TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan...

28
1 TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2019 DATARAN PAHLAWAN MEGAMALL, MELAKA 3 OGOS 2019 (SABTU)

Transcript of TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan...

Page 1: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

1

TEKS UCAPAN

YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2019

DATARAN PAHLAWAN MEGAMALL, MELAKA 3 OGOS 2019 (SABTU)

Page 2: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

YB TUAN GOBIND SINGH DEO

KEBANGSAAN

2

Salam Sejahtera dan Salam Harapan

PENDAHULUAN

1. Saya berasa amat berbesar hati pada malam ini, kita dapat

bersama-sama berhimpun di Melaka, Bandaraya Bersejarah ini bagi

menyaksikan satu majlis yang sangat bermakna dalam menzahirkan

semangat cintakan negara iaitu Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan

dan Kibar Jalur Gemilang 2019.

2. Izinkan saya terlebih dahulu mengambil kesempatan selaku

Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 mengucapkan

rasa terima kasih tidak terhingga atas kesudian dan kehadiran Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad ke

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan seterusnya menyempurnakan

flag-off Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 pada malam ini.

Page 3: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

3

3. Seterusnya, saya ingin mengambil kesempatan untuk

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada Yang Amat Berhormat Tuan Haji Adly Zahari, Ketua Menteri

Melaka, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan

seluruh rakyat Melaka kerana sudi menjadi “Tuan Rumah” dan

penganjur bersama majlis ini.

4. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Menteri-

Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet; Yang Berhormat

EXCO-EXCO Kerajaan Negeri serta Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang turut hadir bersama di majlis ini.

5. Pemilihan negeri Melaka sebagai lokasi pelancaran adalah

berdasarkan faktor sejarah di mana lokasi pengisytiharaan

Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Banda Hilir Melaka oleh Yang

Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada

20 Februari 1956. Pada hari berkenaan Almarhum Tuanku, telah

mengumumkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai

kemerdekaan secara rasminya pada 31 Ogos 1957.

Page 4: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

4

6. Justeru, berkat kerja keras dan usaha pejuang-pejuang

kemerdekaan tanah air, negara kita telah mengecapi 62 tahun

kemerdekaan. Rakyat di negara ini hidup dalam keadaan selesa,

harmoni dan makmur. Nilai kemerdekaan yang diraikan bukan sahaja

merdeka daripada dijajah namun yang paling penting keupayaan kita

semua hidup dengan bersatu dalam suasana aman damai negara

tercinta kita.

7. Tahniah juga kepada rakyat Malaysia yang hadir bersama-sama

dengan semangat “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” dalam

menyokong aspirasi-aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan untuk membina

semula negara dan membawa nilai-nilai negara bebas rasuah dan

berintegriti dalam usaha dan tanggungjawab yang besar ini. Kehadiran

ini menggambarkan komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam

memastikan kesejahteraan dan kemakmuran dengan mengutamakan

semangat kenegaraan dan tanpa mengira perbezaan kaum, agama,

bangsa dan fahaman wajib disemai dan dipupuk dalam sanubari

sebagai rakyat Malaysia.

Page 5: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

5

Tema Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Para Hadirin Sekalian,

8. Pada tahun ini kita mengangkat tema “Sayangi Malaysiaku:

Malaysia Bersih” sebagai tema Hari Kebangsaan 2019. Tema tahun ini

menitik berat hasrat Kerajaan untuk memupuk semangat cintakan

negara dan mengeratkan lagi jalinan perpaduan serta menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan rakyat yang mempunyai

jati diri dan berintegriti.

9. Seperti yang sedia maklum juga, logo rasmi sambutan Hari

Kebangsaan 2019 memaparkan simbol rakyat dalam pergerakan riang

mengangkat tangan dengan satu bentuk hati yang menyatukan mereka.

Logo ini juga menggambarkan warganegara Malaysia yang berbilang

bangsa dalam keharmonian rasa seia, sekata, sehati dan sejiwa,

membarakan perasaan sayang kepada negara Malaysia.

10. Saya memohon agar semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama

menyemarakkan lagi semangat patriotisme di dalam diri kita dan

menyemai amalan budaya integriti dan menolak rasuah dalam

kehidupan kita.

