TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba...

31
1 TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT BULAN ACARA FOKUS SUB-TEMA JAN Minggu Kesatuaan Sebagai Paderi Priestly Menyatukan Kita Dalam Kristus Unites us in Christ FEB Hari Orang Sakit Sedunia Memanggil Kita Menjadi Kudus Calls us to Holiness MAC Prapaska Perteguhkan Kita Untuk Membawa Salib Strengthens us to bear the Cross APR Paska Sebagai Nabi Prophetic Mewartakan Sukacita Paska Proclaim the joy of Easter MEI Kenaikan Tuhan Keadilan dan Kebenaran Membebaskan Perkemanusiaan Justice and Truth liberates Humanity JUN Pentakosta Berani Untuk Berbeza Courage to be different JULAI Minggu Alkitab Sebagai Raja Kingly Menjadikan Kita Hamba Makes Us Servants OGOS Perawan Maria Diangkat ke Syurga Menjadikan Kita Pelayan Makes us Stewards SEP Minggu Migran Menjadikan Kita Gembala Makes us Shepherds OKT Misi Di Utus Sent Gereja Kristus Dalam Misi Dunia The Church Of Christ on Mission in the World NOV Hari Orang Miskin Sedunia Di Utus Untuk Membina Penghubung Sent to Build Bridges DIS Krismas Membawa Perutusan Harapan Bringing the Message of Hope

Transcript of TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba...

Page 1: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

1

TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS

BAPTISED AND SENT BULAN ACARA FOKUS SUB-TEMA

JAN Minggu

Kesatuaan Sebagai

Paderi

Priestly

Menyatukan Kita Dalam Kristus

Unites us in Christ

FEB Hari Orang

Sakit Sedunia

Memanggil Kita Menjadi Kudus

Calls us to Holiness

MAC Prapaska

Perteguhkan Kita Untuk Membawa

Salib

Strengthens us to bear the Cross

APR Paska

Sebagai Nabi

Prophetic

Mewartakan Sukacita Paska

Proclaim the joy of Easter

MEI Kenaikan

Tuhan

Keadilan dan Kebenaran Membebaskan Perkemanusiaan

Justice and Truth liberates

Humanity

JUN Pentakosta Berani Untuk Berbeza

Courage to be different

JULAI Minggu

Alkitab Sebagai

Raja

Kingly

Menjadikan Kita Hamba

Makes Us Servants

OGOS Perawan Maria

Diangkat ke

Syurga

Menjadikan Kita Pelayan

Makes us Stewards

SEP Minggu

Migran

Menjadikan Kita Gembala

Makes us Shepherds

OKT Misi

Di Utus

Sent

Gereja Kristus Dalam Misi Dunia

The Church Of Christ on Mission in

the World

NOV

Hari Orang

Miskin

Sedunia

Di Utus Untuk Membina

Penghubung

Sent to Build Bridges

DIS Krismas Membawa Perutusan Harapan

Bringing the Message of Hope

Page 2: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

2

DOA KEPADA ROH KUDUS.

Datanglah Roh Kudus, penuhi hati umat-Mu

dan nyalakan dalam mereka api Kasih-Mu.

Utuslah Roh Kudus-Mu, ya Tuhan, maka mereka akan dicipta

semula dan Engkau akan memperbaharui muka bumi.

Tuhan, dengan terang Roh Kudus-Mu

Engkau telah mengajar hati umat-Mu dengan semangat yang

sama, bantulah kami agar dapat menikmati apa yang benar

dan senantiasa bersukacita dalam penghiburan-Mu.

Datanglah, Roh Kudus,

bukalah mata kami untuk melihat, telinga kami untuk

mendengar, dan hati kami untuk mengasihi.

Bukalah minda kami untuk merenung,

berilah kuasa kepada bibir kami untuk berkongsi,

dan tangan serta kaki kami untuk menghidupi

Injil di dalam penglibatan seharian kami dalam misi.

Kami mohon ini melalui Kristus Tuhan kami. Amin.

Page 3: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

3

TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS

SUB-TEMA JULAI:

MENJADIKAN KITA HAMBA

FOKUS: Setiap orang Kristian adalah hamba (pelayan) Tuhan, dan

masing-masing diminta untuk melayani yang lain.

DOA PEMBUKAAN:

+ Bapa Surgawi, kami berterima kasih kepada-Mu kerana

memungkinkan kami berada di sini untuk pertemuan ini. Engkau

yang Mahakuasa, ya Tuhan, yang menyelamatkan kehuru-haraan

besar yang telah kami lakukan di dunia-Mu ini. Betapa baik-Nya

Engkau Tuhan yang telah memberikan hidupMu sebagai korban

untuk menjadikan semuanya ini baru. Kami bersujud di hadapan-

Mu, dalam keagungan akan kerendahan dan pengorbananMu kepada

kami. Kami memuji Engkau kerana kami orang-orang yang telah

Engkau curahkan cintakasih dan sukacita-Mu yang besar. Ya Tuhan,

hanya Engkau yang dapat mengubah hati kami. Kami mohon dengan

sungguh agar Engkau membebaskan kami dari kesombongan diri

kami; merendahkan hati serta melembutkan hati kami. Buatlah kami

mencintai pelayanan kami tanpa megharapkan pujian. Biarlah kami

menjadi pelayan Mu yang setia di mana pun kami berada. Dalam

pertemuan ini, biarlah kebijaksanaanMu membimbing kami dalam

pertemuan kami ini. Kami mohon semuanya ini melalui PuteraMu

Yesus Kristus Tuhan dan pengantara kami. Amin!

