Temubual Bersama Guru Kaunselor Sekolah (Emma)

2
TEMUBUAL BERSAMA GURU KAUNSELOR SEKOLAH Saya Assalamualaikum / Selamat sejahtera. Saya Norfatimah Binti Mahd Ismail, guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Bolehkah saya menemuramah cikgu untuk mendapatkan sedikit maklumat berkaitan peranan guru di sekolah ini? Guru kaunselor Saya Terima kasih, cikgu. Sebelum kita lanjutkan lagi perbualan kita, boleh cikgu perkenalkan sedikit banyak latar belakang cikgu berkenaan kerjaya cikgu sebagai seorang kaunselor sekolah? Guru kaunselor Saya Kaunselor mengikut Akta Kaunselor 1998 merupakan mana-mana individu yang mengamalkan kaunseling dan memperolehi bayaran atau fee atau apa-apa balasan yang berkaitan dengannya. Bagi setting persekolahan di Malaysia, kaunselor ditakrifkan sebagai seorang individu atau guru yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri melalui guru besar sekolah masing-masing yang bertugas sebagai Kaunselor murid. Adakah cikgu memberikan khidmat kaunseling ini secara sepenuh masa atau cikgu juga ada memegang tanggungjawab lain selain menjadi kaunselor sekolah? Jika ada, boleh cikgu nyatakan serba sedikit? Guru kaunselor Saya Daripada hasil bacaan saya serta penerangan cikgu sebentar tadi, saya mendapati bahawa tugas sebagai kaunselor mempunyai skop yang sangat luas. Jika dilihat dalam konteks PPPM anjakan ke 9 ada menerangkan keperluan sekolah kini bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti mahupun sektor swasta. Soalan saya, adakah perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan oleh unit Kuanseling menyahut anjakan PPPM ini? Bagaimana pula tentang perancangan program dan aktiviti berkaitan Bimbingan dan Kaunseling yang cikgu anjurkan? Guru kaunselor Saya Kes-kes buli murid sekolah rendah semakin menjadi- jadi sejak belakangan ini. Oleh itu bagi mencapai hasrat negara, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai dalam anjakan ke-3 PPPM,

description

TEMUBUAL BERSAMA GURU KAUNSELOR SEKOLAH

Transcript of Temubual Bersama Guru Kaunselor Sekolah (Emma)

TEMUBUAL BERSAMA GURU KAUNSELOR SEKOLAH

SayaAssalamualaikum / Selamat sejahtera. Saya Norfatimah Binti Mahd Ismail, guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Bolehkah saya menemuramah cikgu untuk mendapatkan sedikit maklumat berkaitan peranan guru di sekolah ini?

Guru kaunselor

SayaTerima kasih, cikgu. Sebelum kita lanjutkan lagi perbualan kita, boleh cikgu perkenalkan sedikit banyak latar belakang cikgu berkenaan kerjaya cikgu sebagai seorang kaunselor sekolah?

Guru kaunselor

SayaKaunselor mengikut Akta Kaunselor 1998 merupakan mana-mana individu yang mengamalkan kaunseling dan memperolehi bayaran atau fee atau apa-apa balasan yang berkaitan dengannya. Bagi setting persekolahan di Malaysia, kaunselor ditakrifkan sebagai seorang individu atau guru yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri melalui guru besar sekolah masing-masing yang bertugas sebagai Kaunselor murid. Adakah cikgu memberikan khidmat kaunseling ini secara sepenuh masa atau cikgu juga ada memegang tanggungjawab lain selain menjadi kaunselor sekolah? Jika ada, boleh cikgu nyatakan serba sedikit?

Guru kaunselor

Saya Daripada hasil bacaan saya serta penerangan cikgu sebentar tadi, saya mendapati bahawa tugas sebagai kaunselor mempunyai skop yang sangat luas. Jika dilihat dalam konteks PPPM anjakan ke 9 ada menerangkan keperluan sekolah kini bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti mahupun sektor swasta. Soalan saya, adakah perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan oleh unit Kuanseling menyahut anjakan PPPM ini? Bagaimana pula tentang perancangan program dan aktiviti berkaitan Bimbingan dan Kaunseling yang cikgu anjurkan?

Guru kaunselor

SayaKes-kes buli murid sekolah rendah semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini. Oleh itu bagi mencapai hasrat negara, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai dalam anjakan ke-3 PPPM, bagaimanakah cara cikgu menangani masalah buli dalam kalangan murid sekali gus menerapkan sikap saling menghormati sesama mereka?

Guru kaunselor

SayaKebanyakan murid yang bermasalah merupakan murid yang datangnya daripada keluarga yang tidak seimbang dari aspek sosialnya. Setujukah cikgu bahawa murid yang bermasalah ini merupakan golongan murid yang sering menjejaskan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam kelas? Jika benar, adakah sesuai murid yang bermasalah di dalam kelas ini hanya ditangani masalah mereka menggunakan teknik Behaviorisme iaitu menangani masalah dengan memberikan rangsangan, dendaan, mahupun ganjaran?

Guru kaunselor

SayaBoleh cikgu ceritakan kepada saya masalah yang sering kali murid sekolah rendah lakukan dan apakah punca sebenar mereka berperangai sebegitu? Bagaimanakah penerimaan murid seta ibu bapa mereka berkenaan perkhidmatan kaunseling ini jika mereka dipanggil?

Guru kaunselor

SayaSepanjang perkhidmatan cikgu sebagai kaunselor, apakah halangan atau cabaran terbesar cikgu ketika ingin menyelesaikan masalah klien?

Guru kaunselor

SayaPada pandangan cikgu, bagaimanakah perkhidmatan kaunseling di sekolah ini dapat ditingkatkan? Adakah dengan adanya khidmat kaunseling ini dapat menghasilkan murid yang seimbang dari segi JERI (jasmani, emosi, rohani, intelek) seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Guru kaunselor

SayaSebelum berkahirnya sesi temubual kita ini cikgu, apakah harapan cikgu terhadap perkembangan kaunseling di sekolah ini pada masa akan datang? Dan boleh cikgu berikan kepada saya kata-kata nasihat sebelum saya melangkah ke dunia pengajaran dan pembelajaran sebenar untuk saya jadikan pedoman dan panduan pada masa akan datang?

Guru kaunselor

sayaTerima kasih cikgu atas kerjasama yang cikgu berikan sepanjang kita berbual-bual tadi. Assalamualaikum