TEKS UCAPAN YBM AGROPOLITAN SRI AMAN...Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kampung 8....

6
DERAF UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN WANG SAGUHATI PROJEK LADANG SEJAHTERA AGROPOLITAN BATANG LUPAR, SRI AMAN PERKARANGAN MASJID, KAMPUNG AGROPOLITAN PULAU SEDUKU, SRI AMAN 13HB OGOS 2017

Transcript of TEKS UCAPAN YBM AGROPOLITAN SRI AMAN...Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kampung 8....

Page 1: TEKS UCAPAN YBM AGROPOLITAN SRI AMAN...Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kampung 8. Peserta-peserta Ladang Sejahtera; dan 9. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. 3

DERAF UCAPAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

SEMPENA

MAJLIS PENYERAHAN WANG SAGUHATI PROJEK LADANG SEJAHTERA AGROPOLITAN BATANG LUPAR, SRI AMAN

PERKARANGAN MASJID, KAMPUNG AGROPOLITAN PULAU SEDUKU,

SRI AMAN

13HB OGOS 2017

Page 2: TEKS UCAPAN YBM AGROPOLITAN SRI AMAN...Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kampung 8. Peserta-peserta Ladang Sejahtera; dan 9. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. 3

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

Salam Sejahtera.

[SALUTASI]

1. Yang Berhormat Puan Simoi Binti Haji Peri Ahli DUN N.28 Lingga

2. Yang Berusaha, Encik Indit Bangai Residen Sri Aman

3. Encik Rasidi Bin Ahmad Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad

4. Puan Rosma Suleiman Pengurus, Bahagian Ladang Rakyat/Ladang Sejahtera Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah (PELITA)

5. Pengarah KKLW Sarawak

6. Pegawai-pegawai kerajaan

7. Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kampung

8. Peserta-peserta Ladang Sejahtera; dan

9. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.

Page 3: TEKS UCAPAN YBM AGROPOLITAN SRI AMAN...Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kampung 8. Peserta-peserta Ladang Sejahtera; dan 9. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. 3

3

MUKADIMAH

1. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Residen Sri

Aman, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) dan

FELCRA Berhad atas usaha dan komitmen mereka selaku penganjur

majlis pada pagi ini.

2. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa

Kerja yang bertungkus-lumus dalam menjalankan persiapan rapi bagi

memastikan majlis pada pagi ini berjalan lancar. Syabas diucapkan

kepada semua!

3. Syukur Alhamdulillah pada hari ini, kita dapat bersama-sama

berkumpul untuk menyaksikan satu lagi bukti komitmen Kerajaan

kepada rakyat menerusi Penyerahan Wang Saguhati Ladang

Sejahtera Agropolitan Batang Lupar.

MAKLUMAT PROJEK

4. Saya difahamkan bahawa penyerahan wang saguhati pada hari ini

merupakan bayaran peringkat awal yang akan diikuti oleh pemberian

wang dividen hasil daripada projek tanaman kelapa sawit.

5. Seperti tuan/puan sedia maklum, Ladang Sejahtera Batang Lupar

merupakan komponen projek Agropolitan yang diuruskan FELCRA

Berhad dengan peruntukan disediakan oleh Kementerian Kemajuan

Page 4: TEKS UCAPAN YBM AGROPOLITAN SRI AMAN...Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kampung 8. Peserta-peserta Ladang Sejahtera; dan 9. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. 3

4

Luar Bandar & Wilayah (KKLW) dan diselaraskan oleh Kerajaan

Negeri Sarawak sejak tahun 2006.

6. Projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk

menghapuskan kemiskinan luar bandar melalui peningkatan

pendapatan, kualiti hidup serta usaha berterusan untuk

mempercepatkan pembangunan di kawasan luar bandar. Konsep

pembangunan yang dijalankan juga turut memfokuskan kepada

pembangunan kawasan yang terbiar dan terpencil untuk perladangan

kelapa sawit.

7. Saya yakin, projek ini bukan sahaja berupaya mengeluarkan peserta

daripada garis kemiskinan, malah mewujudkan ekonomi yang mapan

dan terancang serta meningkatkan liputan dan kualiti prasarana asas

seperti jalan raya, kemudahan air dan elektrik, sekaligus dapat

mempertingkatkan kemudahan sosial; seiring dengan objektifnya.

Apatah lagi, di Batang Lupar ini projek Agropolitan juga merangkumi

Program Bantuan Rumah kepada penduduk Pulau Seduku sendiri.

8. Kita seharusnya berterima kasih kepada PELITA sebagai pemegang

amanah kepada peserta projek dan tanah yang diluluskan. Hal ini

kerana komitmen yang diberikan oleh PELITA sebagai badan

pemantau prestasi projek tanaman kelapa sawit bersama-sama

pemaju projek dan Unit Perancang Negeri di peringkat Negeri,

Pejabat Residen dan Daerah di peringkat Bahagian sudah tentu

bakal mengubah kehidupan penduduk di kawasan ini kerana usaha

ini juga secara tidak langsung; dapat menggalakkan penduduk untuk

terlibat dalam keusahawanan dan memperkasakan komuniti.

Page 5: TEKS UCAPAN YBM AGROPOLITAN SRI AMAN...Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kampung 8. Peserta-peserta Ladang Sejahtera; dan 9. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. 3

5

9. Saya difahamkan pembangunan projek tanaman kelapa sawit di

Batang Lupar melibatkan keluasan sebanyak 1,600 hektar di mana ia

membabitkan keluasan yang dimajukan sebanyak 1,583 hektar. Saya

berasa amat gembira apabila mendapat tahu bahawa program ini

melibatkan seramai 325 orang peserta Ladang Sejahtera yang

merangkumi 7 buah kampung utama di sekitar Lingga/Stumbin/Bijat.

10. Sukacita dimaklumkan bahawa wang saguhati yang disalurkan

kepada peserta projek keseluruhannya berjumlah RM130,000.00

dan saya dimaklumkan setiap peserta diagihkan sebanyak RM400.00

hasil daripada pembangunan projek yang dilaksanakan. Tahniah dan

syabas kepada peserta projek semua!

11. Inilah merupakan salah satu bukti kerjasama erat Kerajaan

Persekutuan dan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat

Sarawak terus terpelihara. Sebagai Menteri di peringkat

Persekutuan, saya berasa amat bangga dengan komitmen yang telah

ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dalam mendokong

aspirasi Kerajaan Malaysia iaitu, untuk melahirkan rakyat yang maju

seiring dengan matlamat menjadikan Negeri Sarawak maju

menjelang 2030 dan Negara Malaysia menjelang tahun 2050.

PENUTUP

12. Sebelum saya mengundurkan diri, sekali lagi saya ingin

mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta projek dan tidak

lupa juga kepada penganjur majlis ini iaitu pihak PELITA, FELCRA

dan Pejabat Residen Sri Aman yang sering membantu dalam

membangunkan ekonomi penduduk setempat.

Page 6: TEKS UCAPAN YBM AGROPOLITAN SRI AMAN...Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kampung 8. Peserta-peserta Ladang Sejahtera; dan 9. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. 3

6

13. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan

Majlis Penyerahan Wang Saguhati Ladang Sejahtera Agropolitan

Batang Lupar. Sekian, terima kasih.