Tenaga Dalam Biosfera

23
Pendahuluan Istilah biosferatelah direka oleh ahli geologi yang bernama Edward Sues pada 1875. Ianya boleh didefinisikan sebagai tempat di atas permukaan bumi di mana semua hidupan berada . Biosfera kita ialah tempat berkumpulnya semua ekosistem di bumi. Dalam kata lain, ianya adalah zon kehidupan di bumi, kawasan yang dekat dengan permukaan bumi (terpisah dari radiasi solar dan kosmik) dan mempunyai sistem peraturan ter sendiri daripada perpektif lain. Biosfera ialah sistem ekologi globalyang mengintegrasikan semua makhluk hidup d an termasuklah interaksi dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera dan atmosfera.

description

tugasan

Transcript of Tenaga Dalam Biosfera

PendahuluanIstilahbiosferatelahdirekaolehahligeologiyangbernamaEdward Sues pada 1875.Ianyaboleh didefinisikansebagaitempatdiataspermukaanbumidimana semua hidupan berada.Biosferakitaialahtempat berkumpulnyasemuaekosistemdibumi.Dalamkatalain,ianyaadalahzonkehidupandibumi,kawasanyangdekat denganpermukaan

bumi(terpisahdariradiasisolardankosmik)danmempunyaisistemperaturantersendiri daripada perpektiflain.

Biosferaialahsistemekologiglobalyangmengintegrasikansemuamakhlukhidupdan

termasuklah interaksidenganelemen-elemenlitosfera,hidrosferadanatmosfera.

Biosfera, termasuk kira-kira 10,000 meter di atas paras laut hingga 10,000 meter di bawah paras laut di, termasuk suasana di bawah ( boleh terbang seperti burung, serangga, bakteria, dan lain-lain), permukaan litosfera (semua makhluk "bertapak"), hidrosfera Majoriti (dalam lingkungan 150 meter dari lapisan air laut). Biosfera untuk hidup organisma menyediakan syarat-syarat yang asas: nutrien, cahaya matahari, udara dan air, suhu yang betul dan sedikit ruang hidup. Walau bagaimanapun, kebanyakan organisma tertumpu di permukaan melebihi 100 m hingga 100 m suasana air, hidrosfera, litosfera, dan bidang lain pedosphere persimpangan, di sini adalah teras biosfera. Biosfera menghasilkan pelbagai kehidupan, untuk mendapatkan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk menyokong aktiviti di antara organisma ini dan terdapat hubungan antara makan dan dimakan. "Ikan kecil makan udang." Kata-kata ini dapat dilihat seperti hubungan yang mudah. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan aktiviti kehidupan biosfera yang besar, seperti hubungan yang mudah adalah jelas tidak mencukupi. Terdapat keupayaan diri mengawal selia biosfera. Biosfera adalah keseluruhan yang bersatu.Biosfera dalam pelbagai organisma, bahan dan aliran tenaga dalam peranan, boleh dibahagikan kepada: pengeluar, tumbuh-tumbuhan terutamanya hijau, yang boleh mensintesiskan organik melalui fotosintesis.Pengguna, terutamanya merujuk kepada haiwan dan manusia. Sesetengah haiwan secara langsung bergantung kepada tumbuhan untuk hidup, dipanggil pengguna, seperti antelop, Pengurai, terutamanya merujuk kepada mikroorganisma. Bahan boleh dipecahkan kepada bahan-bahan organik dan bukan organik. Ketiga-tiga jenis persekitaran biologi dan bukan organik mereka hidup bersama-sama, membentuk satu ekosistem: pengeluar mengambil tenaga dari alam sekitar bukan organik, sebatian organik sintetik. Pengeluar dimakan oleh pengguna, maka berlakulah pemindahan .Akhir sekali, apabila kehidupan organik selepas kematian, penguraian mereka akan berlaku dan kemudian kembali kepada alam sekitar. Ini adalah bahan ekosistem yang lengkap dan aliran tenaga. Ini hanya apabila organisma dalam ekosistem dan alam sekitar berinteraksi sesama organisma. Oleh itu, mana-mana bahagian ekosistem tidak boleh dimusnahkan, jika tidak, ia akan mengganggu keseluruhan ekosistem itu. Jenis-jenis sistem biologi ialah ekosistem hutan, ekosistem padang rumput, ekosistem tanah lembap, ekosistem air tawar, ekosistem pertanian, ekosistem laut, ekosistem bandar.

