Teori Pemerolehan Bahasa Dan Teori Huraian Bahasa

61
BMM 3117 1.0 PENGENALAN Pada hari ini banyak ilmuan berminat untuk mengkaji punca lahirnya sesuatu bahasa. Dalam kalangan ahli linguistik, anatomi dan antropologi masih tiada kesepakatan dicapai tentang masa sebenar bahasa itu lahir. Sehingga abad ke-19, masih belurn dapat dibuktikan tentang penemuan sebarang bahasa primitif. Justeru, mereka berpendapat lakaran, ukiran dan simbol pada dinding-dinding gua sebagai satu bentuk bahasa yang paling awal digunakan. Namun demikian, ilustrasi tersebut masih tidak dapat memperlihatkan keadaan sebenar penggunaan bahasa pada zaman dahulu. Teori tentang bagaimana bahasa bertindak dalam otak manusia cuba menjelaskan antara lain,bagaimana manusia mengaitkan isyarat atau bunyi bahasa, bagaimana manusia menggunakan sintaksis dan bagaimana manusia dapat menyusun perkataan untuk menghasilkan dan memahami kata-kata berurutan yang disebut ayat dan seterusnya melahirkan sesuatu bahasa. Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi. Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Asas kenyataan ini adalah berteraskan hipotesis yang ditemukan oleh ahli psikologi dan ahli bahasa yang tersohor dalam abad yang lalu. Sama ada bahasa pertama ataupun bahasa kedua, pemerolehan bahasa terjadi setelah melalui beberapa proses yang sistematik. Pemerolehan bahasa pertama terjadi ketika kanak-kanak yang belum pernah mempelajari sebarang bahasa mula mempelajarinya buat kali pertama. Jika kanak- kanak itu menguasai satu bahasa, kanak-kanak itu disebut sebagai ekabahasawan. Tetapi, jika kanak-kanak itu memperoleh dua bahasa serentak dan menguasainya, kanak-kanak itu disebut sebagai dwibbahasawan. Jikalau bahasa yang diperolehnnya melebihi dua bahasa dalam masa yang sama, maka kanak-kanak itu disebut sebagai gandabahasawan. 1

Transcript of Teori Pemerolehan Bahasa Dan Teori Huraian Bahasa

BMM 3117

1.0 PENGENALAN

Pada hari ini banyak ilmuan berminat untuk mengkaji punca lahirnya sesuatu

bahasa. Dalam kalangan ahli linguistik, anatomi dan antropologi masih tiada

kesepakatan dicapai tentang masa sebenar bahasa itu lahir. Sehingga abad ke-19,

masih belurn dapat dibuktikan tentang penemuan sebarang bahasa primitif. Justeru,

mereka berpendapat lakaran, ukiran dan simbol pada dinding-dinding gua sebagai

satu bentuk bahasa yang paling awal digunakan. Namun demikian, ilustrasi tersebut

masih tidak dapat memperlihatkan keadaan sebenar penggunaan bahasa pada

zaman dahulu.

Teori tentang bagaimana bahasa bertindak dalam otak manusia cuba menjelaskan

antara lain,bagaimana manusia mengaitkan isyarat atau bunyi bahasa, bagaimana

manusia menggunakan sintaksis dan bagaimana manusia dapat menyusun

perkataan untuk menghasilkan dan memahami kata-kata berurutan yang disebut

ayat dan seterusnya melahirkan sesuatu bahasa.

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan

manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan

berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau

dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik

membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.

Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa  dikuasai oleh

seseorang kanak-kanak. Asas kenyataan ini adalah berteraskan hipotesis yang

ditemukan oleh ahli psikologi dan ahli bahasa yang tersohor dalam abad yang lalu.

Sama ada bahasa pertama ataupun bahasa kedua, pemerolehan bahasa terjadi

setelah melalui beberapa proses yang sistematik. Pemerolehan bahasa pertama

terjadi ketika kanak-kanak yang belum pernah mempelajari sebarang bahasa mula

mempelajarinya buat kali pertama. Jika kanak-kanak itu menguasai satu bahasa,

kanak-kanak itu disebut sebagai ekabahasawan. Tetapi, jika kanak-kanak itu

memperoleh dua bahasa serentak dan menguasainya, kanak-kanak itu disebut

sebagai dwibbahasawan. Jikalau bahasa yang diperolehnnya melebihi

dua bahasa dalam masa yang sama, maka kanak-kanak itu disebut sebagai

gandabahasawan.

1

BMM 3117

2.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

2.1 Teori Behaviourisme

Teori pemerolehan bahasa amat berkait rapat dengan bidang kajian psikologi,

dalam erti kata hasil kajian psikologi telah menemukan beberapa teori dalam

pemerolrhan bahasa. Psikologi merupakan disiplin yang melibatkan kajian saintifik

tentang proses mental dan tingkah laku. Teori awal pemerolehan bahasa bertitik

tolak daripada fahaman behavioris. Terdapat beberapa nama yang terlibat dalam

mengetengahkan teori ini seperti Ivan Pavlov (1849-1936), edward Thorndike (1874-

1949), B.F Skinner (1904-1990) dan John Broadus Watson (1878-1958). Teori ini

berjaya diperkenalkan hasil daripada kejayaan kajian makmal yang melibatkan uju

kaji terhadap haiwan yang kemudiannya digeneralisasikan kepada manusia.

‘Tingkah laku’ atau behaviour merujuk kepada ‘aksi’ atau ‘reaksi’ manusia atau

haiwan dalam bentuk ‘gerak balas’ hasil daripada ‘rangsangan’ dalaman atau luaran.

Dalam bidang biologi, istilah ini digunkan bagi merujuk kepada penyelidikan terhadap

organisma hidup yang bertindak balas terhadap persekitarannya. Sekali pandang

istilah ini solah-olah hanya sesuai digunakan terhadap manusia dan haiwan sahaja.

Sebenarnya, istilah ini juga digunakan dalam bidang biologi bagi mengkaji pola

tingkah laku tumbuhan. Sebagai contoh, salah satu prinsip yang berkaitan dengan

tingkah laku tumbuhan dinamalkan tropism. Istilah ini bermaksud pergerakan

tumbuhan, sam ada menghala atau bertentangan dengan arah rangsangan luaran

seperti cahaya. Gerak balas terhadap rangsangan seperti cahaya itu tadi akan

menunjukkan arah tertentu yang mendorong tumbuhan itu membesar mengikut arah

rangsangan atau bertentangan arah tersebut.

Bertindak balas terhadap rangsangan berlaku secara alamiah dan dalam

kebanyakan kes ia dilakukan oleh organisma seperti manusia dan haiwan untuk

kelangsungan hidup mereka. Rangsanagn merupakan sebarang fenomena yang

secara langsung dapat mempengaruhi aksi dan reaksi organisma, misalnya

cahaya ,graviti, hadiah , makanan , haruman dan sebaginya.

2

BMM 3117

Behaviorisme merupakan paradigma yang dominan dalam psikologi Amerika

pad awal abad ke-20 , yang kemudiannya didominasi oleh ‘psikologi kognitif’.Teori

pemerolehan bahasa behavioris pada zaman sebelum itu lebih menekankan tingkah

laku yang dapat dilihat sahaja. Ahli behavioris telah membawa teori dan pendekatan

yang berhubung dengan tingkah laku dan pembelajaran bahasa. Bagi mereka

perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat diamati. Mereka membuat

anologi otak manusia seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu, mereka tidak

mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Mereka menumpukan

perhatian kepada objektif tingkah laku nyata dan tidak mementingkan sesuatu yang

subjektif seperti fungsi fikiran. Golongan ini menolak pendapat yang menghubungkan

operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa. Mereka menganalisis mengikut

rangsangan dan gerak balas, iaitu apabila berlaku rangsangan dan gerak balas

berlakulah pembelajaran. Beberapa orang ahli behavioris yang dominan seperti

Skinner turut berpendapat pembelajaran berlaku jika ada rangsangan dan gerak

balas.

