TEKS_UCAPAN_YB_MENTERIdocx (1)
-
Upload
nooritapgsrsains09 -
Category
Documents
-
view
227 -
download
0
description
Transcript of TEKS_UCAPAN_YB_MENTERIdocx (1)
-
1
TEKS UCAPAN
YB DATUK SERI NOH BIN HAJI OMAR
MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL TANI MAHA YOUTH 2012 DI PERKARANGAN WISMA TANI
TARIKH : 26 MEI 2012 (SABTU)
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : KHEMAH UTAMA PERKARANGAN WISMA TANI LOT 4G2
-
2
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
1 Malaysia.
Terima kasih saudara pengacara majlis
YBhg. Dato Mohd Hashim Bin Abdullah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani YBhg. Dato Dr. Baharum Bin Jani Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani YBhg. Dato Hj. Raihan Bin Sharif Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani En. Nor Akmal bin Ibos exco Majlis Belia Malaysia
Datuk-Dato', Datin-Datin, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi, Pegawai Kanan Jabatan/Agensi, Wakil Media Massa, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian serta belia-belia yang saya kasihi.
-
3
1. Allhamdullillah, saya berasa amat bersyukur pada hari ini
kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat sama-sama
berkumpul di perkarangan Wisma Tani ini bersama-sama
ribuan belia tani, yang mana dengan kehadiran generasi kini
yang melibatkan diri dalam sektor pertanian ini, kegusaran kita
tentang masa depan sektor pertanian serta merta menurun dan
ternampak sinar cerah di hadapan sana. Anda sekalianlah
penyambung warisan dan masa depan sektor pertanian.
2. Generasi belia atau Generasi Y (tahun kelahiran 1982
2001) mempunyai identiti dan kekuatan tersendiri iaitu tech-
savvy, achievement-oriented, family centric, attention-craving
dan team-oriented yang memerlukan strategi khusus untuk
tenaga mereka disalurkan ke arah menjadikan Malaysia lebih
vibrant productive dan kompetitif. Justeru itu, pembangunan
belia di semua sektor dilaksanakan melalui sebelas (11) teras
pembangunan yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan
Pembangunan Belia Nasional.
-
4
Para hadirin sekalian serta belia-belia yang saya kasihi..
3. Aspek keusahawanan diperihalkan dalam teras pertama
iaitu Teras Pembangunan Ekonomi. Objektifnya dinyatakan
dengan jelas bahawa belia dibangunkan untuk mewujudkan
masyarakat perdagangan dan perniagaan belia yang berdaya
saing, berintegriti dan cemerlang. Teras ini dijayakan dengan
memesat dan meningkatkan keupayaan belia memperolehi
kemudahan dan penglibatan mereka dalam keusahawanan.
4. Setelah mengambil kira perubahan dan perkembangan
semasa dalam pembangunan belia, enam (6) Inisiatif
Transformasi disarankan untuk menarik penglibatan 10.2 juta
belia pada tahun 2011. Tiga (3) inisiatif iaitu Youth Icons,
MyCorps dan The Leader adalah seiring dengan pelaksanaan
program pembangunan usahawan MoA iaitu Pengiktirafan
Usahawan Belia Tani Berjaya, Kor Tani, Usahawan
Anchor/Mentor dan Program Usahawan Siswazah Tani.
5. Pembangunan belia turut menjadi agenda utama MOA
kerana sektor pertanian amat memerlukan golongan ini untuk
menggerak dan memesatkan pertumbuhannya kepada sektor
yang lebih produktif dan kompetitif. Pelbagai program
-
5
pendedahan, promosi dan galakan diadakan untuk menarik
minat generasi muda untuk membentuk tenaga kerja yang
berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai jatidiri yang
kukuh. Program latihan seperti Persijilan Kemahiran Malaysia
bidang pertanian, Sijil Pertanian dan Sijil Veterinar
Malaysia merupakan antara program yang diwujudkan untuk
memenuhi aspirasi tersebut. Pelaksanaannya menumpukan
kepada melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi
kehendak industri dan usahawan tani berdaya saing
Para hadirin sekalian serta belia-belia yang cemerlang..
6. Belia diberi peluang dan ruang yang seluas-luasnya
melalui program promosi dan latihan untuk menimbulkan minat
mereka dalam pertanian. Aktiviti promosi seperti MAHA, Mini
MAHA, MAHA Youth, Agro-Xplorasi, MoA Bersama Rakyat dan
Karnival Kerjaya Pertanian sebagai platform terbaik untuk
mendekati belia. Pertemuan sebegini digunakan sepenuhnya
untuk mendedahkan belia kepada peluang-peluang latihan dan
kerjaya yang berpotensi tinggi dalam sektor pertanian.
7. Majlis Pelancaran Kelab MYAGROSIS Peringkat
Kebangsaan telah diadakan pada 17 Disember 2011 di UiTM
-
6
Kedah yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia. Kelab MYAGROSIS ditubuhkan untuk
membangunkan generasi hari ini bagi melahirkan generasi
akan datang yang berdaya saing dan maju dalam sektor
pertanian. Generasi hari ini yang sedang melanjutkan pengajian
di semua IPTA seramai 546,987 orang, merupakan sumber
tenaga yang boleh digunakan untuk pembangunan pertanian
negara. Graduan universiti yang kreatif dan berdaya usahawan
pastinya dapat membantu dalam isu-isu seperti pengwujudan
pekerjaan, teknologi inovasi, pertumbuhan ekonomi dan
seterusnya menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di
peringkat global.
