Telesidang Audio

5
Telesidang Audio Telesidang audio adalah satu jenis komunikasi yang melibatkan komunikasi jenis audio sahaja. Ini bermakna terdapat mikrofon dan pembesar suara sahaja di setiap pusat wilayah bagi membolehkan pelajar menyampaikan maklumat dan mendengar percakapan pensyarah. Telesidang Video 1. Telesidang yang menggabungkan aspek audio, grafik serta video dan mirip kepada penyampaian bersemuka secara konvensional. Ianya mengandungi mikrofon, pembesar suara, kamera video dan dua televisyen. Mikrofon dan pembesar suara untuk penyampaian audio manakala kamera video adalah untuk merakam imej video. 2. Sidang video (tele persidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua-hala secara serentak. 3. Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan. 4. Sidang video berbeza dari videofonkerana ia direka untuk ditujukankepada suatu persidangan danbukan individu. 5. Sidang video menggunakan telekomunikasi audio dan videountuk menghubungkan orang dibeberapa lokasi.Selain penghantaran audio danvisual aktiviti mesyuarat, sidangvideo boleh digunakan untuk berkongsi dokumen, maklumat paparan komputer, dan papan putih 6. CONTOH PENGGUNAAN SIDANGVIDEO –Pendidikan –Pembentangan (Presentations) –Perkongsian kerja antara penyelidik –Berkomunikasi – Teleperubatan –Mesyuarat 7. KEBAIKAN MENGGUNAKAN TELESIDANG •Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa. •Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagian hieraki sektor korporat dan lain-lain

description

Kemahiran belajar

Transcript of Telesidang Audio

Page 1: Telesidang Audio

Telesidang AudioTelesidang audio adalah satu jenis komunikasi yang melibatkan komunikasi jenis audio sahaja. Ini bermakna terdapat mikrofon dan pembesar suara sahaja di setiap pusat wilayah bagi membolehkan pelajar menyampaikan maklumat dan mendengar percakapan pensyarah.

Telesidang Video1. Telesidang yang menggabungkan aspek audio, grafik serta video dan mirip kepada penyampaian bersemuka secara konvensional. Ianya mengandungi mikrofon, pembesar suara, kamera video dan dua televisyen. Mikrofon dan pembesar suara untuk penyampaian audio manakala kamera video adalah untuk merakam imej video.

2. Sidang video (tele persidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua-hala secara serentak.

3. Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.

4. Sidang video berbeza dari videofonkerana ia direka untuk ditujukankepada suatu persidangan danbukan individu.

5. Sidang video menggunakan telekomunikasi audio dan videountuk menghubungkan orang dibeberapa lokasi.Selain penghantaran audio danvisual aktiviti mesyuarat, sidangvideo boleh digunakan untuk berkongsi dokumen, maklumat paparan komputer, dan papan putih

6. CONTOH PENGGUNAAN SIDANGVIDEO–Pendidikan–Pembentangan (Presentations)–Perkongsian kerja antara penyelidik–Berkomunikasi– Teleperubatan–Mesyuarat

7. KEBAIKAN MENGGUNAKAN TELESIDANG•Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.•Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagian hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.•Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

8. KELEMAHAN PENGGUNAAN TELESIDANG

•Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.

•Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam

teknologi baru ini.

Page 2: Telesidang Audio

Hipermedia

1. HTTP (singkatan bagi Hypertext Transfer Protocol, bahasa Melayu: Protokol Pemindahan Hiperteks) ialah suatu protokol perisian yang digunakan untuk memindahkan maklumat melalui Jaringan Sejagat dan intranet. HTTP dibangunkan secara bersama oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) dan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (IETF). Versi terkini bagi HTTP ialah HTTP/1.1.

2. Sesi HTTP ialah sejujukan urus niaga permintaan-sambutan rangkaian. Sebuah klien HTTP memulakan permintaan, dan membuat sambungan Protokol Kawalan Penghantaran (TCP) kepada sesebuah port tertentu pada sesebuah hos (biasanya port 80; lihat Senarai nombor port TCP dan UDP). Sebuah pelayan HTTP yang mendengari port itu menunggu mesej permintaan klien. Setelah menerima permintaan itu, pelayan itu menghantar balik baris status seperti "HTTP/1.1 200 OK", serta mesej tersendiri yang berisi sumber yang diminta, mesej ralat, atau macam-macam lagi maklumat.

3. Kaedah Permintaan

Permintaan HTTP dengan telnet. Pengepala permintaan dan sambutan dan isi sambutan diserlahkan.

HTTP mentakrifkan lapan cara (atau "verb") yang menandakan tindakan yang hendak dilakukan pada sumber yang dikenal pasti. Apa yang diwakili oleh sumber ini, sama ada data yang sudah sedia ada atau data yang dijana secara dinamik, tertakluk pada pelaksanaan pelayan. Selalunya, sumber berhubung dengan fail atau output boleh laku yang terletak dalam pelayan.

HEAD

Meminta sambutan yang seiras dengan yang akan berhubung dengan permintaan GET, cuma tanpa isi sambutan. Berguna untuk menerima meta-maklumat yang ditulis dalam pengepala sambutan, tanpa perlu mengangkut seluruh kandungan.

