teori kaunseling MODUL 1-4

25
MODUL 2 DIMENSI PENGGUNAAN TEORI-TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI copyright © othmanmohamed 1997(Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed) DIMENSI PENGGUNAAN TEORI-TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI Perkaitan Subjek: Modul ini mendedahkan pelajar kepada bidang penggunaan teori kaunseling dan psikoterapi. Tumpuan adalah diberi kepada pembentukkan konsep dimensi teori kaunseling dan psikoterapi serta pentingnya penerapan teori dalam proses kaunseling. Sumber Pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam teori kaunseling dan psikoterapi 3. Bahan bacaan Tajuk Pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang pembentukkan dimensi teori kaunseling dan psikoterapi serta pembawaan naluri manusia: 1. Dimensi kaunseling

Transcript of teori kaunseling MODUL 1-4

Page 1: teori kaunseling MODUL 1-4

MODUL 2

DIMENSI PENGGUNAAN TEORI-TEORI KAUNSELING DANPSIKOTERAPI

copyright © othmanmohamed 1997(Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)

 

DIMENSI PENGGUNAAN TEORI-TEORI KAUNSELING DANPSIKOTERAPI

Perkaitan Subjek:

     Modul ini mendedahkan pelajar kepada bidang penggunaan teorikaunseling dan psikoterapi.  Tumpuan adalah diberi kepadapembentukkan konsep dimensi teori kaunseling dan psikoterapi sertapentingnya penerapan teori dalam proses kaunseling.

Sumber Pembelajaran:

      1.   Pandangan umum tentang kandungan modul      2.   Konsep penting dalam teori kaunseling dan psikoterapi      3.   Bahan bacaan

Tajuk Pembelajaran:

      Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umumtentang pembentukkan dimensi teori kaunseling dan psikoterapi sertapembawaan naluri manusia:

      1.  Dimensi kaunseling      2.  Pembawaan naluri manusia 

Kaedah Belajar:

      Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian:

Page 2: teori kaunseling MODUL 1-4

      1.  Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul            ini, sila jawab soalan uji sendiri.

      2.  Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila            buat tugasan ini:  "Huraikan fahaman pembawaan manusia            anda dengan mengambil kira untuk diterap dan dijadikan            satu pendekatan teori kaunseling".  Penulisan tidak               melebihi 3 muka surat mengikut cara penulisan American            Psikologikal Association.  Hantarkan tugasan kepada               pensyarah dalam masa dua minggu.  

Teks Wajib:         Othman Mohamed.(2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan            dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti            Putra Malaysia.                         

         Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa. (1995).             Asas Pendidikan IV.  Kuala Lumpur: Longman.

 

TOPIK 1: DIMENSI KAUNSELING

     Matlamat penting dalam proses kaunseling adalah untukmemastikan supaya klien dapat menikmati hasil kaunseling dan bolehberfungsi dengan sihat.  Pada biasanya, klien akan memerlukanpertolongan supaya ianya dapat mengubah perlakuan yang melibatkanemosi serta tingkah lakunya.  Manusia telah dianugerahkan dengandaya pemikiran, emosi dan kebolehan membuat pemilihan tentangsesuatu tindakan.  Hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkahlaku adalah rapat dan wujud kesalingan pengaruh antara satu denganlain.  Oleh yang demikian, interaksi antara lapangan pemikiran,emosi dan tingkah laku adalah mustahak dalam perlaksanaan proseskaunseling. Seorang kaunselor mesti memahami gerak balas yangberunsurkan persepsi terhadap interaksi yang berkait rapat antarapemikiran, emosi dan tingkahlaku.

     Dalam proses kaunseling, elemen pemikiran, emosi dantingkahlaku ini boleh difahami dengan lebih terperinci melaluikonsep afektif, pemikiran kognitif, wawasan diri dan tingkahlaku. Kefahaman tentang empat konsep elemen ini mesti dihayati olehkaunselor sebelum proses kaunseling itu dapat diteruskan denganberkesan.

     Konsep wawasan diri melibatkan proses kefahaman dalamantentang diri sendiri.  Proses kefahaman seperti ini memerlukanpenghayatan menyeluruh melibatkan akalnya.  Seorang insan itu sudahtentunya dikehendaki mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan diriseiringan dengan emosinya.  Konsep ini boleh digambarkan sepertiberikut:

Page 3: teori kaunseling MODUL 1-4

         A __________________________________B    Wawasan diri                          Tindakan

Pendekatan kaunseling yang lebih mirip ke arah mementingkan wawasandiri akan terletak di bahagian A.  Manakala pendekatan kaunselingyang lebih mirip ke arah tindakan akan terletak di bahagian B.

     Pentingnya pemikiran dan emosi dalam diri seorang insan tidakdapat dinafikan.  Dalam proses kaunseling, pendekatan yangmelibatkan elemen pemikiran dan juga afektif memainkan peranandalam penentuan matlamat kaunseling.  Elemen afektif dalam proseskaunseling lebih mendekati perhubungan antara insan, manakalaproses pemikiran secara kognitif memberi kepentingan tentang dayaakal fikiran yang sedia wujud dalam diri manusia.  Elemen konsepini boleh digambarkan secara haluan yang memisah ke arah duapenghujung dalam satu kontinum seperti berikut:

         X __________________________________Y      Afektif                             Kognitif 

     Dua kontinum ini boleh dicantumkan bagi menentukan bentukstruktur dua dimensi tentang penempatan pendekatan kaunselingmengikut mirip serta pengaruh matlamat kaunseling yang dipeloporioleh tokoh tertentu.

