Temubual Murid

3
Soalan Temubual Awal Soalan temubual dan jawapan murid Refleksi Penyelidik Soalan 1 : Apakah pendapat kamu tentang kemahiran menolak dua nombor dengan mengumpul semula? Divaan : Tak faham. Janani : Keliru cikgu. Vishalini : Tak tahu nak jawab macam mana. Didapati bahawa murid menganggap menolak dengan mengumpul semula sebagai kemahiran yang susah dan mengelirukan. Soalan 2 : Semasa latihan diberikan, bolehkah kamu menjawab sebarang soalan yang melibatkan kemahiran penolakan? Divaan : Jawab tapi semua salah Janani : Boleh tapi keliru Didapati murid tidak faham soalan yang melibatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Janani keliru jika terdapat banyak sifar.

description

contoh

Transcript of Temubual Murid

Page 1: Temubual Murid

Soalan Temubual Awal

Soalan temubual dan jawapan murid Refleksi Penyelidik

Soalan 1 : Apakah pendapat kamu tentang

kemahiran menolak dua nombor dengan

mengumpul semula?

Divaan : Tak faham.

Janani : Keliru cikgu.

Vishalini : Tak tahu nak jawab macam

mana.

Didapati bahawa murid menganggap

menolak dengan mengumpul semula sebagai

kemahiran yang susah dan mengelirukan.

Soalan 2 : Semasa latihan diberikan,

bolehkah kamu menjawab sebarang soalan

yang melibatkan kemahiran penolakan?

Divaan : Jawab tapi semua salah

Janani : Boleh tapi keliru jika ada sifar

dalam soalan, cikgu.

Vishalini : Tak tahu nak jawab macam

mana.

Didapati murid tidak faham soalan yang

melibatkan kemahiran menolak dengan

mengumpul semula. Janani keliru jika

terdapat banyak sifar.

Soalan 3 : Apakah perasaan kamu apabila tidak

dapat menjawab soalan dengan tepat?

Divaan : Tulis balik soalan.

Janani : Jawab saja walaupun salah.

Vishalini : Risau.

Didapati hanya seorang murid yang risau dan 2

orang murid acuh tidak acuh. Ini menggambarkan

murid tidak mengambil berat tentang masalah

mereka.

Soalan Temubual Akhir

Page 2: Temubual Murid

Soalan temubual dan jawapan murid Refleksi Penyelidik

Soalan 1 : Apakah pendapat kamu tentang

operasi menolak dua nombor dengan mengumpul

semula menggunakan dekak-dekak?

Divaan : Lebih mudah dan faham.

Janani : Senang untuk dapatkan jawapan

Vishalini : Cara ini lebih mudah dan faham.

Didapati bahawa murid-murid memahami

penggunaan dekak-dekak dalam penolakan dua

nombor dengan mengumpul semula. Mereka

menyatakan bahawa dekak-dekak membantu

mereka memahami konsep pengumpulan semula.

Soalan 2 : Selepas sesi pengajaran penolakan dua

nombor dengan mengumpul semula

menggunakan dekak-dekak, apakah perasaan

anda?

Divaan : Saya lebih yakin untuk selesaikan

soalan cikgu.

Janani : Sangat gembira sebab saya boleh

menjawab sebarang jenis soalan penolakan

dengan mengumpul semula dengan mudah.

Vishalini : Saya baru faham cara untuk

membuat soalan penolakan ini cikgu.

Didapati bahawa murid suka dan faham soalan

penolakan dengan mengumpul semula apabila

didedahkan dengan dekak-dekak.