Sebaliknya dalam bidang bahasa, ahli linguistik Noam Chomsky yang

memperkenalkan konsep ‘arbitrari’ telah meghujahkan rangsangan, gerak balas dan

peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner itu juga dapat diaplikasikan kepada

tingkah laku manusia yang kompleks seperti pemerolehan bahasa hanyalah dalam

bentuk yang tidak jelas dan dangkal. Beliau turut menegaskan kajian dan analisis

yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa tidak wajar mengabaikan penglibatan

kanak-kanak itu sendiri dalam pemerolehan bahasa. Beliau berpendapat manusia

dilahirkan dengan kemampuan untuk memperoleh bahasa. Beliau mendakwa

behavioris tidak mengendahkan kemampuan otak manusia terhadap pembelajaran

bahasa, sedangkan otak merupakan organ sofistikated yang ada pada manusia dan

dapat dieksploitasi sepenuhnya. Behaviorisme berbeza daripada perspektif dan

fahaman yang lain dalam beberapa perkara, antaranya seperti ahli behavioris yang

berfokus kepada hubungan persekitaran dengan tingkah laku dan menganalisisnya

sebagai objek yang nyata. Ahli behavioris tidak menolak kajian tentang tingkah laku

yang tersembunyi dan peribadi, misalnya mimpi. Tetapi ahli behavioris menolak

kajian tentang entiti hubungan sebab akibat bebas dalam diri organism yang

menghasilkan tingkah laku sedar seperti berjalan atau bertutur. Konsep seperti

minda dan kesedaran tidak digunakan oleh ahli behavioris kerana istilah tersebut

3

BMM 3117

tidak dapat mendeskripsikan secara nyata peristiwa psikologikal, tetapi digunakan

sebagai penjelasan kepada entity yang tersembunyi dalam organisma. Bagi

sesetengah pendapat yang lain, tingkah laku merujuk kepada peristiwa yang konkrit

pada organisma, sama ada yang nyata atau peribadi. Ahli Behavioris menganggap

peristiwa peribadi juga sebagai tingkah laku dan menganalisinya sama seperti

tingkah laku yang nyata. Akan tetapi, ianya lebih memfokuskan kepada hubungan

persekitaran dengan tingkah laku serta tidak mengabaikan perkara penting yang

berkaitan dengan baka atau biologi dalam hubungannya dengan tingkah laku.

Teori behavioris pada abad ini telah pun dikemas kini dan diberikan perspektif

baharu. Moden behaviorisme kini dikenali sebagai ‘analisis behavior’ dan menjadi

bidang yang semakin berkembang maju meliputi negara Amerika, Eropah, Asia,

Amerika Selatan dan Australia. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat terdapat The

Association for Behavior Analysis (ABAI) yang telah menganjurkan persidangan

tahunan di Amerika Syarikat sendiri dan Kanada. Persidangan antarabangsa ABAI

yang kelima diadakan di Norway pada tahun 2009. Tumpuan kajian dalam kalangan

behavioris pada hari ini lebuh luas dan rencam, termasuklah perkembangan

psikologi, psikologi klinikal, kecerdasan mental, autisme, kecatatan dan sebagainya.

Analisis behaviour moden juga mengkaji fenomena berkaitan dengan bahasa dan

kognitif yang diabaikan dalam penyelidikan Skinner sebelum ini.

2.2 Teori Kognitif

Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan

dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama.

Pada awalnya, idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi

oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia

menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia

dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul

kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku,

maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan

peranannya. Berdasarkan perkara tersebut, kajian mengenai sikap dan tingkah laku

manusia dijalankan. Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman.

4

BMM 3117

Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan

dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini

kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung kepada

proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita

bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan

memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada

bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan

penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif.

Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat

bertindak balas dengan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan

bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini

adalah salah atau negatif.

Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang

sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-

murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan

perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga merupakan satu cara

pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara

penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini sangat

menitikberatkan kepada pengetahuan dan untuk proses pembelajaran. Dengan

pengalaman yang sedia ada pada murid-murid, maka terciptalah

teori pembelajaran kognitif ini yang secara langsung memberikan implikasi-implikasi

kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ataupun murid-murid.

Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses

pembelajaran murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam

pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi

membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian,

pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya,

ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui

pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada.

Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan

ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi

kanak-kanak tersebut. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang

seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu

5

BMM 3117

murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan

kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari

peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai

pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan

memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah ,murid-murid

akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia

juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi

pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan

melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-

kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula

tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang

mereka miliki ketika di prasekolah. 

Di samping itu, pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaran

hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut

pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan

kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensorimotor ( sejak lahir

hingga 2 tahun), pra operasi ( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit ( 7 hingga 11 tahun)

dan operasi formal ( 11 tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang

di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut

peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan

kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. 

Dalam peringkat sensorimotor ini, kanak-kanak mula menggunakan deria

motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas

dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di

dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan

lambang yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor

dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek

yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Teori sensorimotor adalah teori pertama

dari empat teori. Piaget berpendapat bahawa pada tahap perkembangan ini, kita

perlu mengetahui kemampuan dan pemahaman spatial yang penting. Kemampuan

dan pemahaman tersebut terdapat dalam lima peringkat iaitu skema refleks, fasa

reaksi sirkular primer, fasa reaksi sirkular sekunder, koordinasi reaksi sirkular

sekunder dan fasa reaksi sirkular tertier .

6

BMM 3117

Dalam peringkat pra operasi pula, kanak-kanak sudah berupaya

mengembangkan aktiviti berbahasanya. Mereka mula merepresentasikan benda-

benda dengan kata-kata dan gambar. Bagaimanapun, mereka masih menggunakan

prinsip intuitif dan bukan logik. Pada permulaan teori ini, kanak-kanak lebih

cenderung bersifat egosentrik, iaitu tidak dapat memahami tempatnya di dunia dan

bagaimana hal tersebut berhubungan satu sama lain. Kanak-kanak mempunyai

masalah untuk memahami bagaimana perasaan dari orang di sekitarnya. Tetapi

seiring pendewasaannya, kemampuan untuk memahami perspektif orang lain

semakin baik. Kanak-kanak sudah mula memiliki pemikiran yang sangat imaginatif

dan menganggap setiap benda yang tidak hidup juga memiliki perasaan.

Peringkat seterusnya yang terkandung di dalam teori kognitif ini ialah

peringkat operasi konkrit. Pada peringkat ini, kanak-kanak dikaji antara usia enam

sampai dua belas tahun dan mempunyai ciri seperti penggunaan prinsip logik yang

memadai. Di antara proses-proses yang penting dalam teori ini seperti pengurutan,

klasifikasi, pembalikan, konservasi, dan ketiadaan sifat egosentrik.

Manakala, peringkat yang terakhir pula ialah peringkat operasi formal.

Peringkat ini mula dialami kanak-kanak dalam usia sebelas tahun iaitu waktu akil

baligh dan terus berlanjutan sehingga dewasa. Karakteristik kanak-kanak pada tahap

ini ialah seperti memperoleh kemampuan untuk berfikir secara abstrak, melakar

secara logik, dan membuat kesimpulan dari informasi yang sedia ada. Dalam

peringkat ini, seseorang kanak-kanak itu sudah dapat memahami beberapa perkara

seperti cinta, bukti logik, dan nilai. Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-

bahan konkrit. Kanak-kanak pada peringkat ini juga sudah tidak melihat sesuatu

hanya dalam bentuk hitam dan putih, sebaliknya mempunyai kombinasi warna yang

lain di sebaliknya. Jika dilihat dari faktor biologi, pada peringkat ini kanak-kanak

sudah mula mengalami akil baligh, menandakan penghijrahan dari alam kanak-

kanak ke alam dewasa secara fisiologi, kognitif, penalaran moral, perkembangan

psikoseksual, dan perkembangan sosial mereka. Tetapi sesetengah kanak-kanak

masih belum mencapai tahap ini sepenuhnya, sehingga mereka tidak mempunyai

keterampilan berfikir sebagai seorang dewasa dan tetap menggunakan penalaran

dari tahap operasi konkrit.

7

BMM 3117

2.3 Teori Mentalis

Teori Mentalis dipelopori oleh ahli Mentalis terkenal iaitu N.Chomsky. Teori

mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang

melibatkan aktiviti mental. Teori ini yang juga dikenali sebagai teori kognitif

menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses

dalam otak. Oleh itu, menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan

kebolehan semula jadi manusia. N. Chomsky, salah seorang pelopor teori ini

berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa

(Language Acquisition Device) atau LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai

kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Mangantar (1987), juga

berpendapat bahawa manusia memang dilahirkan bersama sesuatu yang

membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat. Beliau menyebut hal ini

sebagai hipotesis nurani, iaitu sesuatu yang dibawa lahir atau yang berada di dalam

manusia.

Sebenarnya, hipotesis ini pernah dikemukakan oleh Chomsky. Golongan

mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan

yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem

bahasa yang mereka peroleh. Golongan ini juga berpendapat bahawa manusia

mempunyai kompetens (competence) dan prestasi (performance) bahasa.

Kompetens di sini dapat diertikan sebagai rumus-rumus yang ada dalam mental

manusia. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur

berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Oleh hal demikian, teori ini

mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.

2.4Teori Interaksionalis.