Page 6: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

6

11. Marilah bersama-sama kita kembali kepada prinsip-prinsip

Rukun Negara yang menerapkan nilai-nilai murni yang berasaskan

kedamaian, kesejahteraan, perpaduan, kesetiaan kepada Raja dan

Negara, bersikap toleransi antara satu sama lain dan mempunyai

semangat patriotisme yang jitu supaya kita semua dapat hidup bersatu

padu tanpa sebarang sengketa.

Program-program Sambutan Bulan Kebangsaan

12. Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini secara rasmi bermula hari

ini, iaitu pada 3 Ogos hingga 16 september 2019 menerusi tiga (3)

program utama iaitu:

i. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019

pada 2 hingga 4 Ogos 2019 di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka

yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri malam ini;

ii. Hari Kebangsaan 2019 pada 31 Ogos di Putrajaya yang akan

dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong; dan

iii. Hari Malaysia 2019 pada 16 September 2019 di Padang Merdeka,

Kuching, Sarawak yang akan dirasmikan oleh TYT Negeri Sarawak dan

YAB Perdana Menteri.

Page 7: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

7

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

13. Pelbagai program telah dirangka oleh Kementerian Komunikasi

dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama agensi-agensi

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, pihak swasta, pertubuhan

bukan Kerajaan, rakan media dan pelbagai pihak. Antaranya ialah

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Merdeka@komuniti,

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan, Pertandingan Pidato

Kenegaraan, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pameran

Bersepadu Caring Bridge serta lain-lain program yang melibatkan

penyertaan seluruh rakyat Malaysia.

14. Kerajaan amat menggalakkan pelbagai inisiatif dalam kalangan

masyarakat bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari

Malaysia secara sukarela. Ini secara langsung memupuk semangat

perpaduan dan meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

secara bersepadu, meriah dan harmoni.

Page 8: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

8

15. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua agar setiap

rakyat Malaysia bersama-sama meraikan Bulan Kebangsan dengan

mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, bangunan pejabat, premis

perniagaan, kereta dan di mana-mana tempat bersesuaian dengan

penuh perasaan kebanggaan dan kegembiraan bahawa ‘Malaysia ini

kita punya’ dan #KitaMalaysia.

16. Pada malam ini, kita juga bakal menyaksikan pelancaran flag off

konvoi kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 yang akan menjelajah

sejauh 6,200 km (simbolik Hari Kebangsaan ke-62) di 62 pit stop

meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan

Labuan bermula pada malam ini sehingga 16 September 2019. Konvoi

ini melibatkan 14 buah kenderaan yang diterajui pasukan Jabatan

Penerangan Malaysia, 20 buah kenderaan dari agensi-agensi Kerajaan

dan 30 buah motorsikal berkuasa tinggi dari Persatuan Permotoran

Kelab J17 dengan penglibatan seramai 160 orang.

17. Saya difahamkan pagi tadi telah berlangsungnya Larian

Merdeka@Melaka yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat di

sekitar dan di luar Negeri Melaka. Sehubungan itu, saya merakamkan

ucapan terima kasih di atas penglibatan semua.

Page 9: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

9

18. Saya yakin dengan kerjasama dan sokongan yang berterusan

daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat

Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

akan mencapai matlamatnya.

Kempen #KitaMalaysia

Para Hadirin sekalian,

19. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada

kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin

sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan

pembangunan negara. Kempen #KitaMalaysia yang berasaskan prinsip

“Kemakmuran Bersama” merupakan salah satu inisiatif yang

diperkenalkan ke arah hubungan harmoni dan kerjasama pelbagai kaum

yang menjadi kunci utama untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam

perjalanan negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan

secara menyeluruh.

20. Dalam perkara ini semua rakyat Malaysia mempunyai peranan

penting untuk memastikan bahawa kita semua bangga dengan

pencapaian negara kita selepas 62 tahun merdeka.

Page 10: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

10

21. Kita harus menghargai bagaimana kita telahpun membina satu

negara yang berjaya berasaskan semangat perpaduan dan patriotisme,

dan bagaimana kita telahpun menunjukkan kepada dunia bahawa nilai-

nilai tersendiri rakyat daripada semua kaum, agama dan budaya di

Malaysia boleh digabungkan untuk mengeratkan persahabatan di antara

kita semua dan sebagai sumber kekuatan untuk kita bersama-sama

membina negara berbilang kaum yang bukan sahaja berjaya dari sudut

ekonomi tetapi juga dari segi sosial dan kenegaraan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

22. Di sini, izinkan saya rujuk kepada sesi persidangan Parlimen yang

lalu, di mana satu Rang Undang-Undang telahpun diluluskan dan

Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menurunkan kelayakan usia

mengundi daripada 21 kepada 18. Perkara ini adalah sangat penting

kerana ianya menyokong peranan besar dan penting generasi muda

dalam melakarkan carta dan halatuju buat masa hadapan negara kita.