Lagu Pembukaan: MENGIKUT YESUS

Mengikut Yesus keputusanku (3x)

Ku tak ingkar, ku tak ingkar.

Page 4: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

4

Korus:

Cari apa di dalam dunia (2x)

Cari dunia tentu binasa

Cari Yesus yang penuh cinta

Salib di depan, dunia di b’lakang (3x)

Ku tak ingkar, ku tak ingkar.

Korus:

Walau sendiri, tetap ku ikut (3x)

Ku tak ingkar, ku tak ingkar.

Korus:

DIALOG

Kebanyakan kita tahu apa ertinya menjadi seorang pelayan. Tetapi

tahukah kita apa erti sebenar menjadi seorang hamba yang setia?

Marilah kita lihat 7 sifat seorang hamba/pelayan Kristian yang setia.

1. Pengikut - Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia berusaha

untuk mengikuti Yesus. Ini bererti bahawa ketika dia membuat

pilihan tentang apa yang harus dilakukan dalam hidupnya, dia

memilih apa yang dipilih oleh Yesus dan pergi ke mana Yesus pergi.

2. Rendah Hati - Seorang hamba(pelayan) Kristian yang setia tidak

akan bertindak dengan cara memperkecil-kecilkan orang lain. Dia

merendahkan hati dan tidak sombong. Dia akan mengingati mengapa

Yesus datang ke dunia ini - dengan rendah hati dan memberikan

hidupNya untuk semua.

Page 5: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

5

3. Lemah lembut - Kebanyakannya telah mendengar bahawa

menjadi lemah lembut tidak bererti lemah. Sebaliknya,

kelemahlembutan didefinisikan sebagai kekuatan yang terkawal.

Kamu lemah lembut apabila kamu lembut, pendiam dan patuh.

Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk

menjadi lemah lembut dan melayani dengan cara yang

memperlihatkan karakteristik seperti Kristus ini.

4. Sabar - Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia sabar untuk

melayani semua orang, bahkan ketika mereka tidak bersedia untuk

dilayani. Kadang-kala kita perlu menunggu waktu yang tepat untuk

menjadi hamba(pelayan) bagi saudara atau saudari seiman di dalam

Kristus. Seorang hamba yang setia akan mengambil kesempatan

untuk menghulurkan bantuan.

5. Pelayan yang baik - Seorang hamba(pelayan) Kristian yang setia

harus rela mengongsikan karunia-karunia dan bakat yang ada

padanya. Mengongsikan bakatnya, menunjukkan komitmennya

untuk melayani orang lain. Itu menunjukkan bahawa kita bersedia

untuk melayani orang lain dengan hati yang penuh syukur atas

rahmat yang telah kita terima.

6. Pandangan ke Masa Depan - Seorang hamba(pelayan) Kristian

yang setia belajar dari pengalamannya dan menerapkannya pada

situasi di mana dia melayani. Dia memahami bahawa pencobaan dan

kesengsaraan membina kesabaran dan dengan kesabaran akan

datangnya pengalaman. Akhirnya, dia tahu bahawa pengalaman

menghasilkan pengharapan.

7. Tidak mementingkan diri - Seorang hamba (pelayan) Kristian

yang setia tidak meletakkan keperluannya di atas keperluan orang

lain. Yesus tidak mementingkan diri sendiri kerana Dia datang untuk

melayani dan bukan untuk dilayan. Sebaliknya, Dia memberikan

dirinya sebagai korban yang tertinggi ketika Dia di salib untuk

Page 6: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

6

menebus dosa seluruh dunia. Seperti Dia, kita juga harus melayani

tanpa peduli akan keperluan kita sendiri, tetapi untuk keperluan

orang lain.

Tiada seorang pelayan yang sempurna dari 7 ciri-ciri

hamba(pelayan) ini, hanya Yesus sahaja. Kebanyakan pelayan

Kristian tidak sempurna tetapi berusaha untuk menjadi setia. Oleh

itu, sila kongsikan 2 soalan berikut dalam kumpulan kecil.

# Yang mana satukah dari 7 ciri-ciri ini dapat kamu kenal pasti

pada diri kamu sebagai hamba(pelayan) seperti Kristus?

Mengapa?

# Yang mana satukah daripada 7 ciri-ciri ini yang paling

mencabar untuk kamu hidupi sebagai hamba(pelayan) seperti

Kristus? Mengapa?

PENDALAMAN

TEKS ALKITAB: LUKAS 22:24-27

24Terjadilah juga pertengkaraan di antara murid-murid Yesus,

siapakah yang dapat dianggap terbesar di antara mereka. 25Yesus

berkata kepada mereka: “Raja-raja bangsa-bangsa memerintah rakyat

mereka dan orang-orang yang menjalankan kuasa atas mereka

disebut pelindung-pelindung. 26Tetapi kamu tidaklah demikian,

melainkan yang terbesar di antara kamu hendaklah menjadi sebagai

yang paling muda dan pemimpin sebagai pelayan. 27Sebab siapakah

yang lebih besar: yang duduk makan, atau yang melayani? Bukankah

dia yang duduk makan? Tetapi Aku ada di tengah-tengah kamu

sebagai pelayan.

RENUNGAN

1. Dalam keadaan senyap marilah kita merenungkan firman Allah ini.

2. Perkataan atau ayat manakah yang menyentuh kamu tentang

menjadi seorang pelayan? Mengapa?

Page 7: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

7

TINDAKAN

Berikut adalah beberapa cara praktikal yang boleh kamu mulakan

dalam melayani orang lain sekarang.

1. Melawat umat gereja kamu yang sakit di hospital.

2. Membelikan seseorang itu makanan.

3. Membawa makanan dan minuman kepada orang yang sakit atau

disakiti.