Teori Interaksionalis (Bloom) Teori interaksionalis berkembang pada tahun-

tahun 60-an dan 70-an. Terdapat beberapa ahli bahasa mempelopori teori ini,

antaranya ialah Bloom, Bowennan, Cromer dan Halliday. Menurut Noor Aina Dani

(2007), golongan interaksionalis kelihatan telah berkompromi dengan mengambil

jalan tengah antara teori behavourisme dan mentalis. Mereka berpendapat bahawa

persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama

penting dalam pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Kanak-kanak selain

8

BMM 3117

menerima latihan bahasa yang pasif daripada ibu bapa mereka, juga dapat

memproses bahasa secara aktif kerana memiliki struktur dalaman dalam

pemerolehan bahasa. Faktor-faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi

dan kognitif memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-

kanak. Faktor-faktor ini saling berinteraksi lalu melakukan penyesuaian antara satu

sama lain.

Terdapat dua pendekatan utama bagi golongan interaksionalis iaitu

pendekatan kognitif dan pendekatan sosial. Pemahaman kanak-kanak tentang

bahasa berakar umbi daripada perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa

juga terlahir sebagai akibat persekitaran sosial yang disediakan oleh ibu bapa

mereka. Interaksi sosial antara kanak-kanak dan ibu bapa amat penting kerana

memberikan pengalaman bahasa bagi kanak- kanak. Halliday (1975), salah seorang

tokoh interaksionalis, beranggapan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak

melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Beliau berpendapat bahawa

kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk

berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Halliday juga

berpendapat bahawa proses kognitif penting dalam perkembangan bahasa,

khususnya dalam usaha kanak-kanak mentafsirkan makna yang terdapat dalam

situasi sosial mereka dan kemudian menggambarkan makna tersebut dalam bentuk

bahasa.

2.5 Teori Konstruktivisme

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur

konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran

di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak

ditekankan. Mengikut teori ini, pembelajaran merupakan unsur penting semasa

interaksi dalam kelas antara guru dan pelajar.

Misalnya, guru memberikan contoh ayat manakala murid pula membina ayat

setelah memahami konsep tersebut. Hal ini demikian dengan pembinaan semula

ayat tersebut dapat membangunkan semua minda bagi mencipta sesuatu atau idea

yang baru. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak

boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna.

9

BMM 3117

Oleh itu, murid perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman

masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak

boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah

satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah

bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi

realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid

adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea

dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat

baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan

kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat

dibina. Kesimpulannya, proses ini dinamakan sebagai konstruktivisme. Beberapa ahli

konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna

itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Mengikut Rutherford dan Ahlgren, murid mempunyai idea mereka sendiri

tentang hampir semua perkara, iaitu ada yang betul dan ada yang salah. Jika

kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,

kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam

peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

Seterusnya, John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan

mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara

berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala, dari persepektif epistemologi yang

disarankan dalam konstruktivisme pula, sebenarnya fungsi guru akan berubah.

Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian,

penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan

mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan

murid meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina

skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Selain itu, ia juga

10

BMM 3117

akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca

mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur

konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran

di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak

ditekankan. Mengikut teori ini, pembelajaran merupakan unsur penting semasa

interaksi dalam kelas antara guru dan pelajar.

Misalnya, guru memberikan contoh ayat manakala murid pula membina ayat

setelah memahami konsep tersebut. Hal ini demikian dengan pembinaan semula

ayat tersebut dapat membangunkan semua minda bagi mencipta sesuatu atau idea

yang baru. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak

boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna.

Oleh itu, murid perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman

masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak

boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah

satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah

bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi

realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid

adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea

dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat

baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan

kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat

dibina. Kesimpulannya, proses ini dinamakan sebagai konstruktivisme. Beberapa ahli

konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna

itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Mengikut Rutherford dan Ahlgren, murid mempunyai idea mereka sendiri

tentang hampir semua perkara, iaitu ada yang betul dan ada yang salah. Jika

kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,

kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam

11

BMM 3117

peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

Seterusnya, John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan

mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara

berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala, dari persepektif epistemologi yang

disarankan dalam konstruktivisme pula, sebenarnya fungsi guru akan berubah.

Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian,

penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan

mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan

murid meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina

skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Selain itu, ia juga

akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca

mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

12

BMM 3117

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan

  Objektivisme Konstruktivisme

Tanggapan

Utama

Pengetahuan wujud bebas dari

persekitaran dalaman dan

luaran pelajar. Fungsi sains

ialah untuk memastikan

pengetahuan disampaikan

secara objektif dan penjelasan

paling sesuai untuk

menghuraikan fenomena yang

diperhatikan.

Pengetahuan bukan objektif,

apa yang kita benar-benar tahu

dan faham hanyalah persepsi

kit. Ia ditentukan oleh kita

semua. Pengetahuan tidak

mempunyai struktur mutlak.

Setiap orang murid mempunyai

peranan dalam menentukan

apa yang akan mereka pelajari.

penekanan diberi kepada

proses berfikir dan kemahiran

berkomunikasi.

Kesan Guru menolong murid

membina pengetahuan dan

rangka konteks di mana ia

wujud. Mereka mengguna

analogi, contoh dan pelbagai

kaedah mengingat. Mereka

tanya soalan untuk membantu

murid

Guru menolong murid membina

kefahaman baru dan menolong

murid merakamkannya ke

dalam struktur kognitif sedia

ada. Mereka melakukannya

dengan menolong murid

membentuk analogi, contoh

dan kaedah mengingat murid

sendiri, dan guru menolong

murid membentuk soalan yang

perlu ditanya bagi membimbing

mereka ke arah kefahaman

yang lebih tinggi.

Respons Guru "ada perkara yang anda

hendak tahu dan saya akan

ajar kepada anda apa yang

"Ada perkara yang anda

hendak tahu dan saya akan

tolong anda mengetahui

13

BMM 3117

saya tahu"

"Saya ajari ini, mereka belajar

ini"

"Pelajar ini sungguh bijak,

mereka belajar apa saja yang

saya ajarkan"

bagaimana anda boleh belajar

mengenainya"

"Saya ajar ini, mereka belajar

itu"

"Pelajar ini sungguh bijak,

mereka belajar perkara yang

saya tidak pernah rancang

untuk ajar mereka"

 

2.5.1 Model Teori Konstruktivisme

Model pengajaran dan pembelajaran tersebut telah dicadangkan dalam

`Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Mengikut model ini, murid

digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Hal ini demikian, fasa

ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa

penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk

membantu murid mengubah idea asal mereka. Selain itu, murid diberi peluang untuk

14

BMM 3117

mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka.

Manakala, dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru

bagi menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan

idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir dalam teori tersebut

dan dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali. Dalam fasa

ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung

kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea

mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Terdapat 5 fasa dalam pengajaran berasaskan model konstruktivisme, iaitu;

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

I

Orientasi Menimbulkan minat dan

menyediakan suasana.

Amali penyelesaikan

masalah sebenar,

tunjukcara oleh guru,

tayangan filem, video dan

keratan akhbar.

15

BMM 3117

II

Pencetusan Idea

Penstrukturan

semula idea

Supaya murid dan guru

sedar tentang idea

terdahulu.

Amali perbincangan

dalam kumpulan kecil,

pemetaan dan laporan.

III

i. Pernjelasan dan

pertukaran

ii. Pendedahan

kepada situasi

konflik

iii. Pembinaan

idea baru

iv. Penilaian

Mewujudkan kesedaran

tentang idea alternatif yang

berbentuk saintifik.

Menyedari bahawa idea-

idea sedia ada perlu

diubahsuai,

diperkembangkan atau

diganti dengan idea yang

lebih saintifik.

Mengenalpasti idea-idea

alternatif dan memeriksa

secara kritis idea-idea sedia

ada sendiri.

Menguji kesahan idea-idea

sedia ada.

Pengubahsuaian,

pengembangan atau

penukaran idea.

Menguji kesahihan untuk

idea-idea baru yang dibina.

Perbincangan dalam

kumpulan kecil dan buat

laporan.

Perbincangan,

pembacaan, input guru.

Amali kerja projek,

eksperimen, tunjukcara

guru.

IV Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea

yang telah dibina dalam

situasi baru dan biasa.

Penulisan sendiri kerja

projek.

V Renungan

kembali

Menyedari tentang

perubahan idea murid.

Penulisankendiri,

perbincangan kumpulan,

16

BMM 3117

Murid dapat membuat

refleksi sejauh manakah

idea asal mereka telah

berubah.

catatan peribadi dan lain-

lain.

2.5.2 Prinsip-prinsip Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran

P&P yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh

"pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan

mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis

menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar

serta kepercayaan dan sikap pelajar.