Ekologi

Ekologiialahkajiansaintifikberkenaanperhubunganantaraorganismahidupdengan

persekitarandanjugaperhubungansesamaorganismahidup.Ekologiinimerupakansalahsatuprinsip biologi.

Ekologiiniberkaitrapatdenganprinsipdidalamterasbiologisepertifisiologi,evolusi,genetikdankelakuan. Ekologiinimenerangkan:

1.prosesdanadaptasikehidupan

2.kepadatandanpengagihanorganisma

3.pergerakantenagadanbahan-bahanmelaluikomunitiorganisma

4.pembangunanekosistemdankaitandenganpopulasikehidupan.

JENIS-JENIS EKOLOGIOrganismalecology(Ekologiorganismal)Ekologiorganismaldidefinasikansebagaikajianterhadapspesiskehidupansecaraindividu.Ciri-cirisetiapspesiskehidupan dikaji

Population ecology(Ekologipopulasi)Ekologipopulasimerupakankajianterhadapspesishidupansecaraberkelompok.Ekologiinijugamengkajiinteraksi organisma-organismatersebut.Community ecology(EkologiKomuniti)Ekologikomunitimerupakankajianberkenaankepadatan,taburandanlokasikepelbagaianspesis.Ekologikomuntijuga mengkajiinteraksiorganisma organismayangpelbagaidalamsatupersekitaran.Ecosystem ecology(Ekologiekosistem)EkologiekosistemmengkajifaktorbiotikdanfaktorabiotikdidalamsatupersekitaranEkologiinijugamengkajiperhubunganantaraorganisma(komuniti)yanghadirdenganpersekitaranyangmenjadihabitatkomunititersebut.Landscape ecology(EkologiLandskap)Pengaturanpelbagaiekosistemmengikutkedudukangeografidikenalisebagaiekologilanskap.Perhubunganantara populasidanekosistemjugadikaji.Global ecology(EkologiGlobal)EkologiGlobalinimengkajipersekitaransecarauniversal.Kajianterhadaplaut,daratdanatmosferaterdapatdidalam ekologiGlobal.Segalakehidupandaninteraksikehidupaninisamaadasesamaorganismalainmahupunpersekitarandikaji.Biosfera ialahpersekitaran organisma hidup yang dibina oleh interaksi atmosfera- lautan, bumi dan persekitaran permukaan bumi(Bradshaw & Weaver 1992). Menurut Daniel (2006), biosfera terdiri daripada sistem daratan dan akuatik yang mana sistem akuatik terdiri daripada sistem air tawar dan marin. Di biosfera inilah berlaku beberapa proses dan antara proses biosfera yang berlaku dalam ekosistem adalah aliran dan perpindahan tenaga.Aliran dan perpindahan tenaga berlaku dan wujud dalam rantai makanan atau siratan makanan. Apabila adanya aliran dan perpindahan tenaga dalam siratan dan rantai makanan, ia akan melibatkan proses memakan dan di makan serta penguraian dan pereputan organisma. Oleh itu,rantai makanan dan siratan memainkan peranan penting kerana ia menjelaskan bagaimana aliran dan perpindahan tenaga boleh berlaku. Peta aliran di bawah menunjukkan bagaimana aliran tenaga berlaku:

Aktiviti yang dilakukan oleh manusia yang menyebabkan kepupusan spesis dalam Biosfera.