Peranan anak-anak muda dalam bab sepembinaan negara diiktiraf dan

diberikan penekanan ini.

Page 11: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

11

23. Saya memohon kepada semua anak muda supaya bersama-sama

mengambil bahagian dengan kerajaan dalam perkara pembinaan masa

hadapan negara kita. Sepertimana saya menyatakan tadi semua rakyat

Malaysia mempunyai peranan masing-masing yang sangat penting dan

tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan untuk kita sama-sama

mencapai lebih kejayaan dan mengharumkan nama negara kita di masa

hadapan.

24. Ini lebih-lebih lagi apabila kita kini melalui era digital di mana

bukan sahaja komunikasi tetapi juga ekonomi dan peluang-peluang

yang mengekorinya sedang mengubah corak hidup dan interaksi

seluruh dunia. Kita mesti melihat perubahan teknologi sebagai satu

peluang untuk kita mecapai kejayaan yang lebih besar bukan sahaja di

dalam negara ataupun di persekitaran rantau tetapi juga di pentas dunia.

Melalui pembangunan teknologi yang sedia ada dan dunia digital yang

tidak bersempadan bahkan yang melintas seluruh dunia, negara kita

berkeupayaan untuk menjadi peneraju ekonomi di rantau ini khasnya

kerana kita terdiri daripada rakyat yang berkebolehan dalam pelbagai

bahasa dan kuat dari sudut pemahaman semangat menghormati agama

dan budaya berlainan.

Page 12: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

12

25. Maka sudah tentunya kita dalam kedudukan yang kukuh sekali

untuk menjadi negara yang berjaya dan dilihat sebagai contoh ekonomi

membangun yang dihormati seluruh dunia.

26. Walaupun begitu izinkan saya juga menekankan bahawa

sementara perkembangan teknologi membawa banyak manfaat dan

aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan

sebagainya digunakan dengan meluas oleh semua lapisan masyarakat,

dan media sosial ini banyak memberi kesan yang positif kepada para

pengguna namun begitu jika tidak digunakan dengan sebaiknya dan

berhemah, ianya boleh membawa kepada kemudaratan.

27. Sifat rangkaian media sosial yang tidak mengenal sempadan dan

boleh dikongsi dengan jutaan pengguna dalam sekelip mata mampu

menyebar luas berita-berita palsu jika disalah guna. Ia boleh meracuni

pemikiran rakyat hingga tidak dapat membezakan perkara yang benar

dan palsu, dan sekiranya tidak dibendung, ini boleh menjejaskan

ketenteraman masyarakat dan membawa kesan yang buruk kepada

negara.

Page 13: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

13

28. Sehubungan dengan itu, saya memohon supaya semua pihak

berhati-hati dalam menyebarkan atau berkongsi berita di dalam media

sosial dan sentiasa berhemah apabila membuat ataupun mengongsikan

sebarang kenyataan. Saya menyeru kepada semua untuk menyemak

dahulu dan mengesahkan kesahihan berita yang diterima sebagai satu

usaha untuk membanteras penularan berita palsu di laman sosial dan

Internet supaya kita boleh sama-sama pastikan bahawa keamanan dan

ketenteraman awam negara kita sentiasa terkawal dan dilindungi.

29. Sebelum mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka

kerana memberi sokongan dalam memastikan kejayaan dan kelancaran

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019

ini.

30. Akhir kata, terima kasih dan penghargaan juga kepada semua

jabatan kerajaan, agensi, badan-badan kerajaan dan kesemua

jawatankuasa pelaksana yang diterajui oleh Jabatan Penerangan

Malaysia di atas komitmen dan kerjasama padu yang telah diberikan

bagi menjayakan majlis kita ini.

Page 14: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

14

31. Selamat menyambut Bulan Kebangsaan, Hari Kemerdekaan dan

Hari Malaysia saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 15: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Embargo Please check against delivery

1

TEKS UCAPAN YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2019

PADA 3 OGOS 2019 (SABTU), PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI DATARAN PAHLAWAN, MELAKA

PENGENALAN

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan keizinanNya, dapat kita berhimpun bersama-sama pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019.

