Tenancy Agreement Flat Selesa Jaya-2014

19
BERTARIKH 23 NOVEMBER 2014 Di antara MOHD HAFIZ BIN WAGIO (840512-14-5951) [TUAN PUNYA] Dan ABDUL HAFIZ BIN AZIZ (880430-29-5119) (PENYEWA) ---------------------------------------------------------------------- -------------------------------

description

sewa

Transcript of Tenancy Agreement Flat Selesa Jaya-2014

BERTARIKH 23 NOVEMBER 2014

Di antara

MOHD HAFIZ BIN WAGIO(840512-14-5951)[TUAN PUNYA]

Dan

ABDUL HAFIZ BIN AZIZ (880430-29-5119)(PENYEWA)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------PERJANJIAN SEWA RUMAH-----------------------------------------------------------------------------------------------------PERJANJIAN INI dibuat pada 23 haribulan November 2014 di antara

1) MOHD HAFIZ BIN WAGIO, NO. K/P : 840512-14-5951 (selepas ini disebut sebagaiTuanpunya) yang beralamat di Blok A-7-4, Kompleks KIK Tg. Kupang, 81560, Gelang Patah, Johor sebagai satu pihak.

Dan

2) ABDUL HAFIZ BIN AZIZ, NO. K/P : 880430-29-5119 (selepas ini disebut sebagai "Penyewa") yang beralamat di Lot 1127, Kampong Aril, Pauh Lima, 16090, Kota Bharu, Kelantan sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA:

(i) Tuanpunya adalah pemunya sebuah flat yang dikenali sebagai Flat Bandar Selesa Jaya yg beralamat di No 0213, Blok 24, Bandar Selesa Jaya, 81300, Skudai, Johor (selepas ini dipanggil Premis tersebut).

(ii) Tuanpunya telah bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa telahbersetuju untuk menyewa Premis tersebut tertakluk kepada terma-termadan syarat-syarat kemudian daripada ini

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut :-1. SEWA DAN TEMPOH SEWAANTertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang dinyatakan kemudian daripada ini Tuanpunya dengan ini menyewakan dan Penyewa dengan ini bersetuju menyewa Premis tersebut untuk tempoh SATU (1) tahun mulai daripada 1 Disember 2014 hingga 30 November 2015 (selepas ini disebut sebagai Sewaan) dengan sewa bulanan sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS LIMA PULUH ( RM 550.00 ) sahaja sebulan. Tuanpunya walaubagaimanapun berhak mengkaji semula sewa tersebut dari masa ke masa mengikut budibicara mutlaknya dan sewa ini hendaklah dibayar tanpa apa-apa potongan tidak lewat daripada tiga puluh (30) haribulan pada tiap-tiap bulan.

2. WANG CAGARAN

i) Penyewa hendaklah membayar kepada Tuanpunya semasa menandatangani Perjanjian ini dan sebelum menduduki Premis tersebut sejumlah wang yang sama dengan sewaan DUA (2) bulan iaitu sebanyak RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU SATU RATUS (RM 1,100.00) sahaja sebagai wang cagaran (kemudian dari ini dipanggil Wang Cagaran tersebut) sebagai menjamin supaya Penyewa mematuhi setiap terma dan syarat perjanjian ini dan Wang Cagaran tersebut tidak boleh diertikan dan atau dianggap sebagai bayaran sewa bulanan sepanjang Perjanjian ini berkuatkuasa.

ii) Penyewa juga hendaklah membayar kepada Tuanpunya semasa menandatangani Perjanjian ini dan sebelum menduduki Premis tersebut wang berjumlah RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS LIMA PULUH (RM350.00) sahaja bagi cagaran ke atas bekalan elektrik dan bekalan air. (kemudian dari ini dipanggil "Wang Cagaran Elektrik dan Air tersebut).

iii) Semasa menandatangani Perjanjian ini, Penyewa hendaklah membayar wang berjumlah RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU (RM2,000.00) sahaja kepada Tuanpunya Premis tersebut. Bayaran tersebut adalah termasuk Sewa untuk Bulan Disember, Wang Cagaran Satu (2) bulan dan Wang Cagaran Bekalan Air dan Eletrik.

