Teks UNIT 4

1
UNIT 4 : Bersih dan Sihat Arahan: Gariskan / bulatkan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, bina ayat berdasarkan kata tersebut. Kita mesti bersenam untuk kesihatan tubuh badan. Orang yang bersukan akan sentiasa bertenaga, sihat, dan aktif sepanjang hari berbanding dengan orang yang tidak bersukan. Apabila badan menjadi sihat dan bertenaga, aktiviti harian dapat dilakukan dengan mudah. Selain itu, daya pemikiran kita dapat ditingkatkan dengan aktiviti bersenam. Bersenam bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh. Hal ini demikian kerana, aktiviti bersenam ini dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang unggul. Selain itu, bersenam akan mengawal tekanan darah, menguatkan jantung, dan memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa di dalam darah. Masyarakat hari ini kurang sedar akan pentingnya bersenam. Kebanyakan terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak memperuntukkan masa untuk bersenam. Masa lapang mereka diisi dengan aktiviti lain seperti menonton televisyen, bermain permainan komputer, membeli-belah, dan sebagainya. Oleh sebab aktiviti senaman banyak kelebihannya, maka nilai mementingkan senaman perlu ada dalam diri setiap individu. Rasa malas hendak bersenam memang susah hendak dihilangkan. Walau bagaimanapun, senaman yang ringan harus kita mulakan, namun haruslah konsisten sepanjang minggu. Contohnya dengan berjalan kaki pada waktu lapang atau mengayuh basikal di sekitar kawasan rumah secara perlahan-lahan selama 20 minit. Setelah berjaya melakukan aktiviti ini secara konsisten, kita boleh meningkatkan senaman kita dengan berjoging atau mengayuh basikal dengan lebih laju dan lebih masanya.

description

bm tahun 5

Transcript of Teks UNIT 4

Page 1: Teks UNIT 4

UNIT 4 : Bersih dan Sihat

Arahan: Gariskan / bulatkan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, bina ayat berdasarkan kata tersebut.

Kita mesti bersenam untuk kesihatan tubuh badan. Orang yang bersukan akan sentiasa bertenaga, sihat, dan aktif sepanjang hari berbanding dengan orang yang tidak bersukan. Apabila badan menjadi sihat dan bertenaga, aktiviti harian dapat dilakukan dengan mudah. Selain itu, daya pemikiran kita dapat ditingkatkan dengan aktiviti bersenam.

Bersenam bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh. Hal ini demikian kerana, aktiviti bersenam ini dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang unggul. Selain itu, bersenam akan mengawal tekanan darah, menguatkan jantung, dan memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa di dalam darah.

Masyarakat hari ini kurang sedar akan pentingnya bersenam. Kebanyakan terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak memperuntukkan masa untuk bersenam. Masa lapang mereka diisi dengan aktiviti lain seperti menonton televisyen, bermain permainan komputer, membeli-belah, dan sebagainya.

Oleh sebab aktiviti senaman banyak kelebihannya, maka nilai mementingkan senaman perlu ada dalam diri setiap individu. Rasa malas hendak bersenam memang susah hendak dihilangkan. Walau bagaimanapun, senaman yang ringan harus kita mulakan, namun haruslah konsisten sepanjang minggu. Contohnya dengan berjalan kaki pada waktu lapang atau mengayuh basikal di sekitar kawasan rumah secara perlahan-lahan selama 20 minit. Setelah berjaya melakukan aktiviti ini secara konsisten, kita boleh meningkatkan senaman kita dengan berjoging atau mengayuh basikal dengan lebih laju dan lebih masanya.