2. Saya berasa terharu dan gembira kerana rakyat dari pelbagai lapisan peringkat usia dan

latar belakang hadir bersama meraikan majlis ini dalam suasana penuh keharmonian dan kedamaian.

3. Keharmonian dan kedamaian ini sekaligus memperlihatkan persefahaman dan perpaduan

kita bersama sebagai rakyat Malaysia. Walau apa pun isu yang timbul, kita akan tetap bersatu padu dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan Negara dicapai dengan aman dan muhibah.

MELAKA NEGERI BERSEJARAH

4. Hari ini kita berkumpul di Melaka, sebuah Negeri bersejarah di mana beratus-ratus tahun dahulu menjadi Negeri pertama di Tanah Melayu yang dijajah oleh Portugis selama 130 tahun.

5. Tahun-tahun berikutnya pula menyaksikan penjajah lain seperti Belanda dan seterusnya

Inggeris. 6. Di tempat kita berkumpul inilah, di Bandar Hilir, Melaka, sejarah penjajahan Negara bermula

dan di tempat ini jugalah Bapa Kemerdekaan kita Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra telah mengumumkan pada 20 Februari 1956 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

7. Pada hari berkenaan Almarhum Tunku, yang ketika itu ialah Ketua Menteri Persekutuan

Tanah Melayu, telah mengumumkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai Kemerdekaan secara rasminya pada 31 ogos 1957.

Page 16: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Embargo Please check against delivery

2

PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

8. Malaysia sudah menjangkau 62 tahun tanpa genggaman dan kuasa penjajah. Walaupun ada kalanya timbul suara-suara sumbang yang mahu menggugat ketenteraman antara rakyat dengan menimbulkan isu-isu perkauman, rakyat Malaysia secara keseluruhannya menolak fahaman sempit sedemikian dan tetap berpegang kepada prinsip tolak-ansur dan hormat menghormati.

9. Persefahaman yang telah dipupuk sejak Merdeka inilah yang mampu menjayakan agenda-

agenda nasional yang bertujuan untuk memakmur dan memajukan rakyat dan Negara.

10. Saya harap agar perhimpunan kita ini akan menyemarakkan lagi semangat kita untuk sama-sama melipatgandakan usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang disegani dan dihormati di mata dunia.

11. Seiring dengan Negara mencapai kematangan, saya yakin rakyat Malaysia sekarang juga

bertambah matang menilai dan membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman yang mahu memecah-belah perpaduan kita.

12. Kematangan ini juga akan menjadi pendorong kepada hasrat Kerajaan untuk memajukan

Negara agar kemakmuran yang dicapai akan dapat kita nikmati bersama. INISIATIF KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

13. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan dalam usaha mencapai matlamat

kemakmuran bersama ini, sebagaimana yang telah umumkan sempena sambutan ulang tahun pertama Malaysia Baharu.

14. Ia termasuklah langkah memulihkan integriti dan urus tadbir perkhidmatan awam, syarikat-

syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) untuk kepentingan ekonomi Negara, selain Program Transformasi Felda, Pemulihan Tabung Haji, Pelancaran Dasar Keusahawanan Negara 2030 dan Program Pembangunan Wilayah.

15. Dalam merealisasikan inisiatif ini, kita semua harus memberi sokongan dan kepercayaan

penuh kepada Kerajaan yang baharu ini untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

16. Rakyat hendaklah sama-sama bangkit dengan penuh azam dan tekad untuk membantu

Kerajaan mencorakkan kemakmuran bersama ini. 17. Falsafah dan kerangka dalam membina sebuah Negara yang berasaskan kepada penyatuan

jitu masyarakat, haruslah dijadikan sebagai asas perjuangan yang konsisten oleh kita semua.

18. Sehubungan ini, soal persefahaman dan penyatuan kaum akan terus dijadikan sebagai

agenda penting Kerajaan. Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan menjauhi amalan-amalan buruk juga perlu terus diterapkan di dalam masyarakat di Negara ini.

19. Marilah sama-sama kita jayakan usaha ini dan menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan

pada tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Page 17: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Embargo Please check against delivery

3

KEMAJUAN NEGARA MALAYSIA

20. Masa berlalu tanpa henti dan tidak pernah berundur, sehinggalah Negara kita sampai ke dekad ini. Kita harus bersyukur dengan nikmat kehidupan yang aman dan makmur ini.