4. Menulis nota yang menggalakkan dan memberikan kepada

seseorang untuk dibaca.

5. Memberi sumbangan tanpa nama kepada seseorang yang kamu

tahu yang sedang menghadapi masalah kewangan.

6. Memilih orang yang kamu tidak suka dan berdoa untuk mereka

selama seminggu.

7. Menanam pokok.

8. Berpuasa satu hari seminggu dan berdoa untuk orang lain.

9. Mengambil orang tua angkat di pusat jagaan dan melawat mereka

dengan lebih kerap.

10. Memberi pujian dengan murah hati.

11. Memberi bunga kepada seseorang.

12. Menulis nota yang menggalakkan kepada semua rakan-rakan

Facebook kamu.

13. Meletakkan bunga atau barang (hadiah) di depan pintu seseorang.

Bunyikan loceng dan lari!

14. Melakukan pekerjaan untuk saudara lelaki atau perempuan tanpa

pengetahuan mereka.

15. Siapakah seseorang yang kesepian yang kamu tahu? Panggil dia

(lelaki/perempuan) dan buat rancangan.

Page 8: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

8

16. Meluangkan masa sehari bersama dengan seseorang yang kamu

kenal. Biarkan mereka yang menetapkan rancangan.

17. Memandu tanpa mengutuk dan menyumpah pemandu lain yang

tidak prihatin selama seminggu.

18. Apa-apa bentuk pelayanan lain juga boleh dicadangkan.

Oleh itu, marilah kita memulakan dan melakukan apa yang kita

cadangkan, Siapa yang dapat kamu layani pada hari ini? Apakah

yang boleh kamu lakukan untuk mengikuti jejak Yesus dan

meletakkan orang lain terlebih dahulu? Pilih sekurang-kurangnya

3 perkara yang kamu akan lakukan sepanjang bulan Julai, 2019 ini.

+ DOA PENUTUP

Allah Bapa disyurga, apabila kami mengikuti anakMu Yesus, melalui

rahmat-Mu kami telah diubah dan dikuasai untuk melihat dan

melayani didunia ini. Sebagai pengikut-pengikutMu Engkau telah

mengubah kami untuk menjadi hamba (pelayan) yang berhati budi

dan berminda akan KerajaanMu. Berikanlah kami kekuatan untuk

melayaniMu agar kami berpeluang untuk menyatakan akan

kebesaran dan kemuliaanMu. Terima kasih, ya Tuhan diatas

kebersamaan ini di mana kami merasa diberkati dengan menjadi

pengikut-pengikutMu dan pelayan-pelayanMu kepada sesama kami.

Bersama dengan Bonda Maria kami berdoa semuanya ini melalui

Yesus Kristus, Tuhan dan pengantara kami. Amin.

Page 9: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

9

Lagu Penutup: LAKUKANLAH YANG TERBAIK

Apakah yang dapat kulakukan

Dalam jangka masa yang singkat

Apakah yang dapatku berikan

Yang bermakna untuk hidup ini

Inginku berseru pada dunia

Akan kasihMu yang abadi

Pada semua insan kubr’ritakan

FirmanMu yang memberi harapan

Korus:

Lakukanlah yang terbaik

Dan berilah yang terbaik

Sabda Tuhan pada semua insan

Lakukanlah semuanya

Apa yang disabdakanNya

Pada Yesus Kristus Tuhan kita

Bimbing dan terangi hidup kami

Agar kami mahu melayaniMu

Semoga kita bersatu dan teguh

Bekerja di ladangMu oh Tuhan

Page 10: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

10

TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS

SUB-TEMA OGOS:

MENJADIKAN KITA PELAYAN

Buka hatimu untuk kasih yang telah ditanamkan Tuhan pada mereka. Tuhan mengasihimu dengan lembut: apa yang Dia berikan kepada kamu, tidak harus disimpan dibawah laci dan dikunci; tetapi harus dikongsikan. Semakin banyak kamu menyimpan semakin sedikit yang kamu dapat berikan. Semakin sedikit yang kamu miliki, semakin kamu tahu bagaimana untuk berkongsi. Marilah kita minta kepada Tuhan, ketika kita datang meminta sesuatu pada Tuhan, kita berdoa padaNya agar Dia membantu kita untuk menjadi orang lebih bermurah hati. Mother Teresa.

DOA PEMBUKAAN: + Jemput seorang ahli KED untuk membuat doa pembukaan atau

gunakan “Doa kepada Roh Kudus” .

LAGU PEMBUKAAN: Roh Kudus Kau Hadir Di Sini

Roh Kudus, kau hadir di sini

Roh Kudus, ku mengasihiMu

Kau lembut, Kau manis,

Kaulah penghiburku

Penolongku diutus Bapaku

Page 11: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

11

Korus: Ku buka hati untuk RohMu Tuhan

Ku buka hati menyembahMu Yesus

Jamahlah kami, penuhi kami

Dengan kuasa Allah Maha Tinggi

DENGAR

Setelah berjaya menubuhkan cawangan restoran, dua bank,

penternakan, pertanian dan perusahaan ladang, Jerry mengatakan

bahawa itulah saat kesenangannya bermula. “Di usia 59 tahun saya

akan bersara, saya mencari rumah dekat tasik yang indah. Namun

Tuhan mengubah rancangan kami dan menontun Muriel dan saya

untuk memasukkan wang dan waktu kami di luar negeri. Ianya

sangat menyenangkan. Dahulunya, kami memberikan sejumlah

pemberian, kini kami mendermakan sejumlah wang yang besar ke

dalam misi(karya misionaris). Hati kami berada di tempat ini. Kami

selalu melawat dan melayani di sana. “Apakah yang mengubah sikap

mereka terhadap sikap-sikap memberi?

