Tender Kantin Baru

38
Jawatankuasa Kantin Sekolah mengadakan mesyuarat berkaitan persediaan buka sebut harga baru kantin sekolah. Pengerusi ( Pengetua/Guru Besar ) perlu melantik jawatankuasa berikut untuk persediaan buka sebut harga. i. Jawatankuasa Teknikal a. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid b. Seorang guru c. Pegawai kerani/kerani sekolah ii.Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga a. Penolong Kanan Pentadbiran b. 2 orang guru. PERSEDIAAN BUKA SEBUT HARGA

description

Tender Kantin Baru

Transcript of Tender Kantin Baru

Page 1: Tender Kantin Baru

Jawatankuasa Kantin Sekolah mengadakan mesyuarat berkaitan persediaan buka sebut harga baru kantin sekolah. Pengerusi ( Pengetua/Guru Besar ) perlu melantik jawatankuasa berikut untuk persediaan buka sebut harga.

i. Jawatankuasa Teknikal

a. Penolong Kanan Hal Ehwal Muridb. Seorang guru c. Pegawai kerani/kerani sekolah

ii. Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga

a. Penolong Kanan Pentadbiranb. 2 orang guru.

iii. Jawatankuasa Sebut Harga ( Jawatankuasa Pemilih )

a. Pengetua / Guru Besar - Pengerusib. Penolong Kanan Hal Ehwal Muridc. Seorang guru kanan ( Bagi sekolah rendah perlu seorang pegawai

dari JPN/PPD Kumpulan Profesional )

PERSEDIAAN BUKA SEBUT HARGA

Page 2: Tender Kantin Baru

PERANAN JAWATANKUASA

i. Peranan Jawatankuasa Teknikal

Jawatankuasa Teknikal perlu mengadakan mesyuarat bagi tujuan menyediakan Notis Sebut Harga dan perkara berikut :

o Tawaran Sebut Harga - ( Lampiran 8, ms. 58 )

o Borang Permohonan - ( Lampiran 9, ms. 60 )

o Borang Butiran Pemohon - ( Lampiran C, ms. 81 )

o Harga Standard - ( Lampiran JPN )

o Peti Sebut Harga

Notis Sebut Harga Kantin perlu disibarkan dengan menampal notis di tempat-tempat awam serta sekolah-sekolah berhampiran.

Jawatankuasa ini mula beroperasi mulai 15 Ogos hingga 1 September.

Sedikan senarai pemohon yang mengambil borang kantin. Borang ini diberi percuma.

ii. Peranan Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga

Jawatankuasa Buka Sebut Harga bermesyuarat dan membuka peti sebut harga. Semua sampul dibuka dan direkodkan mengikut bilangan pemohonan.

Jawatankuasa Peti Buka Sebut Harga perlu mengisi nama dalam Borang Lampiran 1.

Setiap sampul mesti ditulis bilangan, ditanda tangan, ditulis tarikh dan masa. Contoh : ( Jika terdapat lima pemohon )

Page 3: Tender Kantin Baru

Buka sampul 1/5 , kemudian tanda tangan semula dimuka depan Lampiran 9.( Sila ikut prosuder seperti dihadapan sampul surat tersebut )

Senaraikan nama pembida tersebut dalam Borang Lampiran 2.

Setelah selesai semua sampul dibuka dan disenaraikan dalam Borang Lampiran 2. Jawatankuasa perlu menyimpan semula dalam peti sebut harga untuk tujuan pemilihan oleh Jawatankuasa Sebut Harga ( Jawatankuasa Pemilih )

iii. Peranan Jawatankuasa Sebut Harga ( Jawatankuasa Pemilih )

Pengerusi : Pengetua/G.Besar

S/Usaha : PK Hal Ehwal Murid

Ahli J/Kuasa : Sekolah Menengah - Seorang guru penolong. Sekolah Rendah - Seorang pegawai dari JPN/PPD ( Kumpulan Pengurusan dan Profesional )

Catatan : Mesyuarat dalam bulan Oktober.

Melantik guru penolong untuk mencatat minit mesyuarat pemilihan.

Menyemak Borang Lampiran 2.

Semak semua dokumen setiap pembida.

Membuat perbandingan antara pemohon dari segi pengalaman, modal, sijil kewangan, sijil pendaftaran, harga bidaan dan lain-lain dokumen.

Page 4: Tender Kantin Baru

Menyenaraikan mengikut hariki keputusan. ( Sila isikan dalam Borang Lampiran 3 )

Membuat keputusan memilih Pengusaha Kantin.

Pembida ( Pemohon ) yang berjaya dimaklumkan melalui surat yang disediakan oleh pihak sekolah. ( Lampian 4 ) Salinan surat ke JPN/PPD. Surat kepada Pembida yang tidak berjaya dan wang pertaruhan dikembalikan. Taikh pemakluman ialah dari 1 – 15 November.

