tenis

7
PENGENALAN Tenis adalah sejenis permainan raket yang dimainkan oleh semua peringkat umurm, lelaki dan wanita. Ia dimainkan oleh dua orang pemain secara perseorangan atau empat orang. Dimainkan di atas gelanggang yang dibahagi dua oleh jaring sama seperti badminton cuma jaring direndahkan dan mempunyai gelanggang yang besar . Tenis kini merupakan salah satu sukan yang digemari ramai orang. Rafael Nadal, Roger Federer, Andy Roddick, adik beradik Williams ialah antara mereka yang dikenali di seluruh dunia kerana kehebatan bermain sukan yang berasal dari Perancis ini. Gelanggang tenis juga dapat dilihat di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, pelajar- pelajar juga semakin tertarik untuk mempelajari sukan ini malahan kelab-kelab, pejabat-pejabat, para pekerja serta persatuan-persatuan kini melibatkan sukan tenis dalam senarai sukan yang ditawarkan kepada ahli. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sukan ini kian diminati dan dan jelas menghiburkan ramai orang di serata dunia. Sukan tenis ini menjadi terkenal kerana dapat dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira faktor usia, jantina dan bangsa. Selain itu, sukan ini dapat membawa

description

sukan permainan tenis

Transcript of tenis

Page 1: tenis

PENGENALAN

Tenis adalah sejenis permainan raket yang dimainkan oleh semua peringkat

umurm, lelaki dan wanita. Ia dimainkan oleh dua orang pemain secara perseorangan atau

empat orang. Dimainkan di atas gelanggang yang dibahagi dua oleh jaring sama seperti

badminton cuma jaring direndahkan dan mempunyai gelanggang yang besar . Tenis kini

merupakan salah satu sukan yang digemari ramai orang. Rafael Nadal, Roger Federer, Andy

Roddick, adik beradik Williams ialah antara mereka yang dikenali di seluruh dunia kerana

kehebatan bermain sukan yang berasal dari Perancis ini. Gelanggang tenis juga dapat dilihat

di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar juga semakin tertarik untuk

mempelajari sukan ini malahan kelab-kelab, pejabat-pejabat, para pekerja serta persatuan-

persatuan kini melibatkan sukan tenis dalam senarai sukan yang ditawarkan kepada ahli. Hal

ini jelas menunjukkan bahawa sukan ini kian diminati dan dan jelas menghiburkan ramai

orang di serata dunia.

Sukan tenis ini menjadi terkenal kerana dapat dimainkan oleh pelbagai lapisan

masyarakat, tanpa mengira faktor usia, jantina dan bangsa. Selain itu, sukan ini dapat

membawa keseronokkan kepada kedua-dua pihak pemain dan lawan. Kenyataan yang

menunjukkan pelbagai jenis kejohanan tenis profesional seperti Piala Davis, Grand Slam,

Terbuka Australia, Terbuka US, Wimbledon dan Roland Garros.

Sukan tenis merupakan salah satu olahraga yang telah lama bertapak di dalam dunia

ini iaitu sekitar tahun 1500 sebelum Masihi lagi. Di mana-mana di seluruh dunia kini dapat

dilihat peminat-peminat sukan ini bermain. Mereka bermain sama ada di gelanggang-

gelanggang awam, kelab desa mahupun di gelanggang tenis persendirian. pemain secara

beregu.

Page 2: tenis

Sukan ini sebenarnya tidak memerlukan peralatan yang banyak. Cukuplah sekadar

jika memiliki raket tenis, beberapa biji bola tenis, kasut yang sesuai serta pakaian yang

longgar dan selesa semasa bergerak sewaktu bermain di gelanggang tenis. Permukaan

gelanggang pula hendaklah rata samada gelanggang yang berumput atau diperbuat daripada

kayu, simen atau parguay. Ukuran gelanggang tenis lazimnya 23.77 meter atau 78 kaki

panjang dan 8.23 meter atau 27 kaki lebar untuk perseorangan dan 10.98 untuk keseluruhan

gelanggang. Garisan di gelanggang tenis pula hendaklah dengan ditanda dengan terang dan

jelas. Lazimnya, ditandai dengan garisan putih.