                       X Afektif                                                    |                          |                          |            A-------------------------- B         Wawasan          |         Tindakan                          |                          |                          |                                                  Y  Kognitif

© othmanmohamed 1997(Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)

Kata Kunci:

      Afektif      Kognitif      Wawasan      Tindakan

 

Page 4: teori kaunseling MODUL 1-4

TOPIK 2:  PEMBAWAAN NALURI MANUSIA

      Pada asasnya pendekatan afektif mempunyai kefahaman bahawasetiap manusia itu sedar dan berupaya membuat pemilihan-pemilihanyang tersendiri.  Manusia itu difahamkan sebagai satu insan yangpenuh dengan kebaikan diri serta mempunyai keupayaan perkembangandiri yang tidak terhad.  Ini memberi makna bahawa tersemat didalamdiri seorang manusia itu adanya suatu potensi yang boleh dikupassecara mendalam sekiranya ia dapat sedar akan potensi perkembangandiri yang terpendam itu.

     Kefahaman pendekatan afektif mempunyai pegangan bahawa seorangmanusia itu adalah unik, tersendiri dalam kebolehannya membentukpotensi yang terpendam dalam dirinya.  Setiap manusia itu jugakemungkinan bergerak ke arah hala yang boleh memperkukuhkandirinya.  Keunikan diri seorang manusia itu memberi erti bahawaianya mempunyai pandangan hidup yang berbeza.  Perbezaan ini adalahketara dari aspek perlakuan yang diresapi oleh seorang manusiaserta pandangan yang berbeza terhadap liku-liku hidup. Kesejahteraan juga dapat difahamkan dari segi aspek jangkaanseorang manusia terhadap dirinya yang sebenar dengan harapan yangdikehendakinya. 

     Perbezaan antara penerimaan terhadap konsep swadiri yangsebenar dengan harapan konsep swadiri yang ideal menyatakan suatupola hidup dalam memahami konsep kesejahteraan mengikut pendekatankaunseling Pemusatan Perorangan.  Pendekatan kaunseling PemusatanPerorangan, antara satu pendekatan kaunseling yang berhaluanafektif menumpukan proses kaunseling kearah merapatkan jurangdiantara konsep swadiri yang sebenar dengan harapan konsep swadiriyang ideal bagi seorang klien.  Pergerakkan perkembangan danpertumbuhan kesejahteraan seorang manusia itu sentiasa beragihdiantara perimbangan diantara dua pola ini dan pengalaman-pengalaman yang pernah dialami.  Kaunseling Pemusatan Peroranganmempunyai kefahaman bahawa tidak adanya keseimbangan antara ketiga-tiga pola pengalaman, konsep swadiri yang sebenar dan konsepswadiri yang ideal inilah yang menghasilkan masalah dalam diriklien.  Oleh itu, proses kaunseling untuk menghasilkan kongruendiantara dua pola hidup ini adalah tujuan muktamat kaunselingPemusatan Perorangan disamping mewujudkan kesedaran penyesuaianpengalaman dan wawasan swadiri klien.  Kongruen diantara pola-polaini juga dimaksudkan sebagai kesejahteraan yang boleh mengatasikerumitan yang dialami oleh seorang klien.

     Penyatuan pola-pola hidup juga mendapat tumpuan analisismengikut kaunseling Gestalt.  Bagaimanapun pendekatan afektifsecara Kaunseling Gestalt tidak membahagi-bahagikan pembawaan hidupmanusia itu kepada ciri-ciri yang spesifik.  Ianya lebihmementingkan konsep penyatuan dalam diri seorang manusia.  Analisisdari segi aspek penyatuan keseluruhan adalah lebih penting dandapat memberi pentafsiran yang lebih jitu bagi memahami pembawaanhidup seorang manusia itu.  Pendekatan kaunseling ini beranggapanbahawa seorang manusia yang bertingkahlaku secara mengasing-

Page 5: teori kaunseling MODUL 1-4

asingkan pembawaan hidupnya menghadapi segala macam kerumitan. Pendekatan Gestalt menumpukan penyatuan seorang manusia itu darisegala aspek mental, emosi dan tingkahlakunya.  Ketiga-tiga ciriini tidak boleh dipisahakn.  Kesejahteraan itu wujud hasil daripadatanggungjawab seseorang individu yang bertindak secara bersatudalam segala perlakuan, pemikiran dan kenyataan emosinya. 

     Pendekatan kaunseling yang menumpukan tingkahlaku pula kurangmementingkan aspek-aspek emosi yang bergolak dalam diri seseorangindividu.  Malahan, mengikut kefahaman pendekatan ini, individu itubergerak ke arah suatu tingkahlaku hasil daripada pembelajaran. Aspek-aspek pembelajaran yang menumpukan konsep-konsep rangsangandan gerak balas merupakan gejala yang penting untuk menghasilkantingkahlaku bagi seorang individu.  Disamping interaksi rangsangan-gerak balas ini, ada ketikanya terdapat keadaan dimana alampersekitaran sebagai pengaruh luaran juga membantu pengubahanpembelajaran itu.  