Kepupusan flora dan fauna adalah disebabkan aktiviti-aktiviti manusia. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Flora dan fauna menjadi kian penting kepada semua orang di bumi, tidak kira dimana mereka tinggal. Kepentingan hutan dan lautan sebagai satu sumber tadahan yang dapat menampung berbagai jenis penghidupan flora dan fauna .Kawasan hutan dan lautan amat kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga yang saling hidup dalam beraneka cara serta kadangkala berintergrasi antara satu sama lain kerana adanya pertalian pemakanan. Pertalian dan interaksi antara tumbuh-tumbuhan haiwan dan makanan dinamakan ekosistem. Faktor-faktor ekologikal mempengaruhi pertumbuhan, pembentukkan dan taburan tumbuh-tumbuhan. Seterusnya ia dapat memberikan gambaran tentang ciri-ciri sesuatu komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan di hutan dan lautan.

Aktiviti yang pertama ialah pembalakan haram. Pembalakan haram yang beroperasi berleluasa adalah faktor utama yang menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora, di antara 1986 hingga jun 1990 , dianggarkan 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang iaitu melebihi 320,000 hektar kawasan yang dibenarkan. Operasi pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan haram ini turut memusnahkan hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang tumbang memusnahkan tumbuhan kecil disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat tinggal dan secara tidak langsung tumbuhan dan haiwan itu mengalami kepupusan.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.Aktiviti pembalakan harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah kawasan hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula.

Aktiviti yang kedua ialah pembakaran hutan. Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang terdapat di kawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada di sekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada di sekeliling kawasan tersebut akan mati. Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan. Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna.

Aktiviti yang ketiga ialah pembukaan Tanah Baru.Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan. Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah. Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.

Aktiviti yang keempat ialah pemburuan secara haram. Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Aktiviti yang kelima ialah aktiviti perikanan. Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

Aktiviti yang keenam ialah aktiviti pembangunanFenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu faktor. Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.

Gambar 1: Gambar menunjukkan aliran tenaga ekosistem sungaiIsu Dalam Biosfera Akuatik- SungaiSaya telah menjalankan kajian berdasarkan sungai di tempat saya bertugas iaitu Sungai Katibas. Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas Sungai Katibas berdasarkan kepada kejernihan dan kebersihan sungai tersebut. Ekosistem sungai merupakan sebahagian daripada ekosistem air (ekosistem akuatik) yang berarus yang turut dipanggil sebagai ekosistem Lotik. Ekosistem sungai mempunyai unsur atau komponen biotik (hidupan) dan abiotik (bukan hidupan) yang unik dan tersendiri.Oleh kerana ciri atau sifat air tasik adalah berarus, maka hidupannya juga adalah agak berbeza dengan ekosistem akuatik yang tidak berarus seperti tasik, terutamanya dari segi bahan substrat, kadar dan kuantiti penerimaan cahaya matahari dan suhu airnya. Oleh itu, sungai harus dipelihara dengan baik bagi memastikan komunitinya tidak terjejas. Namun begitu, seringkali kita dengar masalah mengenaipencemaran sungaiyang berlaku disebabkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab. Kesan pencemaran tersebut bukan sahaja dapatmenganggu aliran dan perpindahan tenaga bagi ekosistem tasik, bahkan turutmemberi kesan kepada masyarakat sekeliling terutamanya orang yang menetap di sekitar sungai tersebut. Disamping itu, pencemaran yang berlaku juga turut menyebabkanair sungai yang dahulunya jernih menjadi keruh terutamanya selepas hujan lebat di bahagian hulu sungai. Hal ini bolehmenjejaskan hidupan di dalam sungai kerana tidak mendapat sumber cahaya matahari yang cukup. Gambar di bawah menunjukkan pencemaran sungai yang berlaku.

Gambar 2: Pencemaran Sungai

Gambar 3: Pembuangan sisa dan sampah-sarap di dalam sungai

Air sungai Katibas yang keruh dan berkeladak.

