Teori Pelaziman Klasik Pavlov

12
Teori pelaziman klasik Pavlov Teori pelaziman klasik juga dikenali sebagai pelaziman gentian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak/ responden atau teori pembelajaran melalui pelaziman ini adalah pertama kali dikaji oleh seorang ahli sins Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan, dan akhirnya Berjaya menemui Teori Pelaziman Klasik di bawah kajian bidang fisiologi. Di dalam kajian-kajian mengenai sistem pencernaan haiwan sebelumnya, Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastric anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Beliau berpendapat fenomena rembesan air liur dan jus gastric berlaku semasa makanan berada dalam mulut anjing adalah sesuatu jenis gerak balas (response) yang tidak perlu dipelajar. Ahli psikologi member namanya sebagai gerak balas tak terlazim (unconditioned response); tetapi, fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah suatu yang dipelajari. Oleh itu, fenomena ini dipanggil gerak balas tak terlazim (conditioned response), manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim (conditioned stimulus).

Transcript of Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Page 1: Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Teori pelaziman klasik Pavlov

Teori pelaziman klasik juga dikenali sebagai pelaziman gentian, pelaziman

pemindahan, pelaziman bergerak/ responden atau teori pembelajaran melalui

pelaziman ini adalah pertama kali dikaji oleh seorang ahli sins Rusia, Ivan P. Pavlov.

Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi

makanan, dan akhirnya Berjaya menemui Teori Pelaziman Klasik di bawah kajian

bidang fisiologi.

Di dalam kajian-kajian mengenai sistem pencernaan haiwan sebelumnya, Pavlov

telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastric anjing bukan sahaja ditambah

semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya.

Beliau berpendapat fenomena rembesan air liur dan jus gastric berlaku semasa

makanan berada dalam mulut anjing adalah sesuatu jenis gerak balas (response) yang

tidak perlu dipelajar. Ahli psikologi member namanya sebagai gerak balas tak terlazim

(unconditioned response); tetapi, fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa

makanan dikesannya adalah suatu yang dipelajari. Oleh itu, fenomena ini dipanggil

gerak balas tak terlazim (conditioned response), manakala makanan yang dikesannya

adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim (conditioned stimulus).

Konsep Penting

Pelaziman Klasik

Rangsangan

neutral semula jadi terlazim

Gerak balas

semula jadi terlazim

Page 2: Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Untuk mengesahkan hasil pemerhatian fenomena tersebut, Pavlov

menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai rangsangan terlazim. Beliau

menjalankan eksperimennya dengan mengguna kan seekor anjing. Anjing yang

ditambat sedang berada dalam keadaan lapar. Kelenjar air liurnya disambungkan,

melalui sesuatu pembedahan, dengan sesuatu tiub dipasang di luar supaya rembesan

air liur anjing itu mudah dapat diperhatikan. Segala gerak geri anjing dalam kajian

diperhatikan melalui sebuah cermin yag tidak dapat disedari oleh anjing itu. Semasa

eksperimen dijialankan, keadaan makmal dikawal ketat supaya kelilingnya di bawah

keadaan sunyi senyap. Langkah-langkah eksperimen adalah dinyatakan dengan

hasilnya seperti berikut :

1. Bunyi loceng digunakan sebagai rangsangan terlazim. Tidak ada tindak balas

rembesan air liur dikesan.

2. Beberapa saat kemudian, makanan daging ditunjukkan; rembesan air liur

dikesan bertambah, dan kuantitinya direkodkan.

3. Mengulang langkah 1 dan 2 beberapa kali sebagai peneguhan, hingga sebaik

sahaja bunyi loceng didengarnya, rembesan air liur pula dikesan.

4. Membunyikan loceng sahaja tanpa diberi makanan, rembesan air liur pula

dikesan. Pembelajaran pelaziman klasik dikatakan telah dibentuk apabila bunyi

loceng telah mengganti tempat makanan sebagai rangsangan terlazim.

Pendek kata, pembelajaran dalam pelaziman klasik berlaku apabila organisma

dapat mengaitkan dua rangsangan, iaitu rangsangan neutral dengan rangsangan

semula jadi. Menurut pelopor teori ini, manusia juga mempamerkan tingkah laku ini.

Oleh itu, pembentukan tingkah laku pembelajaran di bilik darjah boleh dilakukan melalui

kombinasi rangsangan yang diberikan oleh guru. Contohnya bunyi loceng yang

diberikan berulang kali telah menyebabkan semua murid di sekolah tahu bunyi loceng

menandakan pertukaran waktu, rehat atau balik.