     Kefahaman konsep pembawaan manusia adalah berbeza di antarapendekatan-pendekatan kaunseling dari lapangan afektif, tingkahlakuatau pun pemikiran.  Mengikut kefahaman pendekatan pemikiran,segala kerumitan yang dialami oleh seorang individu adalah hasildaripada kesilapan pemikiran.  Kesilapan pemikiran ini berpuncadaripada pemikiran yang tidak rasional.  Pendekatan yangmenggunakan proses kaunseling bermirip pemikiran berpendapat bahawaseorang individu itu mempunyai segala potensi untuk berfikir secararasional dan tidak rasional.  Pemikiran yang tidak rasional adalahhasil daripada pengalaman pembelajaran.

     Segala pemikiran seorang individu tertakluk kepada pengalaman-pengalaman serta persepsinya tentang baik buruk terhadap sesuatuperkara yang sedang dihadapi.  Keputusan untuk bertindak yangdibuat oleh seorang individu adalah berpunca daripada hasilpemikiran.  Oleh yang demikian, segala pemikiran rasional dan tidakrasional yang wujud dalam sistem kepercayaan seorang individu sudah

melalui ciri-ciri pengukukuhan dari aspek pembelajaran.  Sudahtentunya bagi seorang yang sentiasa menggunakan pemikiran yangtidak rasional, sistem membuat keputusannya juga pada hakikatnyaberpunca daripada sistem pemikiran yang tidak berkesan.  Proseskaunseling mengikut pendekatan Pemikiran berhasrat untuk memberikesedaran kepada klien supaya meneliti sistem kepercayaan tentangmembuat keputusan berdasarkan kepada sistem pemikiran yang baru. Di samping ini, sistem pemikiran yang baru ini membolehkan seorangindividu itu mencari segala alternatif yang rasional untukmembolehkan beliau membuat suatu keputusan yang berkesan.

     Penerimaan suatu konsep pembawaan manusia adalah sangat rapatdengan sistem dan pendekatan kaunseling yang akan digunakan olihseorang kaunselor.  Walau apa pun sistem yang digunakan, suatu ciriyang agak serupa memang wujud dalam kesemua pendekatan yang telahdibincangkan.  Proses kaunseling tidak dapat lari daripada unsuruntuk memberi kesedaran wawasan perubahan, baik dari segi emosi,tingkahlaku, atau pun pemikiran.  Konsep keupayaan seorang manusiaitu berdaya untuk membuat pengubahan pada dirinya adalah suatukonsep yang induk dalam profession kaunseling.  Seorang kaunseloritu bukan sahaja memberi harapan kepada kliennya, malahan beliau

Page 6: teori kaunseling MODUL 1-4

memulakan suatu rentasan jalan untuk klien memilih serta membuatkeputusan tentang alternatif-alternatif yang baru.

© othmanmohamed 1997(Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)

Kata Kunci:

     Kesejahteraan     Swadiri yang ideal     Kaunseling Pemusatan Perorangan     Kaunseling Gestalt     Kongruen     rangsangan-gerak balas

SOALAN UJI SENDIRI:

     1.Huraikan penempatan dan kedudukan pendekatan kaunseling           mengikut struktur dua dimensi.

Pindah ke laman forum dan maklum balas

 

MODUL 3TEORI PSIKOANALISIS:  BAHAGIAN 1

copyright © othmanmohamed 1997 (Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)

TEORI PSIKOANALISISPerkaitan Subjek:

     Modul ini mendedahkan pelajar kepada bidang teoriPsikoanalisis.  Tumpuan adalah diberi kepada latarbelakang teori; falsafah dan konsep penting teoripsikoanalisis; rasional perubahan personaliti; proseskaunseling psikoanalisis.

Sumber Pembelajaran:

      1.   Pandangan umum tentang kandungan modul      2.   Konsep penting dalam teori psikoanalisis           3.   Bahan bacaan

Tajuk Pembelajaran:

      Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami

Page 7: teori kaunseling MODUL 1-4

secara umum tentang asas teori psikoanalisis: 

1.  Pengenalan kepada teori psikoanalisis2.  Ciri utama dalam teori psikoanalisis3.  Perkembangan personaliti4.  Tahap kesedaran5.  Personaliti manusia mengikut psikoanalisis6.  Kaunseling mengikut pendekatan psikoanalisis7.  Matlamat kaunseling

Kaedah Belajar:

      Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota.        Penilaian:

      1.  Setelah anda membaca sebahagian atau                    keseluruhan modul ini, sila jawab soalan cuba           sendiri.

Teks Wajib:         Othman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi dan            Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:            Penerbit Universiti Putra Malaysia.         Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa.             (1995). Asas Pendidikan IV.  Kuala Lumpur:              Longman.

