Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

15

description

Terdapat 9 kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner. Kecerdasan itu ialah Kecerdasan verbal lingustik, logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialisme. Slide ini tertumpu kepada pendidikan iaitu sesuai untuk guru-guru aplikasikan dalam kelas... Diharap dpt membantu.. ^_^

Transcript of Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Page 1: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Page 2: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

MUNIRAH BT AB WAHABD20071029171

W.NORASYIKIN BT W.ROSLAND20071029586

MUNIRAH BT ABD RAHMAND20071029595

NUR MAIZATUL AKMA BT ABDUL MANAPD20071029596

NORIZAN BTE HASSAND20071029606

TERANGKAN PANDANGAN GARDNER MENGENAI TEORI KECERDASAN

PELBAGAI DAN BAGAIMANAKAHTEORI ITU DAPAT

MEMBANTU GURU DI DALAM PROSES P&P

DI BILIK DARJAH

Page 3: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Dipelopori oleh Profesor

Psikologi dari

Universiti Harvard -Howard Gardner.

Teori ini dikenali sebagai “Multiple-Intelligence”

(1983) atau “The Seven Intelligences”.

Namun pada 1997,

Howard Gardner menambah satu kecerdasan

iaitu kecerdasan naturalis.Pada 1999,

beliau menambah lagi satu kecerdasan

iaitu kecerdasan eksistensialisme.

Menurut Gardner setiap insan mempunyai

bukan satu tetapi sembilan

kecerdasan yang berbeza.

Teori Kecerdasanpelbagai (Gardner)

Teori Kecerdasanpelbagai (Gardner)

Page 4: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk – kebolebanmemanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

Page 5: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Kebolehan menggunakan nombor,menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens,mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, perkaitan sebab dan akibat (logik),dan pengiraan.

Page 6: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk danruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif,dan peta minda.

Page 7: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

Page 8: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasukkepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

Page 9: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untukberkomunikasi denganberkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan empati, latihan kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran kooperatif dan sedia bekerjasama

Page 10: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.Contoh aktiviti: Strategi pemikiran, disiplindiri dan amalan pemusatan.

Page 11: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Prihatin dan berminat

kepada alam sekitar

(flora dan fauna).

Peka terhadap perubahan

sekeliling.

Mempunyai kebolehan

menentukan ikan di laut

(nelayan),

pergerakan burung,

binatang dan lain-lain.

Page 12: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Memiliki ciri-ciri tertentu.Cenderung bersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapioleh manusia dalam hidup. Individu yang mempunyaikecerdasan ini cenderung untuk menelaah sesuatu dengan lebih mendalam.

Page 13: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Guru berupaya membangunkan bidang akademik dan kokurikulum.Membolehkan guru merancang proses dan strategi P&P secara berkesan dan baik.Seorang guru boleh menjadikan teori ini sebagai panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi P&P sesuai mengikut jenis kecerdasan yang terdapat pada pelajar.Guru boleh mempelbagaikan cara pengajarannya.Membolehkan guru mempelbagaikan cara penilaiannya terhadap pelajar-pelajarnya.Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

Bagaimanakah teori ini dapat membantu guru di dalam proses P&P

di bilik darjah?

Page 14: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berlainan.Setiap guru harus peka terhadap kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar.Apabila kecerdasan diterokai secara tidak langsung akan membantu memotivasikan pelajar untuk terus belajar.

RUMUSAN

Page 15: Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)