"Menyedari tentang pemilikan Tuhan yang membawa kami ke sini.

Apabila kami memahami bahawa kami telah menyerahkan wang

Tuhan untuk pelayanan Tuhan, kami mengalami kedamaian dan

kegembiraan. Kami tidak pernah terfikir bahawa itu adalah wang

kami selepas itu! Selepas melihat cara orang Kristian yang miskin di

negara lain mempercayai Dia, kami telah bertanya kepada Tuhan jika

Dia mahu kami menyerahkan semua 'wang' kami. Dia belum

membawa kami untuk melakukannya lagi. Tetapi kami sungguh-

sungguh maksudkan ini bila kami meminta. "

“Sukacita yang kita alami dalam memberi datangnya daripada melayani

Tuhan dengan cara yang kita ketahui bahawa Dia memanggil kita,

menyedari bahawa apa yang kita berikan, memberi kesan kepada orang-

orang untuk Kristus.”

Page 12: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

12

Jerry berkata, "Pasangan bukan Kristian yang melihat kami memberi,

dan melihat betapa ianya telah memberi kami semangat dan telah

mengubah kami. Kemudian mereka juga mula memberi, bahkan

sebelum mengetahui Kristus. Mereka melihat kegembiraan itu dan

mereka juga mahukanya! "

Dia menambah, "Salah satu hasil yang terbesar dalam pemberian

kami adalah kami tidak lagi berpegang kepada sesuatu yang terlalu

dekat dengan hati kami. Kami boleh melepaskannya pergi,

menyedari bahawa ianya tidak akan kekal selamanya ... tetapi kami

yang akan kekal. "

Kongsikan dengan orang yang bersebelahan dengan kamu atau dalam

kumpulan.

Apakah yang membuatkan kita merasa sukar untuk

mendermakan wang kita dengan murah hati?

Apakah yang kita dapat belajar dari kesaksian ini?

Apakah yang harus kita lakukan?

RENUNGAN:

Perkataan Pelayanan berasal dari bahasa Yunani oikenomous, yang

bererti dimana seseorang yang menguruskan sesebuah rumah. Orang

itu tidak memiliki rumah itu tetapi menguruskannya.

PENDALAMAN

Teks Alkitab: Kejadian 1:26 – 28 26Berfirmanlah Allah: “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut

gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut

dan burung-burung di udara dan ternak dan atas seluruh bumi dan

atas segala binatang melata yang merayap di bumi.” 27Maka Allah

Page 13: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

13

menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar 28Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya

mereka. Allah memberkati mereka lalu Allah berfirman kepada

mereka: “Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi

dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-

burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi.”

Baca dua kali

Apakah yang kita boleh pelajari tentang pelayanan dari teks ini

terutamanya peranan kamu sebagai pelayan? Bincangkan.

Apakah karunia yang Tuhan telah berikan kepada kamu melalui

pembaptisan? Bagaimanakah kita menjadi pelayan yang baik untuk

karunia ini?

PLAN TINDAKAN

Renungan (Seseorang membaca dengan perlahan – lahan dan

berhenti sejenak untuk renungan)

Apakah kita melihat bahawa kita adalah wali (orang yang

dipercayakan dengan) bakat, karunia - karunia, masa, harta, budaya

dan nilai-nilai dalam masyarakat di sekitar kita? Paus Fransiskus

dalam Laudato Si berbicara tentang Santo Fransiskus dari Assisi dan

cintanya terhadap alam, yang miskin dan yang sesat.

Apakah kita pelayan yang baik sehubungan dengan ciptaan-ciptaan

dan hubungan kita dalam KED dan keluarga kita?

Page 14: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

14

AMALAM PRAKTIKAL

Bagaimanakah kita dapat membantu antara satu sama lain untuk

belajar memberi dan bukan berasa berputus asa?

Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih bertanggungjawab terhadap

golongan miskin di KED kita?Apakah yang dapat kita lakukan untuk

mereka?

Sebagai penjaga alam semulajadi, marilah kita memperbaiki alam

semulajadi terutamanya tempat-tempat yang perlu dan boleh

diperbaiki.

Doa Penutup: + Jemput seseorang untuk membuat doa penutup.

LAGU PENUTUP: Maukah Kau Jadi Roti

Mahukah kau jadi roti yang terpecah bagiku?

Mahukah kau jadi anggur yang tercurah bagiku?

Mahukah kau jadi saksi memb’ritakan injilku?

Melayani, mengasihi lebih sungguh

Aku mahu jadi roti yang terpecah bagiMu

Aku mahu jadi anggur yang tercurah bagiMu

Aku mahu jadi saksi memb’ritakan injilMu

Melayani, mengasihi lebih sungguh

Page 15: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

15

TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS

SUB-TEMA SEPTEMBER:

HARAPAN MENJADIKAN KITA GEMBALA

FOKUS: Sebagai Raja

Peristiwa: Minggu Migran

PENGENALAN:

Hak fundamental (asas) yang dimiliki oleh setiap individu,

khususnya mereka yang paling lemah, harus dihormati dan dilindungi

dalam setiap situasi,kata Paus Franciskus", (menandakan Hari Hak

Asasi Manusia pada 10 Dis). Kita yang telah dibaptis seharusnya

mengambil peduli akan para migran yang berada di tengah-tengah

kita.