Kepentingan Ekosistem sungai.Aliran dan perpindahan tenaga dalam ekosistem sungai memberikan kepentingan tertentu. Yang paling penting adalah aliran dan perpindahan tenaga bagi ekosistem sungaimemastikan kemandirian spesiesdi kawasan tersebut. Dalam rantai makanan atau siratan makanan, haiwan sama ada di makan atau memakan pelbagai haiwan lain. Apabila berlaku proses memakan dan di makan ini, hidupan ekosistem sungai contohnya boleh meneruskan kehidupan. Ini kerana mereka mendapat bekalan tenaga untuk melakukan proses-proses hidup yang lain. Sekiranya sumber bekalan tenaga mereka iaitu haiwan yang dimakan terancam, berkurangan atau pupus, sudah tentu mereka tidak dapat meneruskan kehidupan. Lama-kelamaan hidupan tersebut akan pupus. Jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. Ini mengganggu ekosistem. Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan berubah ia akan menyebabkan keseimbangan alam terganggu. Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan. Contohnya, hidupan sungai seperti ikan dan udang dan seumpamanya merupakansumber makananyang mengandungi protein yang penting untuk kesihatan manusia. Sekiranya manusia melakukan pencemaran sungai seperti pembuangan sisa toksik ke kawasan sungai, akan berlakunya kepupusan hidupan sungai.Sungai juga penting untuk dijadikan kawasan tadahan dan simpanan air.Sungai boleh digunakan untuk tadahan dan bekalan air. Di Malaysia, sungai digunakan sebagai salah satu tempat untuk tadahan air. Contohnya, air sungai yang jernih dan kurang pencemaran boleh dijadikan sebagai air kegunaan harian untuk membasuh pakaian dan juga minuman. Sungai juga merupakansumber air utama bagi orang yang mendiami kawasan hulu sungai Katibas ini.Mereka menggunakan air dari tasik bagiaktiviti domestik seperti mandi, membasuh baju dan juga sebagai minuman.Mereka juga masih lagi mempunyai kebudayaan atau kepercayaan yang tersendiri, Mereka mempercayai animisme. Selain itu, mereka juga mempunyai kepercayaan yang tersendiri yang berkaitan dengan alam semula jadi.Sekiranya hidupan di sungai tiada, mereka akan kehilangan sumber kehidupan.

pengangkutan utama: Jalan SungaiPunca Pencemaran Ekosistem sungai.Kebanyakan punca pencemaran sungai yang menyebabkan kepupusan habitat dan spesies adalah kerana kegiatan ekonomi.Punca ini penting untuk dikenal pasti kerana aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan ekosistem. Antara punca pencemaran yang menjadi penyebab terganggunya aliran dan perpindahan tenaga bagi hidupan air ialahpembuangan sisa dari kilang ke dalam kawasan sungai.Perbuatan ini dilakukan bagi melupuskan sisa tanpa melibatkan kos bagi pihak terbabit tetapi di Sungai Katibas ini punca utama pencemaran sungai adalah pembalakan yang berlaku di kawasan hulu sungai. Apabila sisa ini dibuang ke dalam tasik, kawasan tersebut sudah tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan akuatik kerana sungai telah tercemar dan airnya terlalu keruh apabila hujan di hulu sungai Katibas. Ini akan menyebabkan banyak hidupan akuatik yang mati. Apabila hidupan akuatik mati, kesannya akan mengganggu aliran dan perpindahan tenaga dalam rantai makanan. Pada masa yang sama,kegiatan pembalakan dan perlombongan pula menghasilkan kelodak, lumpur, pasir, dan batu kecil yang menyebabkan kandungan oksigen dalam air semakin kurang lalu memusnahkan kehidupan akuatik.Selain itu,Menebusguna sungaiuntuk dijadikan pelbagai tapak pembinaan seperti jambatan dan laluan jalan pembalakan sebagainya juga memusnahkan ekosistem sungai. Apabila sungai kecil untuk dijadilan jalan laluan pembalakan ditimbus bermakna memusnahkan terus semua ekosistem di dalamnya. Habitat sungai berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupannya akan mati.Pembangunan pertanian dan penternakan juga penyumbang kepada pencemaran sungai. Penggunaan pelbagai jenis racun serangga seperti DDT dan baja kimia (urea) menyebabkan sumber-sumber air sungai tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresap oleh air tanih menuju ke sungai disamping air hujan yang sudah tercemar menjadi hujan asid. Contohnya dapat dikesan di sungai-sungai di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit yang berskala komersil.