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA TEORI PSIKOANALISIS

     Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yangdipelopori oleh Sigmund Freud.  Beliau berasal dariMoravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan namaSlovakia.  Beliau bermula sebagai seorang doktorperubatan dan sebagai penyelidik menumpukanpenyelidikannya kepada kecelaruan saraf.  Bidang initidak begitu maju dalam abad yang ke 18, dimana ramaisemasa itu yang menggunakan hipnosis sebagai satu kaedahbagi menyelesaikan penyakit mental.  Freud bagaimana pundipengaruhi oleh kerja-kerja kaedah yang dijalankan olehseorang doktor di Vienna, Austria yang bernama JosephBreur.  Breur telah menggunakan suatu teknik bagimengubati pesakit-pesakitnya, ia-itu menumpukan kepadaperbualan tentang simtom-simtom dan didapati berkesan. Pengaruh ini melibatkan Freud mendalami kajiannya secarapersendirian dan hingga diterbitkan bukunya yang pertama'The Interpretation of Dreams' (1900) dan seterusnyakajian tentang analysis swadiri.

     Psikoanalisis bolehlah diiktirafkan sebagai satukaedah bagi merawati seorang individu yang memintabantuan berkaitan dengan masalah emosinya.  Sekiranya

Page 8: teori kaunseling MODUL 1-4

kita mengikuti fahaman tradisi, psikoanalisis lebihdianggap sesuai merawati individu yang mana masalahpersonalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Kemungkinan agak kurang sesuai untuk membantu mengatasikesulitan yang dialami seharian.

© othmanmohamed 1997 

Kata Kunci:

       Sigmund Freud       psikoanalisis

TOPIK 2:  CIRI UTAMA DALAM TEORI PSIKOANALISIS

Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freudmempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yangsemulajadi (inborn drives).  Berdasarkan kepada pandanganini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia.  Fahaman ini berpendapat manusia tidakrasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yangmerosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidakdapat membawa arah kepada nasib haluannya.

     Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh nalurikehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakanbiologikal.  Desakan yang paling utama adalah desakanmendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelakiatau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asasnaluri dan desakan yang jahat ini.  Desakan-desakankejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalamandalam masyarakat.  Dalam ertikata yang luas termasuklahjuga kekeluargaan.  Dengan demikian, maka diadakan ciri-ciri sosialiasi.  Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku,maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang bolehmerosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkanbilazim.

© othmanmohamed 1997 

Kata Kunci:    

      pembawaan manusia      naluri kehaiwanan      nafsu swadiri

Page 9: teori kaunseling MODUL 1-4

TOPIK 3:  PERKEMBANGAN PERSONALITI     Tenaga psike.  Kefahaman tentang psikoanalisismemerlukan penilitian aspek tenaga psike yang meliputikonsep (1) Penentuan Psike dan (2) Tahap Bawah Sedar.

     Penentuan Psike.  Konsep ini bermaksud bahawa semuatingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebabyang tertentu.  Pada lazimnya berkait rapat antarahubungan sesama insan.  Dalam ertikata lain, adaperkaitan antara tahap sedar dengan tahap tidak sedar,antara pemikiran yang rasional dengan tindakan ataugerakkan emosi yang sertamerta.

     Fahaman tenaga psike di dalam individu bermaksuddesakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO.  Konseplibido in lebih menyerupakan suatu desakan seksualsebagai tenaga hidup atau EROS (tenaga kehidupan).  Dalampengertian yang lebih luas, libido merupakan desakantenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertunpuhanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuksegala aspek kepuasan swadiri.  Desakan yang kedua dalamtenaga psike adalah desakan aggresi atau THANATOS(kehendak mati).

     Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yangsemulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan.  Penentuanpsike ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awaltadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawaarah kepada nasib haluannya.  Naluri desakan biologikalitu lebih kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia.  Dalamkaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yangmustahak adalah bagi memberi fokus kepada konflik yangbelum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proseskaunseling, kaunselor perlu mengkaji latar belakang dansejarah pengalaman kliennya.

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

     Penentuan psike     libido     eros     thanatos

SOALAN UJI SENDIRI:

     1.  Hurai maksud tenaga dalam fahaman psikoanalisis.

Page 10: teori kaunseling MODUL 1-4

TOPIK 4:  TAHAP KESEDARAN

     Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis,selain dari Penentuan Psike.  Dalam pemikiran manusia,keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah darisegi keutamaan tahap kesedaran.  Psikoanalisis menyatakanbahawa ada tiga tahap kesedaran:

     (1)  SEDAR (Concious)     (2)  PRASEDAR (Preconcious)     (3)  BAWAH SEDAR (Unconcious)

     Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalamkerja-kerja kaunseling psikoanalisis.  Tahap sedartergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaanyang mana disedari oleh individu.  Rasa sepi, suka,menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya.

     Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yangberkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang bolehdipanggil secara swadiri supaya dapat dirasaikenyataannya dalam keadaan sedar.  Sungguh pun padaasalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakansebahagaian dari tahap sedar tadi.  Contoh, Pada masatertentu, kita akan rasa lapar--boleh dipanggil secaraswadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untukmakan.  Contoh yang lain, panas, sejuk dapat difikirkankekuatannya.  Tahap panas, sejuk mempunyai tahap tertentubagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.

     Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang palingpenting dalam proses psikoanalisis.  Peringkat bawahsedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkantingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yangsemulajadi seperti tenaga psike.

     Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaanyang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secaraswadiri.  Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawahsedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripadakaunselor.

     Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar inimelalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanyaberanggapan atau pun individu tidak dapat menerimanyasendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawamasyarakat juga tidak dapat menerimanya.

     Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkandalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul; mimpi;fantasi atau khayalan seseorang individu.  Kesemua inimerupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersiratdi dalam tahap bawah sedar individu.  Penekanan terhadaptahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnyadi antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang

Page 11: teori kaunseling MODUL 1-4

baru yang lebih menumpukan kepada tingkah laku semasayang dapat dicerap.

     Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunselingsecara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahapkesedaran kliennya.  Di sini kaunselor dikehendakimenarik perhatian klien dan memberi kesedaran kepadapemikiran bawah sedarnya yang telah disekat darikenyataan secara mekanisma bela diri REPRESSI.  Secararepressi, individu itu telah dapat menunjukkankenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai'tetapi kaunselor juga dikehendaki membantu kliennyabekerja keras bersama sama bagi cuba menyelesaikankonflik yang belum dapat dibereskan.

     Caranya: (1) Pendedahan              (2) Meneroka              (3) Pentafsiran

     Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar,kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepadakaedah penerokaan dan pendedahan.  Apa yang dimaksudkandi sini ialah kaunselor itu akan membantu kliennya denganmendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya.  Pada

biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalahini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnyamekanisma bela diri klien.  Klien akan sedaya upayamenghalang sebab masalahnya itu didedahkan.

     Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapatbersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraiankomunikasi yang dibuat oleh klien.  Pentafsiran merupakanelemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahamiapakah yang beliau sedang mengalami desebalik tahap bawahsedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkanpersepsinya terhadap acara semasa.  Apa yang telahdiperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedahpendekatan psikoanalisis.  Konsep yang kaitannya dengantahap kesedaran itu sangat rapat. 

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

    sedar    prasedar    bawahsedar

SOALAN UJI SENDIRI

     1.  Apakah yang dimaksudkan dengan bawahsedar?

Page 12: teori kaunseling MODUL 1-4

TOPIK 5:  PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS

    Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran inidan kesannya terhadap perkembangan personaliti,psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusiaitu kepada tiga struktur:

     (1) ID     (2) EGO     (3) SUPER EGO

     Id

     Id diandaikan semua gejala yang neutral dalampemikiran seorang individu.  Dalam pandanganpsikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasaianya dilahirkan.  Id dianggap sebagai satu elemenstruktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satuelemen yang sedia ada dalam diri manusia.  Id merupakansatu gejala bawah sedar.  Id merupakan satu tenaga yangprimitif.  Id tidak teratur, tidak rasional dan penuhdengan orientasi berkehendakkan kepuasan.  Id merupakansumber LIBIDO.  Tujuan utama id adalah bagi mendapatkankepuasan swadiri secara mendadak (immediategratification).  Itulah sebabnya id tidak mempunyaipenyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidakbermoral.  Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif,id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payahdipelajari.

     Ego.  Ego berbeza dengan id.  Ego tidak wujud semasakelahiran.  Sebaliknya, ego berkembang secaraberperingkat.  Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuhdengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikanfungsinya mengikut keadaan.  Perkembangan ego adalahmelalui hubungan secara sosial dan identifikasinya denganorang lain, objek di dalam alam sekelilingnya.  Sebagaialat memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, egomemainkan satu fungsi yang penting dalam strukturtingkahlaku dan personaliti individu.

     Identifikasi.  Sebagai satu konsep terapan yangdisedari, identifikasi memainkan peranan yang pentingsemasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepadaego.  Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindakterhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanyakonflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaankecemasaan.

     (1)  Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta

Page 13: teori kaunseling MODUL 1-4

kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkahlakupenyelesaian masalah berasaskan pengalaman dansosialisasi.

     (2)  Ego boleh menggunakan kaedah menentang,menolak, tipu-helah dengan memesongkan keadaan sebenaratau kebenaran.  Apabila kaedah ini bergerak danmengambilalih tingkahlaku, keadan ini ternyata sebagaimekanisma beladiri ego.  Antara mekanisma beladiri adalahpendaman, rosotan, sublimasi.

     SUPER EGO.  Super ego merupakan struktur yang ketigadalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis.  Super egolebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorangindividu.  Super ego merupakan akar tunjang dari aspekpeneguhan moral yang baik.  Moral yang dipelajari,dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun masyarakat. Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhansemasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnyadan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebatidengan hati nuraninya.

     Super ego mengawal ego dan id.  Super ego bertindakseakan-akan seperti ibu bapa seorang individu, salingmengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi,pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku. Disebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang Melayu,apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatisterlintas bagi memakai kasut.  Keadaan menanggalkan kasutsebelum memasuk ke dalam rumah kediaman juga menjadikelaziman adat orang Melayu.

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

     Id     Ego     Superego

SOALAN UJI SENDIRI

     1.  Bezakan antara id, ego dan superego.

     2.  Huraikan konsep penentuan psike dalam                   kaunseling psikoanalisis.     3.  Huraikan istilah bawah sedar dalam                      psikoanalisis.