Di dalam kajian-kajian pelaziman sepanjang tempoh masa selama hamper 30

tahun, Pavlov telah mengenal pasti fenomena-fenomena tingkah laku pelaziman yang

lain. Di antara yang utamanya ialah fenomena generalisasi, diskriminasi, penghapusan,

pemulihan spontan dan pelaziman tahap tinggi.

Page 3: Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Fenomena penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (conditioned

stimulus) diberikan berulang kali tanpa rangsangan semula jadi (unconditioned

stimulus). Dalam erti kata

uji kaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan melibatkan proses

melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan rangsangan semulajadi.

Contohnya perasaan takut terhadap guru mata pelajaran dan guru matematik boleh

dikurangkan sekiranya pelajar tersebut mendapat guru matematik yang memahami

kelemahannya, pandai menggunakan strategi dan kaedah P& P yang sesuai.

Fenomena generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan

terlazim dengan bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anjing akan

tetap melelehkan air liur sekiranya anjing tersebut mendengar bunyi wisel yang hampir

sama dengan bunyi loceng. Hal ini kerana telah berlaku pemindahan pembelajaran

(Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Ini juga bermakna, pelajar yang takut kepada

guru matematik yang tegas, juga akan menjadi mempunyai fobia terhadap matematik

dan pelajaran matematik.

Fenomena diskriminasi menunjukkan bahawa anjing berupaya membuat

diskriminasi terhadap bunyi yang terlazim dengan bunyi-bunyi yang lain. Misalnya,

Pavlov hanya memberi makanan sahaja selepas bunyi siren sebagai rangsangan

terlazim (CS), sedangkan bunyi yang lain tidak diadakan langsung. Selepas pelaziman,

anjing hanya mengeluarkan air liurnya semasa mendengar bunyi siren tetapi tidak ada

gerak balas terlazimnya apabila kedengaran bunyi-bunyi yang lain. Justeru, pelajar

takut kepada guru matematik sahaja tetapi tidak kepada guru-guru mata pelajaran lain

memandangkan perbezaan yang ketara dalam isi kandungan dan kaedah

pembelajaran.

Di dalam sesuatu tempoh masa selepas proses penghapusan, sekiranya

rangsangan terlazim (CS), iaitu bunyi loceng diikuti dengan makanan, gerak balas

terlazim (CR) didapati tiba-tiba pulih semula, iaitu air liur dikeluarkan seperti pelaziman

dahulu. Fenomena ini adalah dipanggil sebagai pemulihan spontan (spontaneous

recovery). Fenomena ini menunjukkan gerak balas terlazim sebenar tidak hilang

Page 4: Teori Pelaziman Klasik Pavlov

selepas proses penghapusan, dan akan wujud semula apabila semua gangguan telah

hilang selepas tempoh masa rehat. Hal ini bermakna proses pembelajaran berlaku

semula. Justeru, adalah lebih baik guru menyediakan bilik darjah yang mesra murid

dengan amalan peraturan bilik darjah yang adil dan positif agar pelajar berasa selesa

serta tidak bersikap negatif.

Di dalam eksperimen pelaziman rangsangan dan gerak balasnya, Pavlov juga

mendapati bahawa sesuatu gerak balas terlazim yang sedia ada. Beliau menamakan

fenomena ini sebagai pelaziman tahap tinggi (higher-order conditioning). Misalnya,

selepas pelaziman, gerak balas terlazim berhenti menambah kuat dan seterusnya

beransur-ansur menjadi lemah. Walaupun loceng terus dibunyikan, tetapi kali ini

ditambah dengan suatu rangsangan terlazim baru, misalnya sekeping kad gambar

dilukis segiempat sama sisi berwarna hitam bersama ditunjukkan. Pada peringkat

permulaan, kad gambar ini mungkin dapat menarik perhatian anjing sahaja, tetapi tidak

dapat menjadikannya mengeluarkan air liur seperti gerak balas terlazim dahulu.

Bagaimanapun, selepas banyak latihan pelaziman ini, kad gambar ditunjukkan sahaja

tanpa bunyi loceng pun boleh menjadikannya anjing mengeluarkan air liurnya. Oleh

sebab rangsangan terlazim ini (iaitu kad gambar) tidak pernah dikaitkan dengan

rangsangan tak lazim dahulu (iaitu makanan), maka fenomena ini merupakan sesuatu

bentuk pelaziman baru, iaitu rangsangan terlazim sekunder (secondary – order

conditioned stimulus). Rangsangan terlazim yang asal (bunyi loceng) dalam tempoh

masa ini telah menggantikan tempat rangsangan tak terlazim (makanan) dengan

menghasilkan kuasa peneguhan. Kuasa peneguhan yang dihasilkan daripada

rangsangan yang asal adalah dipanggil sebagai peneguhan sekunder.

