temubual & huraian

download temubual & huraian

of 5

Transcript of temubual & huraian

  • 7/28/2019 temubual & huraian

    1/5

    KAE 3013

    1. TEMUBUAL ANTARA GURU DENGAN MURID

    Temubual dengan seorang murid telah dijalankan semasa guru menjalankan sesi

    pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran berikut:

    Matapelajaran :Pendidikan Seni Visual

    Kelas : Tahun 5.

    Bidang : Memperkenalkan Kraf Tradisional

    Tajuk : Mobail Ikan

    Kemahiran : Menghasilkan mobail ikan dengan menggunakan teknik anyaman.

    Semasa aktiviti ini dijalankan, guru telah mengemukakan beberapa soalan kepada

    seorang murid yang menghasilkan anyaman mobail ikan dengan kreatif.

    Guru :Apakah bahan yang kamu perlukan untuk membuat anyaman ikan ni?

    Murid :Saya menggunakan dua keping kertas warna, pembaris, pensil, gunting dan stapler.

    Guru :Bolehkah kamu terangkan langkah-langkah membuat mobail ikan ni?

    Murid :Mula-mula saya lipat kertas kepada dua bahagian, lepas tu saya garis kertas ni

    mengikut sukatan jarak 1.5cm. Lepas tu saya gunting ikut garisan. Dah siap gunting

    saya anyamlah ikut yang cikgu cakap tadi.

    Guru :Bagaimana kamu menghasilkan anyaman ni lebih cantik dari kawan-kawan kamu

    yang lain?

    Murid :Saya buat kerja saya dengan berhati-hati dan buat sisik dan sirip ikan dengan

    marker, cikgu. Saya anyam ikan ni dengan kemas.

    Guru :Bagus, cikgu suka tengok hasil mobail ikan yang kamu buat, sangat kreatif.

    Adakah kamu berpuas hati dengan mobail ikan yang telah kamu buat ni?

    Murid: Ya cikgu, saya puas hati dengan mobail ikan yang saya buat ni.

    2. HURAIAN PENDAPAT DAN PANDANGAN SECARA REFLEKTIF TERHADAP

    PEMIKIRAN KREATIF

    1

  • 7/28/2019 temubual & huraian

    2/5

    KAE 3013

    Pelbagai definisi yang diberikan oleh pujangga seni Eropah kepada kraetiviti dalam

    seni visual iaitu kraetiviti ialah menghasilkan sesuatu yang baharu. Secara ringkasnya,

    kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir dalam melahirkan sesuatu idea

    yang baharu dan asli. Aktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang

    penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-

    kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara.

    Objektif pengajaran seni kraf adalah untuk membolehkan pelajar menggunakan

    pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan

    produk seni visual yang berkualiti. Ianya bertujuan untuk memaparkan pengetahuan tentang

    sejarah seni dan perkembangan kraf dalam kehidupan, teknik dan proses penghasilannya.

    Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, kaedah penyoalan dengan tujuan merangsang

    pemikiran kreatif murid dengan mengajukan soalan-soalan. Oleh itu, teknik ini adalah sesuai

    bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Kemahiran

    guru menyoal juga boleh dikaitkan dengan Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance.

    Menurut teori ini, guru pendidikan seni visual boleh menyoal murid bagi menggalakkan daya

    fikir. Selain itu, galakan penyoalan boleh dilakukan semasa proses penghasilan sesuatu

    karya. Perasaan ingin tahu atau curiosityboleh diwujudkan melalui keupayaan guru bersoal

    jawab dibantu dengan contoh-contoh yang relevan. Sesi yang baik bagi mewujudkan

    pemikiran kritikal melalui aktiviti pendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni.

    Di samping itu, kaedah dan teknik penyoalan guru adalah berdasarkan enam aras

    kognitif Taksonomi Bloom. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan

    kepada enam tahap iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

    Soalan yang telah diajukan oleh guru, Apakah bahan yang kamu perlukan untuk membuat

    anyaman ikan ni? merupakan aras pengetahuan. Soalan seterusnya,Bolehkah kamu

    terangkan langkah-langkah membuat mobail ikan ni? menunjukkan guru telah menyoal

    berdasarkan aras sintesis. Bagi soalan, Bagaimana kamu menghasilkan anyaman ni lebih

    cantik dari kawan-kawan kamu yang lain?adalah aras analisis.

    Oleh itu, adalah penting bagi semua guru untuk mengetahui kreativiti dan

    kepentingan merangsang pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak serta aktiviti-aktiviti

    yang merangsang pemikiran kreatif semasa melaksanakan aktiviti pendidikan seni visual.

    Maka, guru pendidikan seni visual juga perlu kreatif menjalankan proses pengajaran dan

    pembelajaran di dalam bilik darjah.

    3. LAMPIRAN

    2

  • 7/28/2019 temubual & huraian

    3/5

    KAE 3013

    Rajah 1- Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mobail ikan.

    Rajah 2- langkah menganyam mobail ikan

    3

  • 7/28/2019 temubual & huraian

    4/5

    KAE 3013

    Rajah 3- mobail ikan telah siap dianyam

    Rajah 4- Mobail ikan yang telah siap

    RUJUKAN

    4

  • 7/28/2019 temubual & huraian

    5/5

    KAE 3013

    Hj Abdul Shukor Hashim, B. I. (2011). HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK.

    Open University Malaysia.

    Loy Chee Luen, N. A. (n.d.). KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK. Tanjung

    Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti

    Teknologi Malaysia.

    Nurain Nazieha. (2013, April 23). Mobail Ikan. (Rafiah Binti Ali, Interviewer)

    Zulfazli. (2013, Januari). Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Seni Visual Tahun 5.

    Retrieved April 20, 2013, from duniasenizulfazli.blogspot.com

    5