Lagu Pembukaan: ALLAH ITU ADALAH KASIH

Allah itu adalah kasih, namun kasihNya dikhianati oleh dosa

Tetapi kasihNya setia dan abadi, manusia hidup kembali dalamnya

Kasih Allah ternyata dalam Kita, diutusnya Kristus ke dunia

Menyelamatkan kita dari dosa, sumber perdamaian dan kehidupan

Korus: Percayalah hai domba-domba

Allah gembala yang Maha baik

Kita diiring ke padang kehijauan

Ke arah kehidupan kekal

Kasih Allah kita kenali

Didalam cinta kasih sesama

RohNya senantiasa bersama kita

membina hidup yang harmoni

Page 16: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

16

Saudari seiman dalam Kristus

Tanpa kasih hidup tak bererti

Usahakan hidup penuh kasih

Agar kerajaan Allah teguh selamanya

DOA PEMBUKAAN: + Jemput seorang ahli KED untuk membuat doa pembukaan atau doa

kepada Roh Kudus.

DIALOG

(Paus Franciskus, Hari Hak Asasi Manusia 10 Dis, 2018)

"Saya tidak dapat melupakan semua orang yang menjadi mangsa

pelbagai pelanggaran hak asasi mereka dalam konteks konflik

bersenjata tragis sementara para pedagang maut yang tidak

bertanggungjawab menjadi kaya dengan harga darah saudara

mereka."

"Semua orang dipanggil untuk memainkan peranannya, 'dengan

keberanian dan tekad' untuk menghentikan pelanggaran hak asasi

manusia yang berterusan dan menggalakkan penghormatan akan hak

asasi setiap orang, terutama mereka yang 'tidak kelihatan', mereka

yang lapar , dahaga, telanjang, sakit, asing atau ditahan, mereka yang

tinggal di pinggir masyarakat atau ditolak oleh masyarakat "

Renungan: Apakah makna kata-kata Paus Franciskus ini untuk

kamu? Kongsikan kepada satu sama lain.

Page 17: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

17

PENDALAMAN

TEKS ALKITAB: Ulangan 31:7-8 7Lalu Musa memanggil Yosua dan berkata kepadanya di depan

seluruh orang Israel: “Kuatkan dan teguhkanlah hatimu, sebab

engkau akan masuk bersama-sama dengan bangsa ini ke negeri yang

dijanjikan TUHAN dengan sumpah kepada nenek moyang mereka

untuk memberikannya kepada mereka, dan engkau akan memimpin

mereka sampai mereka memilikinya. 8Sebab TUHAN, Dia sendiri

akan menyertai engkau, Dia tidak akan membiarkan engkau dan

tidak akan meninggalkan engkau; janganlah takut dan janganlah

patah hati”.

1. Baca petikan tersebut

2. Ambil perkataan atau frasa yang menyentuh kamu dan

suarakan dengan kuat dan lantang.

3. Kongsikan kepada sesama

TINDAKAN

Oleh pembaptisan kita dipanggil untuk melayani orang lain, oleh

kerana itu, sebagai individu, keluarga dan KED, bagaimanakah kita

dapat membantu migran yang ada di tengah-tengah kita?

Doa Penutup + Berdoalah secara spontan atau gunakan “DOA PERUTUSAN”

bersama Maria.

LAGU PENUTUP: Kita Dipilih

Kita dipilih

Melakukan kehendak Bapa

Kita dipilih

Menggenapi Firman-Nya

Korus:

Pergi dan menghasilkan

buah tetap

Khabarkan kes’lamatan

Membebaskan tawanan

Bekerja dengan kuasa

Yesus Kristus Tuhan!

Page 18: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

18

TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS

SUB-TEMA OKTOBER:

GEREJA KRISTUS DALAM MISI DUNIA

FOKUS: Evangelisasi berlangsung dalam ketaatan kepada amanat

perutusan Yesus, “Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa

murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan

Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang

telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai

kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman”. (Mat 28:19-20).

Dalam ayat-ayat ini kita melihat bagaimana Yesus yang telah bangkit

mengutus para pengikut-Nya untuk memberitakan Injil di setiap

waktu dan setiap tempat, sehingga iman kepada-Nya dapat tersebar

ke setiap penjuru dunia. (EG 19).

DOA PEMBUKAAN:

+ Jemputlah salah seorang untuk berdoa atau gunakan “Doa kepada

Roh Kudus” di muka surat 2.

LAGU PEMBUKAAN: Aku disini, Tuhan (Here I am Lord)

Ku Tuhan alam semesta, Kudengar tangisanmu,

Yang hiba dalam gelap, akan Ku-bantu

Ku Tuhan pencipta alam,

Ku-terangi kegelapan,

Siapa ‘kan memimpinmu,

siapa Ku utus...

Korus:

Oh Tuhanku, ku disini,

Ku mendengar seruan suci-Mu

Utus aku, pimpin aku,

Umat-Mu s’lalu di hatiku

Page 19: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

19

Ku Tuhan hujan dan cah’ya,

Ku pikul kesengsaraan

Pengorbanan ‘tuk umat-Ku, namun kau engkar

Ku melembutkan hatiku,

hanya curahkan kasih Ku

Siapa ‘kan menginjil mu,

siapa Ku utus …

Korus:

DIALOG

Tugas perutusan universal Gereja lahir dari iman akan Yesus Kristus,

sebagaimana dinyatakan dalam pengakuan iman kita yang bersorak

Trinitarian: “Aku percaya akan satu Tuhan, Yesus Kristus, Putera

Tunggal Allah, Putera abadi kesayangan Bapa…Dia turun dari

syurga demi kita manusia dan demi keselamatan kita: oleh kekuatan

Roh Kudus Dia menjelma dari Perawan Maria, dan menjadi manusia.