8. Kerjasama melalui pendekatan Blue Ocean Strategy
antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan
Kementerian Pengajian Tinggi telah diterjemahkan dengan
penubuhan Kelab Myagrosis. Kelab ini akan ditubuhkan di
semua 20 IPTA di Malaysia dan dijangkakan akan melibatkan
20,000 orang pelajar IPTA. Kerjasama ini akan menjadikan
kawasan tanah yang luas di IPTA untuk dibangunkan oleh ahli
kelab bagi menambah pengeluaran pertanian negara dengan
menggunakan teknologi terkini dengan penglibatan generasi
hari ini iaitu siswazah.
-
7
9. Objektif penubuhan Kelab MyAgrosis ini adalah bagi
melahirkan generasi usahawan siswazah tani moden yang
kreatif dalam mengamalkan pelbagai kaedah teknologi untuk
mencapai berpendapatan tinggi dalam bidang perniagaan tani.
10. Bidang utama dalam kelab MYAGROSIS ini ialah Agro
Ladang, Agro Niaga, Agro Inovasi dan Agro Akuakultur. Antara
hasil kerjasama ini adalah kelab MYAGROSIS ini telah
mencipta Inovasi Batik Agro yang bermotifkan buah-buahan
tempatan. Seperti baju yang saya pakai pada hari ini
merupakan hasil kreativiti ahli-ahli kelab MYAGROSIS.
Para hadirin sekalian serta belia-belia yang gemilang..
11. Dengan Penglibatan siswazah dan golongan belia yang
berkemahiran tinggi, Kerajaan akan mampu menambahkan
eksport pertanian negara dan mengurangkan import pertanian
melalui peningkatan produktiviti pengeluaran dan pemasaran
pertanian; Peningkatan daya saing negara berbanding negara
maju dalam bidang pengeluaran dan pemasaran pertanian
berasaskan output berkualiti dan berprestasi tinggi; dan
-
8
Peningkatan kecekapan penggunaan sumber tenaga manusia,
amalan keusahawanan, modal, tanah dan teknologi.
12. Belia seharusnya diberi keutamaan untuk mendapat
peluang dan ruang yang ditawarkan melalui perkhidmatan dan
bantuan yang disediakan oleh MoA. Justeru itu, Program
Latihan Berpakej diperkenalkan mulai tahun 2010 supaya
keperluan mereka untuk menceburi bidang pertanian
dipadankan dengan pelbagai khidmat sokongan yang
ditawarkan oleh Jabatan/Agensi seperti input pertanian, tanah
ladang, jentera, peralatan, insentif dan pembiayaan.
13. Kursus khas Latihan berpakej dijalankan bertujuan
memberi pendedahan semula kepada Pelatih-pelatih yang
hampir atau telah menamatkan pengajian dari Institusi
Pertanian dan lain-lain institusi pengajian. Kumpulan sasaran
adalah terdiri daripada Pelatih Persijilan Kemahiran Malaysia di
bawah NATC (Tahap 3 dan Tahap 4), Pelatih jabatan seperti
Jabatan Perkhidmatan Haiwan, IPM dan Institut Pertanian dan
Belia Siswazah (IPTA/IPTS) dan graduan Persijilan Kemahiran
Malaysia serta jabatan.
Para hadirin sekalian serta belia-belia yang terbilang
-
9
14. Kejayaan dalam mencapai hala tuju Kementerian
memerlukan sokongan padu semua pihak. Saya menyeru
kepada saudara dan saudari supaya terus menyokong agenda
Kementerian supaya pembangunan modal insan akan terus
diperkukuhkan untuk meningkatkan tahap profesionalisme,
memperkukuh semangat berpasukan dan membantu dan
membimbing pelatih, belia dan siswazah dalam program-
program sebegini amat penting bagi mendorong perpaduan dan
persefahaman ke arah kecemerlangan Pertanian.
15. Pada hari ini kita akan memberi anugerah kepada belia-
belia yang berwawasan, berdaya saing dan mempunyai jati diri
yang tinggi sepanjang penglibatan mereka dalam bidang
pertanian. Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2011
bagi mengiktiraf penyertaan belia dalam membangunkan sektor
pertanian di Malaysia dan diteruskan pada tahun ini dan tahun-
tahun akan datang. Anugerah ini diberikan kepada usahawan
belia secara individu atau syarikat di kalangan belia yang terlibat
secara aktif dalam mengusahakan projek-projek pertanian di
negara ini sehingga mencapai tahap yang boleh dibanggakan.
Kriteria pemilihan adalah berdasarkan aspek keusahawanan dan
pengurusan projek, pengeluaran dan pendapatan dari projek,
-
10
kreativiti dan sumbangan kepada perkembangan sektor pertanian
negara dan lain-lain faktor kecemerlangan pengusaha tersebut.
16. Akhir kata, saya ingin mengucap jutaan terima kasih dan
syabas kepada urus setia NATC, semua Jabatan dan Agensi
MOA, Kementerian Belia dan Sukan dan belia-belia yang kita
raikan dan tuan-tuan yang sudi melapangkan masa untuk hadir
di sini pada hari ini. Besarlah harapan saya agar karnival ini
akan dapat diteruskan setiap tahun. Akhir kata, dengan lafaz
Bismillahir Rahmanir Rahim, Dengan ini, saya merasmikan
KARNIVAL TANI MAHA YOUTH 2012 SEMPENA HARI
BELIA NEGARA 2012 HIMPUNAN JUTAAN BELIA.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum
warrahmatullahi wabarakatuh.
TERIMA KASIH