PERSEDIAAN PERJANJIAN KANTIN

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kerani menyediakan Perjanjian Kantin Sekolah untuk tempoh 2 tahun ( 24 bulan ). Rujuk Buku Pengurusan Kantin Sekolah Lampiran 10, ms. 66.

Pengetua/Guru Besar memanggil pembida yang berjaya berbincang tentang perkhidmatan pengurusan kantin sekolah sebelum menanda tangani perjanjian.

Sekiranya terdapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak maka perjanjian ditandatangani dan perjanjian disetemkan. Duti setem dibiayai oleh pengusaha.

PENYERAHAN KANTIN

Pihak sekolah menyerah kunci kantin dan Buku Panduan Pengurusan Kantin kepada pengusaha.

Pastikan bayaran Sewaan, Deposit Kantin, Deposit Air dan Deposit Elektrik telah dibayar dan resit penerimaan perlu dikeluarkan oleh sekolah.

Pengusaha Kantin perlu mengemas, membersih dan melaporkan perkara yang perlu diambil tindakan jika ada kerosakkan.

Page 5: Tender Kantin Baru

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Pengusaha dikehendaki menghadiri kursus Pengendali Makanan   yang dianjurkan oleh pusat-pusat pengendali makanan yang berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Negeri

SUNTIKAN TY2

Pengusaha dan Pembantu wajib menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan suntikan TY2 sebelum menjalankan perkhidmatan.

Kos suntikan TY2 ditanggung oleh pengusaha.

Page 6: Tender Kantin Baru

Pengusaha Kantin yang berminat untuk menyambung perkhidmatan perlu menghantar surat permohonan kepada pihak sekolah ( Jawatankuasa Sebut Harga Kantin ). Pengusaha kantin perlu memohon pada 1 Ogos …… hingga 15 Ogos …….. Bagi pengusaha yang telah tiga tahun mengusaha kantin di sekolah yang sama, pengusaha kantin tersebut tidak lagi boleh memohon untuk pelanjutan satu tahun.

Pihak sekolah perlu memastikan jika sekiranya terdapat permohonan perlanjutan kantin, maka Jawatankuasa Kantin Sekolah hendaklah bermesyuarat untuk menilai tentang perkhidmatan yang telah diberikan oleh pengusaha kantin tersebut. Semua minit mesyuarat tersebut akan digunakan oleh Jawatankuasa Sebut Harga untuk membuat keputusan sama ada menyambung perkhidmatan atau sebaliknya.

Bagi semua sekolah rendah, Jawatankuasa Sebut Harga (Jawatankuasa Pemilih ) Pengerusi adalah Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan seorang pegawai daripada jabatan pelajaran atau pejabat pelajaran daerah sebagai ahli jawatankuasa. ( Kumpulan Profesional )

Bagi sekolah menengah, Jawatankuasa Sebut Harga ( Jawatankuasa Pemilih ) Pengerusi adalah Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan seorang guru kanan. ( Rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah- ms. 29 )

Keputusan perlu dirahsiakan, sehingga surat rasmi dikeluarkan oleh pihak sekolah dari 16 Ogos……. hingga 31 Ogos….. . Keputusan kepada pemohon akan dikeluarkan pada bulan September. Surat rasmi dihantar oleh pihak sekolah.

Perjanjian Tambahan Setahun perlu dibuat dan disetemkan. Duiti setem dibayar oleh pengusaha. ( Sila semak Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah - Lampiaran 11 – ms. 74)

Page 7: Tender Kantin Baru

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIAJAWATANKUSA PEMBUKA PETI SEBUT HARGA

KOD SEKOLAH :………………… : ENROLMEN PELAJAR : …………………

NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………………………………..……………………………………………..

TARIKH : …………………………….. MASA : ………………………………..…..

KEAHLIAN :

1. Pengerusi : ……………………………………………………………. Tanda Tangan ……………………………………

Jawatan : ……………………………………………………………..

Gred Jawatan : …………………………………………………………….

2. Ahli Jawatankuasa : 2.1 Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan …………………...………………

Jawatan : ……………………………………………………………..

Gred Jawatan : ………………………………………………………….

2.2. Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan ……………………………………

Jawatan : ……………………………………………………………..

Gred Jawatan : ……………………………………………………..…..

LAMPIRAN 1

Page 8: Tender Kantin Baru

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIAJAWATANKUSA SEBUT HARGA

KOD SEKOLAH : ENROLMEN PELAJAR : ………..…………….

NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………….……………………………………………………………….

TARIKH : …………………………….. MASA :……………………………..

KEAHLIAN :

1. Pengerusi : ……………………………………………………………. Tanda Tangan ………………………

Jawatan : …………………………………………………………….

