TENAGA BIOJISIM

14
TENAGA BIOJISIM Biojisim Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Daripada Tumbuhan dan Haiwan Biojisim ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya. Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita boleh tanam banyak

Transcript of TENAGA BIOJISIM

Page 1: TENAGA BIOJISIM

TENAGA BIOJISIMBiojisim – Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Daripada Tumbuhan dan Haiwan

Biojisim ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya.

Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita boleh tanam banyak pokok dan tanaman, dan bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejal sampah.

Page 2: TENAGA BIOJISIM

Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.

Biojisim dan Alam Sekitar

Setiap bentuk biojisim mempunyai impak yang berbeza. Biojisim mencemarkan udara apabila ia dibakar, tetapi tidak sebanyak yang dihasilkan oleh bahan bakar fosil. Membakar bahan bakar biojisim tidak menghasilkan bahan pencemar seperti sulphur yang menyebabkan hujan asid. Apabila dibakar, biojisim membebaskan karbon dioksida, yang merupakan gas rumah hijau.Menukarkan Biojisim kepada Bentuk Tenaga yang Lain  

Biojisim boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk tenaga lain yang berguna, seperti gas metana atau bahan bakar kenderaan, seperti etanol dan biodiesel.

Gas metana merupakan kandungan utama gas asli. Bahan – bahan yang berbau, seperti sampah yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan bahan buangan oleh manusia, membebaskan gas metana – yang juga dikenali sebagai “gas bahan buangan” atau “biogas”.

Hasil tanaman seperti jagung dan tebu boleh

Page 3: TENAGA BIOJISIM

difermentasikan menghasilkan etanol. Biodiesel, satu lagi bahan bakar kenderaan, boleh dihasilkan daripada tinggalan produk makanan seperti minyak sayuran dan lemak haiwan.

Bentuk biojisim yang paling biasa ialah kayu. Ia telah digunakan beberapa ribu tahun yang lalu sebagai bahan bakar untuk pemanasan dan memasak. Kayu berterusan menjadi sumber tenaga utama di kebanyakan negara yang membangun.

Kayu dan bahan buangan kayu (kulit kayu, habuk kayu, serpihan kayu dan skrap kayu) membekalkan kita tenaga. Ia digunakan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, dan perniagaan komersial. Selain itu, ia digunakan di rumah untuk pemanasan dan memasak. Tenaga dari Sampah

Sampah, selalunya dikenali sebagai bahan buangan sisa pepejal, merupakan sumber tenaga biojisim. Sisa pepejal ini mengandungi bahan biojisim (atau biogenik) seperti kertas, kadbod, skrap makanan, rumput yang dipotong, daunan, kayu dan produk kulit, dan lain –lain bahan bukan – biojisim yang mudah terbakar seperti plastik dan lain – lain bahan sintetik yang diperbuat daripada petroleum.

Penguraian biojisim di tapak pelupusan sampah menghasilkan gas metana – biogas, yang mana digunakan untuk menjana elektrik.

Page 4: TENAGA BIOJISIM

Biojisim dan Alam Sekitar

Setiap bentuk biojisim mempunyai impak yang berbeza. Biojisim mencemarkan udara apabila ia dibakar, tetapi tidak sebanyak yang dihasilkan oleh bahan bakar fosil. Membakar bahan bakar biojisim tidak menghasilkan bahan pencemar seperti sulphur yang menyebabkan hujan asid. Apabila dibakar, biojisim membebaskan karbon dioksida, yang merupakan gas rumah hijau.Pembakaran Kayu

Asap daripada pembakaran kayu mengandungi bahan pencemar seperti karbon monoksida dan beberapa bahan yang lain.

