Tentang Seorang Aku

download Tentang Seorang Aku

If you can't read please download the document

description

koleksi cerpen, puisi dan luahan hati.

Transcript of Tentang Seorang Aku

Tentangseorangaku

Ammad Izzat

edisi poket

Aku punya setiap ciriuntuk dibenci.Aku manusia,begitu juga kamuingat,pegang janji kitatiada yang sempurna.

Naskah ini untuk jiwa matang sahaja.

ditulis oleh Ammad Izzat

pembuka kata kata oleh Yunalis Zarai dan,

jutaan terima kasih kepada;

rakan yang menyokong, hati mulia anda yang membeli,dan setiap sen yang diberi.

gambar oleh :Koleksi peribadi,Ros Hafizi,Rizie Zamberi [flickr.com/photos/riziaqsrandomawesome/]

all copyright reserved

Biarkan(oleh Yunalis Zarai)

Biarkan.Biarkan

Kata kata orang yang tak pernah terfikirTak berpeluang untuk mengenali apa yang ada di luar sana.Tak berpeluang untuk mengenali manusia yang lain budaya lain agama.Manusia yang sama agama lain warna kulitnya.Lain bahasanya.Tetapi yang pasti semua manusia ciptaan-Nya.Biarkan saja mereka menghina tanpa usul periksa.Yang gemar menggunakan agama untuk menajamkan egoYang mendahagakan kejatuhan.Yang angkuhYang membanggakan status alimDengan cara menjatuhkan mereka yang masih tercari cari.

Biarkan.Sementara mereka yang mengakui sudah jumpasibuk mencari kesalahan orang lain

BiarkanKerana kau dan aku akan terus mencariDengan tenangDengan hati yang lapangInshallah.

Jawabkan aku tiga persoalan kalbu:

Dimana aku sebelum ke duniaBagaimana aku di duniaKe mana aku selepas dunia.

Memandang langit kosong berisi Rembulan yang setia buat aku berfikir:

Kita ni kecil, kan?

Tuhan & AkuTentang aku dengan Tuhan,adalah antara aku dengan tuhanku,kau boleh tuduh aku penipukau boleh kata aku palsu

Tapi Tuhan lebih tahu.

Jangan hukum aku

Sebelum aku benar-benar matisebelum aku benar-benar dipanggil Ilahisebelum aku benar-benar menyepiBeri, bagi,Beri ruang untuk aku mencari.Untuk aku terus menggaliuntuk aku menggenggam viktori

Sebelum aku benar-benar matisebelum aku benar-benar kaku tak bernadisebelum aku benar-benar terlaliJangan, JanganJangan matikan peluang menantijangan tidakkan keampunan IlahiJangan putuskan peluang menginsafi

Jangan hukum aku sebelum aku matiSebelum aku benar-benar dineraca Ilahi.

Mati.

Ingatkan aku tentang mati,tentang tercabutnya nyawa dari jasad-dihunus pedang ditumpahkan garamperlahanmenyakitkantentang bagaimana dulu aku lari-lariketika diajak mendekati Ilahi.

Ingatkan aku perihal mati,ingatkan aku akan bengisnya nunkar nakir.Ingatkan aku siksa menanti.

Pegang, lihat pada mata aku.Ketika aku lupa Dia-menepuk dada mendongak kelangitIngatkan aku mati itu pasti.Ingatkan aku tentang janji Ilahi-

Tahan aku ketika aku lari,luruskan aku ketika aku tak pasti,sabarkan aku ketika aku membencikembalikan aku kejalan Ilahi

Tariklah aku menuju hakiki,bimbing.Tunjukan aku mana yang suciBiasakan aku menghadap Ya Rabbi.

Ingatkan aku tentang matiakan apa yang aku hadapiapa yang aku tinggalkan nantiapa yang aku bawa sendiri--amal dan iman berapa kati.

Ingat,ingatkan aku siksanya matiagar aku mencermin diriterpasuk iman melapisi hatitertetap kiblatdipegang syahadah menjadi kunci.moga ampun diperkenan Ilahi

Ingatkan aku mati yang pasti.

Akan kutinggalkan kini,enam bulan jerih menyulam kenangan,perjuangan bersama teman teman,sebuah ikatan baru persahabatan.

Hiruk pikuk petak ceria milik semua,menjadi medan gelak ketawa,menjadi tapak pertemuan bersama,kini - tiada lagi untuk diulangi.

Berpecah berselerak selepas ini,mungkin indah jika masih mengingatiah, indahnya.enam bulan yang menggamit memori

enam bulan yang pantas sekali,terasa bagai jutaan dimensi.

Gotta miss you, Tesl!

Tinggal kenangan, written on plane to New York.

Sayap Menuju Ilahi.

Yang mana yang lebih aku utamakan?Menyayangi atau disayangi.Aduh, peritnya menyayangi tanpa dibalassakit lagi mencuba menyayangi tanpa ikhlasLalu bagaimana aku hendak kejarkan Tuhankalau aku hanya dipandang sekilasMampukah aku menyayangi Tuhansedangkan aku masih malas-malas

Burung itu terbang, diciptakan dari sayap kiri dan kananmana mungkin bisa melayang jika sebelah dipatahkanbegitulah aku,begitulah dalam berlari mengejar IlahiSempurnakah sayap ini nanti?Limpahkanlah sayangmu Ya Rabbi,Kurniakan syafaatmu Ya Rabbi

biar aku rasa didampingibiar aku rasa dimilikibiar aku dipeluk belaian kasih abadiBiar aku terbang dalam dakapan kemesraan abadi

Kurniakan aku sayap-sayang untuk aku menghadap Ilahi.