Gred Jawatan : ……………………………………………………….…..

2. Ahli Jawatankuasa : 2.1 Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan ………………………

Jawatan : ……………………………………………………..………

Gred Jawatan : ……………………………………………………….…..

2.2. Nama : …………………………………………………………….. Tanda Tangan ………………………

Jawatan : ……………………………………………………………..

Gred Jawatan : ………………………………………………..…………..

LAMPIRAN 1A

Page 9: Tender Kantin Baru

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

SEKOLAH …………………………………………………………………………………..............................................

SENARAI PEMOHON :

Bil. Nama Pengusaha Modal Berbayar Pusingan

Kadar Sewaan Yang Dibida

Pengalaman Sijil Kewangan*Kedudukan Pemilihan

Tanda Tangan Pengerusi …………………………………… Tanda Tangan Ahli : ………………………………… Tanda Tangan Ahli : …………………………………

Nama : ……………………………………………………………… Nama : ……………………………………………………. Nama : ……………………………………………………..

Jawatan : …………………………………………………………… Jawatan : ………………………………………………… Jawatan : …………………………………………………

Catatan : * Tandakan _/ jika ada.

LAMPIRAN 2

Page 10: Tender Kantin Baru

SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIAPEMILIHAN PEMBIDA/PENGUSAHA

SEKOLAH …………………………………………………………………………………......................................ULASAN DAN SEBAB :Kedudukan dan Keputusan Sebut Harga :Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara membuat keputusan pilihan/ ketentuan berdasarkan :-

Bil. Kedudukan : ( Nama Syarikat ) Ulasan dan Sebab

1

2

3

4

5

6

7

Tanda Tangan Pengerusi …………………………………………… Tanda Tangan Ahli : …………………………………………………….Nama : ……………………………………………………………………… Nama : ……………………………………………………………….………Jawatan : ……………………………………………………………….…. Jawatan : …………………………………..………………………………..

Tanda Tangan Ahli : …………………………………………..……….Nama : ………………………………………………………………………Jawatan : ………………………………………………………………..…. Tarikh :

LAMPIRAN 3

Page 11: Tender Kantin Baru

………………………………………………………………..

………………………………………………………………..

……………………………………………………………….

Rujukan

Tarikh :

………………………………………………………………………

……………………………………………………………………….

Tuan/Puan,

SEBUT HARGA PEROLEHAN KANTIN SEKOLAH

Nama Sekolah : ……………………………………………………………………………….

Alamat Sekolah : ……………………………………………………………………………….

Adalah saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak tuan/puan telah dipilih sebagai pengusaha kantin seperti di atas.

3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki hadir ke sekokolah seperti di atas bagi menada tangani surat penerimaan tawaran dan menurunkan tanda tangan pada surat perjanjian kantin di sekolah tersebut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat ini.

4. Pihak tuan/puan tertakluk kepada perjanjian bagi tujuan mengendalikan makanan bagi pihak syarikat tuan/puan sendiri. Jika sekiranya didapati pihak tuan/puan memberi kuasa mengurus kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis dari pihak berwajib, bermakna tawaran ini terbatal dengan sendirinya.

Sekian, terima kasih.

…………………………………………( Tanda tangan )

Nama : …………………………………………………

Pengerusi Sebut Harga Perolehan Kantin.

Pengetua/Guru Besar

SMK/SK/SJKC/SJKT

LAMPIRAN 4

Page 12: Tender Kantin Baru

Sekolah .........................................................

...........................................................................

...........................................................................

Ruj. Kami: Tarikh :

..............................................................

.............................................................

.............................................................

Tuan

PERINGATAN PEMBAYARAN PENYEWAAN KANTIN (AMARAN PERTAMA)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan telah gagal menjelaskan bayaran sewa bulanan premis kantin tuan di Sekolah Kebangsaan ....................... bagi bulan ................... mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam surat perjanjian penyewaan kantin.

3. Tuan hendaklah menjelaskan bayaran sewa premis kantin tuan dalam tempoh 14 dari tarikh tuan menerima surat ini. Kegagalan pihak tuan menjelaskan bayaran sewa bulanan kantin ini akan membolehkan pihak kerajaan mengambil langkah menamatkan perjanjian penyewaan kantin antara pihak tuan dengan kerajaan.

4. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

....................................................

Guru BesarSekolah Kebangsaan

s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, JPN Selangor 2. Fail kantin

Page 13: Tender Kantin Baru

Sekolah .........................................................

...........................................................................

...........................................................................

Ruj. Kami: . Tarikh :

.........................................................................

........................................................................

........................................................................