GET

Meminta perwakilan sumber yang ditentukan. Perhatian: GET tidak wajar digunakan untuk operasi yang menimbulkan kesan sampingan, seperti menggunakannya untuk membuat tindakan dalam aplikasi web. Salah satu sebabnya adalah GET boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh bot atau perangkak (crawler) yang tidak patut menimbangkan kesan sampingan yang boleh diakibatkan oleh sesebuah permintaan. (Lihat kaedah selamat di bawah.)

POST

Menghantar data untuk diproses (cth., dari suatu bentuk HTML) ke sumber yang dikenal pasti. Data disertakan dalam isi permintaan, maka menghasilkan sumber baru atau mengemaskini sumber-sumber sedia ada, atau kedua-duanya sekali.

PUT

Memuat naik perwakilan sumber yang ditentukan.

Page 3: Telesidang Audio

DELETE

Memadam sumber yang ditentukan.

TRACE

Menggema balik permintaan yang diterima, supaya klien boleh melihat apa yang ditambah atau diubah oleh pelayan perantaraan dalam permintaan.

OPTIONS

Mengembalikan kaedah HTTP yang disokong oleh pelayan untuk URL tertentu. Boleh digunakan untuk memastikan keberkesanan pelayan web dengan meminta '*' dan bukannya sumber yang tertentu.

CONNECT

Menukar sambungan permintaan menjadi terowong TCP/IP lutsinar, biasanya untuk memudahkan komunikasi tersulit SSL (HTTPS) melalui proksi HTTP yang tidak disulitkan.[2]

Sesetengah kaedah (misalnya, HEAD, GET, OPTIONS dan TRACE) ditakrifkan sebagai selamat, iaitu bertujuan untuk penerimaan maklumat sahaja tanpa mengubah keadaan pelayan. Dalam erti kata lain, kaedah-kaedah tesebut tidak patut menimbulkan kesan sampingan yang boleh memudarat seperti mengelog, bercache, melayan iklan sepanduk atau menokok penghitung kenaan. Oleh itu, permintaan GET sewenang-wenang tanpa mempertimbangkan konteks keadaan aplikasi dianggap selamat.

Berbeza pula dengan kaedah-kaedah seperti POST, PUT dan DELETE yang dimaksudkan untuk tindakan yang boleh menyebabkan kesan sampingan dalam pelayan atau luaran seperti urus niaga kewangan atau penghantaran e-mel. Maka itu, kaedah-kaedah sedemikian biasanya tidak digunakan oleh robot web atau perangkak web yang patuh, yang cenderung melakukan permintaan tanpa mempertimbangkan konteks atau akibatnya.

Walaupun permintaan GET ditentukan sebagai selamat, sebenarnya cara pelayan menanganinya adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang kelalaian dalam pengaturcaraan boleh mudah menyebabkan perubahan yang ketara dalam pelayan. Ini tidak digalakkan kerana akan menimbulkan masalah dalam cache web, enjin carian dan agen-agen berautomat yang lain, yang boleh menyebabkan perubahan yang tidak diingini dalam pelayan.

Mel Elektonik

1. Mel elektronik (singkatan e-mel, sinonim surat elektronik, mel komputer) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP)

Page 4: Telesidang Audio

2. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.

3. Contoh :

4. Kelebihan

Masalah logistikKebanyakan dunia perniagaan bergantung kepada komunikasi antara individu-individu yang berjauhan dari satu sama lain secara fizikal; penyusunan dan penyertaan dalam mesyuarat antaramuka boleh membazir masa dan menjadi mahal. E-mel menyediakan pertukaran maklumat hampir serta-merta pada kos yang rendah. Telepersidangan mengatasi jarak fizikal, namun logistik menghimpunkan orang ramai pada masa yang sama kekal.

Masalah penyegerakan Bagi komunikasi masa nyata, para peserta biasanya perlu bekerja dalam jadual yang

sama. Mereka perlu berada di tempat yang sama pada masa yang sama dan menumpukan jumlah masa yang sama pada maklumat yang sama. E-mel membolehkan setiap peserta menentukan bila dan bagaimana mereka akan memproseskan maklum

5. Kelemahan

Kebanyakan golongan profesional niaga hari ini menghabiskan antara 20% dan 50% waktu bekerja mereka dengan penggunaan e-mel[6] : membaca, menempah, menyusun, “mengkontekskan semula” cebis-cebisan maklumat dan seudah tentunya menulis e-mel. Kegunaan e-mel makin meningkat dalam arus globalisasi ini—pengagihan bahagian pertubuhan, penyumberan, dan sebagainya. E-mel boleh membawa kepada beberapa masalah:

Kehilangan konteks: Maklumat dalam konteks (seperti dalam akhbar) lebih mudah dan cepat difahami berbanding cebis-cebisan yang tidak disusun. Communicating in context is faster and more efficient.

Spam: E-mail ialah perantara tolak-sahaja: kawalan terhadap siapa yang menerima maklumat terletak terutamanya di tangan pengirim. Ini boleh menyebabkan sarat maklumat yang tidak dikehendaki atau tidak relevan.

Page 5: Telesidang Audio

Ketidaksejajaran: E-mel boleh menyalin maklumat. Ini boleh menjadi masalah apabila satu pasukan sedang bekerjasama dalam mengerjakan dokumen.