Menerusi teori pelaziman Pavlov, PMI iaitu plus, minus dan interesting telah

dianalisiskan. Kebaikan (plus) dalam teori pelaziman Pavlov ialah strategi pengajaran

yang menarik perhatian murid. Dengan menerapkan pelbagai jenis fenomena tingkah

laku dalam strategi pengajaran, guru akan lebih memahami murid-muridnya dan

justerunya membimbing mereka menumpukan perhatian dalam pengajaran dan

pembelajaran. Maka, guru dapat membimbing murid menggunakan kemahiran untuk

membuat generalisasi dengan tepat, dengan memberi contoh yang berkaitan. Guru

Page 5: Teori Pelaziman Klasik Pavlov

juga dapat membimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat diskriminasi,

misalnya mengenal pasti ciri-ciri khusus segiempat selari dan rombas. Selain daripada

itu, plus teori pelaziman Pavlov juga melibatkan pengalaman murid dapat dikaitkan

dengan pembelajaran. Hal ini demikian kerana guru akan mengaitkan pengalaman

positif (rangsangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (rangsangan tak terlazim)

demi menghasilkan gerak balas terlazim untuk mengajar dengan berkesan. Dalam

proses ini, pengalaman positif yang dikemukakan oleh guru mungkin merupakan

pengalaman murid-murid sendiri ataupun mereka pernah mengalami situasi

rangsangan tersebut.

Bagi minus dalam teori pelaziman Pavlov pula ialah terlalu banyak latihan akan

membuatkan murid bosan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

kebanyakkan akan memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan

terlazim dengan gerak balas terlazim. Misalnya, guru akan memberi latihan

penyelesaian masalah matematik kerap kali kepada murid. Secara tidak langsung,

murid akan berasa jemu dengan latihan yang asyik diberikan oleh guru dan lama-

kelamaan, murid akan berasa bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pengalaman murid mungkin tidak

sama dengan apa yang dikaitkan oleh guru juga merupakan minus bagi teori pelaziman

Pavlov. Ketidaksamaan dalam pengalaman yang dikaitkan mungkin akan menyebabkan

murid memperolehi pengetahuan yang kurang tepat.

Manakala interesting dalam teori pelaziman klasik Pavlov pula ialah

kepelbagaian dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat

meningkatkan kreativiti murid-murid. Tambahan pula, bimbingan yang dilakukan melalui

pengalaman positif juga merupakan bahagian interesting dalam teori pelaziman Pavlov.

Guru juga boleh gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas

terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan. Misalnya, guru boleh

menggunakan rangsangan baru sebagai rangsangan terlazim dalam proses

memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Teori pelaziman Pavlov juga dapat

membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup

hingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

Page 6: Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Teori Pelaziman Tingkah Laku J. B. Watson

J.B. Watson, seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat, merupakan orang yang

pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia.

Beliau terkenal dengan kajian beliau mengenai emosi kanak-kanak dengan

menggunakan Model Pelaziman Klasik.

Mengikut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu reflex terlazim

(conditioned reflex), iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman

klasik. Dengan perkataan lain, semua pembelajaran adalah pelaziman Watson

berpendapat gerakan-gerakan reflex yang mudah, misalnya berkelip-kelip mata, besin

apabila hidung gatal dan sebagainnya gerakan yang berlaku secara semula jadi.

Kesemua ini adalah tingkah laku yang diwarisi dan tidak perlu dipelajari. Namun, untuk

mengatasi situasi-situasi baru yang lebih kompleks, manusia hendaklah membina atau

menggabungkan beberapa gerakan reflex yang berkaitan melalui proses pelaziman,

iaitu mengaitkan pelbagai rangsangan baru, termasuk rangsangan yang asal dengan

gerakan-gerakan reflex itu demi menghasilkan gerak balas terlazim yang baru. Menurut

beliau, proses pelaziman ini merupakan cara bagaimana manusia mempelajari gerak

balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi baru. Watson menjelaskan

Page 7: Teori Pelaziman Klasik Pavlov

jenis pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada dua prinsip yang utama, iaitu prinsip

kekerapan dan prinsip tempoh kebaruan.

