADS1M ke-1 juta kerana beliau

telah mencipta sejarah dan

mengharumkan nama negara di

mata dunia apabila memenangi

pingat gangsa dalam acara 10

meter platform individu wanita di

Page 13: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

13

Sukan Olimpik London 2012.

Beliau juga merupakan seorang

siswa yang melanjutkan

pelajarannya di UM. Tahniah dan

syabas saya ucapkan kepada

saudari Pandelela. Terima kasih

saya ucapkan kepada Bank

Rakyat yang merupakan

penyumbang terbesar yang

membolehkan KADS1M

dijayakan. Ini kerana seperti yang

kita semua tahu, kos cetakan dan

edaran KADS1M dibiayai

sepenuhnya oleh Bank Rakyat

melalui program CSR. Saya

berharap agar badan-badan

Page 14: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

14

korporat yang lain juga dapat

tampil dan bersama-sama

kerajaan dalam membantu

meringankan bebanan rakyat.

GPS dan Isu Kepenggunaan

Melibatkan Siswa

Hadirin dan hadirat sekalian,

10. Sehingga kini, sebanyak 149 IPT

telah menubuhkan GPS dengan

penyertaan melebihi 11,000

orang ahli. Kumpulan ini

merupakan catalyst kepada

gerakan kepenggunaan di IPT

Page 15: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

15

yang mampu menyebar luas

maklumat kepengunaan kepada

lebih kurang 1.5 juta pelajar

seluruh negara.

11. Saya difahamkan bilangan ahli

GPS UM telah meningkat

daripada 120 orang pada awal

tahun, kepada 350 orang. Saya

berharap bilangan ahli GPS UM

dapat terus ditingkatkan lagi

kepada 1,000 orang pada tahun

hadapan.

12. Ahli-ahli GPS boleh

melaksanakan pelbagai program

dengan fokus kepada

Page 16: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

16

pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar,

pemakanan sihat dan

pengurusan kewangan. Ini

kerana mengikut statistik yang

pernah dikeluarkan, jumlah belia

muflis meningkat sebanyak 40

peratus berlaku setiap lima

tahun. Selain itu, kita dapat lihat

bahawa terdapat pelbagai

laporan mengenai mahasiswa

yang menjadi mangsa

penipuan dalam proses jual

beli, mahasiswa terlibat

dengan skim-skim kepentingan

Page 17: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

17

atau pelaburan palsu, belia

yang muflis dan banyak lagi.

13. Melalui penubuhan GPS,

mahasiswa dapat merangka

pelbagai aktiviti serta program

bukan hanya di peringkat IPT,

bahkan turut melibatkan komuniti

atau masyarakat. Sebagai

contoh, ahli GPS boleh

melaksanakan program-program

seperti Bakti Siswa bagi

mendekatkan diri dengan

masyarakat.

14. Bagi memacu pelaksanaan

program GPS, pihak KPDNKK

Page 18: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

18

sendiri turut menyediakan

bantuan kewangan sebanyak

RM3,000 kepada setiap IPT

awam dan swasta yang

menubuhkan GPS, iaitu RM1,000

bagi penubuhan GPS dan

RM2,000 bagi pelaksanaan

program kepenggunaan. Saya

harap peruntukan ini digunakan

sebaiknya dan suka saya

maklumkan bahawa peruntukan

ini akan diberi lagi oleh

KPDNKK pada tahun hadapan.

15. Selain insentif kepada ahli-ahli

GPS yang telah saya nyatakan

sebentar tadi, sukacita juga saya

Page 19: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

19

maklumkan bahawa KPDNKK

turut menyediakan platform lain

kepada ahli-ahli GPS, antaranya:

(i) ruangan khas di akhbar

bagi membolehkan siswa

berinteraksi dan

memberikan sumbangan;

(ii) saluran suara siswa siswa di

portal, facebook dan

twitter; dan

(iii) penglibatan pemimpin-

pemimpin GPS dalam

program Latihan Untuk

Jurulatih (TOT) pada tahun

hadapan.

Page 20: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

20

Karnival Gerakan Pengguna Siswa

(GPS)

16. Saya difahamkan bahawa

karnival ini telah bermula pada

15 Disember 2012 yang lalu dan

sarat dengan pelbagai pengisian

seperti Pertandingan UM

Battlefield Live Challenge, Street

Soccer, Women Basketball 3 on

3, Counter Strike Challenge,

Explorace, Rekacipta Bahan Kitar

Semula dan pelbagai lagi.

17. Antara yang menarik perhatian

saya adalah Pertandingan

Rekacipta Bahan Kitar Semula

Page 21: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

21

yang pada pandangan saya

merupakan sebuah inovasi. YAB

Perdana Menteri baru-baru ini

telah memperkenalkan Genovasi

yang merupakan kombinasi

perkataan Generasi dan Inovasi

di bawah Unit Inovasi Khas

(UNIK), Jabatan Perdana Menteri

bagi merangsang golongan muda

untuk mencipta sesuatu yang

baru. Ini diharap mampu

membawa Negara ke status

Negara maju berpendapatan

tinggi.

Penutup

Page 22: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

22

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,

18. Saya sekali lagi ingin

merakamkan ucapan terima

kasih kepada semua warga

Universiti Malaya di atas

kesudian menerima kunjungan

saya pada hari ini. Setinggi-tinggi

penghargaan juga saya tujukan

kepada Bank Rakyat dan semua

pihak yang terlibat dalam

menjayakan program ini.

19. Akhir kata dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim, saya

dengan ini merasmikan Majlis

Page 23: TEKS UCAPAN YB MENTERI -   · PDF fileMAJLIS PENUTUP KARNIVAL GERAKAN ... Bagi meringankan kos sara ... Sukan Olimpik London 2012. Beliau juga merupakan seorang

23

Penutup Karnival Gerakan

Pengguna Siswa (GPS)

Universiti Malaya Dan

Penyerahan KADS1M Ke–1

Juta

Sekian, terima kasih.