Teori Pembangunan Ekonomi-Adam Smith

download Teori Pembangunan Ekonomi-Adam Smith

of 27

description

Teori Pembangunan Ekonomi-Adam Smith

Transcript of Teori Pembangunan Ekonomi-Adam Smith

  • BAB 2

    TEORI-TEORI PEMBANGUNAN EKONOMI *

  • Perkembangan teori atau model pertumbuhan ekonomi secara umumnya berlaku seiringan dengan perkembangan model makroekonomi.

    Model pertumbuhan ekonomi lebih tertumpu kepada proses pertumbuhan keluaran di sesebuah negara dan menjadi ukuran kepada tahap pertumbuhan ekonomi negara berkenaan. *

  • Sebaliknya, model makroekonomi merangkumi perkara yang lebih luas, bukan sahaja menyentuh aspek : - keluaran atau pasaran barangan (1) (dari model pertumbuhan), tetapi juga - pasaran wang (2) dan - pengaruh kedua-dua pasaran (1) dan (2) ini terhadap pertumbuhan ekonomi.

    *

  • Aliran pemikiran model pertumbuhan ekonomi bermula pada zaman klasik. Dalam era ini, terdapat tiga orang ahli pertumbuhan ekonomi yang penting iaitu Adam Smith, David Ricardo dan Karl Marx. Smith dan Ricardo menumpukan perbincangan mengenai peranan sektor pertanian manakala :Marx mengenai masyarakat industri.

    *

  • Walau bagaimanapun ketiga-tiga mereka memberi hujah yang berbeza tentang peranan faktor pengeluaran :

    Buruh [ oleh Smith], Tanah [ oleh Ricardo] dan Modal [ oleh Mark]).

    *

  • Bagi Adam Smith, kecekapan buruh penting kepada pertumbuhan ekonomi, manakala

    Ricardo pula menekankan kepada peranan faktor tanah.

    Sebaliknya, Karl Marx berpendapat pemilikan modal penting kepada seseorang untuk bersaing dalam operasi pengeluaran.

    *

  • AIiran pemikiran klasik ini, seterusnya diikuti oleh pemikiran Keynesian. Dua model penting dalam era ini (pemikiran Keynesian) adalah model Harrod-Domar dan model Schumpeter.

    Dalam model Harrod-Domar, modal dikatakan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.*

  • MODEL PERTUMBUHAN KLASIK

    Model pertumbuhan klasik telah dipelopori oleh tiga orang ahli ekonomi pertumbuhan yang penting iaitu Adam Smith, Ricardo dan Marx. Persoalan utama mereka dalam membincangkan model pertumbuhan adalah berbeza. Oleh yang demikian, bahagian ini akan membincangkan model pertumbuhan mereka secara berasingan.

    *

  • Model Adam Smith

    Persoalan pokok yang diutarakan oleh Adam Smith dalam modelnya ialah perbezaan tingkat pertumbuhan antara negara.

    Terdapat di kalangan negara di dunia ini yang mengalami pertumbuhan atau perkembangan yang pesat dan terdapat pula negara-negara yang tidak berkembang.

    *

  • Adam Smith mengakui bahawa kekurangan modal bukan merupakan penghalang kepada pertumbuhan kerana modal hanyalah satu jenis input yang memerlukan input lain untuk berfungsi atau dimobilisasikan. (Di mana modal boleh bergabung dengan faktor lain-lain dalam pertumbuhan ekonomi)

    *

  • Bagi Adam Smith, terdapat dua faktor penting yang menyumbang (atau bergabung dengan modal atau faktor2 lain) kepada pertumbuhan ekonomi iaitu : - pengkhususan buruh (kemahiran) atau division of labour dan - produktiviti buruh.

    *

  • Kedua-dua faktor ini saling berkait iaitu pengkhususan boleh membawa kepada produktiviti buruh yang lebih tinggi. (Bila expert produktiviti akan tinggi)

    Ini kerana dengan adanya pengkhususan, buruh boleh mendapat faedah daripada pembelajaran melalui amalan atau learning-by-doing.

    *

  • Keadaan ini selanjutnya dapat mengurangkan kos pengeluaran dan harga output. Adam Smith telah menyenaraikan tiga faktor penting yang menyebabkan produktiviti meningkat melalui pengkhususan (expertise) :

    *

  • 1. Buruh dapat meningkatkan penumpuannya kepada tugas yang diberi kerana melakukan kerja yang sama setiap hari. 2. Buruh dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 3. Buruh akan menjadi biasa dengan penggunaan sesuatu mesin yang seterusnya meningkatkan kecekapan mereka.

    *

  • Melalui pengkhususan, produktiviti buruh meningkat dan selanjutnya upah benar, kuasa beli, permintaan dan daya saing pasaran juga meningkat.Keadaan ini boleh membawa kepada pengkhususan buruh selanjutnya. Walau bagaimanapun pengkhususan buruh sangat bergantung kepada struktur permintaan. (Bila D barangan tinggi Jumlah pengguna buruh akan tinggi)*

  • Pengkhususan buruh memerlukan kepada bentuk penggunaan barangan (Demand) yang lebih sofistikated dan pertambahan dalam permintaan ke atas output seseorang pengeluar.. di mana akan meningkatkan produktiviti, upah benar dan permintaan kepada output lain.