Caine dan Caine (1991) menyenaraikan 12 prinsip pembelajaran teori

konstruktivisme. Pertamanya, otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak

17

BMM 3117

jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang

efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran. Pembelajaran melibatkan

keseluruhan fisiologi dan guru tidak seharusnya menumpukan kepada intelek sahaja.

Selain itu, usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif

menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik,

pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya. Usaha

untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif

menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global di samping

emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi,

perasaan dan sikap.

Tambahan pula, otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara

serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau

keseluruhan diabaikan. Dengan itu, pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan

persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran,

kebudayaan dan iklim. Manakala, pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar.

Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.

Selain terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan, iaitu sistem ingatan ruang

(spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu

mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan

pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.

Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan

dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif dan

Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik

darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar. Di samping itu, pengajaran

mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-

masing.

2.5.3 Ciri-ciri P&P Konstruktivisme

Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p

konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole

(1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk

menghasilkan senarai berikut, iaitu pelbagai perspektif dan representasi konsep dan

18

BMM 3117

isi kandungan didedah dan digalakkan. Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar

atau dalam perundinan dengan guru atau sistem.

Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan

pemudahcara. Manakala, aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan

untuk menggalakkan metakognisi, analisis, kawalan, refleksi dan penyedaran kendiri.

Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan

pembelajaran. Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan

tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi

dunia sebenar.

Sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan

kompleksiti dunia sebenar. Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta

diutamakan dan proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui

rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial. Sikap, kepercayaan dan pembinaan

pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan pengetahuan semasa.

3.0 TEORI HURAIAN BAHASA

Teori huraian bahasa merupakan teori tentang bagaimana bahasa bertindak

dalam otak manusia cuba menjelaskan antara lain, bagaimana manusia mengaitkan

isyarat atau bunyi bahasa, bagaimana manusia menggunakan sintaksis dan

bagaimana manusia dapat menyusun perkataan untuk menghasilkan dan

memahami kata-kata ber-urutan yang disebut ayat. Kajian bahasa manusia cuba

mengaitkan bunyi dengan makna yang dianggap sebagai amat berbeza dengan

komunikasi haiwan. Hal ini kerana keupayaan manusia untuk memperoleh

sintaksis terbina di dalam otak dan ciri-ciri sintaksis yang rumit tidak dapat

19

BMM 3117

difahami oleh makhluk yang bukan manusia. Keupayaan untuk menggunakan

sintaksis tidak wujud tanpa mengetahui peraturan tatabahasa bagi bahasa

tersebut. Oleh itu, kanak-kanak yang mempelajari sesuatu bahasa akan memilih

dengan teliti kemungkinan tatabahasa manusia dan secara logik memilih bahasa

yang dituturkan oleh komuniti bahasanya.

Sesetengah ahli bahasa menganggap bahasa ialah hasil daripada perkem-

bangan kecerdasan manusia yang memakan masa selama beratus-ratus tahun

serta interaksi antara manusia sejak berpuluh-puluh ribu tahun. Pendapat

sedemikian menyebut sintaksis dalam bahasa meningkat secara beransur-ansur,

malah sintaksis itu sendiri merupakan hasil tinggalan kebudayaan zaman lampau.

Teori seperti ini tidak dapat disahkan kebenarannya kerana tiada bukti yang

menunjukkan bentuk bahasa tidak boleh dipelajari. Namun demi-kian, ahli bahasa

bersetuju keupayaan manusia untuk menggunakan sintaksis nyata berbeza

daripada sebarang komunikasi haiwan. Keupayaan itu ialah hasil daripada

penyesuaian kemahiran yang dikembangkan untuk tujuan tertentu, misalnya

sintaksis dan ujaran yang tepat dapat memenuhi keperluan kelompok. Demikian

juga linguistik yang baik dapat menghasilkan kepaduan, kerjasama dan berpotensi

untuk digunakan semasa berinteraksi.

Teori evolusi Charles Darwin turut menarik perhatian ahli bahasa untuk

menyelidiki, sama ada terdapat lanjutan evolusi antara sistem isyarat haiwan

dengan bahasa manusia. Lanjutan daripada itu, mereka telah berusaha untuk

membuat penyelidikan bagi mengajarkan bahasa manusia kepada beruk. Mereka

mendapati haiwan primal tidak mempunyai anatomi yang diperlukan seperti alat

penghasilan ujaran manusia. Haiwan menggunakan bunyi dan isyarat tertentu

untuk berkomunikasi. Sebagai contoh, burung boleh menge-luarkan bunyi dalam

bentuk nyanyian, tetapi ada antara bunyi itu tidak berfungsi untuk berkomunikasi.

Hal ini kerana antara seekor burung dengan burung yang lain mempunyai bunyi

yang berbeza-beza walaupun bagi spesies burung yang sama.

20

BMM 3117

Dalam bidang bahasa itu sendiri sejak berpuluh-puluh tahun dahulu telah

wujud teori bagi mendeskripsikan bahasa rnanusia.Teori bahasa atau disebut

theory of language ialah teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri

dan fakta tentang struktur bahasa sejagat yang ada dalam semua bahasa

manusia di dunia ini. Menurut Hashim Hj. Musa (2006), falsafah bahasa

berminat tentang teori bahasa untuk mendapatkan sifat dan struktur umum semua

bahasa natif manusia. Sitat dan struktur umum sedemikian akan membekalkan

pengkaji beberapa generalisasi terhadap bentuk dan kandungan bahasa yang

boleh diasaskan kesimpulan untuk melahirkan kenaran tentang bentuk dan

kandungan pengetahuan konsepsi manusia. Teori itu tidak dapat menerangkan

kepada pengkaji generalisasi yang hanya boleh digunakan, bagaimanakah

hendak menggunakannya atau masalah falsafah yang manakah akan diselesaikan

jika menggunakan generalisasi sedemikian.

Teori bahasa yang mengkaji bentuk dan sifat umum dalam bahasa natif

manusia berbeza dengan huraian tentang sesuatu bahasa, iaitu yang menunjukkan

sifat tersendiri bagi sesuatu bahasa. misalnya huraian tentang bentuk .bahasa

Inggeris tentunya berbeza dengan huraian bentuk bahasa Melayu huraian

sedemikian merupakan linguistik deskriptif bagi sesuatu bahasa. Menurut beliau

lagi, teori bahasa sebaliknya cuba menghuraikan sifat umum ang terkandung dalam

semua bahasa asli manusia dengan melihat sifat dan teori yang merentasi semua

bahasa. Justeru, dalam kajian tentang sesuatu bahasa, pengkaji meneliti butiran

terperinci dalam setiap bahasa untuk mengetahui had perbezaan antara bahasa itu,

sedangkan dalam kajian ciri umum pengkaji ngin mengetahui had perbezaan itu.

Kedua-dua pendekatan ini saling ber-rantung antara satu sama lain. Huraian

terperinci sesuatu bahasa akan membekalkan pengkaji butir yang boleh

diabstrakkan untuk memperoleh pengitlakan tentang bahasa tersebut.

Lanjutan daripada itu beliau berpendapat kajian sifat umum tentang bahasa ikan

menunjukkan sifat yang serupa dalam semua bahasa yang boleh diasaskan sebagai

sifat mutlak yang harus ada dalam setiap huraian bagi mana-mana bahasa asli

manusia sekalipun. Justeru, sifat umum itu akan menjadi alat pengukur kejituan

huraian tentang mana-mana bahasa juga.Tegasnya, huraian Terperinci setiap bahasa

dapat memberikan sekumpulan sifat umum bagi semua bahasa dan sifat umum

21

BMM 3117

semua bahasa dapat menjadi alat pengukur tentang kejituan huraian terperinci bagi

setiap bahasa. Sifat umum bahasa narus hadir dalam semua bahasa asli manusia.

Oleh itu, kajian tentang bahasa umumnya berbentuk satu model yang dapat

menerangkan bagaimana hendak rnensistemkan fakta tentang tiap-tiap satu bahasa

asli manusia.

Pendapat beliau selanjutnya menjelaskan huraian tentang sesuatu bahasa

adalah benar secara empiris jika butir linguistik menunjukkan huraian demikian

dapat membezakan satu bahasa dengan bahasa yang lain, iaitu jika bukti empiris

menyokong dakwaan bahawa setiap huraian menunjukkan keadaan yang lengkap

dan mustahak bagi bahasa yang berlainan. Sebaliknya, teori bahasa menerima

sokongan empiris daripada huraian yang disahkan terhadap sesuatu bahasa.

Satu teori bahasa sejagat adalah sah selagi aturan bagi setiap huraian bahasa

asli yang jitu mempunyai bentuk yang dikehen-dakinya dan menggunakan rumus

yang diberikan status 'bahasa universal' atau kesejagatan dalam bahasa.