Kesan-kesan pencemaran sungaiManusia turut menerima kesan sekiranya isu berkaitan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik berlaku. Hal ini dapat dilihat apabilakegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan-kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan riadah di sungai-sungai dan kawasan pantai .Aliran dan perpindahan tenaga akan terjejas sekiranya rantai makanan bagi hidupan akuatik sungai terjejas. Sungai juga akan terjejas sekirannya pertumbuhan alga berlaku dengan banyaknya. Apabila permukaan sungai dilitupi tumbuhan alga yang banyak, ini akan mengurangkan penembusan cahaya matahari ke laut. Kesannya, kehidupan plankton dan zooplankton yang menjadi makanan ikan dan hidupan lain akan mati.Ini menjejaskan rantai makanan dalam sungai. Selain itu,pencemaran air akan menyebabkan air tidak sesuai untuk diminum dan mengancam nyawa hidupan akuatik sungai.Sektor pertanian merupakan antara sektor penting di Malaysia. Namun ia memberi kesan yang buruk jika pertanian yang dijalankan di sekitar sungai tidak mengambil langkah yang selamat.Sisa pertanian seperti baja kimia (urea) dan racun serangga (makhluk perosak) akan dibawa oleh air larian permukaan atau dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanih yang akhirnya dialirkan ke dalam sungai yang berdekatan. Kesannya kualiti air sungai terjejas, nilai pHnya bertambah yang boleh mematikan pelbagai hidupan di dalamnya seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang terdapat di sekitar sungai. Rantaian dan siratan makanan dalam sungai juga akan mengalami kemusnahan.

Cadangan Dalam Menyelesaikan Masalah

Dalam memastikan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik terus berlaku, perkara yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti punca ini dari akar umbinya. Aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik berlaku kerana disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri. Manusia menyebabkan berlakunya pencemaran yang mengganggu ekosistem dan habitat hidupan akuatik. Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju pada masa akan datang masyarakat harus berfikiran ke hadapan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara setanding dengan negara maju yang ada. Bagi mewujudkan sebuah negara yang maju ini pelbagai kriteria-kriteria harus diambil untuk mendapat taraf negara yang maju. Oleh sebab itu, negara harus mengekalkan sumber-sumber tertentu seperti kesuburan tanah, kepelbagaian sumber alam, kepelbagaian biologi (biodiversiti) dan kualiti udara dan air yang bersih agar sumber ini dapat dikekalkan. Walaupun dikatakan telah banyak sumber-sumber telah digunakan, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan menjadi suatu yang penting agar sumber-sumber ini tidak habis digunakan dan mungkin ada antaranya yang tidak dapat digunakan lagi dapat difikirkan cara untuk mengurangkan penggunaannya sebagai gantian.

Dalam tempoh RMKe-8, kerajaan telah melaksanakan Pelan Tindakan Kepelbagaian Biologi di beberapa negeri. Peraturan telah diperkenalkan untuk mengawal akses kepada sumber genetik dan menangani isu keselamatan biologi yang berkaitan dengan organisma yang diubah secara genetik. Pelan pengurusan telah dirangka bagi semua kawasan yang dilindungi untuk menjamin integriti dan menggalakkannya sebagai kawasan pemuliharaan, penyelidikan dan pelancongan berasaskan ekologi. Habitat kritikal yang memerlukan perlindungan telah dikenal pasti dan satu pangkalan data biologi negara akan terus diperluaskan untuk menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Kepelbagaian Biologi.

