TEMPAT ANJURAN TEMA - ifolio.ukm.my · jawatankuasa program dengan peserta Program PAKKA sesi...
Transcript of TEMPAT ANJURAN TEMA - ifolio.ukm.my · jawatankuasa program dengan peserta Program PAKKA sesi...
KERTAS KERJA
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK
(PAKKA)
TARIKH
4-6 APRIL 2014
TEMPAT
LENGGONG DAN BAGAN SERAI, PERAK
ANJURAN
EKSEKUTIF PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI
SESI 2013/2014
KOLEJ RAHIM KAJAI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
2
KERTAS KERJA PROGRAM PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA)
EKSEKUTIF PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ RAHIM KAJAI
SESI 2013/2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon sumbangan bagi Program Pesan Abang Kakak
Kepada Adik (PAKKA) oleh Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi, Majlis
Eksekutif Pelajar (MEP), Kolej Rahim Kajai sesi 2013/2014.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Ikatan ukhwah yang erat sesama insan amat dititik berat sejak dahulu lagi. Hal ini akan
menjadikan masyarakat hidup dalam keadaan aman, damai dan bahagia bersama. Namun
dalam arus pemodenan kini, masyarakat semakin alpa atau sudah lupa akan tanggungjawab
masing-masing untuk mewujudkan ikatan ukhwah sesama insan.
Oleh hal yang demikian, MEP Kolej Rahim Kajai sesi 2013/2014 telah mengambil inisiatif
untuk mengeratkan lagi hubungan sesama siswa/siswi Kolej Rahim Kajai di samping
memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mempelajari cara berorganisasi dan cara
mengendalikan sesebuah program. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan
antara pelajar universiti khususnya pelajar Kolej Rahim Kajai dengan pelajar-pelajar sekolah.
Dalam program ini, pelajar juga berpeluang mengeratkan hubungan silaturahim dengan
murid-murid sekolah dengan mengadakan aktiviti atau program ESZ (English Speaking
Zone).
Dengan ini, diharapkan agar Program PAKKA sesi 2013/2014 ini berjalan lancar dan jayanya
serta dapat diteruskan lagi oleh generasi akan datang agar ikatan silaturahim yang utuh
terbina tidak akan putus begitu sahaja.
3.0 OBJEKTIF
Membantu pelajar menguasai lapan domain yang terkandung di dalam Kontrak
Pembelajaran dan melahirkan pelajar modal insan kelas pertama.
Menjalin dan mengeratkan hubungan silaturahim yang erat dalam kalangan ahli
jawatankuasa program dengan peserta Program PAKKA sesi 2013/2014.
Menaikkan semangat adik-adik angkat untuk berusaha menuju ke menara gading
dengan mengambil contoh daripada abang dan kakak angkat.
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
3
Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i Kolej Rahim Kajai mengenai hal-hal yang
berkaitan dengan pelbagai aspek seperti keselamatan, akademik, sahsiah, kebajikan
dan sebagainya.
Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk melibatkan diri dalam pengendalian
suatu gerak kerja yang melibatkan perancangan yang amat rapi dan teratur.
Mengadakan program ESZ kepada pelajar luar bandar dengan menarik minat pelajar
bandar ini untuk lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian.
4.0 TEMA
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
5.0 ANJURAN
Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi,
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) sesi 2013/2014,
Kolej Rahim Kajai,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
6.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 4-6 APRIL 2014
9.0 TEMPAT PROGRAM
Lenggong dan Bagan Serai, Perak.
10.0 PUBLISITI
Berikut merupakan sasaran kami untuk program ini:
1) Semua siswa/i Tahun 1, 2 dan 3 Kolej Rahim Kajai.
11.0 CADANGAN PERASMI
Berikut adalah senarai cadangan untuk perasmi bagi program ini :
11.1 Y.B. Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali
Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak
11.2 Y.B Dato’ Shamsul Anuar Bin Nasarah
Ahli Parlimen Lenggong, Perak
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
4
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta = 300 orang peserta dari beberapa buah sekolah sekitar
daerah Lenggong dan Bagan Serai Perak
Jumlah urus setia = 100 orang (meliputi pelajar tahun 1, 2 dan 3) dari Kolej Rahim Kajai
Pengiring = Pengetua Kolej Rahim Kajai, barisan Felo dan MEP
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 PERINCIAN PROGRAM
14.1 Ceramah motivasi daripada penceramah jemputan
Pelajar-pelajar yang disasarkan iaitu pelajar darjah 5 dan 6 di sekitar daerah Lenggong
dan Bagan Serai Perak, akan sama-sama terlibat dalam program ceramah ini. Tajuk
yang akan dibincangkan lebih bersifat motivasi untuk meningkatkan lagi semangat
para pelajar terutamanya agar mereka lebih berusaha dalam pelajaran.
