Tenunan Pua

download Tenunan Pua

of 3

Transcript of Tenunan Pua

  • 7/31/2019 Tenunan Pua

    1/3

    Pengenalan

    Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yangdihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas

    yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kainpua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-

    merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar,rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm.

    Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17sebelum Masihi.

    Motif

    Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah

    paling rumit untuk ditenun. Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengankepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan:

    MotifEngkeramba

    Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif

    ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya,

    motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anakdan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah

    kerana mereka benar-benar mahir menenun caraikat.

    Motif Fauna

    Antara motif binatang yang digunakan ialah motif

    buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa

    dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyaikuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman

    padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban

    bahawa buaya adalah jelmaan saudara-maramereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan

    sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawapetanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan

    kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenundengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan

    kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan seringmenjelma sebagai katak. Selampai dikatakan

    mempunyai kuasa menciptakan bayi. Motif harimaudan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk

    abstrak. Dipercayai orang yang memakai kaintenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula

    dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang Pua Kumbu

  • 7/31/2019 Tenunan Pua

    2/3

    mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkankekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa

    berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipansering dimasukkan dalam tenunan pua.

    MotifFlora

    Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-

    tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, bijibenih dan bungha-bungaan.

    Antara motif yang ditenun ialah motif bulan, awan larat, alat tenun dan sebagainya.

    Motif-motif Pua Kumbu

    ProsesPembuatan

    Ada dua cara yang digunakan untuk menenun pua iaitu cara ikat dan cara pilih.

    Cara Ikat

    Benang kapas yang hendak ditenun diikat padabeberapa bahagian tertentu dengan tujuan

    menahan pewarna daripada meresapi bahagiantersebut. Ikatan dibuat mengikut corak yang

    dikehendaki. Kadang-kadang proses ini dibuatbeberapa kali mengikut corak dan warna yang

    diingini. Warna-warna yang sering digunakanadalah warna coklat tua, biru kehitaman danmerah bata. Apabila proses mewarna sudah

    selesai, benang-benang kapas itu dikeringkan.

    Setelah benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya dibuka. Kemudian benang itu ditenun. Tenunan dibuat secara kosong tanpa

    menyelang-nyelikan benang bagi menghasilkan corak. Corak yang terhasil adalah daripadakesan proses ikat.

    Kek Iban

  • 7/31/2019 Tenunan Pua

    3/3

    Cara Pilih

    Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke dalam pewarna. Kemudian benang-benang

    itu dikeringkan. Setelah kering, benang-benang itu ditenun. Selain daripada benang-benang

    yang diwarnakan, benang kosong iaitu benang yang tidak bewarna juga digunakan.Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk

    membentuk corak kain. Dengan itu terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul.

    Menenun Pua Kumbu

    Penggunaan

    Pada zaman dahulu pua kumbu digunakan di dalam adat istana sahaja. Sekarang

    penggunaannya telah diubahsuai menjadi hiasan dinding, alas meja, beg dan lain-lainrekacorak yang baru.