Justeru, sekumpulan fakta linguistik yang sama yang memberikan bukti empiris

untuk huraian linguistik juga mem-berikan bukti empiris bagi pengitlakan antara

bahasa untuk membentuk teori bahasa sejagat.

Ahli falsafah yang berminat dalam teori bahasa berusaha untuk menyelidiki

permasalahan makna, penggunaan bahasa, kognitif bahasa dan hubungan

bahasa dengan realiti. Masalah makna menibabitkan penjelasan tentang apakah

yang dimaksudkan dengan konsep pemaknaan, punca asal makna itu sendiri dan

bagaimana sesuatu makna itu dapat diketahui. Dalam bidang tatabahasa, mereka

berminat untuk menyelidiki bagaimana ayat dikarang kepada bentuk yang

bermakna hingga melampaui makna perkataan yang membinanya.Teori bahasa

juga menghuraikan apakah yang dilakukan oleh penutur dan pen-dengar apabila

berkomunikasi menggunakan bahasa dan bagaimanakah bahasa berhubungan

dengan minda. Pada zaman awal, sudah menampakkan aliran yang berbeza-beza

dalam menggambarkan bahasa.

Ahli falsafah bahasa telah mengemukakan pendapat dan hujahan berkaitan

dengan bahasa, antaranya ialah ahli falsafah yang sangat terkenal iaitu Plato.

Plato mengemukakan persoalan, sama ada nama sesuatu benda ditentukan oleh

persetujuan ataupun secara semula jadi. Beliau mengkritik mazhab

22

BMM 3117

konvensionalisme kerana berpendapat semua benda secara konvensionalnya dapat

dinamakan dengan sebarang nama. Hal ini bermakna pendapat ini tidak dapat

menerangkan pemakaian nama yang betul atau yang

salah. Plato mengatakan terdapat pembetulan semula jadi kepada nama.

Beliau memperkenalkan kata majmuk dan frasa yang mempunyai julat

pembetulan. Beliau juga mendakwa morfem juga tertakluk kepada

pembetulan semula jadi kerana setiap fonem mewakili idea asas. Namun

demikian, fonem itu sendiri tidak mempunyai makna tersendiri.

Aristotle mengemukakan persoalan dari segi logik, kategori dan pen-

ciptaan makna. Beliau mengasingkan semua benda kepada kategori

berdasarkan spesies dan genre. Beliau mengatakan makna predikat

diwujudkan melalui abstraksi persamaan antara benda. Teori ini kemu-

diannya dikenali sebagai nominalisme.

Ahli falsafah Stoik pula memberikan sumbangan yang penting dalam

analisis tatabahasa, terutama dari segi mengenal pasti lima golongan kata, iaitu

kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata hubung dan kata penentu. Mereka

juga menghasilkan doktrin tentang 'lekton' yang dikaitkan dengan sesuatu tanda

dalam bahasa, tetapi berbeza daripada tanda itu dan rujukannya. Lekton ini

merupakan makna kepada setiap istilah. Lekton sesuatu ayat kini dikenali sebagai

'preposisi'.

3.1 Aliran Tradisional

Aliran tradisional dalam kajian bahasa telah bermula sejak zaman silam Yunani,

iaitu kira-kira pada abad ke-5 sebelum Masihi. Pada zaman itu, kajian bahasa

merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli-ahli falsafah Yunani

menyelidiki tabii alam. Dari Yunani, deskripsi bahasa tradisional berkembang ke

Eropah pada zaman pertengahan dan akhirnya meresap ke dalarri beberapa bahasa

penduduk asal di situ. Deskripsi bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli falsafahYunani

berasaskan logik. Plato umpamanya, telah membahagikan golongan kata kepada

dua, iaitu nama dan perbuatan. Nama ditakrifkan sebagai kata yang dapat

23

BMM 3117

berfungsi sebagai subjek dalam ayat, manakala perbuatan pula membayangkan

tindakan.

Ayat telah didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang

lengkap. Ayat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat

seru dan ayat perintah berdasarkan logika juga. Seterusnya, bahagian-bahagian

ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan. Aliran tradisional

berpendapat tatabahasa ialah satu cara yang dilakukan bagi men-deskripsikan

bahasa dan tertakluk kepada hukum dan peraturan tertentu. Dalam aspek huraian

bahasa, analisis tradisional menampakkan beberapa kelemahan, misalnya ia tidak

mempunyai kerangka teoritikal yang konkrit. Kerangka teoritikal penting kerana ia

boleh dijadikan dasar analisis dan digunakan untuk menghasilkan kebulatan kepada

dapatan kajian. Selain itu, dari segi analisis makna, ia tidak melibatkan aspek

konteks.

Aliran tradisional telah melahirkan tatabahasa tradisional atau traditional

grammar yang telah diterima daripada sumber Greek dan Rome kuno. Aliran ini

digunakan bagi menyatakan konsep atau idea tentang struktur bahasa yang

dikemukakan oleh masyarakat Barat. Istilah ini digunakan bagi membezakan

idea tersebut daripada linguistik yang sezaman dengannya. Tatabahasa

tradisional berusaha untuk menghuraikan sesuatu bahasa, menganalisis dan

menjelaskan konstituen ayat yang dibentuk dengan baik. Aspek kajian tertumpu

pada struktur permukaan dan bukan makna ayat. Faedah tatabahasa ini ialah

tatabahasa ini memberikan pernaharnan asas kepada mereka yang belajar bahasa

tentang binaan bahasa serta dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran

menulis.

Tatabahasa tradisional bukan merupakan gabungan teori yang berusaha

untuk menjelaskan struktur kesemua bahasa yang ada di dunia ini mengguna-kan satu

set konsep yang unik. Tatabahasa ini berpecah kepada tradisi yang berbeza-beza

bagi bahasa yang berbeza. Dengan kata lain, setiap bahasa mempunyai

perbendaharaan kata tradisional mereka dan cara analisis yang tersendiri. Sebagai

contoh, setiap bahasa Eropah mewakili dan menyesuaikan tatabahasa Latin ke dalani

bahasa yang tertentu.

24

BMM 3117

3.2 Teori Struktural

Sejarah kemunculan aliran struktural pernah dikaitkan dengan tumbuhnya

linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilniiah di Amerika.Aliran ini niuncul

sebagai tentangan terhadap dasar nasional dan kaedah huraian bahasa yang

dilakukan oleh aliran tradisional. Linguistik aliran struktural pertama kali

diperkenalkan pada pertengahan abad ke-20 ketika kajian bahasa Indo-Eropah

sedang berkembang. la dinamakan tatabahasa struktural yang berusaha untuk

menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa dengan berdasarkan analisis deskripsi

Struktur ayat.Tatabahasa ini mula diperkenalkan oleh Leonard Bloomfield (1887-1949)

dan hasil kerja oleh Edward Sapir (1884-1939). Buku beliau berjudul Language

(Bloomfield, 1933) menjadi buku rujukan yang standard bagi mereka yang

mendalami bidang linguistik berdasarkan pendekatan tatabahasa struktural. Beliau

telah memperkenalkan sebuah seko-lah pemikiran yang kemudian dikenali sebagai

linguistik struktural Amerika.

Tatabahasa struktural menganalisis bagaimana kata dibentuk dan bagaimana ia

digunakan secara bersama-sama bagi membentuk ayat.Tatabahasa ini ber-fokus

kepada bentuk bahasa, misalnya ia menekankan ayat terdiri daripada kata nama dan

kata kerja.Tatabahasa struktural juga menganalisis secara struktural tentang kata dan

pembentukan kata bagi mengenal pasti frasa kerja. Aliran struktural berpendapat

bahasa sebenar ialah bahasa lisan dan harus dikaji sebagai sistem lambang-lambang

pertuturan. Bahasa dihuraikan secara deskriptif dan kajiannya bersifat saintifik dan

empirikal. Analisis bahasa struktural bersifat structure-centred. Bahasa yang dianalisis

oleh aliran ini bermula daripada bunyi, diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat,

termasuk juga unsur-unsur suprasegmental. Kategori tatabahasa tidak

didefinisikan mengikut makna, tetapi mengikut distribusi masing-masing.

Struktur setiap unit bahasa dihuraikan tanpa kaitan dengan aspek universal bahasa.

Huraiannya bersifat formal dan tidak menipertimbangkan ciri psikologi, logik dan

metafizika.