21. Pada masa yang sama, kita juga perlu sedar bahawa kejayaan kita pada hari ini adalah hasil

pengorbanan oleh generasi terdahulu. 22. Sejarah Negara, sejak berdekad yang lalu, harus dijadikan panduan di dalam kita

membentuk dan menentukan halatuju Negara. Setiap rakyat perlu ada rasa tanggungjawab, kerana imej kecemerlangan Negara banyak bergantung kepada kemampuan kita untuk mengharungi segala cabaran dan rintangan untuk meraih kejayaan.

23. Kita perlu fokus kepada tahap kemajuan yang lebih cemerlang dengan memperbaiki segala

kekurangan dan kelemahan sedia ada supaya ia akan menjadi garis panduan dan ikutan generasi masa hadapan.

24. Kesemuanya ini mampu digalas apabila kita ada kesedaran dan keinsafan dalam diri

terhadap liku-liku perjalanan Negara sepanjang dekad yang dilalui. SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

25. Setiap tahun apabila menjelang sambutan Hari Kebangsaan, ia menyedarkan kita semula

tentang pentingnya semangat patriotisme dan cinta kepada Negara. 26. Semangat cinta kepada Negara ini merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam

pembinaan sebuah Negara yang berbilang kaum, agama dan budaya supaya kita semua dapat hidup secara rukun dan damai.

27. Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisme. Oleh itu adalah penting

untuk kita tanam semangat dan nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme ini dalam diri setiap rakyat di Negara ini.

28. Marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan ini dengan

mengibar jalur gemilang di rumah, di bangunan pejabat, bangunan perniagaan bahkan di kenderaan kita dan jadikan sambutan tahun ini lebih meriah.

PERANAN DAN CABARAN GENERASI MUDA

29. Peranan generasi masa kini adalah penting kerana merekalah generasi pelapis yang akan meneruskan wawasan Malaysia pada masa akan datang.

30. Kerajaan mengiktiraf peranan besar yang boleh dimainkan oleh golongan muda di Negara

ini. 31. Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi

kepada 18 tahun yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu adalah antara langkah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan untuk membuka peluang kepada golongan muda terlibat dalam Sistem Demokrasi Negara di usia lebih muda.

Page 18: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Embargo Please check against delivery

4

32. Pendaftaran pengundi secara automatik juga membuka peluang kepada golongan muda seawal usia 18 tahun untuk menawarkan diri berkhidmat sebagai wakil rakyat. SEMANGAT PATRIOTISME

33. Ketika harapan kita sangat besar kepada generasi masa kini, kita juga bimbang kerana generasi muda hari ini hidup dengan penuh keselesaan sehingga mereka tidak sedar betapa banyak pengorbanan yang dilakukan untuk membawa Negara ke tahap sekarang.

34. Sebahagian daripada mereka menjadi generasi yang lupa akan perjalanan serta perjuangan

bangsa. Pada mereka ini, keadaan baik dan selesa dalam Negara adalah biasa, dan masalah Negara bukanlah tanggungjawab mereka.

35. Kerana persepsi seperti ini boleh runtuhkan Negara, maka semangat patriotisme dan jati diri

perlu dipupuk dalam diri generasi muda di Negara ini kerana keperibadian mereka akan mencerminkan keperibadian Negara pada masa kini dan akan datang.

36. Usaha memupuk semangat patriotisme dan membentuk jati diri bangsa yang unggul ini

perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti.

37. Hal ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasionalisme tinggi dan secara tidak langsung menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

PENUTUP

38. Akhir sekali, saya ucap syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha

menjayakan majlis pada hari ini. Saya harap agar kita semua dapat menghayati pentingnya erti sebuah kemerdekaan dan mempertahankan perpaduan kita.

39. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan Program Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019.