Tuan

PERINGATAN PEMBAYARAN PENYEWAAN KANTIN (AMARAN KEDUA)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan masih gagal menjelaskan bayaran sewa bulanan kantin Sekolah Kebangsaan ........................ bagi bulan .................. sungguhpun Notis Peringatan Pembayaran Penyewaan Kantin (Amaran Pertama) ....................................... bertarikh ............... telah diberikan.

3. Kegagalan pihak tuan menjelaskan bayaran sewa bulanan kantin ini membolehkan pihak kerajaan menamatkan perjanjian dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuan menerima surat ini.. Notis Penamatan Perjanjian akan dikeluarkan sebaik sahaja tempoh yang diberikan kepada tuan untuk menjelaskan sewa bulanan premis kantin tuan ini tamat. Sayugia diingatkan bahawa pihak kerajaan tidak akan menanggung sebarang kerugian akibat dari penamatan perjanjian ini.

4. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.......................................................

Guru BesarSekolah Kebangsaan

s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, JPN Selangor

2. Fail kantin

Page 14: Tender Kantin Baru

Sekolah .........................................................

...........................................................................

...........................................................................

Ruj. Kami: .

Tarikh :

............................................................................

.............................................................................

.............................................................................

Tuan

NOTIS PENAMATAN PERJANJIAN PENYEWAAN KANTIN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan masih gagal menjelaskan bayaran sewa bulanan kantin Sekolah Kebangsaan .................................... bagi bulan ............................... sungguhpun surat Peringatan Penyewaan Kantin (Amaran Pertama) ........................................ bertarikh .................. dan surat Peringatan Penyewaan Kantin (Amaran Kedua................................... bertarikh ................................ telah diberikan.

3. Sehubungan dengan itu Perjanjian Penyewaan Kantin antara pihak tuan dan Kerajaan Malaysia di Sekolah Kebangsaan ................................. ditamatkan pada .............................. Pihak tuan boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh tujuh hari dari penamatan tersebut. Sayugia diingatkan bahawa pihak kerajaan tidak akan menanggung sebarang kerugian akibat dari penamatan perjanjian ini.

Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

......................................................

Guru BesarSekolah ................................................

s.k. 1. Unit Hal Ehwal Murid, JPN Selangor.

2. PPD

Page 15: Tender Kantin Baru

KES PENUTUPAN KANTIN SEKOLAH

1. NAMA SEKOLAH :

2. ALAMAT :

3. NO. TELEFON :

4. NO. FAKS :

5. DAERAH :

6. TARIKH :

7. MASA :

8. BILANGAN MURID :

9. KRONOLOGI KEJADIAN :

9.1. PUNCA DAN LATARBELAKANG KEJADIAN

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................

9.2. TINDAKAN YANG TELAH DAN AKAN DIJALANKAN / DILAKSANA

9.1.1. Sekolah

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

Page 16: Tender Kantin Baru

9.1.2. Pejabat Pelajaran Daerah

………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

9.1.3. Pejabat Kesihatan Daerah

………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

10. NAMA PEGAWAI PENYIASAT

10.1. ……………………………………………………………..

10.2. ……………………………………………………………..

10.3. ……………………………………………………………..

11. TARIKH SIASATAN :

12. STATUS KES : ( Dalam siasatan/ Disita atau Beroperasi semula )

13. CADANGAN :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 17: Tender Kantin Baru

14. HAL-HAL LAIN ( jika ada )

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

15. LAMPIRAN ( Sila kepilkan bersama Notis Penutupan Sementara, Lampiran A, Permarkahan Kendiri Kantin Sekolah Semasa kejadian dan lain-lain surat )

.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

Page 18: Tender Kantin Baru

KES KERACUNAN SMK/SK

1. TAJUK BERITA :

2. NO. ADUAN :

3. AKHBAR :

4. TARIKH :

5. LAMPIRAN :

6. LAPORAN SIASATAN

6.1. ISU/PERKARA

6.2 NAMA SEKOLAH:

6.3 PIHAK YANG TERLIBAT:

6.4 TARIKH / MASA / TEMPAT :

6.5 KORONOLOGI KEJADIAN

6.5.1 ..................................................................................................................

.

..................................................................................................................

.

..................................................................................................................

.

..................................................................................................................

.

Page 19: Tender Kantin Baru

..................................................................................................................

.

6.6 TINDAKAN YANG TELAH DAN AKAN DIJALANKAN / DILAKSANA

6.6.1 Sekolah

...................................................................................................................

..................................................................................................................

.

..................................................................................................................

.

..................................................................................................................

.

6.6.2. Pejabat Pelajaran Daerah laporan bertulis.

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

6.6.3. Jabatan Pelajaran Negeri

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

6.6.4 Pusat Kesihatan Daerah

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

Page 20: Tender Kantin Baru

6.7 NAMA PEGAWAI MENYIASAT

6.7.1. ……………………………………………………………..

