Teori Dan Bukti Kedatangan Islam Dari Semenanjung Tanah Arab

5
Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab 1) Teori kedatangan Islam ini dikemukakan oleh : John Crawford, seorang sejarawan Barat. Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang intelektual tempatan telah menyokong pendapat John Crawford. 2) Menurut John Crawford, Islam berkembang ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan. 3) Antara bukti yang menyokong teori ini ialah: a. Catatan China o Mengikut catatan China, orang Arab dan Parsi mempunyai perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300M. b. Perdagangan dengan China o Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China sejak awal lagi. c. Persinggahan di pelabuhan di Selat Melaka o Dalam perjalanan ke China, pedagang Arab ini akan singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara terutamanya pelabuhan di Selat Melaka. o Pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China kerana kedudukan Selat Melaka yang strategic, iaitu di tengah- tengah laluan perdagangan antara China dengan India. d. Pembinaan perkampungan di Asia Tenggara o Semasa menunggu perubahan angin monsun, kebanyakan pedagang Arab menetap selama beberapa bulan di pelabuhan tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke China. o Kesannya, sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ. o Perkampungan ini telah berkembang menjadi : Tapak untuk berdagang. Pusat mengumpul barang jualan. Tempat membeli barang-barang mewah seperti tekstil dan tembikar dari China dan India. e. Perkahwinan dengan wanita tempatan o Terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan. f. Penyebaran agama Islam o Para pedagang ini juga berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama Islam semasa menunggu perubahan tiupan angin monsun. g. Nilai murni yang ada pada para pedagang

description

dokumen

Transcript of Teori Dan Bukti Kedatangan Islam Dari Semenanjung Tanah Arab

Page 1: Teori Dan Bukti Kedatangan Islam Dari Semenanjung Tanah Arab

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab

1)   Teori kedatangan Islam ini dikemukakan oleh :         John Crawford, seorang sejarawan Barat.         Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang intelektual tempatan telah menyokong pendapat John Crawford.

2)   Menurut John Crawford, Islam berkembang ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

3)   Antara bukti yang menyokong teori ini ialah:a.   Catatan Chinao   Mengikut catatan China, orang Arab dan Parsi mempunyai perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300M.

b.   Perdagangan dengan Chinao   Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China sejak awal lagi.

c.   Persinggahan di pelabuhan di Selat Melakao   Dalam perjalanan ke China, pedagang Arab ini akan singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara terutamanya pelabuhan di Selat Melaka.o   Pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China kerana kedudukan Selat Melaka yang strategic, iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan antara China dengan India.

d.   Pembinaan perkampungan di Asia Tenggarao   Semasa menunggu perubahan angin monsun, kebanyakan pedagang Arab menetap selama beberapa bulan di pelabuhan tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke China.o   Kesannya, sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ.o   Perkampungan ini telah berkembang menjadi :  Tapak untuk berdagang.  Pusat mengumpul barang jualan.  Tempat membeli barang-barang mewah seperti tekstil dan tembikar dari China dan India.

e.   Perkahwinan dengan wanita tempatano   Terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan.

f.    Penyebaran agama Islamo   Para pedagang ini juga berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama Islam semasa menunggu perubahan tiupan angin monsun.

g.   Nilai murni yang ada pada para pedagango   Kehidupan dan nilai Islam yang murni yang ada pada pedagang dan pendakwah Islam menarik minat orang tempatan untuk mendalami agama Islam seperti jujur menjalankan perniagaan, mementingkan kebersihan, dan berhemah tinggi.

h.   Perkampungan Ta Shiho   Mengikut catatan China juga terdapat sebuah perkampingan Islam yang dikenali sebagai Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650M.o   Kesimpulan bahawa Islam telah datang ke Asia Tenggara pada abad ketujuh Masihi dibuat berdasarkan tarikh tersebut.