3. AKUJANJI PENYEWA

3.1 Sewa

Akan membayar sewa yang ditetapkan pada hari dan mengikut masa yang telah dinyatakan di atas. Dan sekiranya pihak Penyewa gagal menjelaskan bayaran sewa bulanan seperti yang telah dipersetujui, Tuanpunya adalah berhak mengeluarkan notis bertulis tiga puluh (30) hari ke atas pihak Penyewa bagi membolehkan Penyewa menamatkan sewaan ke atas Premis tersebut. Pembayaran Sewa hendaklah dibayar melalui CIMB BANK BERHAD (No. Akaun: 8601522574 / MOHD HAFIZ BIN WAGIO)

3.2 Membenarkan Tuanpunya Dan Wakil Masuk

Akan membenarkan Tuanpunya atau wakilnya yang dibenarkan dan yang bertindak bagi pihak Tuanpunya pada masa-masa yang munasabah untuk masuk ke dalam Premis atau mana-mana bahagian Premis tersebut untuk tujuan pemeriksaan.

3.3 Penggunaan Premis Yang Disewakan Tersebut

Akan menggunakan Premis tersebut untuk didiami sahaja dan tidak untuk tujuan-tujuan lain daripada tujuan tersebut dan tidak akan menyimpan dalam Premis tersebut barang-barang yang merbahaya dan mudah terbakar seperti senjata api, peluru, minyak tanah, petrol dan barang-barang yang dilarang oleh mana-mana undang-undang dan tidak akan meletakkan barang-barang kotak atau sampah sarap dikawasan luar Premis tersebut dan sentiasa memastikan bahawa Premis tersebut berada dalam keadaan bersih.

3.4 Tidak Akan Menggunakan Premis Tersebut Untuk Tujuan Haram

Tidak akan menggunakan Premis tersebut untuk tujuan-tujuan haram, berlawanan dengan undang-undang tidak bermoral dan tidak akan membuat atau membenarkan dibuat apa-apa perbuatan atau perkara-perkara yang boleh menjadi kacau ganggu atau yang boleh member sebab yang munasabah bagi jiran-jiran tetangga di Premis tersebut membuat aduan atau Premis tersebut digunakan sebagai makmal atau bengkel atau sebagai tempat memasak atau penyelidikan makanan.

3.5 Mematuhi Undang-Undang Dan Peraturan

Akan mematuhi dan mengikut semua undang-undang dan undang-undang kecil peraturan dan kaedah-kaedah yang menyentuh tentang seseorang Penyewa atau penghuni dan berkenaan Premis yang pada masa ini berkuatkuasa atau yang dibuat kemudiannya.

3.6 Menjaga Kebersihan

Tidak akan menggunakan Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya untuk perniagaan yang mengeluarkan debu, sampah sarap atau sisa-sisa atau apa-apa bentuk bahan di dalam dan di luar Premis tersebut atau bahan yang boleh menyebabkan bunyi bising atau yang pada pendapat Tuanpunya sebagai tidak sesuai bagi penghuni-penghuni yang berhampiran. Tuanpunya adalah berkuasa menentukan mutu kebersihan yang dikehendaki dari semasa ke semasa.

3.7 Tidak Akan Serah Hak

Tidak akan menyerahkan atau menyewakan atau memindahkan penggunaan mana-mana atau kesemua bahagian Premis tersebut kepada sesiapa sahaja tanpa kebenaran bertulis Tuanpunya terlebih dahulu dan adalah disyaratkan juga bahawa Penyewa menyerahkan hak menyewakan semula kepada orang lain Premis tersebut atau sebahagian daripada bertentangan dengan peruntukan perkara ini, Tuanpunya boleh tanpa memudaratkan hak-haknya di bawah Perjanjian ini untuk menamatkan penyewaan tanpa apa-apa jua notis kepada Penyewa.