6.7.2. ……………………………………………………………..

6.7.3. ……………………………………………………………..

7 TARIKH SIASATAN :

8 STATUS KES : ( Dalam siasatan/ Disita atau Beroperasi semula )

9 CADANGAN JPN:

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

.

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

7. HAL-HAL LAIN (jika ada)

10. LAMPIRAN

( Sila kepilkan bersama Notis Penutupan Sementara, Lampiran A, Permarkahan Kendiri Kantin Sekolah Semasa kejadian dan lain-lain surat )

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

Page 21: Tender Kantin Baru

LAMPIRAN 10

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

PERJANJIAN ini dibuat pada………………… ( tarikh semasa )

…………………………………………………….. Antara Kerajaan Malaysia , yang bagi

maksud Perjanjian ini diwakili oleh Sekolah …….………….…....

………………………………..…………………… (kemudian dari ini disebut “Kerajaan”) bagi

pihak pertama; dengan

…………………………………………………………………………………………………………… (No

Syarikat: …………………………………..)sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah

undang – undang Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di………………………………

(kemudian dari ini disebut “ Pengusaha Kantin”) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWANYA –

A. Kerajaan bersetuju untuk memberikan hak kepada Pengusaha Kantin untuk berniaga bahan – bahan makanan dan minuman mengikut senarai yang ditetapkan oleh Kerajaan di permis yang disediakan oleh Sekolah………………………………………………………………………………..; dan

B. Pengusaha Kantin bersetuju untuk menerima hak itu dan mengusahakan kantin Sekolah tersebut atas syarat – syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua – dua pihak bersetuju seperti berikut :

1. Takrif Dalam Perjanjian ini perkataan – perkataan berikut membawa maksud yang ditetap baginya, melainkan jika konteksnya memerlukan maksud yang lain –

“Kerajaan”

ertinya Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, KetuaPengarah Kementerian Pelajaran, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi Pendidikan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Guru Besar / Pengetua Sekolah dan Pegawai yang diberi kuasa sewajarnya;

“Sekolah”Ertinya Sekolah………………………………………………………………. Yang termasuklah Guru Besar / Pengetua Sekolah dan Pegawai yang diberi kuasa sewajarnya;

” Pengusaha Kantin”

Ertinya………………………………………(Nama Syarikat)…………………..Yang termasuklah wakilnya yang diberi kuasa, waris, penerima serah hak dan pekerja-pekerjanya di mana

Page 22: Tender Kantin Baru

berkenaan;

“Kantin” Ertinya premis yang disediakan oleh Sekolah untuk digunakan sebagai kantin.

2. Persetujuan Pengusaha Kantin

Pengusaha Kantin bersetuju untuk mengusahakan kantin di permis yang ditetapkan oleh Sekolah dan kedua – dua pihak bersetuju bahawa Pengusaha Kantin bertanjungjawab sepenuhnya untuk mengusahakan kantin berdasarkan syarat – syarat yang ditetapkan oleh Perjanjian ini.

3. Tempoh Perjanjian

3.1 Perjanjian ini adalah bagi suatu tempoh selama dua puluh empat bulan (24 bulan) mulai daripada 01 Disember ……………… (Kemudian dari ini disebut “Tarikh Kuat Kuasa Perjanjian’ ) Sehingga 30 November …………….. (kemudian dari ini disebut “Tarikh Tamat Perjanjian”).

3.2 Perjanjian ini boleh dilanjutkan untuk tempoh dua belas (12) bulan lagi bermula selepas tamat tempoh yang disebut dalam Fasal 3.1 dengan persetujuan kedua – dua pihak dan pelanjutan tempoh ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui Perjanjian Tambahan menurut format yang ditetapkan di lampiran II. Perlanjutan tempoh ini hendaklah berdasarkan terma dan syarat yang sama melainkan peruntukan Fasal 3.2 ini.

4. Wakil Kerajaan Mengeluarkan Arahan

Bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini, Kerajaan adalah diwakili oleh Guru Besar / Pengetua Sekolah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan apa - apa

arahan kepada pengusaha kantin yang selaras dengan peruntukan perjanjian ini.

5. Sewa Kantin

5.1 Dalam tempoh perjanjian ini berkuat kuasa , Pengusaha Kantin hendaklah membayar kepada kerajaan sewa kantin berjumlah Ringgit ………………………………………………………….(RM…………..) setiap bulan kecuali bulan Disember ( kemudian dari ini disebut “ Sewa Kantin”).

Page 23: Tender Kantin Baru

5.2 Pengusaha Kantin hendaklah membayar Sewa Kantin kepada Kerajaan , melalui Guru Besar / Pengetua Sekolah, pada minggu pertama tiap – tiap bulan kalender.