Page 14: teori kaunseling MODUL 1-4

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

MODUL 4

TEORI PSIKOANALISIS:  BAHAGIAN 2 

copyright © othmanmohamed 1997 (Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)

TOPIK 6:  PERKEMBANGAN PERSONALITI

     Terdapat lima peringkat perkembangan personalitimengikut teori psikoanalisis.  Peringkat tersebut adalahseperti berikut:

     1.  Peringkat oral.  Kepuasan yang mula dirasai olehseorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi di mulut. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan.  Hampir semuaobjek dibawa ke mulut oleh seorang bayi.  Mengikutfahaman psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaanlekatan sebagai mekanisma bela diri semasa dewasa yangboleh membawa kepada trait yang passif, optimis dan inginmengetahui.

     2.  Peringkat anal.  Pada tahun kedua, kanak-kanakmula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsipembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semulajadi.  Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yangsesuai bagi melaksanakan kehendak pembuangan najisnya. Pelaksana psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yangdilalui akan mempengaruhi sasiahnya apabila meningkatdewasa.

     3.  Peringkat falik.  Mengikut pendapatpsikoanalisis, pada peringkat ini, kanak-kanak mulaberseronok dengan organ jantinanya.  Peringkat ini jugamerupakan permulaan berkembangnya kompleks oedipus dankompleks elektra.  Kompleks oedipus berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepadaibunya.  Kartasis penarikan ini juga berlaku terhadapkanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealiran dengankompleks elektra.  Rasa tidak puas terhadap sama ada ibu

Page 15: teori kaunseling MODUL 1-4

oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut sertamendapatkan perhatian kepada ibu atau bapanya.  Peringkatpaling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksualyang berkembang dalam diri seorang individu.

     4.  Peringkat pendaman.  Pada umur lima hingga duabelas tahun, kehendak seksual terpendam.  Maka bermulalahgejala penyekatan seksual dalam diri individu.  Walaubagaimanapun, peringkat ini juga penuh dengan suasanamenguatkan sifat serta ciri kelakian atau pun kewanitaan. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesamarakan sama ada dari jantina lelaki atau pun wanita.

     5.  Peringkat genital.  Sebaik sahaja kanak-kanakmenghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti denganstruktur ego yang mengambil alih semula perkembangandiri.  Pada masa ini, objek yang jitu dari segiperkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yangberfungsi.  Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkansecara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diriindividu.  Individu mula dengan peranan sosialisasi,perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikaninteraksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional.  Zaman kanak-kanak ditinggalkandan bermula dengan peringkat kedewasaan.

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

     Peringkat oral     Peringkat anal     Peringkat falik     Peringkat pendaman     Peringkat genital

Topik 7:  MEKANISME BELA DIRI

     Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukanego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu. Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yangtersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego. Seorang individu belajar hasil dari pengalamannya tentangsegala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagimemuaskan kehendaknya.  Apabila fungsi ego yang sedia adatidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling,seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakanmekanisme bela diri bagi menagani keadaan yang dihadapi.Antara mekanisme bela diri yang digunakan adalah sepertiberikut:

Page 16: teori kaunseling MODUL 1-4

     Pendaman.  Pendaman merupakan mekanisme bela diriyang asas dalam struktur personaliti seorang individu. Pendaman merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilanidea daripada tahap sedar.  Perkara ini berlaku apabilaada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidaksangup ditangani.  Kesannya mengakibatkan berlakukeresahan sekiranya timbul pada tahap sedar.  Ciripendaman yang berterusan akan memakan diri di sampingpengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri.

     Keresahan.  Keresahan merupakan perasaan ketakutandalaman.  Keresahan berasas dari ingatan serta pengalamanlampau yang pahit dan menyakitkan diri.  Biasanyakeresahan dikaitkan dengan penderaan.  Desakan ini seringdiingati dan akan menimbulkan desakan dalaman yangmenakutkan.

     Rosotan.  Satu proses dimana seorang individu dalamkeadaan yang tertekan akan mengguna gerak balas yangbiasa dilakukan pada peringkat awal perkembanganpersonalitinya.  Rosotan berlaku bagi mendapatkankepuasan yang sedia ada dalam tahap bawah sedarnya. 

Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru sahaja dapatseorang adik akan merosot tingkah lakunya, seperti tidakmembuang air dengan teratur tanpa mengingat latihan yangsudah dilalui.  Dalam keadaan ini, kanak-kanak tersebutrasa terancam dengan kedudukannya yang selamat dalamstruktur kekeluargaan.

     Pembentukan reaksi.  Proses ini merupakan satuperkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yangtelah dipendam.  Keadaan ini berasaskan kepada prinsipbertentangan polariti.  Contohnya, desakan melakukankegiatan `mengotorkan' bertentangan dengan desakankegiatan `bersih' yang ada dalam pendaman. 

     Unjuran.  Suatu keadaan dimana seorang individumelepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain. Keadaan ini berlaku apabila ego tidak lagi dapat memendambahan yang tidak digemarinya.  Contohnya, perasaan marahterhadap sesuatu kegiatan.

     Introjeksi.  Suatu keadaan dimana seorang individumenghimpun dalam dirinya semua sikap afektif dan bukanafektif berkaitan dengan objek atau orang luaran. Mekanisme ini penting sebagai asas kepada prosespengenalpastian dalam peranan superego.