Prolektar biasa,

walaupun jiwa mu terbina dari besi,dan setiap urat darahmu terapit api,tapi pasti ada,walau secebis mana,satu raksa dalam jiwamu,

walaupun hakikat kau darah si tuah,takkan terluka dek panah bergajah,pasti ada,walau sedikit mana,durjana memaksa jatuh tubuhmu

berilah,bagilah setitis kata,cukuplah,temani aku yang luka seorang.

Kadang kadang aku seperti mahu Tuhan tarik balik nikmat yang dibagi pada aku-Bersuara,Berfikir,Memegang pena,Bergembira,

Kerana apabila terlalu diberi,aku terlalu berlebih-lebihanterlalu takburbongkak menghadap TuhanKerana apabila terlau disuap-suapkanHati aku terlalu halimunanterlalu telus tanpa tapisanTanpa sedar perasaan yang aku calarkan.

Biar perlahan-lahan aku kehilangan,agar aku mula rindu untuk bercumbu-cumbuanMaka aku akan berlawan-Berperang dengan Tuhan supaya jangan dipisahkanSupaya aku lebih berbuat kawanBiar aku pula meminta dipulangkan

Supaya aku lebih menghargai pemberian Tuhan

Aku adalah patung menggagah diri; yang takkan menitiskan air mata walaupun dikilas kepala,yang ditojol-tojolkanyang dikilaskandibogelkanyang tidak pernah diberi pilihanberdirinya aku untuk terus menyuntum senyumuntuk buktikan, aku tidak perlu menangis untuk menyatakan sedih

Fakyu

Bilamana engkau sebarkan tentang bagaimanabersalahnya kamitentang mengapa kami layak sisihkankemudian engkau lapiskan dengan senyumankata kau, kita kawan.Kemudian engkau terus hiris nipis hati hati kamikau pecah pecahkan kamikau bolah balikkan kami.

Seringkali kali engkau tunding jariterpanah buat kamikemudian diam buat kami ternantiterasa hati menyendiriterhukum kami sebelum mati.

dan setiap kali kau bidaskan kata perlikau lupa kau mencermin dirikononnya kami kami terlalu bodoh untuk fahamiyang kau memunafikkan kamitanpa kau sedarkau conteng arang di muka sendiri

ini kata hati kamiFakyu!

Jika diberi pilihanTiada siapa mahu matikerana terlalu takutkan sakitnya mati.

Tiada siapa tahu bila aku akan mati,Tiada siapa tahu bagaimana aku akan mati,Tetapi semua tahu, aku pasti mati.

Sebolehnya aku ingin mati sebagai adiwiragagah perkasa,mengubah dunia,berkeras-kerasan menentang durjana,yang mana dikagumi kewujudannyaGah.

Ah. Usahlah,mengubah diripun aku tak tahu.

Apabila dibisikan kekuasaan Tuhanbagaimana Dia ciptakan kehidupan;aku sedar aku terlalu jauh bersimpangaaku selalu lupa tentang kehebatan Tuhan

Paling sedih, aku sedar aku lupa pada Tuhan. Cukup untuk buat aku penasaran.

Jangan cerita pada aku bagaimana Tuhan mengetepikan kamuKerana dia sentiasa ada disitu.Cerita pada aku, berapa kerap Dia di bibirmu, di hatimu,Kerana kita hanya teringat pabila perlu.

Telunjuk peluru

Simpan jari itu,jangan ditunjukkan pada aku.Kita ini semuanya penipu,kita semuanya pembohong,Bilang, pernah kita sentiasa jujur?

Sebelum ditundingkan kesalahan pada bahu aku,cermin dahulu berapa kali engkau lakukan apa yang aku lakukanberapa kali engkau ulangi demi kepentingan

ah, jangan cakap kau dipersimpangankerana kita diberi pilihan.Jika kau punya sebab untuk menipu,dan tidak dinilai-nilaijangan tidakkan sebab aku,semata-mata hendak menunjuk pandai

Telunjuk kau atau akubagai debutidak laku

Tuhan tahu mana yang palsu.

Sesatkan aku supaya aku mencari jalan pulangSakitkan aku supaya aku terus berjuangUjilah aku agar aku terus bersabar

Allah!Allah!

Jangan manjakan aku dengan kesenanganjangan Kau beri kesempatan bersenangBiar aku disogok bodohbaru merangkak mencari ilmudari terlalu yakin aku sudah bertaut denganmu

Allah,Jatuhkan aku ketika aku terlalu hebatJatuhkan,parahkanpahatkan pada ingatkan, Kau yang aku patut agungkan

Dunia ini terlalu mudah untuk mempersalahkan,cuba yang yang ditertawakan,

huh, manis, bukan?

Aku tidak pernah rasa bagus untuk sesiapa,sebab itu aku terlalu takut untuk berharapuntuk aku pegang erat-erat kerana aku yakin aku akan ditinggalkan,dikecewakandiremuk-redamkan

Cukuplah aku mampu bernyawa seorangaku terlalu rapuh untuk disandarkanaku terlalu kecil untuk memuaskan

ah.

Aku perlu sayang diri aku sebab tiada siapamampu puaskan aku,sepertimana aku.

Kenapa, aku sanggup belakangkan ayah bonda,yang memercik peluh membesarkan.dan utamakan rakan sementara,yang ada untuk sama-sama ketawa.

Aku lupa, aku terlalu mahukan perhatian,dan pujian.

Mana mungkin keluarga nak berpalsuan, mereka mahukan aku terbaik dimata Tuhan.

Siapa engkau untuk teriakkan kebenaran?Kehebatan Tuhan yang mana lagi hendak kau persoalkan?

Untuk cerita lanjut atau versi cetakan penuh 60 muka, kirimkan aku pesanan,

[email protected]