3.8 Mengembalikan Premis Tersebut

Pada akhir tempoh penyewaan Penyewa hendaklah mengambalikan Premis tersebut yang disewa kepada Tuanpunya dalam keadaan asal. Tetapi sekiranya Penyewa tidak berminat untuk mengambil barang-barang lekat mati yang ada pada Premis tersebut, barang-barang lekat mati berkenaan akan menjadi hakmilik Tuanpunya tanpa sebarang pampasan kepada Penyewa.

3.9 Pemasangan Alat-Alat Letrik

Tidak akan memasang soket, plug dan power point letrik atau motor letrikatau enjin letrik atau alat perkakas letrik atau penyejuk udara dalam Rumah Sewaan tersebut tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis pihak Tenaga Nasional Berhad atau pihak-pihak yang berkuasa. Jika Penyewa melanggar syarat ini dan Tuanpunya menerima kerugian maka Penyewa mestilah mengganti kerugian tersebut.

3.10 Bertangungjawab Ke Atas Kerosakan

Akan bertanggungjawab membayar kepada Tuanpunya terhadap semuakerosakan Premis tersebut atau mana-mana bahagian lain Premis tersebutatas kecuaian Penyewa atau orang yang dibenarkan oleh Penyewa dan akan membayar kerugian dan membaiki kesemua kerosakan yang dialami oleh Tuanpunya sebagai akibat daripada pemecahan atau ketidakpatuhanterhadap pengakuan-pengakuan yang dibuat oleh Penyewa yang terkandung dalam Perjanjian ini dan akan melepaskan tanggungan Tuanpunya daripada kesemua tindakan, tuntutan, tuntutan kos dan perbelanjaan yang timbul darinya. Penyewa adalah bertanggungjawab untuk menanggung kos penyelenggaraan minor dan kerja-kerja pembaikan sehingga Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100.00) sahaja.

3.11 Bayaran Bil Telefon, Eletrik Dan Air

Pihak Penyewa hendaklah menjelaskan bil telefon, eletrik dan air dengan secara teratur kepada pihak-pihak tertentu. Bayaran bil-bil tersebut yang perlu dibayar oleh Penyewa hendaklah dijelaskan secara teratur.

3.12 Bayaran Bil Perkhidmatan Pembetungan

Pihak Penyewa hendaklah membayar bil Perkhidmatan Pembetungan yangdikeluarkan oleh Indah Water Konsortium semasa tempoh Perjanjian iniberkuatkuasa.

3.13 Menjaga Premis Tersebut

Pihak Penyewa tidak dibenarkan sama sekali memasang atau membuatlubang untuk paku atau benda-benda tajam pada dinding Premis tersebut. Penyewa juga hendaklah menjaga bahagian dalam Premis tersebut lantai, siling dan kelengkapan-kelengkapan kepunyaan Tuanpunya termasuk pintu, tingkap, kunci, kabel eletrik, kelengkapan yang dipasang untuk lampu dan kuasa lain supaya kelengkapan tersebut berada dalam keadaan bersih dan kemas. Penyewa mengaku akan menggantikan mana-mana daripada alat tersebut yang rosak, hilang atau pecah yang disebabkan oleh perbuatan pihak Penyewa.

3.14 Lelong Tidak Dibenarkan

Tidak dibenarkan penjualan secara lelong diadakan di Premis tersebutkecuali dengan perintah Mahkamah atau kebenaran bertulis Tuanpunya.

4. PENGAKUAN TUANPUNYA

Tuanpunya dengan ini membuat akujanji dengan Penyewa sepertiberikut :-

4.1 Membayar Cukai Sewa Tanah Dan Cukai-Cukai Lain

Akan membayar hasil tanah atau cukai-cukai lain yang dikenakan keatas Premis tersebut dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasaberkenaan.

4.2 Tidak Akan Mengganggu Penyewa

Membenarkan Penyewa jika Penyewa membayar sewanya dan mematuhiperuntukan Perjanjian ini menggunakan Premis tersebut tanpa apa-apagangguan oleh Tuanpunya atau wakil Tuanpunya.