BIODATA PENCERAMAH
Nama : En. Mohd Izwan Mahmud
E-mail : [email protected]
Kelayakan : BA (Hons) UM, Spend (UKMalaysia)
Pengalaman :
- Mempunyai pengalaman sebagai kaunselor
- Menerima pelbagai undangan sebagai penceramah bagi
aktiviti yang dijalankan oleh pihak UKM
14.2 PAKKA: Program Pesan Abang Kakak Kepada Adik
Mahasiswa/i yang terlibat akan diagihkan ke dalam beberapa buah kumpulan tertentu.
Setiap kumpulan akan menerima adik-adik angkat daripada berbilang bangsa. Mereka
akan menjadi abang dan kakak angkat kepada adik-adik ini. Bersama-sama mereka
akan dilakukan aktiviti yang amat menyeronokkan dan dapat mengeratkan hubungan
antara mereka dengan adik-adik angkat. Antara aktiviti yang dirangka ialah Realiti
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
5
Kejayaan, Asah Minda, Inovasi Alam Sekitar, dan Persembahan Kebudayaan yang
memerlukan semangat kerjasama, pemikiran kritis, pembentukan jati diri dan
pengolahan idea secara efektif.
14.2.1 Realiti Kejayaan
- aktiviti yang bertemakan ‘No laws, no limits, one rule’ ini akan dijalankan
di tempat aktiviti. Pelajar akan diiringi oleh abang dan kakak angkat ke setiap
stesen bagi menjalankan satu misi. Setiap misi mempunyai tahap pemikiran IQ
dan EQ yang berbeza. Pelajar terpaksa tidak kira dalam apa-apa jua situasi
untuk bekerjasama dan berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan setiap misi.
14.2.2 Asah Minda
- dengan tema ‘Critical Thinking’, pelajar dikehendaki menyelesaikan
masalah yang diberikan oleh abang dan kakak angkat. Demonstrasi akan
ditunjukkan tetapi di sebalik itu penyelesaian bukanlah seperti yang
ditunjukkan. Aktiviti yang melibatkan ESZ ini memerlukan para pelajar
berfikir kaedah penyelesaian tersebut dan dilakukan dengan cara selain yang
ditunjukkan dalam demonstrasi. Mereka boleh bertanya dan mengulas tetapi
hanya boleh dilakukan dalam bahasa Inggeris.
14.2.3 Persembahan Kebudayaan
- bertemakan ‘Akulturasi Budaya’, para pelajar dikehendaki membuat
persembahan selain daripada yang terdapat dalam budaya mereka.
Persembahan yang dilakukan harus diambil daripada budaya yang jarang
mereka tonton seperti kuda kepang, tarian Sumazau, sketsa budaya Cina dan
India dengan asimilasi budaya moden.
14.2.4 Pertandingan Inovasi Alam Sekitar
- Aktiviti ini bertemakan ‘Lestari’. Para pelajar bersama abang dan kakak
angkat masing-masing akan mereka cipta satu produk baru yang bersifat mesra
alam berdasarkan kreativiti masing-masing. Bahan yang akan digunakan
adalah daripada barangan yang telah mereka gunakan sepanjang program.
Reka cipta mereka akan diadili oleh para urus setia.
15.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi:
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
6
MUHAMMAD AFIQ SYAHIR BIN SABARUDIN Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi
Majlis Ekesekutif Pelajar (MEP)
Kolej Rahim Kajai,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 017-6771179 (AFIQ)
: 013-3048330 (SABRI)
E-mel : [email protected]
17.0 PENUTUP
Justeru itu, diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat
bantuan kewangan daripada pihak berkenaan. Semoga program ini berjalan dengan lancar
dan seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Jasa dan budi baik
tuan/puan mempertimbangkan kertas kerja ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Disediakan oleh,
……………………………..
(MOHD SABRI BIN LEMAN)
Ketua Pengarah ,
Program Pesan Abang Kakak Kepada
Adik (PAKKA) ,
Kolej Rahim Kajai, UKM.
Disemak oleh,
.....................................................