    Fenomena ini akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang dicapai adalah berbeza oleh negara yang berbeza.

    *

  • Bagi Adam Smith perbezaan tingkat pertumbuhan sesebuah negara berlaku bergantung kepada jumlah buruh produktif dan buruh tidak produktif yang ada di sesebuah negara tersebut. Bagi ekonomi yang mempunyai lebih ramai buruh produktif tingkat pertumbuhannya adalah lebih tinggi dibandingkan dengan ekonomi yang mempunyai kurang buruh produktif.*

  • Dalam membincangkan modelnya, Adam Smith telah mengemukaakan tujuh andaian penting iaitu:

    1. Sebarang aktiviti yang dijalankan dalam sesebuah ekonomi akan menghasilkan lebihan atau keuntungan tanpa mengira sama ada dilakukan oleh buruh produktif atau tidak produktif. Dengan kata lain nilai output akan sentiasa melebihi kos pengeluarannya, sama ada nilai output itu tinggi atau rendah.

    *

  • 2. Buruh adalah input yang diperlukan bagi setiap aktiviti pengeluaran. 3. Pengeluaran melibatkan masa iaitu terdapat perbezaan masa antara penggunaan input dengan masa mendapatkan output dan keuntungan. Fungsi pengeluaran adalah: Y = f (L, t) di mana : Y = output, L = buruh, t = masa

    *

  • 4. Ekonomi diandaikan tertutup iaitu tidak terlibat dengan perdagangan antarabangsa. 5. Buruh terbahagi kepada dua iaitu yang produktif dan yang tidak produktif mengikut pandangan kapitalis. Buruh dikatakan produktif sekiranya terlibat dengan aktiviti yang menghasilkan 'lebihan' dan lebihan ini melebihi kos cukup hidup dalam bentuk upah dan tidak melebihi kos pengeluaran kerana kesemua buruh diandaikan akan menghasilkan lebihan. (iaitu mementingkan buruh sahaja)

    *

  • 6. Tidak ada modal tetap, input bukan buruh hanya dalam bentuk modal kerja atau wage fund yang diberi kepada buruh (atau bergabung dengan buruh) pada permulaan mereka diambil bekerja. Y = f( L, lain2 input) Pentingnya dana upah ialah untuk menyara buruh disebabkan pengeluaran mengambil masa. Ia adalah sejumlah wang yang dibayar kepada pekerja semasa mereka mula bekerja dan belum lagi menghasilkan apa-apa keluaran.

    *

  • Dana ini penting kepada pekerja untuk mereka membeli barangan penggunaan dan merupakan insentif untuk mereka bekerja. Dana upah ini boleh ditulis sebagai, K = k Yt-1K = dana upah atau modal kerjaY = output k = bahagian output yang diberikan kepada pekerja sebagai dana upah atau 'wage fund', (0 < k < 1). (atau % upah dari output)*

  • g = (p/w) k -1 (3.8)Persamaan (3.8) menunjukkan kadar pertumbuhan output (g) berhubung secara positif dengan produktiviti buruh (p) dan bahagian output tahun sebelumnya (k-1) yang diberi kepada pekerja (k) serta berhubungan secara negatif dengan kadar upah benar (w). Maksudnya, persamaan ini lebih menentingkan produktiviti (p) dari kadar upah benar (w). Dari persamaan di atas, apabila : p g dan apabila w g

    *

  • Pertumbuhan ekonomi akan berlaku sekiranya nilai p jauh lebih besar daripada w.

    Bagi sebuah ekonomi yang mempunyai kurang buruh produktif (p) adalah sukar untuk bertumbuh.*

  • KRITIKAN TERHADAP MODEL ADAM SMITH

    Melalui Model ini, perhubungan antara nisbah produktiviti (p) dengan upah dan bahagian dana upah (w) adalah kunci kepada pertumbuhan ekonomi. Dalam proses output (g), setiap tingkat p/w akan terdapat tingkat output kepada pekerja atau dana upah (k) yang minimum yang boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi. *

  • Penerangan Adam Smith tentang pertumbuhan tidak mencukupi kerana beliau tidak menunjukkan apakah penentu dana upah (k), iaitu apakah nilai k yang patut diberikan kepada buruh supaya pertumbuhan berlaku secara berterusan. Oleh kerana k diberi kepada pekerja pada awal operasi pengeluaran, maka sukar menentukan nilai yang sesuai.

    *

  • Begitu juga dengan perbezaan antara buruh produktif dan tidak produktif tidak diterangkan dengan jelas dengan bahagian k yang patut diberi kepada kedua-dua jenis buruh ini juga tidak diterangkan dengan jelas. Disebabkan produktiviti mereka berbeza, maka nilai k sepatutnya berbeza.Di samping itu, model Adam Smith juga tidak mengambil kira tentang modal tetap, walhal mesin atau modal tetap boleh meningkatkan produktiviti buruh dan selanjutnya, p/w.

    *

    ***********************