     Pengenalpastian.  Pengenalpastian merupakan satuproses dimana seorang individu menggabungkan sikap oranglain ke dalam dirinya.  Dalam keadaan demikian, segalatenaga id dialirkan ke arah proses pembentukkan ego. Contohnya, seorang kanak-kanak rujuk tingkah laku denganmengenalpasti kepada ibu bapanya.  Dengan cara menyerapsegala ego ideal ibu bapa tersebut sebagai idealnya.  Di

Page 17: teori kaunseling MODUL 1-4

sini terbentuk tenaga superego bagi diri kanak-kanaktersebut.

     Pindahgantian.  Keadaan ini merupakan satu prosesmengalirkan tenaga psike dari sumber atau objek yangtidak dapat diakses kepada satu objek lain.  Keadaan inakan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaandalam diri.  Pada biasanya sikap serta perasaan yang asaltetap akan terserap, hanya emosi yang baru digantikan kearah objek yang lain.  Contohnya, kemarahan terhadapseorang diganti dengan satu kegiatan yang kasar tetapimembena seperti membelah kayu api atau mencangkul membuatbatas tanaman sayur.

     Sublimasi.  Satu bentuk pindahgantian yang berunsurseksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arahtindakan yang berbentuk sosial dan mernunafaat sertakreatif.  Contohnya, menyani, melukis, drama dan semuakegiatan kreatif dan kesenian.  Sekiranya pindahgantianberunsurkan desakan yang ganas maka sublimasi berbentukkegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukanberbentuk lasak.

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

     mekanisme bela diri     pendaman     keresahan     rosotan     pembentukan reaksi     unjuran     introjeksi     pengenalpastian     pindahgantian     sublimasi

TOPIK 8:  KAUNSELING MENGIKUT PENDEKATAN PSIKOANALISIS

     Rasional bagi perubahan.  Struktur personaliti yangdikemukakan oleh Freud sangat penting difahami bagiseorang kaunselor yang ingin melaksanakan rawatan sejajardengan pendekatan psikoanalisis.  Kefahaman tentangperanan id, ego dan superego dalam diri seorang insanakan dapat menentukan tahap kecelaruan yang sedangdialami oleh klien.  Kaunseling pendekatan Psikoanalisismenumpukan kepada analisis tentang perimbangan antara id,ego dan superego yang berlaku dalam diri seorang insan. Mengikut fahaman psikoanalisis, seorang individu ituberada dalam kecelaruan mental kerana tidak berlakunyaperimbangan id, ego dan superego dalam dirinya.

Page 18: teori kaunseling MODUL 1-4

     Proses kaunseling.  Proses kaunseling secarapendekatan psikoanalisis melibatkan interaksi antarakaunselor dengan kliennya.  Interaksi secara bersemukaadalah perlu dan digalakkan bagi menjaga kepentinganproses hormat menghormati antara kaunselor dengankliennya.  Proses kaunseling juga melibatkan perbualanyang ikhlas antara kaunselor dengan klien.

     Dalam pendekatan psikoanalisis, kaunselor akanmenerima kliennya secara ikhlas dan tanpa bersyarat. Penerimaan tanpa bersyarat atau keredhaan penerimaan inimemang penting dalam iklim kaunseling.  Walaupun dalamproses kaunseling psikoanalisis yang traditional, kliendigalakkan baring di atas kerusi kauch, praktis ini sudahkurang diamalkan.  Memadailah klien boleh duduk denganselesa di atas kerusi yang berdekatan dengan kaunselordalam interaksi kaunseling.

     Dalam proses kaunseling psikoanalisis, rintanganperbualan dan berinteraksi merupakan perkara pokok yangdiguna oleh kaunselor bagi mendapatkan maklumat tentangtahap bawah sedar klien.  Bagi kaunselor, kefahaman dankeupayaannya membuat analisis tentang struktur tahapbawah sedar klien merupakan punca permulaan bagi merawatklien tersebut.     Desakan id biasanya merupakan punca kegelisahan danpenyebab kecelaruan dalam perimbangan strukturpersonaliti klien.  Di samping itu, rintangan danmekanisme bela diri seorang individu juga akanmeningkatkan kerumitan yang dialami oleh klien. 

Sehubungan ini, desakan id dan rintangan yang berpuncadaripada mekanisme beladiri ego seorang klien bolehmempengaruhi pemikiran dan emosi klien.  

     Dalam proses psikoanalisis, kaunselorbertanggungjawab bagi membantu klien menimbulkan ke tahapkesedaran segala hal yang terpendam dalam tahap bawahsedar kliennya.  Proses pemangkin ini akan hanya dapatdijelmakan melalui teknik yang spesifik dalam kaunselingpsikoanalisis.  

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

     perimbangan struktur     interaksi kaunseling     mekanisme bela diri

TOPIK 9: MATLAMAT KAUNSELING

Page 19: teori kaunseling MODUL 1-4

     Matlamat kaunseling.  Setiap proses kaunselingmempunyai matlamatnya yang tersendiri.  Kaunselingpendekatan psikoanalisis tidak terkecuali dari kehendakini.  Berasaskan kepada tahap kesedaran, matlamat pentingdalam proses kaunseling psikoanalisis adalah bagimenjelmakan wawasan kepada akal pemikiran kliennya. Hasil ini akan hanya tercapai apabila timbulperseimbangan antara struktur personaliti yang merangkumiid, ego dengan superego.

