Teori Dan Konsep

18
PENGENALAN REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Transcript of Teori Dan Konsep

Pengenalan Reformasi Pentadbiran di Malaysia

Pengenalan Reformasi Pentadbiran di MalaysiaPengenalan Pentadbiran bermula dengan adanya proses pembangunan.Kejayaan pembangunan di Malaysia selama ini amat bergantung kepada pentadbiran.Sektor awam adalah antara sektor pentadbiran yang memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara.SambIstilah pembangunan amat popular dan seringkali dikaitkan dengan negara membangun.Ia tidak merujuk kepada aspek ekonomi sahaja tetapi juga sektor yang mengurus ekonomi seperti jentera pentadbiran yang melaksanakan urusan-urusan ekonomi untuk menghasilkan pembangunan.SambMentadbir semua sumber sedia ada dengan bijaksana menjadi faktor penentu kepada kejayaan pembangunan negara.Oleh itu pengembelingan ekonomi dan pentadbiran tidak dapat dielakkan dalam memacu pembangunan mencapai kejayaan.

Pentadbiran PembangunanPentadbiran pembangunan merujuk keupayaan pentadbiran kerajaan mengurus negara melalui dasar dan polisi yang dirancang.Ia juga berkait dengan strategi kerajaan untuk menyelesaikan masalah2 yang wujud semasa berlangsungnya prose pembangunan tersebut.Dan kejayaan pembangunan amat bergantung kepada kualiti, kecekapan dan keberkesanan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.SambPentadbiran pembangunan bukan sahaja usaha kerajaan mengurus pembangunan tetapi juga mengurus pentadbiran itu sendiri.Untuk mengurus pentadbiran, pembaharuan perlu dilakukan agar ia selari dengan tuntutan semasa. Strategi2 tertentu amat perlu agar reformasi yang dilakukaan mampu untuk menjadikan sistem pentadbiran berjalan dengan lebih berkesan dan mampu melonjak pembangunan negara. Masalah dalam Reformasi PentadbiranReformasi pentadbiran bermula sekitar 1950an apabila negara membangun mula menerima teknologi.Tujuan teknologi adalah untuk memajukan serta memperkukuhkan keupayaan pentadbiran negara agar dapat mencapai pembangunan ekonomi dan sosial dengan lebih cepat.SambSekitar 1960an, kajian telah dimulakan untuk menilai keberkesanan pentadbiran pembangunan.Perubahan yang cepat memerlukan pembaharuan yang cepat juga dalam memastikan pembangunan negara tidak terkebelakang.Untuk memastikan kejayaan ini, reformasi pentadbiran yang drastik juga perlu dilakukan agar tidak menghalang kemajuan dalam sektor lain.SambHal ini berlaku apabila timbul kesedaran bahawa sistem yang ditinggalkan oleh penjajah sangat tidak sesuai untuk diaplikasi dan ia memerlukan modifikasi yang terancang agar dapat diimplimentasi selari dengan budaya bangsa. Justeru pentadbiran negara membangun telah distruktur semula sesuai dengan persekitaran negara tersebut.Ia bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang baik seperti yang dikehendaki oleh masyarakat.Pegawai2 awam juga telah menuntut agar diberi kuasa autonomi supaya senang menjalankan gerak kerja mereka.SambDi Malaysia, reformasi pentadbiran bermula apabila kerajaan menjemput 2 pakar U.S. untuk memeriksan seterusnya mencadangkan pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan.Hasilnya lahir Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) yang menjadi pedoman bagi program2 pembaikan pentadbiran.Beberapa badan berkanun ditubuhkan untuk mengendalikan projek mega kerajaan di bawah Rancangan Lima Tahun.SambUnit Pelaksanaan, Penyelarasan dan Penilaian (ICEU) diwujudkan untuk menilai dan mengawal tatacara pengurusan program.Unit ini kemudiannya bertukar nama menjadi Unit Pelaksanaan, Penyelarasan dan Pentadbiran Pembangunan (ICDAU).Namun pembaharuan yang dilakukan tidak mencukupi untuk memacu perkhidmatan awam dalam memenuhi permintaan yang bertambah di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)Samb1970 proses pembangunan negara berlaku dengan cepat.Rusuhan kaum (Mei 1969) dan kebangkitan semangat nasionalis menjadikan perancangan pembangunan dibuat dengan lebih komprehensif dan strategik.Perubahan teknologi juga menyumbang kepada perubahan sehingga menjadikan pentadbiran awam terpaksa bertidak pantas untuk memenuhi keperluan dan permintaan sedia ada. SambHasilnya lahir DEB yang berusaha untuk mencapai perpaduan nasional melalui:Pembasmian kemiskinanPensrukturan semula masyarakatAktiviti2 kerajaan menjadi semakin banyak dan memberi kesan langsung terhadap perbelanjaan awam.Agak malang bila DAU & ICEU kurang berperanan sebagai agen pembaharuan yang berkesan dalam melaksanakan tanggungjawabnya.SambSehingga 1977 MAMPU (unit Perancangan Sumber Tenaga dan Permodenan Pentadbiran Malaysia) ditubuhkan .Dengan ini barulah fokus kepada kecekapan, keberkesanan dan akauntibiliti mula wujud.Dan cabaran terbesar pembaharuan pentadbiran awam bermula bila Dr. Mahathir Mohamad begitu mengambil berat tentang kegagalan projek kerajaan yang membantut perkembangan ekonomi negara.SambKemajuan pembangunan yang drastik diperolehi melalui kecekapan, ekonomi, produktiviti dan keberkesanan yang dilipatgandakan.Namun dalam masa yang sama akauntibiliti juga semakin dikehendaki.Soal sikap dan tingkah laku mula diberi perhatian bagi menikatkan kemahiran dan meninggikan kualiti dalam perkhidmatan.SambDengan itu, perkhidmatan awam secara tidak langsung telah memperkasa organisasi dengan menyesuaikan diri selari dengan perubahan dalam ekonomi, politik dan sosial. Ia mengekalkan peranan sebagai jentera kerajaan yang berwibawa dalam mencapai matlamat negara. Bermula 1980an, strategi pentadbiran awam telah berubah dengan berlakunya perubahan dalam pembangunan di Malaysia setelah Dr. Mahathir menjadi PM.Pandangan TeoriTeori Analisis Sistem (David Easton) menekankan 3 unsur utama dalam pentadbiran:InputFaktor penarik masa , teknollogi, permintaan awam, politik dll.TruputJentera pelaksana UPE, MAMPU, MARDI, RISDA, FELDA dll.OutputDasar & tindakan kerajaan peswastaan, punch card, fail meja dll.Penutup Pentadbiran awam merupakan jentera pelaksana dasar dan polisi yang dibuat oleh kerajaan.Ia memerlukan pembaharuan selari dengan perkembangan semasa agar sistem yang ditawarkan berupaya memenuhi kehendak dan keperluan persekitaran yang sentiasa berubah.