4.3 Mengembalikan Wang Pertaruhan

Pada akhir tempoh perjanjian ini atau tempoh yang dilanjutkan Tuanpunya akan memulangkan Wang Cagaran yang telah dibayar kepada Tuanpunya mengikut perkara tersebut di bawah:-

4.3.1 Akan mengembalikan Wang Cagaran tersebut tanpa faedah setelah ditolak dengan apa-apa tunggakan sewa (jika ada).

4.3.2 Akan mengembalikan Wang Cagaran tersebut dan Wang Cagaran Air dan Eletrik tersebut setelah ditolak apa-apa potongan bagijumlah wang yang Penyewa masih terhutang kepada Tuanpunya, perbelanjaan guaman atau mahkamah, membaiki kerosakan serta tunggakan bil-bil api, air dan telefon (jika ada).

5. PERUNTUKAN BERSAMA

DENGAN SYARAT SENTIASANYA bahawa kedua-dua pihak dengan inibersetuju seperti berikut:-

5.1 Hak Membatalkan Sewaan

Sekiranya sewa yang ditetapkan atau mana-mana bahagian sewa itu yang mana sepatutnya sudah dibayar menurut Perkara 1 dan Perkara 2(i) dan 2(ii) di atas, sama ada diminta secara rasmi atau tidak atau sekiranya yang terkandung dalam Perjanjian ini atau sekiranya Penyewa telah dibuat perintah penerimaan terhadapnya atau telah membuat apa-apa penyerahan hak bagi faedah sipiutang-sipiutangnya atau menghadapi tindakan penggantungan atau tahan harta ataupun perlaksanaan akan dijalankan ke atas barang-barangnya atau jika ia sebuah syarikat, telah dibubarkan samada secara paksa (kecuali bagi sebuah maksud susun semula atau penyatuan) maka dalam tiap-tiap hal di atas adalah menjadi sah bagi Tuanpunya pada bila-bila masa kemudiannya untuk membatalkan sewaan Premis tersebut dengan memberikan notis bertulis tiga puluh (30) hari dan dengan ini Perjanjian ini adalah dianggap tamat dengan mutlaknya tanpa menyentuh hak-hak Tuanpunya untuk mengambil tindakan atau tuntutan terhadap akujanji di dalam Perjanjian ini.

5.1.1 Tanpa menyentuh apa-apa jua syarat penamatan dalam Perjanjian ini dan dalam Perjanjian ini dan dalam masa Perjanjian ini berkuatkuasa, Tuanpunya berhak menamatkan sewaan Premis tersebut dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis kepada Penyewa. Begitu juga pihak Penyewa boleh mengeluarkan notis bertulis enam puluh (60 hari) untuk menamatkan Perjanjian ini kepada Tuanpunya. Sekiranya Penyewa gagal memberikan notis tersebut maka Penyewa dikehendaki membayar satu (1) bulan sewa kepada Tuanpunya. Pada tarikh tamatnya notis tersebut daripada mana-mana pihak, Penyewa hendaklah menyerahkan Premis tersebut kepada Tuanpunya menurut peruntukan syarat penyerahan yang terkandung di para 3.8 dalam Perjanjian ini.

5.1.2 Jika sekiranya Penyewa menamatkan penyewaan Rumah Sewaan kurang dari Satu (1) tahun seperti Perkara 1 di atas, Tuanpunya berhak memansuhkan Wang Cagaran.

5.2 Kerugian Ditanggung Oleh Penyewa

Melainkan disengajakan oleh Tuanpunya, Tuanpunya tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku apa-apa kerugian atau kerosakan kepada Penyewa atau pelawatnya atau barang-barangnya semasa tempoh penyewaan ini disebabkan berlakunya kebakaran, taufan, rompakan, kecurian, nuclear fall-out, rusuhan, tindakan musuh atau oleh kerosakan kepada alat-alat paip, pendawaian di dalam atau melalui atau disambungkan kepada Premis tersebut atau oleh sebab pemberhentian bekalan eletrik atau perkhidmatan lain atau oleh sebab kecuaian Penyewa atau bahagian lain Premis tersebut atau kejadian atau peristiwa yang diluar kawalan Tuanpunya.