(MUHAMMAD AFIQ SYAHIR BIN
SABARUDIN)
MEP,
Eksekutif Pembangunan Akademik dan
Inovasi,
Kolej Rahim Kajai, UKM.
Disemak oleh,
.....................................................
(TEE BENG ANN)
Diluluskan dan disokong oleh,
........................................................
Lt. KOL.(PA) PROF MADYA DR
ROSLEE BIN RAJIKAN
Pengetua,
Kolej Rahim Kajai, UKM.
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
7
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA)
SESI 2013/2014,
KOLEJ RAHIM KAJAI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Prof Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Encik Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)
Pengetua
Lt. Kol. Bersekutu. (PA) Prof Madya Dr. Roslee Rajikan
Pengetua Kolej Rahim Kajai, UKM
Felo Penasihat
Tee Beng Ann
Ketua Projek
Muhammad Afiq Syahir bin Sabarudin
MEP, Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi,
Kolej Rahim Kajai, UKM
A140270
Ketua Pengarah
Mohd Sabri Bin Leman
A143536
Timbalan Pengarah
Aimi Nadira binti Mohamad Safie
A143939
Setiausaha
Nurul Amira binti Mohamad Salleh
A145067
Bendahari
Nur Aishah bt Abdullah Sani
A141683
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
8
Pengarah Program : NURHAYATI BINTI ABD RAHMAN
A140366
Pengarah Pemasaran : NURUL HAFIZAH BINTI MUHD SHUKUR
A146154
Pengarah Publisiti dan Media : NUR MUHD ASYRAF BIN MAZANI
A145866
Pengarah Protokol : AFIQAH BINTI AZMAN
A143980
Pengarah Jamuan dan Cenderamata : NUUR SALEHA BINTI ABDULLAH
A146066
Pengarah Teknikal : MOHAMMAD SYAZWAN B. ABD. RAHIM
A145792
Pengarah Keselamatan & Kebajikan : MUHAMAD ASRI BIN ADNAN
A146152
Pengarah Pengangkutan dan Logistik : YASMIN BT YAHAYA
A145082
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
9
LAMPIRAN B
ATUR CARA PROGRAM
4 APRIL 2014 ( JUMAAT)
MASA ATUR CARA LOKASI
8.00 am – 1.00 pm Bergerak dari Kolej Rahim Kajai Kolej Rahim
Kajai, UKM
1.00 pm – 2.00 pm Solat dan rehat Lenggong dan
Bagan Serai
2.00 pm – 4.00 pm Persiapan majlis perasmian Lenggong dan
Bagan Serai
4.00 pm – 4.30 pm Ketibaan dan pendaftaran peserta Lenggong dan
Bagan Serai
4.30 pm – 5.30 pm Agihan penginapan, solat Lenggong dan
Bagan Serai
5.30 pm – 6.30 pm Perasmian program Lenggong dan
Bagan Serai
6.30 pm – 7.15 pm Urus diri &Makan malam Lenggong dan
Bagan Serai
7.15 pm – 8.00 pm Solat Maghrib dan Isyak berjemaah
Taklimat tentatif
Lenggong dan
Bagan Serai
8.00 pm – 9.00 pm LDK 1- Ice Breaking Lenggong dan
Bagan Serai
9.00 pm – 10.00 pm LDK 2- Muhasabah Diri Lenggong dan
Bagan Serai
10.00 pm – 11.00 pm Minum malam dan urus diri
Sesi pengenalan adik angkat dan fasilitator
Lenggong dan
Bagan Serai
5 APRIL 2014 ( SABTU )
MASA ATURCARA LOKASI
6.30 am – 8.00 am Solat subuh, pesan abang kakak kepada adik 1
Sarapan pagi (di tempat penginapan)
Lenggong dan
Bagan Serai
8.00 am – 8.30 am Senamrobik 1 Lenggong dan
Bagan Serai
8.30 am – 11.00 pm LDK 3 – Realiti Kejayaan Lenggong dan
Bagan Serai
11.00 pm – 12.00 pm LDK 4 - Asah Minda Lenggong dan
Bagan Serai
12.00 pm – 1.15 pm Urus diri & Makan tengah hari Lenggong dan
Bagan Serai
1.15 pm – 2.00 pm Solat Zohor berjemaah Lenggong dan
Bagan Serai
