Tema3

14

Transcript of Tema3

Page 1: Tema3
Page 2: Tema3

PENGENALAN

1. Sekolah kita merupakan tempat kita mendapat ilmu dan mengenali rakan-rakan.Oleh itu kita perlu berbangga dengan sekolah kita.

2. Bagaimanakah cara kita menunjukkan perasaan sayang dan bangga terhadap sekolah kita?Antara cara-caranya:

(a) mengetahui sejarah dan identiti sekolah;

(b) mematuhi peraturan sekolah;

(c) mewujudkan semangat berpasukan;

(d) mewujudkan budaya sekolah positif.

Page 3: Tema3

5/7/2014

1. Kita perlulah mengetahui sejarah sekolah.Antara perkara yang kita perlu tahu termasuklah:

(a) tahun ditubuhkan;

(b) latar belakang sekolah;

(c) peristiwa penting;

(d) kejayaan sekolah dan sebagainya.

Page 4: Tema3

5/7/2014

2. Selain itu kita juga perlu mengenali identiti sekolah.Contoh identiti sekolah termasuklah:

(a) lagu sekolah;

(b) visi sekolah;

(c) lambang sekolah;

(d) bendera sekolah dan sebagainya

3. Adakah menjadi tanggungjawab setiap murid mengenali identiti sekolah mereka supaya mereka akan berasa bangga terhadap sekolah mereka.

4. Adakah penting untuk kita mengetahui misi dan visi sekolah? Sudah tentu kerana untuk menjayakan misi dan visi sekolah, penglibatan seluruh warga sekolah amatlah diperlukan.

Page 5: Tema3

5/7/2014

1. Peraturan sekolah adalah ketetapan undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap murid.

2. Mematuhi peraturan sekolah adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa kita menyayangi sekolah kita.

3. Murid-murid yang berdisiplin adalah murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah

4. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid akan dirujuk pada pihakyang bertanggungjawab menjaga disiplin.

Page 6: Tema3

5/7/2014

5. Setiap guru adalah merupakan guru disiplin, meskipun terdapat guru yang khusus menjaga disiplin murid.

6. Kepentingan mematuhi peraturan sekolah:

(a) mendisiplinkan pelajar;

(b) memelihara imej baik sekolah;

(c) pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna dan selesa;

(d) menjamin keselamatan murid dan seluruh warga sekolah;

(e) mewujudkan keharmonian di sekolah.

Page 7: Tema3

5/7/2014

1. Semangat berpasukan adalah kerjasama yang dibentuk dalam sesuatu pasukan.

2. Untuk menjayakan aktiviti sekolah, kerjasama seluruh warga sekolah amatlah diperlukan.

3. Oleh itu amatlah penting setiap murid memupuk semangat berpasukan dalam diri.

4. Faedah semangat berpasukan antara para pelajar :

(a) memudahkan perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah,

(b) mewujudkan hubungan baik antara pelajar sesama pelajar, dan antara pelajar dengan guru serta warga sekolah yang lain;

(c) memupuk perpaduan dan menjamin kejayaan sesebuah pasukan.

Page 8: Tema3

5/7/2014

1. Budaya sekolah ialah sesuatu perlakuan yang menjadi kelaziman disesebuah sekolah.

2. Antara contoh budaya sekolah ialah:

(a) budaya sekolah dalam taman;

(b) budaya sekolah berdisiplin;

(c) budaya sekolah penyayang;

(d) budaya sekolah cemerlang kokurikulum, dan sebagainya.

3. Sumbangan tenaga seluruh warga sekolah sama ada dari segi tenaga atau idea amatlah penting untuk menghidupkan budaya sekolah positif yang diimpikan

Page 9: Tema3

5/7/2014

Pengenalan

1. Menjaga dan meningkatkan imej sekolah merupakan tanggungjawab setiap pelajar.

2. Cara-cara menjaga dan meningkatkan imej sekolah termasuklah:

(a) Menampilkan sahsiah dan imej yang positif;

(b) Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah;

(c) Mewujudkan keceriaan sekolah.

Page 10: Tema3

5/7/2014

1. Warga sekolah yang mempunyai sahsiah dan imej yang positif akan memberikan imej yang baik kepada sekolah.

2. Ciri-ciri pelajar yang bersahsiah dan berimej positif:

(a) berdisiplin iaitu senantiasa mematuhi peraturan sekolah seperti datang awal kesekolah, tidak ponteng kelas atau sekolah, tidak membuli rakan, dan sebagainya;

(b) mengamalkan kesopanan dalam pergaulan seperti beradab sopan dengan guru,rakan-rakan, dan kakitangan sekolah,

(c) menjalinkan hubungan yang baik dengan guru, rakan, dan kakitangan sekolah;

(d) menjaga kekemasan diri dan sebagainya.

Page 11: Tema3

5/7/2014

3. Kebaikan mengamalkan sahsiah dan imej yang positif:-

(a) dapat belajar dengan selesa dan selamat kerana tiada gangguan daripada pelajaryang tidakberdisiplin;

(b) sekolah menjadi pusat kecemerlangan murid;

(c) dapat memupuk budaya penyayang;

(d) sekolah diyakini dan mendapat sokongan ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah.

Page 12: Tema3

5/7/2014

1. Aktiviti sekolah adalah program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk kepentingan pelajar,dan sekolah.

2. Cara-cara menjayakan aktiviti di sekolah. Contohnya:

(a) Hari Sukan:

i. melibatkan diri dalam cara sukan

ii. membantu menghias rumah sukan

iii. bersorak kepada peserta untuk memberikan sokongan

(b) Hari Guru:

i. melibatkan diri dalam acara persembahan

ii. membantu menghias pentas

iii. datang memberikan sokongan kepada pelajar yang terlibatdalam persembahan

Page 13: Tema3

5/7/2014

3. Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah banyak faedahnya. Antaranya:

(a) melahirkan pelajar yang sihat, cergas, minda yang sihat, dan berdaya saing;

(b) memupuk bakat kepemimpinan dalam kalangan pelajar;

(c) dapat mengasah bakat dan potensi diri;

(d) merapatkan hubungan dengan rakan-rakan pelbagai kaum dan mewujudkan perpaduan;

(e) menanamkan sikap bangga terhadap sekolah

Page 14: Tema3

5/7/2014

1. Sekolah yang bersih dan ceria akan memberikan imej yang baik kepada sekolah.

2. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar agar menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

3. Antara cara-cara mewujudkan keceriaan sekolah:

(a) tidak membuang sampah merata;

(b) menjaga kemudahan sekolah dengan baik;

(c) tidak melakukan vandalisme dan sebagainya;

(d) membantu mengecat sekolah;

(e) melukis mural di dinding sekolah.