Prinsip Kekerapan menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas terhadap

rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas yang sama akan

berlaku apabila rangsangan itu wujud semula pada masa kelak. Manakala bagi prinsip

Tempoh Kebaruan pula menyatakan bahawa semakin tempoh lebih baru kita

menggunakan sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan, semakin lebih besar

kemungkinan kita akan bergerak balas secara serupa terhadap rangsangan itu, jika ia

muncul lagi.

Selain daripada tingkah laku, Watson menjalankan kajian tentang pembelajaran emosi

manusia. Mengikut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut,

marah dan kasih saying. Emosi manusia atau perubahannya adalah dipelajari melalui

proses pelaziman. Untuk membuktikan hipotesisnya, Watson telah menggunakan

seorang bayi yang berumur 9 bulan yang bernama Albert dan seekor tikus putih yang

jinak. Albert diberi bermain dengan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak

menunjukkan sebarang rasa takut pada tikus ini, malah boleh bermain dengannya.

Namun, beberapa saat selepas memperkenalkan tikus putih tersebut, Watson

mengetuk penukul pada palang besi yang tergantung di belakang Albert. Bunyi

hentaman tersebut menyebabkan bayi terkenaan menangis dengan kuat. Kejadian tikus

bersama ketukan penukul ini diulangi sebanyak 7 kali selama 7 minggu berturut-turut

dan setiap kali Albert akan menangis ketakutan. Akhirnya, Albert akan terus mengangis

apabila melihat tikus putih, walaupun tidak dirirngi oleh bunyi ketukan penukul. Watson

telah membuktikan bahawa Little Albert telah mengaitkan tikus putih dengan bunyi

hentaman yang menakutkan. Malah bayi berkenaan juga menunjukkan rasa takut

terhadap apa-apa sahaja yang berbulu dan berwarna putih (generalisasi). Di samping

itu, Watson juga menunjukkan perkaitan antara pelaziman klasik dengan fobia.

Pemerhatian ke atas Little Albert 10 hari selepas pelaziman menunjukkan rasa takut

yang berkurangan (penghapusan), namun rasa takut ini berkekalan selepas sebulan.

Page 8: Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Bagi teori pelaziman tingkah laku J. B. Watson pula, juga terdapat plus, minus

dan interesting. Dalam bahagian plus teori pelaziman ini ialah tingkah laku positif dapat

dipupuk dari awal dengan rangsangan yang sesuai. Semua tingkah laku sebenarnya

boleh dipelajari melalui proses pelaziman. Oleh itu, guru boleh mengajar murid

mengamalkan tingkah laku yang positif dengan menggunakan rangsangan yang sesuai.

Selain daripada itu, dalam plus teori pelaziman tingkah laku J.B. Watson juga terdapat

perhubungan gerak balas dalam proses menyelesaikan masalah. Maka, murid-murid

dapat didedahkan dengan cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Dalam minus teori pelaziman tingkah laku J.B. Watson ialah murid perlu dilatih

dari usia muda dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Contohnya, dalam

proses pengajaran, guru hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh

memotivasikan murid supaya berminat belajar. Di samping itu, teori pelaziman ini

memerlukan tindak balas yang terancang untuk mendapat hasil yang berkesan. Ekoran

itu, guru harus mengelakkan daripada menggunakan rangsangan yang membawa

kesan negatif.

Bahagian Interesting dalam teori pelaziman Watson ialah tingkah laku positif

dapat disemaikan dari peringkat awal. Bak kata pepatah ”melentur buluh biarlah dari

rebungnya”, murid-murid yang disemaikan tingkah laku positif dari peringkat awal

dipercayai akan mempunyai akhlak yang baik apabila dewasa nanti. Murid dapat

mempelajari perhubungan gerak balas secara sistematik juga merupakan interesting

bagi teori pelaziman Watson. Hal ini demikian kerana untuk menguasai kemahiran

menyelesaikan masalah, pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak-gerak balas

secara sistematik. Tambahan pula, untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam

ingat an, latihan-latihan hendaklah dijalankan secara berkerap kali.

Oleh itu, dalam bilik darjah, guru boleh memastikan pembentukan emosi positif di

kalangan pelajarnya. Suasana bilik darjah yang mesra, adil, dan berdisiplin dapat

membentuk persekitaran psikososial yang positif, yang seterusnya mempengaruhi

emosi pelajar.