2.00 pm – 3.00 pm LDK 5- Surat buatmu abangku, kakakku & ESZ 1 Lenggong dan
Bagan Serai
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
10
3.00 pm – 5.30 pm LDK 6- Inovasi Alam Sekitar & ESZ 2 Lenggong dan
Bagan Serai
5.30 pm – 6.30 pm Perbincangan kumpulan untuk (LDK 8- Kebudayaan) Lenggong dan
Bagan Serai
6.30 pm – 7.30 pm Urus diri & Makan malam Lenggong dan
Bagan Serai
7.30 pm – 8.30 pm Solat berjemaah Maghrib dan Isyak berjemaah Lenggong dan
Bagan Serai
8.30 pm -10.00 pm Ceramah motivasi / Forum Lenggong dan
Bagan Serai
10.00 pm – 11.00 pm LDK 7 – Get The Chances Lenggong dan
Bagan Serai
11.00 pm – 11.30 am Minum Malam Lenggong dan
Bagan Serai
11.30 am – 6.30 am Kembali ke tempat penginapan & Urus diri Lenggong dan
Bagan Serai
6 APRIL 2014 (AHAD)
Masa Atur cara Lokasi
6.30 am – 8.00 am Solat subuh, pesan abang kakak kepada adik 2 Lenggong dan
Bagan Serai
8.00 am – 8.30 am Senamrobik 2 Lenggong dan
Bagan Serai
8.30 am – 11.00 pm LDK 8- Pertandingan kebudayaan adik-adik angkat Lenggong dan
Bagan Serai
11.00 pm – 12.30 pm Perasmian penutup oleh
Y.B. Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali
Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak
Y.B Dato’ Shamsul Anuar Bin Nasarah
Ahli Parlimen Lenggong, Perak
Penyampaian hadiah
Bersurai
Lenggong dan
Bagan Serai
12.30 pm – 2.30 pm Urus diri
Persiapan untuk balik
Makan tengah hari, solat, sesi bergambar
Lenggong dan
Bagan Serai
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
11
LAMPIRAN C
Anggaran Pendapatan
SUMBER JUMLAH (RM)
Sumbangan Luar 50,000.00
Peruntukan Kolej 4,000.00
Peruntukan JPPel 6,000.00
JUMLAH: 60,000.00
Anggaran Perbelanjaan
Perkara Belanjawan Jumlah (RM
Makanan dan Minuman
1. Makan pagi, tengah hari dan
malam untuk fasilitator dan
pelajar
2. Jamuan untuk pakar
motivasi, penceramah dan
VVIP
3. Air mineral
Aktiviti LDK
Alat-alat tulis
1. Kertas A4 (70 gsm x 500)
2. Pen marker
3. Kertas mahjong
4. Pita pelekat
5. Fail (maklumat untuk diberikan
kepada pelajar)
Fasilitator dan Peserta
1. T-shirt
2. Tag nama
3. Sijil UKM
200 orang × RM 75 x2
20 orang × RM 20 x 2
28 karton × RM 14.00 x 2
1 unit x RM 10 x 2
10 unit x RM 1.50 x2
10 helai x RM 0.50 x 2
4 unit x RM 1x 2
150 unit × RM 2.00 x 2
200 unit × RM 20 x 2
200 unit × RM 2 x 2
200 unit × RM 1 x 2
30,000.00
800.00
784.00
31,584.00
20.00
30.00
10.00
8.00
600.00
668.00
8000.00
800.00
400.00
9200.00
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) 4-6 APRIL 2014
“Pemikiran Pemangkin Transformasi Kehidupan”
12
Penceramah
Bayaran untuk penceramah
Hadiah
Hadiah untuk pelajar
1. Hamper (hadiah utama)
2. Cenderamata
Hadiah untuk fasilitator,penceramah dan
pihak sekolah
1. Cenderamata untuk fasilitator dan
warga UKM yang terlibat
2. Cenderamata untuk penceramah,
pakar motivasi dan VVIP
3. Cenderamata untuk pihak sekolah
Publisiti dan media
1. Banner
2. Poster
Logistik dan Pengangkutan
1. Kenderaan dan minyak
kenderaan
Rencam
Jumlah Keseluruhan
5 unit × RM 50 x 2
150 unit × RM 6 x 2
50 unit × RM 6 x 2
6 unit × RM 50 x 2
5 unit × RM 150 x 2
2 unit × RM 400 x 2
20 unit × RM 5 x 2
1000.00
500.00
1800.00
2300.00
600.00
600.00
1500.00
2700.00
1600.00
200.00
1800.00
4500.00
6248.00
60,000.00