Tema 11 Pusat Sumber

4
Tema 11 : Pusat Sumber Pusat sumber memberi banyak kebaikan kepada murid dalam proses pembelajaran. Nyatakan kebaikan pusat sumber sekolah kepada murid. Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid. Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid. Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah.

Transcript of Tema 11 Pusat Sumber

Page 1: Tema 11 Pusat Sumber

Tema 11 : Pusat Sumber

Pusat sumber memberi banyak kebaikan kepada murid dalam proses

pembelajaran. Nyatakan kebaikan pusat sumber sekolah kepada murid.

Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh

sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf

profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu

yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat

atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau

bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua

pihak, iaitu guru dan murid.

Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi

mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian

akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk

memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk

proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-

murid.

Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-

bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini

bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan

mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang

dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-

bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio,

televisyen dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah,

surat khabar dan sebagainya ada di sini.

Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu

penngetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam

kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada

Page 2: Tema 11 Pusat Sumber

guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan

bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya,

seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu

kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat

bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini.

Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan

pembelajaran akan. berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan

alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu seseorang guru

menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini

dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru. Memandangkan

murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang

menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan menambahkan

pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu

sendiri yang mengalami persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas,

penerangan yang baik dan spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid.

Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang

disampaikan menjadi lebih dekat, lebih `detail dan spesialis’ (detail and

specialise) serta menjjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang

berlaku atau terdapat di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan

menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah

lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke

dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, jika

kita ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang belum

pernah melihat kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan

pedalaman, penggunaan sumber dapat membantu guru. Ini akan menggalakkan

perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran yang berdasarkan

penggunaan sumber ini sebenarnya boleh menyeronokkan murid-murid kerana

persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil dan selesa, di samping adanya

pelbagai media perangsang.

Page 3: Tema 11 Pusat Sumber

Kesimpulannnya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah

memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak

mencapai matlamatnya dengan menyeluruh.

KUMPULAN NURUL AZIAN

SMK TAMAN NUSA DAMAI