Page 2: Teori Dan Bukti Kedatangan Islam Dari Semenanjung Tanah Arab

4)   Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas bersetuju bahawa Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab berdasarkan bukti berikut:

a.   Persamaan dalam bahan penulisano   Bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dan Semenanjung Tanah Arab didapati mempunyai persamaan.o   Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.

b.   Pengaruh budaya Arabo   Pengaruh Arab banyak mempengaruhi adat resam dan kebudayaan orang Melayu.o   Ini jelas dilihat melalui:  Amalan menghormati tetamu.  Muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.

c.   Pengislaman raja Asia Tenggarao   Kebanyakan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.  Hikayat Raja-raja Pasai  Menceritakan bahawa sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail ialah mubaligh yang pertama tiba di Pasai. Beliau mengislamkan Raja Pasai bernama Merah Silu yang mengambil gelaran Malik al-Salih.  Phaya Tu Nakpa, iaitu Raja Pattani diisalamkan oleh Syeikh Said.  Hikayat Merong Mahawangsa  Menceritakan bahawa Syeikh Abdullah al-Yamani mengislamkan Raja Kedah.  Hikayat Acheh  Mengisahkan bahawa Syed Abdullah Arif berusaha mengembangkan Islam di Sumatera.  Sejarah Kepulauan Sulu  Menceritakan usaha menyebarkan Islam oleh mubaligh Islam berketurunan Arab seperti Sharif Hassan dan Awlia di Kepulauan Sulu.

5)   Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab:

a.   Pada peringkat awal, kebanyakan daripada kitab agama bahasa Melayu menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab, seperti Hikayat Nabi Bercukur.b.   Dalam kitab yang dikarang oleh ulama’ tempatan, pada peringkat awal tidak terdapat unsur India atau China.c.   Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran, dan hadis memperlihatkan pengaruh bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab.

Berikan bukti yang menyokong teori kedatangan Islam berikut :

Kedatangan Islam melalui China

         Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.         Peniaga Cina Islam sudah lama berdagang ke Asia Tenggara          Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.         Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang,          Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina China.         Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda.         Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid

menunjukkan ciri-ciri seni bina China.         Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan tangga

Page 3: Teori Dan Bukti Kedatangan Islam Dari Semenanjung Tanah Arab

[2 markah]

Kedatangan Islam melalui India

         Hubungan perdagangan India – Asia Tenggara sudah lama terjalin         Gujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara.         Batu marmar nisan makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India.         Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat Asia Tenggara.

[2 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah penglibatan pedagang dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara.

         Menggunakan perniagaan untuk menyebarkan agama Islam.         Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.          Menunjukkan sifat mahmudah.         Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.         Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.         Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam.         Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.         Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.         Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah          Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.

Terangkan bukti yang menyokong teori di atas (teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara).

Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab

         Pedagang Arab mempunyai pusat perdagangan di Canton dan Amoy.Pedagang Arab yang berulang-alik ke China singgah di Asia Tenggara menunggu perubahan angin monsun.

Mereka menetap dan membina perkampungan.Ada yang berkahwin dengan wanita tempatan.Di samping berdagang mereka menyebarkan Islam.

         Wujudnya perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara.Ini membuktikan Islam bertapak di Asia Tenggara sejak abad ke-7 M.

         Terdapat persamaan kesusasteraan Asia Tenggara dengan kesusasteraan Arab.Penggunaan perkataan Arab dalam penulisan.Tulisan jawi telah diambil daripada tulisan Arab.

         Terdapat persamaan adat resam dan kebudayaan orang Melayu dengan budaya Arab.Contohnya amalan menghormati tetamu Contohnya tarian dabus dan zapin berasal dari Arab

         Karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Tanah Arab.Contohnya Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan pengislaman Sultan Malik al-Salih dilakukan oleh Sheikh Ismail dari Tanah Arab.Raja Pattani Phya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said dari Arab.

         Penulisan kitab Melayu menggunakan gaya bahasa Arab.Pada peringkat awal ditulis dalam bahasa Arab.Kitab yang ditulis menggunakan rujukan dari Tanah Arab.

[9 markah]

Teori Kedatangan islam Melalui India

         Hubungan perdagangan India dengan Asia Tenggara sudah lama terjalinGujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara.Pedagang India Islam dari Gujerat dan Pantai Koromandel menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.

         Makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India.Batu marmar nisan dan makam tersebut menyamai marmar di India

         Masyarakat Asia Tenggara ada hubungan dengan India dari segi budaya.Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat di Asia Tenggara.

[9 markah]

Page 4: Teori Dan Bukti Kedatangan Islam Dari Semenanjung Tanah Arab

Teori Kedatangan Islam Melalui China

         Canton menjadi pusat perniagaan pedagang Arab.         Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.         Apabila peniaga Cina Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia

Tenggara.         Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah secara beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.         Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang, dan penemuan batu nisan di Pekan, Pahang

menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke kawasan pantai Timur Tanah Melayu menerusi Laut China Selatan.         Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina di China.         Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda.         Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid

menunjukkan ciri-ciri seni bina China.         Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan tangga adalah pengaruh daripada China.