Peristiwa Penebusan membawa keselamatan kepada semua, “oleh

kerana setiap orang termasuk dalam misteri Penebusan dan dengan

setiap orang Kristus telah mempersatukan diriNya selama-lamanya

melalui misteri ini. Hanya di dalam imanlah tugas perutusan Gereja

dapat difahami dan hanya di dalam imanlah tugas perutusan itu

menemukan landasannya.

Namun demikian, - juga sebagai akibat dari perubahan-perubahan

yang telah terjadi dalam zaman – zaman moden, dan akibat dari

menyebar – luasnya pemikiran – pemikiran teologis yang baru, -

sementara orangpun bertanya – tanya: “Masih relevankah karya

misionari ditengah –tengah orang – orang bukan Kristian? Apakah

karya misionaris itu tidak diganti dengan dialog antara agama?

Page 20: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

20

Bukankah perkembangan manusia merupakan tujuan yang memadai

dari tugas perutusan Gereja? Apakah hormat akan suara hati dan

kebebasan tidak meniadakan semua ikhtiar menuju pertobatan?

Apakah tidak mungkin memperolehi keselamatan dalam agama

manapun? Lalu mengapa mesti ada kegiatan misionaris

(Redemptoris Missio – Bab I –YESUS KRISTUS, SATU-SATUNYA

PENYELAMAT – PAUS YOHANES II).

Berkongsi dalam kumpulan 3 orang

Apakah Misi Kristus di dunia ini?

Apakah Misi kamu kepada Kristus?

PENDALAMAN

TEKS ALKITAB: Lk 4:17-21

17Lalu Dia diberikan gulungan naskhah yang berisi perkhabaran

daripada Nabi Yesaya. Yesus membuka gulungan naskhah itu, lalu

mendapatkan bahagian yang tertulis,

18“Roh Tuhan ada pada-Ku, Dia telah melantik Aku supaya

mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin.

Dia mengutus Aku supaya mengumumkan pembebasan kepada

orang tawanan, kesembuhan bagi orang buta; dan kemerdekaan

bagi orang yang tertindas, 19serta mengisytiharkan masanya Tuhan

menyelamatkan umat-Nya.”

20Yesus menggulung gulungan naskhah itu semula dan

mengembalikannya kepada petugas, lalu duduk. Mata semua orang di

dalam rumah ibadat itu tertumpu kepada Yesus. 21Yesus mula berkata

kepada mereka, “Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku

pada masa kamu mendengarnya.”

Page 21: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

21

1. TENANGKAN diri kita – minta Roh Kudus untuk membuka

pikiran & hati kita kepada Kristus di dalam Firman.

2. BACA teks dengan kuat dan DENGAR dengan minda dan hati

yang terbuka.

3. BACA teks secara peribadi dengan senyap, sehingga ada perkataan

atau frasa menyentuh anda. (tuliskan)

4. RENUNGKAN pada 'apa kata / frasa katakan?'

5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya melalui

perkataan atau frasa yang telah anda pilih?(tuliskan)

6. Apakah yang anda katakan kepada Tuhan sebagai sahutan kepada

Sabda-Nya? (tuliskan)

7. Berkongsilah dalam kumpulan kecil (3-4 orang) pada

soalan #4, #5 dan #6.

8. RENUNG dalam keheningan – Apakah pertobatan pikiran, hati,

dan kehidupan yang Tuhan minta dari saya?

TINDAKAN

1. Fasilitator mengaitkan "Tema Bulanan", "Dialog", "Pendalaman",

dan "Perkongsian-perkongsian".

2. Dalam senyap, rasailah gerakan dalam hati kita suatu yang

menjemput kita untuk menjadikan kehidupan kita sebagai

anugerah kepada orang lain dalam cinta kasih.

3. Apakah TINDAKAN khusus yang Tuhan bukakan di hadapan

kita?

4. Kita kongsikan tugas kita dengan satu sama lain, yakin bahawa

Tuhan menggerakkan kita untuk melakukan karya-Nya.

Page 22: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

22

+ Doa Penutup

Berdoalah secara spontan atau gunakan “DOA PERUTUSAN”

bersama Maria.

LAGU PENUTUP: Beritakan

Mari kawan-kawan kita pergi bersama

Keseluruh dunia, menyampaikan berita

Bahwa Allah mengasihi seluruh dunia

dan menyediakan kita kehidupan kekal

Sambutlah temanku, damai yang telah ku t’rima

Harap pada Tuhan, di mana pun kau ada

Kuserukan dalam dunia ku mau orang tahu

Tuhan datang di hatiku inginku sampaikan

Ingatlah janjiNya Ia menyertai kita

Sehati majulah dan khabarkan InjilNya

Bahwa hanya dalam Kristus ada pengampunan

Yang percaya kepadaNya tak akan binasa

Page 23: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

23

TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS

SUB-TEMA NOVEMBER:

DI UTUS UNTUK MEMBINA PENGHUBUNG

TREND MEDIA SOSIAL : #DIAmiskin

PENGNALAN

Pada Hari Orang Miskin Sedunia ini, kita dipanggil untuk melakukan

pemeriksaan batin yang serius, untuk melihat apakah kita benar-

benar mampu mendengar tangisan orang miskin. Untuk

mendengarkan suara mereka, yang kita perlukan adalah keheningan

orang yang siap mendengarkan. Jika kita sendiri berbicara terlalu

banyak, kita tidak akan dapat mendengarnya. ”

(Paus Francis, Hari Orang Miskin di Dunia, 2018).

Doa Pembukaan:

+ Jemput seorang ahli KED untuk membuat doa pembukaan.