Wawasan dan hala tuju pemeliharaan kepelbagaian Biologi negara termaktub di dalam dasar kepelbagaian biologi kebangsaan 1998. Dasar ini merumuskan bimbingan perancangan, penggunaan dan pengurusan kepelbagaian biologi kita di Malaysia. Ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap tanggungjawabnya ke atas kedua-dua perjanjian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di bawah Perkara 6 Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan yang berbunyi "untuk memelihara kepelbagaian biologi Malaysia dan untuk memastikan komponen-komponennya digunakan secara lestari bagi kemajuan dan pembangunan ekonomi negara yang lestari".

Dasar kepelbagaian biologi kebangsaan merangkumi 15 strategi bagi memastikan pengurusan Biodiversiti dengan berkesan. Antaranya ialah:

Meningkatkan asas pengetahuan saintifik;

Menambah penggunaan komponen kepelbagaian biologi secara lestari;

Menubuhkan pusat kecemerlangan tentang penyelidikan perindustrian dalam kepelbagaian biologi tropika;

Memperkukuh rangka institusi bagi pengurusan kepelbagaian biologi.

Memperkukuh dan mengintegrasikan program pemuliharaan;

Menginterasi pertimbangan kepelbagaian biologi ke dalam strategi perancangan sektor;

Meningkatkan kemahiran, keupayaan dan kecekapan;

Menggalakkan penyertaan sektor swasta;

Mengkaji semula perundangan untuk menggambarkan keperluan kepelbagaian biologi;

Meminimumkan kesan aktiviti manusia terhadap kepelbagaian biologi;

Mewujudkan dasar, peratuan, undang-undang dan keupayaan berdasarkan biokeselamatan;

Meningkatkan kesedaran institusi dan kesedaran awam;

Menggalakkan kerjasama dan usahasama antarabangsa;

Pertukaran maklumat; dan

Menentukan mekanisma pembiayaan.

Keberkesanan serta kejayaan pencapaian wawasan, objektif dasar kepelbagaian biologi kebangsaan dan pelaksanaannya memerlukan: kesedaran tanggungjawab pemuliharaan dan penggunaan secara mapan oleh rakyat Malaysia di semua peringkat; dan rakan kongsi yang kreatif di antara para pemegang amanah warisan semulajadi yang berkaitan seperti Kerajaan, sektor swasta, institusi-institusi penyelidikan, badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat umum untuk mengekalkan kekayaan warisan semulajadi Malaysia untuk generasi akan datang.

REFLEKSI KENDIRI

Nama: Reynold Anak Gibson Kunding

Pengajian: Sains 2

No Kad Pengenalan: 790620-13-5037

Refleksi sewaktu bertindak

Kami telah diberikan tugasan yang perlu disiapkan. Tugasan ini agak mencabar kerana memerlukan kami mencari maklumat tentang tajuk yang telah diberikan kepada kami. Tugasan sangat berguna untuk meningkatkan kemahiran seorang guru dalam mendalami ilmu yang berkualiti untuk disemai di kalangan murid-murid. Selain daripada itu juga kami juga ditugaskan untuk mencari maklumat dan sumber rujukan yang bersesuaian dengan tajuk tugasan. Apabila kami diberikan tugasan ini, saya banyak bertanya dengan rakan setugas di sekolah dan berbincang mengenai tajuk tugasan agar tugasan ini dapat disiapkan tanpa ada sebarang kesulitan. Masa untuk saya dan rakan saya berbincang, kami banyak bertukar pendapat tentang tajuk yang telah di. berikan. Tugasan ini juga berguna kepada saya kerana memberikan pengetahuan yang baru serta berguna kepada saya sebagai seorang guru. Tugasan yang diberikan ini berguna kepada seorang guru iaitu memberikan peluang untuk saya memperbaiki diri saya agar menjadi seorang pendidik yang berguna kepada Negara. Tugasan ini juga berguna dalam membentuk sahsiah guru dan murid yang berguna kepada masyarakat di masa hadapan.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya meneliti tajuk tugasan yang telah diberikan untuk memudahkan pemahaman saya. Ini dapat memudahkan saya menyiapkan tugasan ini sebaik yang mungkin.

