Tentang Malaysia Merdeka

15

description

kemerdekaan

Transcript of Tentang Malaysia Merdeka

Page 1: Tentang Malaysia Merdeka

Pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang juga bertepatan dengan 5 kelopak melambangkan 5 rukun negara dan juga melambangkan bunga perpaduan.

Page 2: Tentang Malaysia Merdeka

Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Maksud lambang dan warna;- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.

- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.- Warna merah pada jalur melambangkan

Page 3: Tentang Malaysia Merdeka

kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Page 4: Tentang Malaysia Merdeka

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur.Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Page 5: Tentang Malaysia Merdeka
Page 6: Tentang Malaysia Merdeka
Page 7: Tentang Malaysia Merdeka
Page 8: Tentang Malaysia Merdeka
Page 9: Tentang Malaysia Merdeka
Page 10: Tentang Malaysia Merdeka

Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan

13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan

Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang

bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama

rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakanNegeri-

negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu

(Johor, Kedah, Perlis, Kelantandan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan

Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan

pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah

negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.

Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian

tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang;

merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning

warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri

Page 11: Tentang Malaysia Merdeka

Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu

Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan

Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.

Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga

Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai

penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu

digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu

Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri

dan tulisan Jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi

Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Page 12: Tentang Malaysia Merdeka

LAGU KEBANGSAAN

Negaraku

Tanah tumpahnya darah ku

Rakyat hidup bersatu dan maju

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta

Page 13: Tentang Malaysia Merdeka

Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu negeri Perak. ‘Negaraku’ menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air. Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’. Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.