     Wawasan psikologi yang dimaksudkan merangkumi segalakepekaan kefahaman tentang daya pemikiran dan kesedarandiri.  Dalam erti kata yang luas, wawasan mencakupikeupayaan seorang individu itu menyedari kederiaanpemikirannya serta afektif secara mendalam hinggaberupaya mewujudkan suatu pemilihan yang wajar untukkebahagian dirinya.     Proses perimbangan struktur personaliti ini wajardilakukan secara sengaja serta teratur oleh kaunselor. Perlaksanaan perimbangan ini boleh diuruskan melaluiteknik perkaitan bebas; pentafsiran dan analisispersepsi, terutamanya mekanisme bela diri; pentafsirandan analisis mimpi.

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

    wawasan psikologikal

TOPIK 10:  TEKNIK KAUNSELING

     Perkaitan bebas.  Perkaitan bebas sebagai satuteknik berkehendakkan agar klien meluahkan apa sahajayang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunanlogik perbualannya dengan kaunselor.  Teknik ini muladistrukturkan oleh Freud bagi tujuan mengingati semulapengalaman serta emosi yang lampau pernah dialami olehklien.  Kaunselor biasanya memberi satu sikap interaksiyang menggalakan supaya klien boleh bertindak secarabebas tentang perkara yang hendak diluahkan.  Disebalikasas teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diriindividu memang tersemat pendaman sebagai satu faktormekanisme bela diri.  Tujuan perkaitan bebas adalah bagimelepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama sehingadapat diluahkan.  Pendaman yang banyak tersimpan menjaditekanan desakan diri.  Sehingga pendaman tersebutdikeluarkan ke tahap sedar, kecondongan pendaman tersebuttidak boleh disesuaikan dengan alam realiti.

     Transferens.  Transferens diguna oleh kaunselor bagi

Page 20: teori kaunseling MODUL 1-4

memberi galakan kepada klien bahawa kaunselor sememangnyabersedia untuk memberi bantuan.  Konsep transferensmeletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawakaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau orang signifikanlain dalam pengalaman hidupnya yang lampau.  Dalam prosestransferens, seorang klien itu akan menghidupkan semulatanpa disedari segala tingkahlaku patogeniknya kepadakaunselor.  Keadaan ini sangat perlu difahami olehkaunselor bagi menangani proses analisis dan pentafsiranmekanesime bela diri klien.     Pentafsiran.  Dalam proses kaunseling psikoanalisis,pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psikologikalkepada diri klien.  Transferens sahaja tidak mencukupibagi mengerakkan klien ke arah kelegaan dan tingkahlakuyang baru.  Analisis dan pentafsiran tentang mekanismebela diri klien akan memudahkan klien memahami kerumitanyang sedang dihadapinya.  Tugas kaunselor adalah untukmenjelmakan satu kartasis atau kelegaan dalaman yangboleh dinikmati klien.  Pentafsiran dapat mengerakkansegala kefahaman superego yang lama kepada satu tahapkesedaran baru.  Pengalaman dan kefahaman baru iniselanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru danbergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuaidengan keadaan semasa sealiran dengan klien.

     Dalam proses kaunseling secara psikoanalis iniberbagai rintangan mungkin akan timbul diantara interaksikaunselor dengan klien.  Pentafsiran yang dikemukakanoleh kaunselor tidak semestinya diterima oleh klien. Hasil pentafsiran mungkin menimbulkan satu reaksikepincangan dan kaunselor wajar bersedia menerima hakikatbahawa tidak semua analisisnya mudah diperlakukan olehklien.  Apabila keadaan ini berlaku maka kaunselor wajarsedar bahawa klien mungkin berada dalam keadaantransferens dan menganggapnya sebagi orang signifikanyang pernah dialami dalam hidupnya yang lampau.  Adakalanya juga rintangan tidak semestinya berlaku hasildaripada proses transferens.  Ada kemungkinan juga

rintangan berlaku hasil dari satu penolakan sebenarpentafsiran yang diberi oleh kaunselor.  Tanda sepertiini memberi isyarat bahawa klien belum bersedia untukmenyesuaikan dirinya dengan keadaan yang sebenar.

     Kaunselor perlu faham bahawa dirinya jugaterpengaruh dengan keadaan pemindahan persepsi mindaterhadap kliennya.  Keadaan tanpa disedari inimengerakkan satu proses kaunter transferens.  Fokuskaunselor terhadap klien seolah-olah sudah terpisah kearah klien sebagi seorang yang biasa didekati dalampengalaman kaunselor masa lampau.  Kaunselor wajar dapatmengawal keadaan seperti ini dalam dirinya secara sedardan cepat kembali kepada alam kaunseling.      © othmanmohamed 1997

Page 21: teori kaunseling MODUL 1-4

Kata Kunci:

    perkaitan bebas    transferens    pentafsiran    kaunter transferens    rintangan     

SOALAN UJI SENDIRI

    Hurai dengan ringkas:

     1.  perkaitan bebas     2.  transferens     3.  kaunter transferens     4.  rintangan

Pindah ke laman forum dan maklum balas

 

KE LAMAN TEORI KAUNSELING

copyright © othmanmohamed 1997(Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)