5.3 Sewa kantin pada bulan Disember dikecualikan.

6 Deposit Sewa Kantin

6.1 Pengusaha Kantin hendaklah menyerahkan wang deposit berjumlah Ringgit ………………………………………………………………………………………………..(RM …………………………..), yang bersamaan dengan sebulan Sewa Kantin, tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada Tarikh Kuatkuasa Perjanjian kepada Guru Besar / Pengetua sekolah.

6.2 Wang deposit ini akan dikembalikan oleh Sekolah kepada Pengusaha Kantin, tanpa faedah, tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tarikh tamat perjanjian, tertakluk kepada apa – apa potongan oleh Kerajaan sebagaimana yang di benarkan di bawah perjanjian ini.

6.3 Wang deposit tidak akan dikembalikan jika pengusaha kantin menarik diri sebelum tarikh tamat perjanjian.

7 Bayaran Penggunaan Elektrik dan Air dan Deposit

7.1 Pengusaha Kantin Bertanggungjawab ke atas penggunaan elektrik dan air di Kantin Sekolah sepanjang tempoh kuatkuasa Perjanjian dan bayaran bagi penggunaan elektrik dan air itu hendaklah dibayar terus oleh Pengusaha Kantin kepada pihak berkuatkuasa yang berkenaan.

7.2 Sebagai sekuriti bagi pelaksanaan tanggungjawab ini, Pengusaha Kantin hendaklah menyerahkan wang berjumlah Ringgit ………………………………………………………………….. (RM…………………) sebagai deposit bayaran elektrik dan air tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tarikh kuat kuasa perjanjian kepada Guru Besar / Pengetua sekolah.

7.3 Wang deposit ini akan dikembalikan oleh sekolah kepada pengusaha kantin, tanpa faedah, tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tamat perjanjian, tertakluk kepada

Page 24: Tender Kantin Baru

apa-apa potongan oleh Kerajaan jika terdapat apa-apa bayaran elektrik dan air yang tertunggak.

8 Penyediaan dan Penjualan Makanan dan Minuman

8.1 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan penjualan makanan dan minuman yang disediakan adalah menepati spesifikasi yang ditetapkan sebagaimana dalam LAMPIRAN D dan Pengusaha Kantin juga hendaklah memastikan agar makanan dan minuman tersebut dijual pada harga sebagaimana yang ditetapkan dalam LAMPIRAN D.

8.2 Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi garis paduan dan arahan yang terkandung dalam Garis Panduan Kantin Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa.

8.3 Makanan yang dihidangkan hendaklah halal dan tidak berlawanan dengan kehendak – kehendak agama Islam dan disediakan mengikut peraturan – peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah.

8.4 Barang – barang dapur, alat- alat memasak, pinggan mangkuk dan tempat – tempat menyimpan bahan makanan dan pekakas memasak hendaklah semuanya digunakan bagi tujuan memasak makanan yang halal sahaja.

8.5 Barang – barang yang tidak halal, sama ada mentah, bermasak atau diproses, adalah dilarang dibawa masuk ke dalam kantin.

8.6 Bahan makanan yang dibawa dari luar Sekolah hendaklah menggunakan alat perkakasnya sendiri dan tidak boleh menggunakan barang – barang atau alat perkakas kantin.

8.7 Pengusaha Kantin hendaklah menjaga kebersihan kantin dan persekitaranya pada setiap masa dan mematuhi peraturan – peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang diperuntukan dalam Garis Panduan Kantin Sekolah.

8.8 Pengusaha kantin hendaklah mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa berhubung dengan kebersihan kantin, penyediaan dan penjualan makanan dan minuman dan apa –apa perkara lain yang berkaitan.

9 Penjagaan Kantin

Page 25: Tender Kantin Baru

9.1 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan perabot dan peralatan yang dipasang atau disediakan oleh Sekolah untuk kegunaan kantin sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan yang baik.

9.2 Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk membaiki apa –apa kerosakan kepada perabot dan peralatan Kantin atau membayar ganti rugi kepada sekolah bagi apa – apa kerosakan yang tidak boleh dibaiki apabila diminta berbuat demikian dan sebelum tarikh tamat perjanjian. Kerajaaan berhak untuk mengambil mana –mana bahagian daripada deposit sewa kantin yang dirujuk di Fasal 5 jika pengusaha kantin gagal membayar ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan.

10. Hak Kerajaan Mendapatkan Khidmat Pihak Ketiga

10.1 Sekiranya Pengusaha Kantin gagal mematuhi obligasi di klausa 8.1 yang dibaca bersama

LAMPIRAN D. (berhubung spesifikasi makanan dan minuman dan LAMPIRAN D (berhubung spesifekasi harga), maka Kerajaan hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan budi bicara mutlak untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada mana-mana pihak ketiga tanpa perlu memaklumkan kepada Pengusaha Kantin.