Golongan kata dibuat berasaskan distribusi dan fungsi setiap unit linguistik. Istilah

nama, perbuatan dan sebagainya yang digunakan sebelum itu disingkir-kan, sebaliknya

25

BMM 3117

kata dibahagikan mengikut kelas, umpamanya kelas satu, kelas dua dan

sebagainya. Tumpuan analisis bahasa struktural semata-mata pada Struktur

permukaan. Huraian bahasa yang dilakukan adalah dengan memenggal bahagian-

bahagian dalam ayat kepada konstituennya. Konstituen yang paling kecil ialah kata,

kemudian frasa dan diikuti oleh klausa, subjek, dan predikat. Analisis bahasa pada

zaman ini bersifat formal dan tidak r.engambil kira makna. Analisis ini hanya

mengkaji fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat dan dirujuk sahaja dan tidak

melibatkan faktor-faktor bukan linguistic serta perkara-perkara yang tidak dapat

diamati.

Tatabahasa struktural merupakan pendekatan kajian bahasa yang berfokus

kepada binaan ayat.Tatabahasa struktural kurang memberikan perhatian pada

implikasi perkataan yang digunakan bagi menghasilkan ayat, sebaliknya pada binaan

ayat itu sendiri.Tatabahasa struktural menyelidiki struktur ayat dalam dokuman bertulis

dan membuat andaian bahawa apa yang dilihat pada struktur permukaan juga

merupakan makna yang menjurus kepada kata-kata .ialam ayat. Namun demikian,

ahli tatabahasa bersetuju tatabahasa struktural menyediakan rangka yang perlu bagi

menyampaikan idea dan pemikiran daripada seorang kepada seorang yang lain.

Sebagai contoh, orang akan meng-gunakan struktur tatabahasa yang betul bagi

menyampaikan idea dan membuat pernyataan tertentu berdasarkan subjek yang

pelbagai. Dengan ini, membolehkan individu berkomunikasi tanpa menghadapi

sebarang kesukaran kerana tatabahasa struktural sangat menekankan struktur ayat

yang betul.

3.3 Aliran Transformasi Generatif

Selain aliran tradisional dan struktural, terdapat juga cara lain dalam meng-

huraikan bahasa, iaitu analisis transformasi generatif ataulebih dikenali sebagai

tatabahasa generatif. Deskripsi bahasa tatabahasa generatif dipelopori oleh Noam

Chomsky yang merupakan ahli falsafah linguistik Amerika. Aliran ini bermula pada

tahun 1957 dengan terbitnya buku Syntactic Structures.Tahun 1957 dikatakan sebagai

asas peringkat pertama dan tahun 1965 pula dianggap sebagai peringkat kedua dalam

perkembangan tatabahasa generatif. Dalam menghuraikan bahasa pada peringkat

26

BMM 3117

pertama, aliran ini menggunakan Model Teori Struktur Sintaksis yang melibatkan

rumus struktur frasa, transformasi dan fonologi. Pada peringkat kedua, timbul pula

Extended Standard Theory yang menekankan komponen sintaksis, semantik dan

fonologi.

Teori tatabahasa generatif menyatakan seseorang penutur jati sesuatu bahasa

mempunyai kecekapan berbahasa. Kecekapan ini pula dikatakan mengan-dungi

satu set rumus yang bersifat eksplisit. Dengan adanya set rumus ini, penutur jati

berkemampuan untuk membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam

bahasanya.Teori tatabahasa generatif mengandaikan terdapat dua peringkat struktur

ayat, iaitu peringkat struktur permukaan dan peringkat struktur dalaman.Kedua-dua

peringkat ini diterbitkan oleh duajenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus struktur

frasa menerbitkan ayat pada peringkat struktur dalaman, manakala rumus struktur

transformasi berfungsi untuk menukarkan pola atau struktur ayat tersebut hingga

membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori ini mengandaikan kedua-

dua jenis rumus ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa se-

seorang individu.

Dalam menghuraikan bahasa, transformasi generatif menggunakan dua set

peraturan sintaksis, iaitu peraturan frasa yang menghasilkan struktur dalaman dan

peraturan transformasi yang berperanan untuk menukarkan struktur dalaman

kepada struktur permukaan. Huraian bahasa bersifat rasional dan urutan yang

teratur daripada rumus-rumus. Selain itu, ia mengambil kira aspek semantik dalam

mendeskripsikan bahasa. Melalui aspek makna, kajian terhadap ayat yang

berparafrasa dan ayat taksa dapat dipermudah.Begitu juga dalam menentukan

kegramatisan ayat, aspek makna turut dilibatkan.

Struktur dalaman menghasilkan hubungan semantik ayat dan dirajahkan pada

struktur permukaan melalui kaedah transformasi. Ahli tatabahasa generatif percaya

terdapat persamaan antara struktur dalaman bahasa dan struktur ini merupakan ciri

yang ada pada semua bahasa. Struktur dalaman ini lebih bersifat teknikal dan

berkaitan dengan teori semantik. Istilah transformasi pula seolah-olah memberikan

gambaran teori tatabahasa generatif merupakan satu model bagi menggambarkan

proses bagaimana minda manusia membina dan memahami ayat.Walau

27

BMM 3117

bagaimanapun, model tatabahasa generatif lebih merupakan suatu pengetahuan

yang menjelaskan keupayaan manusia bertutur dan memahami. Pengetahuan

tersebut bersifat alamiah misalnya, seseorang bayi boleh mempunyai sejumlah

pengetahuan tentang struktur bahasa secara umum dan kemudian hanya

memerlukan pembelajaran yang berlaku secara sendiri tentang ciri bahasa yang

didedahkan kepadanya.

Ahli tatabahasa generatif percaya manusia tidak terlepas daripada melaku-kan

kesalahan linguistik apabila bertutur dalam dunia sebenar. Mereka men-dakwa

kesalahan dalam keupayaan linguistik tidak berkaitan dengan kajian kecekapan

linguistik. Mereka membuat pemisahan antara tatabahasa yang mempunyai

'pemerian rnencukupi' dengan yang mempunyai 'penjelasan mencukupi'.

Tatabahasa yang mempunyai pemerian mencukupi bagi sesuatu bahasa merujuk

kepada set ayat gramatikal yang alamiah dalam bahasa itu, yang berfungsi untuk

menjelaskan bahasa itu secara keseluruhannya. Tatabahasa yang mempunyai

penjelasan mencukupi pula merupakan ciri tam-bahan yang memberikan suatu

tanggapan kepada struktur linguistik yang tersembunyi dalam minda manusia. la

bukan hanya menghuraikan tatabahasa bagi bahasa itu, malah membuat andaian

tentang bagaimana pengetahuan linguistik itu digambarkan secara mental. Pendapat

ahli tatabahasa generatif tersebut memang tidak terlepas daripada kritikan dan

kontroversi.

3.4 Teori Fungsional

Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli bahasa

fungsional iaitu Halliday dan Wilkins berpendapat bahawa teori ini bukan sahaja

mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian

terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Kajian bahasa bukan semata-mata

tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-

perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu

berkomunikasi. Teori ini wujud dalam pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan

bahasa. Teori ini mengkaji tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa

28

BMM 3117

ketika seseorang berkomunikasi. Ahli fungsionalis menganggap bahasa sebagai

alat perhubungan. Fungsionalisme mementingkan aspek semantik.

Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.

Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Teori ini juga

turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang

ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu

berkomunikasi.

3.4.1 Ciri-Ciri Bahasa Fungsional

Secara keseluruhannya, sistem bahasa digunakan oleh masyarakat untuk

berhubung atau berkomunikasi. Bahasa yang digunakan juga tidak terhad malah

bersifat universal. Sama ada seseorang itu menggunakan bahasa secara rasmi

mahupun tidak rasmi, fungsi bahasa tetap merupakan alat komunikasi yang luas dan

tidak statik. Fungsi bahasa tidak bersifat seperti satu sistem yang tertutup dan statik.

Hal ini kerana, asas elemen yang terdapat dalam struktur bahasa ialah semantik dan

bukannya sintaksis. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu

bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Terdapat

beberapa variasi dalam penggunaan bahasa yang timbul akibat tekanan sosial.

Antaranya ialah dialek, laras bahasa, slanga, dan sebagainya. Selain itu, ciri-ciri

bahasa yang lain ialah sebagai alat perhubungan dan melalui bahasa penutur boleh

menggambarkan fikiran dan diri atau identiti penutur yang berkenaan.

Banding Beza Teori Huraian Bahasa

Aspek Pengaruh Sifat

Aliran Tradisional Dipengaruhi oleh

ilmu falsafah.

Bersifat

preskriptifdan

subjektif.

29

BMM 3117

Aliran Struktural Dipengaruhi oleh

teori psikologi

behaviurisme.

Bersifat deskriptif,

objektif dan

empirikal.

Aliran Transformasi

Generatif

Dipengaruhi oleh

aliran kod kognitif.

Bersifat

rasionalistik.

Aliran Fungsional Dipengaruhi oleh

teori kod kognitif.

