Temubual PPG Intership

download Temubual PPG Intership

of 6

description

TEMUBUAL

Transcript of Temubual PPG Intership

Soalan temubual Zuraidah:Assalamualaikum PuanGPK 1

:Waalaikumsalam.

Zuraidah:Minta maaf Puan.Saya ingin memohon izin untuk menemubual puan hari ini.Seperti yang puan sedia maklum , saya sekarang sedang menjalani intership untuk pelajar semester akhir Kumpulan PGSR PJ. Antara kerja kursus yang perlu saya laksanakan ialah mengadakan temubual dengan pihak pentadbir di sekolah. Saya harap puan tidak keberatan untuk memberikan kerjasama kepada saya.GPK 1:Saya tidak ada apa-apa masalah dan saya faham situasi awak.Pihak sekolah telahpun menerima surat dari pihak Maktab memaklumkan tentang perkara ini. Apa yang boleh saya bantu?

Zuraidah:Terima kasih puan.Saya mulakan temu ramah saya sekarang.

Berapa lama Puan telah berkhidmat di sekolah ini sebagai pihak

pentadbir?

GPK 1

:Saya mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungala ini pada

tahun 2008 sebagai Guru Penolong Kanan HEM. Kemudian pada

pertengahan tahun 2011saya dilantik pula sebagai Guru Penolong

Kanan Pentadbiran sehingga sekarang.Hampir 4 tahun saya di sin.iZuraidah:Sepanjang 4 tahun puan di sini pasti banyak cabaran dan dugaan yang puan hadapi terutama dalam menjalankan tanggung jawab puan sebagai pihak pentadbir. GPK 1

:Memang benar. Saya baru saja memegang jawatan ini.Banyak yang perlu saya pelajari . Pada bulan Februari 2012 yang lepas Guru Besar sekolah ini pula telah bersara. Saya terpaksa Memangku jawatan selama lebih kurang 3 bulan. Semua ini Memberikan cabaran dan dugaan kepada saya untuk menjalankan dua tugas dalam satu masa. Alhamdulillah, berkat komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh kakitangan sekolah dan rakan-rakan pentadbir iaitu GPK HEM dan GPK KOKU, semua masalah dapat diselesaikan. Zuraidah:Apakah perkara yang begitu mencabar bagi puan sepanjang puan

menjalankan tugas sebagai GPK Pentadbiran ini?GPK 1

:Sebenarnya banyak masalah yang saya hadapi sepanjang saya

menjalankan tugas sebagai seorang pentadbir di sekolah ini. Antaranya ialah untuk mendapatkan maklumat/maklumbalas segera daripada guru. Kamu sedia maklum dalam era ICTKPM dan JPN mewujudkan pelbagai laman web untuk mengumpulkan maklumat dan data dari sekolah. Saya meminta guru-guru untuk memasukkan maklumat dan data ke dalam laman web tersebut. Apa yang menjadi masalah, kebanyakan guru ini suka membuat kerja pada saat-saat akhir iaitu apabila tiba tarikh tutup. Ekoran dari sikap ini ialah talian akan sibuk dan maklumat tidak dapat dimasukkan mengikut tarikh seperti yang di kehendaki. Semua ini akan menjadi masalah kepada saya kerana selaku pihak pentadbir, saya terpaksa memberi tunjuk sebab kepada pihak Jabatan. Zuraidah:Puan maksudkan di sini maklumat SAPS ke?

GPK 1

:Bukan SAPS saja. Banyak lagi seperti contoh Laporan Linus, e-

pantau, SPPBS,SPLG, dan banyak lagi. Masalah utama disini ialah pengurusan masa. Ramai di antara guru-guru tidak bijak menguruskan masa. Bukan sahaja lewat mengisi maklumat malah lewat datang ke sekolah adalah masalah sebahagian kecil guru-guru di sini.