LAGU PEMBUKAAN: Satukan Kami

Satukan kami, satu dalam kuasaMu

Sebab kami bersaudara

Biar kami satu

S’perti kau dan Bapa satu

Dunia lihat Kau dalam kami

Jadikan kami sehati, sefikir

Biar k’hendakMu jadi

‘tuk menyatakan rahmatMu

Jadikan kami satu

Page 24: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

24

DIALOG

Sushila Nagpure dengan jelas mengingat pertemuan pertamanya

dengan Sister Philomena Pichhappilly.

Nagpure berdiri di dalam pintu rumahnya yang seperti tin di sudut

sebuah perkampungan setinggan. Biarawati itu berdiri di luar,

berbicara dengan penduduk, yang takut untuk keluar. "Saya adalah

seorang wanita pemalu, takut untuk keluar dari rumah dengan sendiri

dan tidak tahu bagaimana berinteraksi dengan orang," kata isteri

penarik beca yang berumur 56 tahun di daerah setinggan berdekatan

Nagpur, yang terletak di negeri Maharashtra di bahagian India barat.

Itu adalah 17 tahun yang lalu ketika keluarganya, dan ribuan orang

seperti mereka, hidup dalam kemiskinan. Bagi Nagpure hasil gaji

suaminya, Santosh, tidak cukup untuk memberi makan keluarga

seramai lima orang, termasuk tiga orang anak. Pertemuan dengan

biarawati itu adalah titik permulaan perubahan baginya.

"Hari ini hidup kita telah berubah," kata Nagpure. Ada sekolah

menjahit untuk anak-anak di daerah setinggan, tempat dimana

100,000 orang tinggal, serta peluang latihan bagi kaum wanita.

Sister Pichhappilly, seorang anggota Sister-sister St. Yosef dari

Chambery, mengajar Nagpure dan para wanita lainnya untuk menjadi

lebih mandiri, tidak bergantung pada pendapatan suami mereka yang

seringkali tidak mencukupi. Sekitar 5,000 wanita telah dikumpulkan

melalui lebih dari 120 kelompok yang membantu diri. "Sekarang kita

tidak perlu bergantung pada suami kita untuk wang, anak-anak kita

pergi ke sekolah dan ramai anak-anak berbakat melakukan

melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi," kata Nagpure.

Dan yang terpenting, kita sekarang memperjuangkan hak-hak kita”.

Menurut Sister Pichhappilly dia tidak berkhotbah tentang agama

Kristian, namun, beberapa penduduk mengembangkan iman kepada

Yesus meskipun tidak secara resmi menjadi anggota Gereja.

(Sumber: https://www.ucanews.com/news/indian-nun-lives-in-slum-

to-work-for-the-rights-of-the-poor/80068)

Page 25: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

25

Kongsikan dengan orang di sebelah Anda. Kongsikan kedua kalinya

dengan orang lain.

• Dalam pesannya pada tahun 2018 tentang Hari Orang Miskin

Sedunia, apakah yang dimaksud Paus Fransiskus ketika dia

berkata, "Jika kita berbicara terlalu banyak tentang diri kita sendiri,

kita tidak akan dapat mendengar mereka (warga miskin)."

• Pelajaran apakah yang dapat kita pelajari dari teladan Sister

Pichhappilly dalam hubungannya dengan orang miskin?

PENDALAMAN

TEKS ALKITAB: Luk 10: 30-35

30Jawab Yesus, “Adalah seorang yang turun dari Yerusalem ke

Yerikho, ia jatuh ke tangan penyamun-penyamun yang bukan sahaja

merompaknya habis-habisan, tetapi yang juga memukulnya dan yang

sesudah itu pergi meninggalkannya setengah mati. 31Kebetulan ada

seorang imam turun jalan itu; ia melihat orang itu, tetapi ia

melewatinya dari seberang jalan. 32Demikian juga seorang Lewi

datang ke tempat itu, ketika ia melihat orang itu, ia melewatinya dari

seberang jalan. 33Lalu datang seorang Samaria yang sedang dalam

perjalanan ke tempat itu; dan ketika ia melihat orang itu, tergeraklah

hatinya oleh belas kasihan. 34Ia pergi kepadanya lalu membalut luka-

lukanya, sesungguhnya ia menyiraminya dengan minyak dan anggur.

Kemudiaan ia menaikkan orang itu ke atas keldai tunggangannya

sendiri lalu membawanya ke tempat penginapan dan merawatnya. 35Keesokan harinya ia menyerahkan dua dinar kepada pemilik

penginapan itu; katanya: Rawatlah dia dan jika kau belanjakan lebih

dari ini, aku akan menggantinya, waktu aku kembali.

Page 26: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

26

Renungan:

• BACA teks dengan kuat dan DENGAR dengan minda dan hati

yang terbuka.

• BACA teks secara peribadi dengan senyap, sehingga ada perkataan

atau frasa menyentuh anda.

• Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya melalui

perkataan atau frasa yang telah anda pilih?(tuliskan)

• Apakah yang anda katakan kepada Tuhan sebagai sahutan kepada

Sabda-Nya? (tuliskan)

• Berkongsilah dalam kumpulan kecil (3-4 orang).

TINDAKAN: Yesus mengajar kita tentang pergi ke luar dari diri kita sendiri dan

menjangkau orang-orang dengan kasih kepada mereka yang mungkin

berbeza dari kita - dari segi sosial, agama atau ekonomi.

• Apakah antar alasan kita, mengapa kita merasa sulit untuk

menjangkau orang-orang yang miskin atau yang terpinggir?