Page 3: tenis

KELEBIHAN

Fizikal :

Sukan tenis direka untuk membantu seseorang belajar bagaimana untuk swing raket yang dan memukul bola kecil, kuning ke atas bersih pendek. Bagaimana seseorang swing raket dan kedudukan badan seseorang tersebut adalah penting bagi kejayaan dalam permainan. Satu kelebihan kepada sukan tenis fizikal adalah seseorang boleh menguatkan otot badan dan mengurangkan lemak dengan senaman yang konsisten.

Apabila seseorang mengambil sukan tenis, dia akan dipaksa untuk bekerja. Seseorang tidak boleh memukul bola tanpa mengalihkan tangan dia dan kaki. Pergerakan tangan dan kaki seseorang yang berterusan akan membuktikan cara terbaik untuk mengurangkan dan lemak lengan dan kaki anda. Selepas beberapa kali bermain sukan tenis, seseorang yang mungkin agak sakit kerana otot-otot telah mendapat mengadaptasi dengan pergerakan baru yang telah dibuat. Seseorang juga mungkin terkejut bahawa dia boleh “rasa” senaman di dalam kawasan yang lebih daripada yang anda jangkakan.

Salah satu cara untuk mendapatkan senaman yang terbaik adalah untuk memanaskan badan dengan baik sebelum dan selepas bersukan. Makan dengan betul boleh memberikan seseorang tenaga yang secukupnya semasa senaman. Mengabaikan untuk makan dengan betul akan memberi kesan negatif kepada badan seseorang semasa sedang cuba untuk belajar dan bermain. Sebelum pergi kepada pelajaran, seseorang harus makan sesuatu yang pemakanan yang padat dan mudah dihadam. Buah-buahan dan roti bakar gandum adalah pilihan yang baik bagi mengalas badan sebelum senaman. Selepas selesai dengan senaman ini, cuba untuk mengambil sesetengah protein tanpa lemak seperti ayam atau ikan. Protein akan membantu pembaikan sel dan otot yang membina, tetapi ia tidak akan menambah banyak lemak pada badan.

Semasa bermain sukan tenis, ia adalah sangat penting untuk meminum secukupnya. Seseorang perlu minum banyak air sebelum memulakan permainan dan terus minum air semasa bermain. Jika kehilangan banyak air melalui peluh, seseorang mungkin mahu untuk mengambil minuman masak dan bergaram untuk menggantikan air yang berkurang dalam semasa bersenam. Minuman ini baki garam di dalam badan anda dan membantu untuk mengelakkan dehidrasi.

Belajar bermain sukan ini akan membantu seseorang menjadi sihat dan mendapatkan dalam bentuk jika konsisten melakukan sukan ini. Seseorang tidak boleh mengharapkan lemak anda mengurangkan atau kesihatan diperbaiki jika makan tidak teratur atau tidak konsisten. Jika seseorang ingin meningkatkan tahap kesihatan, dia akan perlu membuat kecergasan fizikal keutamaan dan enggan abaikan ia.

Page 4: tenis

Sosial :

Terdapat beberapa kebaikan yang diperolehi daripada sukan tenis ini iaitu seseorang dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Seseorang dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama ketika melakukan sukan ini. Kebiasaannya, ketika bermain di gelanggang, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Selain itu, bersukan tenis juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Seterusnya, sukan ini dapat mengurangkan tekanan pada emosi kerana merehat minda dan melupakan masalah tersebut untuk seketika.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama negara.Sekiranya seseorang berbakat dalam bidang sukan itu, dia akan dapat menyertai kejohanan pada peringkat daerah, negeri mahupun negara. Apabila seseorang berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka seseorang itu akan menjadi terkenal dan mungkin mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Page 5: tenis

PENUTUP

Permainan tenis mempunyai banyak teknik dan strategi yang diperlukan untuk menguasai permainan. Kesungguhan, minat dan komitmen banyak diperlukan oleh pemain baru untuk menguasai teknik yang telah diceritakan di atas. Maka, latihan dan drills yang sepatutnya perlu dilakukan bagi memperbaiki permainan supaya menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Pembacaan semata- mata tanpa praktikal adalah sia-sia.

Permainan tenis ini juga sangat sesuai kepada semua lapisan masyarakat sama ada lelaki atau perempuan, muda atau tua, kaya atau miskin. Permainan ini mempunyai potensi yang besar dan merupakan permainan yang mempunyai statusnya tersendiri seperti kejohanan tenis profesional seperti Piala Davis, Grand Slam, Terbuka Australia,Terbuka US, Wimbledon dan Roland Garros. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.

Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersial yang menawarkan hadiah yang tinggi nilainya.