10.2 Apabila Kerajaan memilih untuk mendapatkan khidmat pihak ketiga maka, semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan bagi maksud mendapatkan khidmat pihak ketiga tersebut hendaklah menjadi suatu tuntutan hutang terhadap Pengusaha Kantin dan Kerajaan mempunyai opsyen berikut:

(a) Membuat potong secara terus di bawah klausa 6.2 daripada deposit yang dibayar oleh Pengusaha Kantin di bawah klausa 6.1;

(b) Menggunakan hak untuk membuat potongan daripada penerimaan bayaran sewa bulanan kantin yang diterima oleh Kerajaan dan Pengusaha Kantin mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan baki tunggakan sewa bulanan tersebut setelah potongan dibuat.

11. Waktu Perkhidmatan

Pengusaha Kantin hendaklah memastikan kantin dibuka pada setiap hari persekolahan dan pada hari – hari yang ditetapkan oleh Sekolah dari pagi hingga……………. petang/malam.

12. Pekerja Pengusaha Kantin

12.1 Pengusaha Kantin bertanggungjawab ke atas setiap pekerja dan kakitangannya yang mengurus dan mengendalikan kantin dan hendaklah

memastikan mereka disahkan oleh pegawai perubatan sebagai sihat dan tidak

Page 26: Tender Kantin Baru

berpenyakit dan tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah yang menyebabkan mereka tidak sesuai bekerja di sekolah.

12.2 Kerajaan melalui Guru Besar / Pengetua, berhak mengarahkan Pengusaha Kantin, dan apabila diarahkan sedemikian, Pengusaha Kantin hendaklah menukarkan mana – mana pekerja atau kakitangannya yang, berdasarkan pemerhatian pihak Sekolah, didapati melanggar mana – mana peraturan dan arahan berhubung dengan pengurusan dan pengendalian kantin sebagaimana yang ditetapkan oleh Penjanjian ini, atau didapati mempunyai masalah kesihatan yang berat atau berkelakuan tidak sopan atau tidak bermoral atau menggangu murid – murid dan kakitangan Sekolah.

13 Tanggung Rugi

Pengusaha Kantin bersetuju dengan kerajaan bahawa –

(a) Pengusaha Kantin akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengusaha Kantin dan, melepaskan kerajaan sepenuhnya sebagaimana yang dibenarkan oleh undang – undang, dari apa – apa tuntutan dan tanggungan daripada apa kemalangan, kerugian, kerosakan, kehilangan atau kematian yang terbit daripada Pengusaha Kantin oleh Pengusaha Kantin di bawah Perjanjian ini dan Kerajaan , kerugian , kerosakan , kehilangan atau kematian itu;

(b) Pengusaha Kantin hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada apa –apa tuntutan , prosiding, kerugian , kerosakan, kehilangan , ganti rugi dan kos yang ditunggung, atau mungkin menjadi tanggungan Kerajaan berikut atau terbit dari –

(i.) Kecuaian dalam penggunaan atau salah guna atau, penyelewengan oleh pengusaha kantin atau wakil, pekerja dan ejennya;dan

(ii.) Apa – apa kehilangan , kerosakan atau kerugian harta atau kecederaan berikutan dari pelaksanaan Perjanjian ini.

14 Penyerahhakkan atau Sewaan

Pengusaha Kantin tidak boleh, melainkan dengan persetujuan bertulis Kerajaan

terlebih dahulu, menyerahhakkan Perjanjian ini atau menyewakan kantin atau mana – mana bahagian Kantin kepada mana – mana pihak ketiga.

15 Pemeriksaan oleh Kerajaan

Page 27: Tender Kantin Baru

Guru Besar / Pengetua , Pegawai Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah , Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya dan mana – mana jabatan kerajaan hendaklah dibenarkan untuk memasukki mana – mana bahagian Kantin pada bila – bila masa yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan Kantin menurut bidang kuasa masing - masing.

16 Struktur kantin

16.1 Pengusaha Kantin dilarang mengubah atau meminda struktur kantin, melainkan bagi memasang atau meletakkan perabot dan lain – lain peralatan yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah, dan Pengusaha Kantin hendaklah bertangungjawab sepenuhnya ke atas pemasangan itu dan menanggung semua pembelanjaan yang berkaitan.

16.2 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan struktur asal kantin tidak rosak atau menjadi rosak berikutan dari pemasangan perobat atau peralatan itu. Jika berlaku sebarang kerosakan, Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan berkenaan atau membayar rugi kepada pihak Sekolah.