5.3 Kenaikan Sewa

Sebagai menjelaskan lagi peruntukan Perkara 1 Perjanjian ini adalah dengan ini dipersetujui bahawa jika sewa yang telah dinaikkan oleh Tuanpunya berikutan kajian semula di bawah Perkara 1 itu tidak diterima oleh Penyewa dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh notis dikeluarkan, Tuanpunya atau Penyewa berhak membatalkan perjanjian ini dengan memberi notis bertulis tiga puluh (30) hari.

5.4 Masa Sebagai Asas Perjanjian

Masa dimana disebut dalam Perjanjian ini adalah dianggap sebagai asas dalam perjanjian.

5.5 Kelonggaran

Apa-apa kelonggaran yang diberi oleh Tuanpunya tidaklah boleh dianggap sebagai pengabaian atau memudaratkan hak-hak Tuanpunya yang terkandung dalam perjanjian ini.

5.6 Notis

Apa-apa notis yang perlu diberikan di bawah perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dianggap sebagai selamat dihantar dan kepada Tuanpunya jika dihantar dan sebaliknya jika dihantar kepada Penyewa secara pos berdaftar ke alamatnya yang terakhir sekali diketahui. Semua notis yang dihantar dan telah dihantar dan telah diterima dengan sempurnanya oleh mana-mana pihak di atas.

5.7 Bayaran Peguam

Perbelanjaan perjanjian ini termasuk bayaran Peguam dan duti setem ke atas perjanjian ini adalah ditanggung oleh Penyewa.

5.8 Tafsiran

Dalam perjanjian ini di mana-mana kandungan ayatnya bersesuaian perkataan-perkataan "Tuanpunya" hendaklah termasuk pengganti penggantinya dan penerima-penerima serahan haknya dari perkataan "Penyewa" hendaklah termasuk wakil peribadinya, pengganti-pengganti dan penerima-penerima hak Penyewa tersebut. Perkataan-perkataan dalam gender lelaki termasuklah juga yang majmuk dan sebaliknya

-----------------PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak di atas dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing di bawah pada haribulan dan tahun seperti yang mula-mula tertulis di atas.

Ditandatangani olehTUANPUNYA ] .. ] MOHD HAFIZ BIN WAGIO (NO. K/P : 840512-14-5951)

Ditandatangani oleh PENYEWA] ] ABDUL HAFIZ BIN AZIZ (NO. K/P : 880430-29-5119)

Disaksikan oleh :-

..BALQIS BT. MOHAMAD ISAHAK(NO. K/P: 871207-43-5938)

JADUAL 1

1Tarikh Perjanjian ini23 NOVEMBER 2014

2Nama dan Alamat Tuan RumahBlok A-7-4, Kompleks KIK Tg. Kupang, 81560, Gelang Patah, Johor

3Nama dan Alamat PenyewaAbdul Hafiz Bin Aziz (880430-29-5119)Lot 1127, Kampong Aril, Pauh Lima, 16090, Kota Bharu, Kelantan

4Premis DemisNo. 0213, Blok 24, Bandar Selesa Jaya, 81300, Skudai, Johor

5Tempoh SewaanSetahun

6a) Tarikh Permulaanb) Tarikh Tamat1 Disember 201430 November 2015

7SewaRM 550.00

8Tarikh Bayaran Sewa Pertama22 November 2014

9 (a) (b)Jaminan DepositDeposit UtulitiRM 1100.00RM 350.00

10TujuanDidiami

12Cara Pembayaran SewaCIMB BANK 8601522574 (MOHD HAFIZ BIN WAGIO)

JADUAL 2 INVENTORI

BilNama PeralatanKuantitiLokasiDeskripsi

1Kipas3 unitRuang tamu, bilik utama dan bilik keduaKipas KDK 5 Kelajuan