Bukan satu sistem

yang statik, tetapi

bersifat bertenaga

dan terbuka.

Kajian Bahasa Konsep Kesejagatan

Aliran Tradisional Mementingkan

makna.

Menerima konsep

kesejagatan.

Aliran Struktural Mementingkan

bentuk-bentuk

Tidak menerima

konsep

30

BMM 3117

formal. kesejagatan.

Aliran Transformasi

Generatif

Mementingkan

makna daripada

struktur.

Menerima konsep

kesejagatan.

Aliran Fungsional Mengkaji dari segi

struktural dan

fungsi bahasa

sebagai alat

komunikasi.

Menerima konsep

kesejagatan.

4.0 DEFINISI DAN KONSEP STRATEGI

Strategi merupakan suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-

kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa

serta kemudahan secara optimum (Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m/s 8).

Perkataan strategi juga dapat diertikan sebagai langkah-langkah atau taktik yang

perlu diambil oleh seseorang untuk menjayakan sesuatu perancangan. Konsep

strategi ialah satau cara, langkah atau tindakan yang harus dilakukan untuk

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Manakala, kata strategi menurut Kamus Dewan 1998 pula dapat didefinisikan

sebagai rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Antara

31

BMM 3117

strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah strategi berpusatkan

murid, berpusatkan guru, berpusatkan bahan pelajaran, kepelbagaian teknik,

kepelbagaian sumber lain, penggunan tatabahasa tetap, P&P bertema, bacaan luas,

penggabungjalinan, penyerapan, penialian, pemulihan, pengayaan dan juga

sebagainya.

Dalam strategi berpusatkan guru, guru memainkan peranan yang amat

penting dalam proses pengajaran tersebut. Hal ini demikian, ini berlakunya

komunikasi sehala, iaitu guru sebagai pembimbing dan pendidik di hadapan. Oleh

itu, para pelajar tidak dibenarkan untuk menjalankan atau melakukan sesuatu. Dalam

konteks tersebut, kepimpinan guru adalah secara autokratik dan pencapaian objektif

guru perlu diutamakan. Selain itu, penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan

daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), penyampaian fakta

adalah secara menghafal. Ini menyebabkan interaksi di antara murid dengan guru

adalah pasif. Ini juga melibatkan murid-murid kurang kreatif tidak berinitiatif dalam

menjalankan sesuatu perkara kerana mereka tidak dirangsangkan dengan

persoalan-persoalan oleh guru. Misalnya, dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, guru menggunakan kaedah dan teknik penerangan, demonstrasi,

syarahan, bercerita dan juga sebagainya. Oleh itu, bagi kefahaman para pelajar

tersebut, guru seharusnya bercerita mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri

kepada muridnya.

Manakala, ciri-ciri strategi pemusatan murid pula melibatkan murid yang

memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses

tersebut merupakan komunikasi dua hala, iaitu antara guru dan pelajar-pelajarnya.

Hal ini demikian bagi menggalakkan murid memberi pendapat masing-masing

tentang sesuatu perkara kerana penglibatan murid perlu banyak bercakap daripada

gurunya. Oleh itu, objektif pencapaian murid-muris tersebut adalah diutamakan.

Perkembangan murid secara menyeluruh dan seimbang daripada segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Dalam strategi tersebut, ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan

murid dan peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak

32

BMM 3117

ansur, tolong-menolong). Melalui strategi tersebut pula, kaedah kumpulan atau

perbezaan dan minat dalam kalangan murid dapat dipupuk. Murid-murid akan lebih

bersifat kreatif dan berinitiatif untuk maju kehadapan. Misalnya, dalam proses P&P

guru boleh menggunakan kaedah dan teknik projek, inkuiri-penemuan,

perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan,

sumbangsaran, kumpulan kecil dan sebagainya. Oleh itu, guru membimbing murid

dalam perbincangan mengenai kesedaran dan tanggungjawab menjaga kebersihan

diri.

Bagi strategi pemusatan bahan pelajaran pula, kebergantungan kepada

bahan adalah perlu untuk mencapai objektif pengajaran. Ini melibatkan komunikasi

atau interaksi berlaku antara guru dan bahan atau murid dengan bahan

pembelajaran. Dalam strategi tersebut, penekanan diberikan kepada aspek jasmani,

rohani, dan kognitif. Oleh itu, murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan sikap

untuk berdikari. Hal ini demikian menjadikan pengajaran lebih bermakna, menarik

dan berkesan. Peluang untuk berinteraksi antara murid juga banyak dan secara

tidak langsung sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil,

ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya selain pengetahuan abstrak dapat

dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran.

Dalam strategi penggabungjalinan, proses P&P melibatkan aktiviti atau

kemahiran membaca, bertutur dan menulis. Penggabungjalinan amat

memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak. Selain

itu, bagi murid-murid cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses

pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang

terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain

ataupun sebagai integrasi beberapa kemahiran. Prosesnya bersepadu dan

menyeluruh selain aktiviti dapat dipelbagaikan dengan menarik. Oleh itu,

kemahiran utama menjadi fokus dan organisasi kemahiran fleksibel di samping

kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.

33

BMM 3117

Strategi penyerapan mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan

dalam sesuatu pembelajaran. Hal ini demikian, berbagai unsur telah diserapkan

dalam satu mata pelajaran tersebut. Selain itu, bilangan mata pelajaran dalam

penyerapan adalah fleksibel dan organisasi isi kandungan pula mengandungi

unsur utama dan unsur sampingan. Proses penyerapan boleh berlaku serentak

dengan proses penggabungjalinan yang melibatkan bebrapa kemahiran-

kemahiran lain. Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan

pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali.

Oleh itu, strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos

yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran dan pembelajaran

yang paling maksimum. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur

ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran

belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini

mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

Tambahan lagi, program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam

Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi

kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang

berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh

diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa

yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Seterusnya, program pemulihan pula disediakan untuk membantu murid

menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang

ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud,

alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-

peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini

adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan

maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif

pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan

34

BMM 3117

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian

berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas

seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan

setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti

pengayaan yang sesuai bagi murid.

5.0 DEFINISI DAN KONSEP PENDEKATAN

Definisi perkataan pendekatan itu dapat dihuraikan sebagai cara atau

langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti

menyelesaikan masalah (Kamus Dewan, 1998). Manakala, mengikut Edward M.

Anthony 1963 pula, pendekatan dapat dikonsepkan dengan satu set andaian

yang saling berkait dengan proses P&P serta mempunyai unsur aksiomatik .

perkataan pendekatan itu sendiri juga dapat diertikan sebagai jalan yang diambil

dalam melakukan sesuatu perkara.

Pendekatan dapat dihuraiakan sebagai satu kumpulan andaian yang

saling berkaitan tentang hakikat bahasa dan hakikat pengajaran bahasa. Oleh

itu, setiap pendekatan harus mencerminkan satu pandangan, iaitu falsafah

tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana

dikuasai dan diperolehi, dilahirkan dan difahami. Gestalt menerangkan bahawa

kita mempelajari situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari eleman-

elemen situasi ini. Jika kita menerima ini sebagai satu teori pembelajaran, maka

kita boleh jadikannya sebagai satu pendekatan.

Oleh itu, antara pendekatan yang sering digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) ialah pendekatan induktif, deduktif, eklektif dan komunikatif.

Pendekatan induktif merupakan proses penaklukan yang tinggi. Semasa proses

penakulan, pelajar diajar sesuatu pengajaran secara langsung tetapi digalakkan

mencari, meneliti dan mempelajari dengan sendirinya. Selepas itu, mereka akan

mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh

mereka. Pendekatan tersebut dimulakan dengan sesuatu bab atau contoh dan

bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Kemudian, guru mengumpulkan

contoh-contoh daripada teks dan menerangkan bagaimana ia berfungsi serta

membantu pelajar merumuskan satu kumpulan yang sesuai.

35

BMM 3117

Manakala, pendekatan deduktif pula memperlihatkan hukum-hukum, sesuatu

teori atau peraturan tertentu. Seterusnya, pembelajaran diteruskan dengan

menganalisis hukum-hukum tersebut melalui contoh-contoh yang berbentuk konkrit.

Berdasarkan pendekatan tersebut, seseorang dapat pelajari sesuatu berdasarkan

sesuatu hukum. Pendekatan deduktif juga merupakan satu proses penaakulan yang

tinggi seperti dalam pendekatan induktif. Selain dapat dinyatakan sebagai satu

produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan yang umum. Antara cirinya yang

lain ialah menganalisa fakta atau isi yang membentuk generalisasi dan membuat

satu pencerakinan daripada yang umum kepada yang spesifik.