17 Penyelesaian Pertikaian

17.1 Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjanjian ini antara kedua – dua pihak hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri daripada-

(a) Pengarah Pelajaran Negeri sebagai pengerusi.

(b) Seorang wakil Kerajaan yang dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri dari kalangan pegawai – pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah; dan

(c) Seorang wakil yang dilantik oleh Pengusaha Kantin.

17.2 Jawatkuasa Penyelesaian Pertikaian boleh menentukan prosedurnya sendiri dan Pengerusi hendaklah menentukan tarikh dan tempat untuk menyelesailkan pertikaian itu.

18 Penamatan perjanjian

18.1 Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan mengemukakan notis bertulis tiga puluh (30) hari tentang niatnya untuk menamatkan Perjanjian jika –

(a) Pengusaha Kantin melanggar mana – mana syarat Perjanjian ; atau

Page 28: Tender Kantin Baru

(b) Perkhidmatan kantin yang diberikan tidak memuaskan.

18.2 Jika Pengusaha Kantin gagal untuk meremedi pelanggaran syarat – syarat perjanjian yang berkaitan atau meningkatan perkhidmatan kantin ke suatu taraf yang memuaskan, maka Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian dengan mengemukakan notis penamatan secara bertulis yang berkuatkuasa pada tarikh notis itu.

18.3 Kerajaan berhak menuntut apa – apa ganti rugi daripada Pengusaha Kantin berikutan dari penamatan Perjanjian ini.

18.4 (a) Walau apapun peruntukan di dalam Perjanjian ini, kerajaan boleh menamatkan perjanjian ini dengan serta merta dengan memberikan notis tanpa memberi sebarang alasan kepada pihak Pengusaha kantin sekiranya Kerajaan berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah patut.

(b) Sekiranya Kerajaan menamatkan Perjanjian di bawah klausa ini, kluasa 18.3 akan terpakai dan pihak Pengusaha Kantin berhak untuk menuntut apa – apa bayaran yang kena dibayar dan terhutang pada masa penamatan tersebut daripada kerajaan.

19 Peruntukan Am.

19.1 Apa –apa notis, kelulusan ,permohanan atau lain – lain komukasi yang perlu diberikan kepada suatu pihak oleh pihak yang satu lagi hendaklah secara bertulis, dalam bahasa melayu dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan di alamat berikut, sama ada secara serahan tangan, pos biasa atau pos berdaftar.

bagi pihak kerajaan :

(nama Sekolah dan alamat sekolah)

u.p Guru Besar/Pengetua Sekolah

Bagi pihak pengusaha kantin:

(nama dan alamat berdaftar Pengusaha Kantin)

19.2 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut , dan dikawal oleh , undang – undang Malaysia dan kedua –dua pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

Page 29: Tender Kantin Baru

19.3 Pengusaha Kantin hendaklah menanggung apa – apa kos duit setem yang perlu dibayar berikutan dari Perjanjian ini.

19.4 Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi undang – undang Malaysia yang terpakai kepadanya dan apa –apa arahan atau peraturan yang dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa yang dibuat di bawah undang – undang bertulis.

20. Pindaan

Salah satu pihak boleh secara bertulis meminta supaya suatu pindaan, tambahan atau perubahan pada keseluruhan atau sebahagian daripada Perjanjian ini dibuat bila-bila masa dengan persetujuan kedua-dua pihak melalui suatu Perjanjian Tambahan. Apa-apa pindahan, tambahan atau perubahan yang dipersetujui oleh pihak-pihak hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini dan mula berkuat kuasa pada suatu tarikh sebagaimana ditentukan oleh pihak-pihak. Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan hendaklah dibuat tanpa menjejaskan hak dan obligasi yang berbangkit daripada atau berdasarkan Perjanjian ini sebelum atau sehingga tarikh pindaan, tambahan atau perubahan itu.

21. Bahasa

Semua notis dan komunikasi berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah menggunakan Bahasa Melayu.

22. Pengganti

Perjanjian ini mengikut kedua-dua kepada Perjanjian ini dan juga pengganti mana-mana pihak tersebut.

PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua – dua pihak yang diberi kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing – masing pada tarikh yang mula – mula disebut di atas.

Ditandatangan oleh:…………………………………… Ditandatangan oleh: ………………………………………….

Nama: ……………………………………………………. Nama:………………………………………………………………

Page 30: Tender Kantin Baru

No. KP:……………………………………………………… No. KP :……………………………………………………………

Jawatan :………………………………………………….. Jawatan :………………………………………………………….

Tarikh : …………………………………………………… Tarikh: …………………………………………………………….

Bagi pihak Kerajaan Malaysia Bagi pihak:…………….(nama syarikat)……………………

Dihadapan :……………………………………………… Dihadapan :………………………………………………………

Tandatangan dan Cop Tandatangan dan Cop