Selain itu juga, sebagai seorang pelajar Pendidikan Jarak Jauh PPG ini, saya memperbaiki diri saya dengan pengurusan masa yang bijak dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Ini kerana kekangan tugas di sekolah memaksa saya menyesuaikan diri agar tugasan ini dapat disiapkan dengan baik tanpa menganggu tugas saya sebagai seorang guru di sekolah.

Refleksi mengenai tindakan.

Kelemahan di dalam membahagikan masa dalam menyiapkan tugasan ini menyebabkan saya mengalami kesukaran menyiapkan tugasan ini walaupun masa yang diberikan agak panjang. Antara yang menjadi penghalang adalah kekangan tugas di sekolah terutamanya dengan aktiviti untuk UPSR yang akan datang. Kelas Bimbingan Tahun 6 dan tugas- tugas yang lain pula menyebabkan kekurangan masa dalam menyiapkan tugasan ini. Dari segi rujukan pula, kedudukan sekolah di pedalaman menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk membuat rujukan terutamanya di perpustakaan awam. Rujukan ini amat berguna dalam menyiapkan tugasan ini. Pada hujung minggu, saya tidak berkesempatan membuat rujukan di perpustakaan kerana kelas tambahan yang diadakan semasa hujung minggu untuk tahun 6. Saya hanya bergantung kepada sumber internet tetapi ini berkesudahan dengan kesulitan kerana capaian internet yang perlahan di sekolah.

Namun begitu saya dapat mengatasi semua masalah dan dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ini memberikan saya pengalaman berharga yang amat berguna kepada kami sebagai warga pendidik yang Berjaya.

Cadangan penambahbaikan:

Saya perlu membahagikan masa dengan baik untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya untuk tugasan yang akan datang. Kelemahan untuk membahagikan masa ini perlu diatasi akan tidak berulang pada masa yang akan datang. Saya juga sepatutnya membuat persediaan awal dalam merancang mencari bahan rujukan agar bahan rujukan untuk membuat tugasan tidak terhad semata-mata kepada bahan-bahan rujukan yang terdapat di internet sahaja.

Selain itu, kami juga perlu berhati-hati dalam merancang mencari maklumat agar maklumat yang didapati tidak terhad.

Saya juga hendaklah bersedia dalam menambah ilmu untuk memperbaiki diri sendiri setiap masa. Ini agak penting bagi masa depan serta memastikan diri sentiasa bersedia dengan perubahan. Selain itu, tugasan sebegini dapat memberikan kesedaran kepada saya tentang tugas-tugas saya terhadap murid-murid, masyarakat dan negara di samping memberikan kepuasan dan keseronokan kepada diri sendiri.

Bibliografi.

Ellyza Karim, Azizah Ngah Tasir (2013). HBSC 3103 Biology II : Continuity of Life. Open

University Malaysia. Kuala Lumpur.Federal Chambers Junior KBSM Dictionary (2001). Federal Publications CHAMBERS.

Selangor Darul Ehsan.

http://hairilhazlan.com/2011/10/13/apa-itu-biodiversiti/http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/05/biodiversiti-kepentingan-fungsi.htmlhttp://ariesdasketchbook.blogspot.com/2012/07/malaysia-mengekalkan-kesuburan-tanah.htmlhttp://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/0/08ab735a3d0d6dbc482571110010d39f?OpenDocumenthttp://www.nre.gov.my/Malay/Biodiversiti/Pages/biodiversiti2.aspxhttp://www.sabah.gov.my/press/docs/1998000428.htmhttp://mohdkdir.blogspot.com/2009/09/pendidikan-alam-sekitar.htmlhttp://goaypastpm.wordpress.com/2011/11/17/karangan-biodiversiti/http://ilove-geography.blogspot.com/p/aktiviti-aktiviti-manusia-yang.htmlhttp://sainsk6.wordpress.com/about/