Sekian. Wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 19: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Teks Ucapan Aluan YAB Tuan Adly bin Zahari

Ketua Menteri Melaka Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan

Dan Kibar Jalur Gemilang 2019 3 Ogos 2019 (Sabtu), Masa: 2000 Malam

Dataran Pahlawan Megamall, Melaka ---------------------------------------------------------------------

Page 20: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Sila Semak Semasa Ucapan Dibacakan

2

Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,

Perdana Menteri Malaysia;

Yang Berhormat Dato’ Mohamad Arif bin Md. Yusof,

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Datin

Hakimah binti Hassan;

Yang Berhormat Tuan Gobind Sing Deo,

Menteri Komunikasi dan Multimedia, dan YBhg. Puan

Sangeeta Kaur Sidhu;

Yang Berhormat Ahli-ahli Jemaah Menteri;

Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar,

Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Datin Seri Jamaliah

binti Othman;

Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal,

Menteri Besar Johor dan YBhg. Datin Dr. Nur Armila binti

Mukdan;

Page 21: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Sila Semak Semasa Ucapan Dibacakan

3

Tuan-tuan dan Puan-puan, Hadirin Hadirat yang saya

hormati.

Salam Sejahtera, Salam Melaka Berwibawa;

Pintar, Hijau, Bersih.

PENDAHULUAN

1. Pertamanya, syukur ke hadrat Allah SWT

kerana kita dapat bersama-sama pada petang ini, di

negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Terlebih dahulu,

suka untuk saya merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan

Persekutuan khususnya kepada Yang Amat Berhormat

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri yang

kita kasihi di atas kesudian memilih Melaka sebagai tuan

rumah bersempena Pelancaran Sambutan Bulan

Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat

Kebangsaan 2019.

2. Keduanya, Selamat Datang saya ucapkan

kepada barisan Jemaah Menteri, EXC0-EXCO

Kerajaan Negeri serta Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan

Page 22: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Sila Semak Semasa Ucapan Dibacakan

4

Persekutuan dan Negeri, serta seluruh warga Melaka

dan Malaysia ke Padang Dataran Pahlawan, Banda Hilir,

Melaka.

Indah berbalam si awan petang,

Berarak megah di Tanjung Bidara,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Bunga seroja si bunga cempaka,

Menjadi hiasan puteri mahkota;

Sungguh tersohor negeri Melaka,

Penuh sejarah warisan tercinta.

3. Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin

mengucapkan tahniah dan syabas kepada

Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan dan

Hari Malaysia 2019 yang diterajui oleh Kementerian

Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dengan kerjasama

semua agensi Persekutuan dan Negeri kerana komited

dalam merancang, menyusun dan seterusnya

menzahirkan pelbagai aktiviti dan program ke arah

Page 23: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Sila Semak Semasa Ucapan Dibacakan

5

menjayakan program sambutan Bulan Kebangsaan

2019.

4. Pemilihan Melaka sebagai lokasi program

Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar

Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2019 adalah

bertepatan iaitu bagi mengimbau sejarah pengisytiharan

kemerdekaan negara yang dibuat di Banda Hilir

pada 20 Februari 1956. Jika kita telusuri sejarah lalu,

rombongan Merdeka yang pulang dari kota London ini

mendapat sambutan meriah ketika tiba di Lapangan

Terbang Batu Berendam, Melaka. Mereka diarak dengan

diiringi oleh kumpulan pemuda bermotosikal dan puluhan

buah kereta ke Padang Banda Hilir, Melaka.

5. Sebaik sahaja tiba di Padang Banda Hilir, Melaka,

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memulakan ucapan

terima kasih diatas sokongan padu yang diberikan.

Seterusnya, Tunku mengumumkan bahawa menurut

Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8

Februari 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan

mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos

1957 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Page 24: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Sila Semak Semasa Ucapan Dibacakan

6

6. Serentak dengan pengumuman kemerdekaan itu,

laungan keramat “Merdeka” bergema di Padang Banda

Hilir yang kini dikenali sebagai Dataran Pahlawan.

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh 100,000

orang yang hadir dari seluruh pelosok Persekutuan

Tanah Melayu. Sejarah ulung telah tercipta pada masa

itu di bumi Melaka ini. Sehubungan itu, mewakili

seluruh rakyat negeri ini, saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi terima kasih atas penghargaan dan

pengiktirafan yang diberikan kepada Melaka pada tahun

ini.