Zuraidah:Apa lagi masalah yang puan hadapi?GPK 1

:Selain itu ialah sikap guru-guru. Bukan semua gurusaya yang bermasalah,cuma segelintir sahaja. Namun begitu yang segelintir inilah yang banyak mendatangkan masalah. Maaf saya katakan, guru-guru muda sekarang tidak seperti guru-guru lama yang begitu komited .Contohnya dari segi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Walaupun guru-guru lama buta tentang ICT tetapi cara pengajaran mereka amat berkesan. Baru-baru ini saya telah memantau beberapa orang guru baru. Walaupun saya telah memaklumkan terlebih dahulu tentang pemantauan tersebut, guru tersebut ternyata tidak membuat apa-apa persediaanpun. Walaupun usia masih muda beliau mengajarmenggunakan buku teks semata-mata. Ini yang saya maksudkan sikap.Sepanjang masa saya membuat pemantauan, guru ini langsung tidak dapat menarik minat saya .Saya dapati murid-murid juga dalam keadaan kebosanan.Kaedah pengajaran juga tidak menarik.Berbeza dengan guru lama yang saya pantau selepas itu.Walaupun guru ini masih menggunakan cara lama iaitu menggunakan kertas mahjung,kad manila dan kapur, tetapi pengajarannya amat memberi kesan dan menarik.Cara penyampaian begitu tersusun dan mudah difahami.Kenapa ini berlaku? Jawapannya mudah saja. Ini kerana guru ini komited,

berminat dan ikhlas dalam menjalankan tugasnya mendidik anak

bangsa bagi melahirkan modal insan bagi mencapai NKRA seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.Zuraidah:Bagaimana pula dengan penampilan guru sekarang? Adakah puan berpuas hati ke dengan penampilan guru-guru tersebut?tahu menjaga penampilan mereka. Tidak perlulah kita bergaya

dengan pakaian yang mahal atau up to date. Paling penting penampilan mesti kemas dan sopan dan mengikut Etika Pakaian

yang telah digariskan dalam pekeliling. Ada guru yang berpakaian tidak sesuai ke sekolah. Dalam erti kata lain berpakaian tidak kena pada tempatnya. Contohnya ketika berada di padang

semasa PJK/aktiviti ko-kurikulum. Guru-guru tidak berpakaian yang bersesuaian walaupun telah diberikan teguran oleh guru besar/GPK berulang kali semasa mesyuarat.Sewaktu saya mula-mula berkhidmat sebagai guru dulu, saya masih ingat etika berpakaian yang mana boleh dan tidak boleh dipakai semasa bertugas. Perkara ini amat dititik berat oleh kami. Walaupun saya bukanlah orang padang/ aktif dalam sukan , namun saya tetap menjaga penampilan diri saya kerana saya tahu saya adalah role model/contoh teladan untuk anak-anak murid saya.

Zuraidah:Apakah harapan puan dalam menangani masalah ini?

GPK 1

:Saya sememangnya amat berharap guru-guru ini belajar untuk

berubah. Berubah menjadi seorang guru yang

berwawasan,berdisiplin dan berketrampilan. Bagi guru-guru muda,

belajarlah untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi, kreatif, dan inovatif dari guru-guru lama. Timbalah ilmu dari mereka.Janganlah meninggi diri. Walaupun dari segi akademik,mungkin mereka lebih tinggi , tetapi pengalaman adalah sesuatu yang amat berharga. Hargailah pengalaman guru-guru lama ini dan marilah kita mengembeling tenaga bagi memajukan negara ini. Janganlah

kita menjadi seperti Enau di dalam belukar, melepaskan pucuk

masing;masing.

Zuraidah:Terima kasih puan. Banyak ilmu yang telah saya perolehi.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temubual padahari ini. Pandangan dan nasihat yang puan berikan akan saya jadikan panduan untuk menjadi seorang guru berkualiti untuk

masa kini dan selamanya, Insyaallah. GPK 1

:Sama-sama6