teori lukisan

download teori lukisan

of 9

Transcript of teori lukisan

Pendidikan seni LUKISAN Definisi :Merujuk kamus The Oxford, lukisan diistilahkan sebagai; The art of representing of line, delineation without colour or with a single colour, bemaksud lukisan ialah darisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna, walaupun menggunakan warna tetapi penggunaannya adalah terhad. Lukisan ialah kerja peringkat awal yang sistematik untuk menghasilkan sesebuah hasil kaya seni yang lain seperti; catan dll. Lukisan adalah satu seni yang membentuk idea dan objek dengan menggunakan Titik, Garisan dan Tona Menggunakan media kering seperti; pensil,pen dakwat, arang,krayon, pastel, kapur dsbnya ke atas permukaan kertas.

Pendidikan seni

LukisanAsas Melukis

- tona

Melukis Objek berbentuk bulatPerbezaan antara rupa dan bentuk Arah cahaya

Melukis objek yang rataPerubahan tona menimbulkan kesan 3 D

Langkah melukisBermula dengan garisan luar kepada perletakan tona

Pendidikan seni Teknik dalam lukisan :

1. Garisan Silang

2. Garisan

Pendidikan seni Teknik dalam lukisan

3. Lorekan

4. Gosokan

Pendidikan seni Teknik dalam Lukisan

5. Titik

6. Sapuan Ink

Pendidikan seni Asas melukis dalam Lukisan :1. Nisbah keemasanNisbah Keemasan adalah nilai keindahan dalam sesebuah karya lukisan. Kaedah ini mula diperkenalkan di Zaman Mesir Purba untuk menghasilkan piramid. Nisbah Keemasan adalah Pembahagian sesuatu garisan atau komposisi iaitu Nisbah bahagian kecil dengan bahagian besar bersamaan dengan bahagian besar dengan bahagian keseluruhannya.

a. Bina rajah segi empat dan lukis dua garisan yang bersilang ke A dan ke B.Pertemukan dua gaisan bersilang ini dihubungkan ke C.

Untuk mendapatkan aras pandangan mata yang sesuai dgn. Nisbah keemasan, lukis bulatan yg. Berpusatkan pada X dengan jejari XY. Lengkok yg. Menyentuh garisan merupakan garisan dataran mata yang terbaik iaitu nisbah keemasan.

b. Daripada C, gunakan jangka lukis dan bina sebuah bulatan dan menyentuh X untuk menghubungkan titik D

c. Sambungkan garisan ACB ke D. Seterusnya hasilkan segi empat bujur seperti dalam rajah

Pendidikan seni 2. Tetingkap FokusTetingkap fokus digunakan untuk menyempitkan sudut pandangan bagi memilih, mencari komposisi yang menarik untuk dilukis.

3. Mengukur menggunakan penselMemfokus ketepatan objek menggunakan pensel biasanya dilakukan didalam studio atau kelas untuk melukis susunan objek. Kaedah ini menggunakan pensel sebagai ukuran dan ibu jari tangan sebagai penanda ukuran

Pendidikan seni4. PerspektifObjek yg. kita lukis akan kelihatan seimbang dan menarik apabila penekanan perspektif dititikberatkan. Kedudukan pelukis akan menentukan objek yg. dilukis. Perspektifnya berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yg. berbeza

5. Panduan Garisan petakMenggunakan garisan petak sebagai panduan kedudukan objek untuk dilukis.

Pendidikan seniTona dan kecerahanJenis kecerahan pensel dapat menghasilkan tona yang dikehendaki semasa melukis. Terdapat beberapa gred kecerahan pensel iaitu : Lembut : 8B,7B,6B, 5B, 4B, 3B . Sederhana : 2B, B, HB. Keras : H, 2H, 3H, 4H, 5H. Ex. Keras : 6H, 7H, 8H

Langkah dalam menghasilkan Lukisan

1. Melukis garisan luar

2. Menambah kesan bayang

3. Melengkapkan lukisan dengan jalinan dan tona