Pembakaran Bahan Buangan Sisa Pepejal atau Sisa Kayu

Pembakaran bahan buangan sisa pepejal (atau sampah) dan sisa kayu untuk menghasilkan tenaga bermakna ia akan kurang ditanam di kawasan pelupusan sampah. Sama seperti loji janakuasa arang batu, loji janakuasa tenaga daripada sampah ini menghasilkan pencemaran udara apabila bahan bakar itu dibakar untuk menghasilkan stim atau elektrik. Membakar sampah membebaskan bahan kimia yang terkandung dalam sampah. Sebahagian daripada bahan kimia ini berbahaya kepada manusia, persekitaran, atau kedua- dua sekali, jika ia tidak dikawal dengan baik.

Page 5: TENAGA BIOJISIM

Pengumpulan Gas Kawasan Pelupusan Sampah atau Biogas

Biogas ialah gas yang terdiri daripada metana dan karbon dioksida yang mana merupakan hasil daripada proses biologikal dalam loji rawatan kumbahan, bahan buangan kawasan pelupusan sampah, dan sistem pengurusan baja binatang ternakan. Metana adalah salah satu gas rumah hijau yang memberi kesan kepada perubahan cuaca. Kebanyakan kemudahan ini mengumpul dan membakar biogas untuk haba atau penjanaan elektrik. Pembakaran metana sebenarnya adalah berfaedah kerana metana merupakan gas rumah hijau yang lebih kuat berbanding karbon dioksida.

Etanol 

Etanol adalah satu daripada bahan bakar terawal yang digunakan dalam kenderaan, hampir semua minyak petrol mengandungi sedikit etanol. Bahan bakar campuran etanol dan minyak petrol membakar secara bersih dan mempunyai lebih banyak oktana berbanding minyak petrol tulen, tetapi mengandungi “pengeluaran tersejat” yang lebih tinggi dari tangki bahan bakar dan peralatan pengagihan. Pengeluaran tersejat ini menyumbang kepada pembentukan ozon paras-rendah dan kabus. Minyak petrol memerlukan banyak proses untuk mengurangkan pengeluaran tersejat sebelum ia dicampurkan dengan etanol. Karbon dioksida, gas rumah hijau, terbentuk apabila etanol terbakar, tetapi menanam

Page 6: TENAGA BIOJISIM

tumbuhan seperti jagung atau tebu untuk membuat etanol mungkin mengimbangi pengeluaran karbon dioksida kerana tumbuhan menyerap karbon dioksda apabila ia membesar. Biodiesel

Biodiesel adalah bahan bakar dalam enjin diesel yang awal. Dibandingkan dengan petroleum diesel, pembakaran biodiesel menghasilkan kurang sulphur oksida, jirim lain, karbon monoksida, dan hidrokarbon yang tidak terbakar yang lain, tetapi lebih banyak nitrogen oksida. Sama seperti etanol, biodiesel yang digunakan menghasilkan pengeluaran bersih karbon dioksida yang lebih rendah jika sumber biodiesel adalah minyak yang diperbuat daripada tumbuhan, yang mana menyerap karbon dioksida.

Page 7: TENAGA BIOJISIM

BAGAIMANA KILAT TERJADIBagaimana kilat, petir dan guruh terjadi?

Kilat terjadi apabila udara turun naik di dalam awan mengakibatkan pemisahan cas positif dan negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera yang cukup besar untuk mengatasi kesan penabatan udara.

Kilat adalah cahaya terang yang terbentuk sewaktu pelepasan elektrik ke atmosfera ketika hujan ribut. Petir boleh berlaku ketika regangan elektrik pada dua titik terpisah dalam satu awan, antara awan dan permukaan tanah atau antara dua permukaan tanah.

Ribut petir pula ditakrifkan oleh Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba menghasilkan lintasa cahaya (kilat) dan bunyi guruh.Ia akan berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulosnimbus, dengan pergolakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.

Kilat boleh terjadi sama ada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 16 kilometer dari kawasan hujan berkenaan.

Udara kawasan dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000 °C, lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan renjatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Satu kilat mampu menghasilkan elektrik yang besar daripada apa yang dihasilkan oleh Amerika.