Bagaimana kita dapat mengatasi kesulitan-kesulitan ini?

• Dalam Tahun Misionaris Luar Biasa ini, apakah yang dapat

dilakukan oleh ahli-ahli KED untuk menjangkau mereka yang

miskin dan yang terpinggir di kawasan kita?

Doa Penutup:

+ Jemput seseorang untuk membuat doa penutup.

Page 27: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

27

LAGU PENUTUP: Doa St. Fransiskus

1. Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damaiMu

Di mana terdapat kebencian, biar cinta ku taburkan

Korus:

Tuhan supaya daku mencari

Lebih menghibur daripada dihibur

Lebih mencinta dari di cinta

Lebih mengerti dari dimengerti

2. Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damaiMu

Di mana terdapat penghinaan, biar ampun ku tunjukkan

Korus:

3. Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damaiMu

Di mana terdapat keraguan, biar iman ku sampaikan

Korus:

Tuhan supaya daku mencari

Lebih menghibur daripada dihibur

Lebih mencinta dari di cinta

Lebih mengerti dari dimengerti

4. Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damaiMu

Di mana terdapat kegelapan, biar cah’ya ku pancarkan

Korus:

5. Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damaiMu

Di kala~ dapat putus asa, biar harap ku taburkan

Korus:

Page 28: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

28

TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS

SUB-TEMA DISEMBER:

MEMBAWA PERUTUSAN HARAPAN

FOKUS: DIBAPTIS DAN DIUTUS

TEMA: MENGHORMATI ORANG LAIN BERSAHABAT

KEPADA DUNIA BERSAMA DENGAN KRISTUS

Lagu Pembukaan: KAMI DATANG PENUHI PANGGILANMU

TUHAN

Kami datang penuhi panggilanMu Tuhan

Dengan apa yang dapat kami b’rikan

Kami penuhi amanat agungMu

Menyelamatkan jiwa yang tersesat

Kami datang penuhi panggilanMu Tuhan

Dengan apa yang dapat kami b’rikan

Kami penuhi amanat agungMu

Melayani yang lemah dan berbeban

Korus: Urapi kami Tuhan

Dengan kuasa Roh suci

Ringankan hati yang terbeban

Dan penuh kasih Ilahi

Penuhi kami dengan kuasa

Dari tempat yang tertinggi

Dan teguhkan semua kesaksian.

Page 29: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

29

DOA PEMBUKAAN:

Tuhan Allah, kami berterima kasih kepadaMu kerana Engkau

mencintai kami. Engkau mengutus Yesus Putera terkasihMu, untuk

menyelamatkan kami, untuk menebus kami. Engkau mengundang

kami untuk menjadi milikMu dan kami menjadi anak-anakMu

melalui pembaptisan. Sekarang Engkau mengutus kami untuk

membantu menyembuhkan dunia - untuk menjadikan dunia ini

Kerajaan-Mu. Berilah kami keberanian dan semangatMu untuk

membantu, terutama sekali yang miskin, yang lemah dan yang

terbiar. Kami mohon semuanya ini melalui Yesus Kristus Tuhan dan

pengantara kami..Amin

Bincang tentang doa pembukaan (10 minit)

Apakah yang dimaksudkan dalam “doa pembukaan”ini….cadangkan

bagaimana untuk memperbaiki doa ini.

PEMBACAAN SABDA: Yesaya 7:14 Sebab itu Tuhan sendirilah yang akan memberikan kepadamu suatu

pertanda: Sesungguhnya, seorang perempuan muda mengandung dan

akan melahirkan seorang anak laki-laki, dan ia akan menamakan Dia

Imanuel.

Perbincangan:

“IMANUEL” bermaksud “Tuhan menyertai kita”

-apakah jenis hubungan/relasi yang saya miliki dengan Tuhan?

-apakah hubungan saya dengan kamu? Apakah hubungan kita

dengan sesama?

-Paus kita memanggil kita untuk misi.

Bagaimanakah ini berkesan, kita adalah “Imanuel” “orang

yang senantisa menyertai” kepada kita sebagai seorang yang

dipanggil “umat Imanuel”

Page 30: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

30

HARI NATAL:

Sebagai anggota 'Keluarga Imanuel' bagaimanakah kita dapat

membawa perbezaan dalam perayaan natal kita:

1. Saya, Secara Peribadi ...

2. Keluarga KED Kita..

3. Keluarga Paroki Kita?

OPSIONAL:

Setiap anggota KED bolehlah menulis DOA Natal yang akan

digunakan selama 12 Hari semasa Natal.

Bacaan Tambahan: Matius12: 50; Yohanes.17: 18, 20 – 23

Doa Penutup:

+ Jemput seseorang untuk doa penutup

LAGU PENUTUP: KITA SATU DALAM ROH

Kita satu dalam Roh, satu dalam Tuhan

Kita satu dalam Roh, satu dalam Tuhan

Dan bersyukur semua’kan dijadikan baru

Korus:

Saling kasih mengasihi sesama kita..,

Orang lain kenal kita anakNya

Kita jalan bersama, jalan serta Tuhan

Kita jalan bersama, jalan serta Tuhan

C’ritakanlah tentang kedatangan Almasih

Korus:

Page 31: TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS BAPTISED AND SENT 2019_BM final.pdf · Seorang hamba (pelayan) Kristian yang setia tahu bila perlu untuk menjadi lemah lembut dan melayani dengan

31

Kita kerja bersama, kerja bagi Tuhan

Kita kerja bersama, kerja bagi Tuhan

Menolong jiwa orang yang masih dalam gelap

Korus:

Saling kasih mengasihi sesama kita..,

Orang lain kenal kita anakNya