Dif-dif kehormat dan hadirin hadirat yang saya hormati,

MELAKA BERWIBAWA: PINTAR, HIJAU DAN BERSIH

7. Kita bersyukur kerana pentadbiran Kerajaan Negeri

Melaka hari ini seiring dengan Kerajaan Persekutuan

yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr

Mahathir Mohamad. Hari ini, tugas besar kita bukan

sahaja untuk membina dan mengembalikan kewibawaan

Melaka, tetapi memastikan setiap janji memenuhi

kehendak dan harapan rakyat, berkeupayaan tinggi,

Page 25: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Sila Semak Semasa Ucapan Dibacakan

7

bertaraf global, mementingkan budaya dan warisan,

progresif serta demokratik melalui inisiatif Pintar, Hijau

dan Bersih

Dif-dif kehormat dan hadirin hadirat yang saya hormati,

TAHUN MELAWAT MELAKA 2019

8. Pada tahun ini, Melaka bersama-sama Pahang,

Sabah dan Sarawak telah dipilih untuk program Tahun

Melawat Malaysia 2020. Misi Tahun Melawat Melaka

2019 atau #visitmelaka2019 akan menjadi agenda

utama kerajaan negeri dalam menyokong pelaksanaan

Tahun Melawat Malaysia 2020 yang merupakan platform

utama Melaka dalam mempromosi negeri bersejarah ini

ke persada antarabangsa di samping merealisasi

sasaran kehadiran 20 juta pelancong.

9. Sehingga suku tahun pertama 2019, sejumlah 4.79

juta pelancong telah berkunjung ke Melaka dengan

pelancong tempatan 3.4 juta orang dan pelancong asing

1.38 juta orang. Pada tahun 2018, Melaka telah berjaya

menerima kehadiran 17.02 juta pelancong. Kejayaan

ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam

Page 26: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Sila Semak Semasa Ucapan Dibacakan

8

menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan

terunggul bertepatan dengan tema “Melawat Melaka

Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” dan “Melaka

Bandaraya Warisan Dunia UNESCO”.

Dif-dif kehormat dan hadirin hadirat yang saya hormati,

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

10. Saya bersyukur kerana Melaka terpilih sebagai

negeri pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang. Saya

menyeru rakyat Melaka khususnya dan rakyat Malaysia

amnya untuk bersama-sama menunjukkan semangat

patriotik mengibarkan Jalur Gemilang di semua

kediaman, premis-premis perniagaan, bangunan

pejabat, rumah ibadat, sekolah-sekolah dan lain-lain bagi

menunjukkan rasa cinta kita terhadap negara.

11. Saya juga menyeru warga Melaka dan rakyat

Malaysia agar menolak segala unsur rasuah dalam

amalan dan budaya kehidupan. “Malaysia Bersih” yang

kita uar-uarkan ini perlu membawa makna yang

signifikan agar kita bersatu padu, mengorak langkah

Page 27: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Sila Semak Semasa Ucapan Dibacakan

9

membina Malaysia Baharu dan Melaka yang lebih

berwibawa.

12. Justeru, besarlah hasrat kerajaan negeri agar

semangat cintakan negara dapat dipupuk dan jalinan

perpaduan dapat dieratkan bagi menjadikan Malaysia

khususnya Melaka, sebuah negara dan negeri yang

bukan sahaja maju tetapi juga mempunyai rakyat yang

berjati diri tinggi serta berintegriti seiring dengan amanat

yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri.

Dif-dif kehormat dan hadirin hadirat yang saya hormati,

TERIMA KASIH RAKYAT MELAKA 13. Akhir kata, sekali lagi saya mewakili rakyat

negeri ini mengucapkan terima kasih tidak terhingga

kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr

Mahathir Mohamad atas keprihatinan Tun dalam

memastikan Melaka terus maju dan berjaya. Semoga

kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan

Persekutuan dapat terus terjalin erat dan diperkukuhkan.

Page 28: TEKS UCAPAN YB TUAN GOBIND SINGH DEO MENTERI … · daripada semua yang ada di sini khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, sudah pasti kempen dan program yang dijalankan

Sila Semak Semasa Ucapan Dibacakan

10

14. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Melaka

di atas sokongan dan kepercayaan dan berharap

hubungan yang kukuh ini dapat diteruskan bagi

merealisasi perancangan membangunkan Melaka pada

hari ini dan pada masa hadapan.

Melaka negeri penuh budaya,

Khazanah bangsa tidak terkira;

Sejarah Melaka kebanggaan negara,

Warisan dunia sama dipulihara.

Besi tembaga biar di tanah,

Emas suasa dibawa pergi,

Berakhir kata di hujung noktah,

Di lain ketika bersua kembali.

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

-Tamat-