Page 8: TENAGA BIOJISIM

Satu kali kilat menyambar, ia memiliki tenaga yang boleh menyalakan sebiji mentol 100 watt selama 3 bulan. Satu samabran kilat mengandungi kekuatan elektrik sebesar 20,000 Ampere. Kilat bergerak dengan kecepatan 150,000 kilometer sesaat atau separuh kecepatan cahaya dan 10,000 kali ganda lebih cepat dari bunyi.

Kilat terjadi dalam bentuk sekurang-kurangnya dua sambaran. Pada sambaran pertama, muaran negatif mengalir dari awan ke permukaan tanah. Sejumlah kilat bercabang biasanya dapat dilihat menyebar keluar dari jalur kilat utama. Ketika sambaran pertama ini tida di permukaan tanah, satu muatan bertentangan terbentuk pada titik yang akan disambarnya dan arus kilat kedua yang bermuatan positif terbentuk dari dalam jalur kilat utama terus menuju ke awan.

Dua kilat berkenaan biasanya bertemu kira-kira 50 meter di atas permukaan tanah. Arus pendek terbentuk di titik pertemuan antara awan dan permukaan tanah itu dan hasilnya satu arus elektrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama menuju ke awan.Perbezaan tegangan aliran elektrik antara awan dan permukaan tanah ini melebihi beberapa juta volt.

Saintis mengatakan kilat mampu menyambar semua benda yang terdedah di pemukaan bumi seperti bangunan, tangki, pokok, puncak bukit, kenderaan, menara telekom, lampu, haiwan, dan manusia yang berada di luar rumah ketika ribut petir seperti ahli sukan, pemain golf dan pejalan kaki.

Page 9: TENAGA BIOJISIM

2 September 2013

PUCHONG – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut

menantu pada majlis perkahwinan diadakan di Taman Mawar di

sini semalam berakhir duka apabila adik pengantin lelaki maut

disambar petir.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Mohd

Fareez Naim Mhd Fuzi, 18 dikatakan berjalan kaki memayungi

ibu saudaranya ke kereta berikutan hujan lebat.

Ketika berada beberapa meter dari jarak khemah perkahwinan

abangnya, mangsa, ibu saudaranya dan seorang sepupu

Page 10: TENAGA BIOJISIM

perempuan berusia tujuh tahun tiba-tiba disambar petir dan

tercampak.

Saksi kejadian, Abd Manap Kamal Baharin berkata, dia

ternampak percikan api dan bunyi kuat seperti letupan.

Menurutnya payung yang dipegang mangsa terbakar dan

panahan petir menyebabkan ketiga-tiga mangsa rebah di atas

jalan.

“Beberapa tetamu yang berada di khemah terus berlari ke

tempat kejadian sambil melaungkan ALLAHUAKBAR beberapa

kali.

“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital, namun Fareez yang

menuntut di Politeknik Port Dickson disahkan meninggal dunia

beberapa minit selepas itu,” katanya.

Bapa arwah, Mhd Fuzi Mahmud, 55 berkata, sebelum kejadian

anaknya tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.

Katanya, anak kelima daripada enam beradik itu seorang yang

peramah.

“Kejadian berlaku ketika anak saya menghantar ibu saudaranya

yang mengandung ke kereta. Saya reda dengan apa yang

berlaku,” katanya yang masih sugul dengan kejadian menimpa

anaknya itu.

Page 11: TENAGA BIOJISIM

Sementara itu, juruhebah perkahwinan, Azizul Azwan Amran,

31 berkata, arwah orang yang pertama sampai di khemah

perkahwinan terletak beberapa meter dari rumah keluarganya,

semalam.

Arwah katanya sempat bersembang dengannya dan

menyatakan baju yang dipakainya adalah pilihannya.

“Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang menyatakan

baju pemberian bapanya yang dipakai saya pagi semalam

adalah pilihannya.

“Ayat terakhir dia saya tidak akan lupa abang kena ingat

sampai bila-bila baju ini saya yang pilih,” katanya.