Pendekatan eklektik merupakan gabungan antara beberapa pendekatan yang

terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan tersebut adalah

bersesuaian bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan juga

pencapaian. Pada kebiasaannya, pendekatan ini diambil daripada pelbagai ciri yang

baik dan ini akan menyakinkan murid-murid. Manakala, sifat pendekatan ini adalah

bersifat luwes, iaitu bebas atau pun tidak terikat dan mudah untuk diubah-ubah.

Dalam pendekatan tersebut juga, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah kerana

tidak terikat pada satu kaedah sahaja. Selain itu, guru dapat menggunakan usaha

dan daya kreativitinya sendiri.

Tambahan pula, pendekatan komunikatif dalam proses P&P lebih berfokuskan

kepada para pelajar. Pendekatan ini menyarankan supaya murid-murid diberi

peluang untuk menggunakan bahasa itu dalam konteks sosial tertentu. Murid

didedahkan kepada kecekapan sosiolinguistik, iaitu pengetahuan tentang peraturan

penggunaan bahasa. Dalam pendekatan tersebut, makna sangat dipentingkan dan

murid akan mengetahui tujuan sebarang aktiviti tersebut dijalankan. Pengajaran

bahasa dibuat dalam konteks wacana dan mengikut proses komunikasi yang

sebenarnya. Keupayaan berkomunikasi adalah matlamat pembelajaran.

5.0 Definisi dan Konsep Kaedah

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita

memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan

bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu,

36

BMM 3117

sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun

untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan

yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala

aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal

dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah

seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan

masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan

lain-lain lagi.

Kaedah merupakan cara teratur, kemas dan sistematik. Perkataan kaedah

juga dapat dinyatakan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu. Ditambah

pula dengan satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif

pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek serta satu ikhtiar keseluruhan

dikehendaki dalam satu prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu

pendekatan yang dipilih, (Edward M. Anthony, 1963 ).

Manakala, kaedah pengajaran melibatkan beberapa langkah atau kegiatan

yang mempunyai urutan yang tertentu. Teknik-teknik pengajaran pula menghuraikan

tentang kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu

kaedah. Selain itu, kaedah juga dapat diertikan sebagai kemahiran guru yang

digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu

aktiviti P&P. Satu muslihat atau strategi atau kemahiran digunakan guru dengan

tujuan mencapai objektif pelajaran secara optimum, ( Edward M. Antony (1963) ).

Konsep kaedah pula ialah satu perancangan atau prosedur bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah

juga merupakan langkah-langkah atau lebih dikenali lagi sebagai peringkat-peringkat

pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambunganb yang harus dituruti dengan

saksama bagi menepati satu objektif pengajaran. Dalam P&P, terdapatnya pelbagai

kaedah, misalnya kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah terus,

kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod kognitif, kaedah bahasa komuniti,

kaedah oral-aural, kaedah situasional, kaedah askar, kaedah penglibatan balas

fizikal, kaedah suggestopea dan sebagainya.

37

BMM 3117

7.0 DEFINISI DAN KONSEP TEKNIK

Teknik pengajaran dan pembelajaran merupakan penggendalian tentang

sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah, iaitu digunakan

untuk mencapai sesuatu obektif (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Teknik juga lebih

dikenali sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahasa

pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar. Oleh itu, teknik yang dipilih haruslah

sejajar dengan kaedah dan seirama dengan pendekatan yang digunakan. Antara

jenis teknik termasuklah teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi,

teknik bercerita, teknik inkuari, teknik perbahasan, teknik kuiz, teknik perbincangan,

teknik forum, teknik menyanyi, teknik penyamapaian laporan, teknik bersyarah,

teknik berpuisi, teknik dialog, teknik soal jawab dan lain-lain lagi.

Andaikan seseorang itu ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng.

Maka sudah tentu seseorang itu perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus

dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah

dimaksudkan sebagai teknik. Oleh kerana itu, bolehlah dinyatakan di sini bahawa

semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik.

Umpamanya untuk menggoreng ikan, seseorang itu perlu memanaskan kuali terlebih

dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan

melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam

minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas.

Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng.

Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat

berbeza.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus

yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai

teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat

kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan

kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita

yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan,

kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan, mimik muka serta kedudukan

murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

38

BMM 3117

Banding Beza Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P).

Jenis-Jenis

Pendekatan Huraian Strategi Kaedah Teknik

Pendekatan

Induktif

Khusus

kepada

umum.

Pengaja

ran

mendap

atkan

Berpusatkan guru.

Terus

atau

semulaj

adi.

Oral-

aural.

Linguisti

Berbinca

ng.

Brainstor

ming.

Soal

jawab.

39

BMM 3117

hukum.

Banyak

menggu

nakan

contoh.

k.

Fonetik.

Pendekatan

Deduktif

Umum

kepada

khusus.

Pengaja

ran

berdasar

kan

hukum.

Kemuka

kan

generali

sasi.

Berpusatkan guru.

Linguisti

k.

Semulaj

adi.

Terus.

Main

peranan.

Bercerit.

Lakonan/

drama.

Tunjuk

cara.

Pendekatan

Eklektik

Gabung

an

induktif

dan

deduktif.

Pengaja

ran

mengiku

t

keboleh

an dan

kemamp

uan

kanak-

kanak.

Linguisti

k .

Oral-

aural.

Semulaj

adi.

Terus.

Penyeles

aian

masalah.

Tunjuk

cara.

Latih tubi.

Soal

jawab.

40

BMM 3117

Pendekatan

Komunikatif

Bahasa

sebagai

satu

komunik

asi.

Pengaja

ran lebih

kepada

dialog.

Situasi

yang

menyeru

pai

keadaan

sebenar.

Linguisti

k.

Oral-

aural.

Terus.

Bercerit.

Brainstor

ming.

Soal

jawab.

Berbinca

ng.

Permaina

n

bahasa.

Sumber : Kamaruddin Haji Husin (1988)

9.0 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P).

PERSEDIAAN RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 5 YAKIN

1. Butiran Am

Tarikh : 24.3.2010 (Rabu)

41

BMM 3117

Masa : 8.40 – 9.40 pagi (60 minit)

Tahun : 5 Yakin

Bilangan Murid : 40 orang (21 lelaki, 19 perempuan)

Umur : 11 tahun

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Sukan dan Rekreasi

Tajuk : Dadah

2. Hasil pembelajaran

Fokus utama :

9.2. Mengenal pasti isi-isi penting daripada bahan yang dibaca.

Aras 1

i. Memilih dan menulis maklumat-maklumat penting yang terdapat

dalam petikan yang dibaca.

Fokus sampingan :

6.4. Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang

menyeluruh.

Aras 1

i. Menyatakan gambaran umum tentang sesuatu teks yang dibaca.

3. Objektif pelajaran

42

BMM 3117

i. Membolehkan murid menganalisis isi-isi penting berdasarkan petikan yang

diberi.

ii. Murid membaca pantas secara luncuran untuk menyatakan gambaran

umum tentang penagihan dadah.

iii. Memilih dan menulis maklumat-maklumat penting yang terdapat dalam

petikan penagihan dadah tersebut.

4. Sistem bahasa:

Tatabahasa - kata hubung

Kosa kata - memudaratkan, menangani, najis, menular,

kancah, dokumentari, generasi, membanteras

5. Pengisian kurikulum :

i. Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan

ii. Nilai murni : Kasih sayang, kebersihan fizikal dan mental,

rasional, kesedaran

6. Bahan bantu mengajar :

i. Persembahan multimedia

ii. Poster-poster penagihan dadah

iii. Video dadah

iv. Senikata lagu ‘Dadah Durjana’

v. Komputer riba

vi. Kad manila

vii. LCD

viii. Teks “Dadah”

ix. Lampiran kerja

7. Pengetahuan Sedia Ada

Murid pernah didedahkan dengan kata hubung pada pelajaran yang

lalu.

Murid pernah membaca tentang penagihan-penagihan dadah

43

BMM 3117

Murid juga pernah melihat tentang gambar-gambar dan video

penagihan dadah

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

( 5 minit )

i. Gambar alat-

alat tentang

aktiviti

penagihan

dadah.

i. Persembahan

multimedia

tentang kesan-

kesan

penyalahgunaa

n dadah?

ii. Contoh soalan

a. Apakah

yang kamu

faham

tentang

gambar-

gambar

yang

ditunjukkan

?

b. Adakah

kamu

pernah

melihat

peristiwa-

peristiwa

tersebut?

iii. Guru

mengaitkan set

induksi dengan

tajuk pelajaran

BBM:

Persembaha

n multimedia.

Poster-poster

tentang

penagihan

dadah.

Nilai murni :

Rasional.

44

BMM 3117

pada hari ini.

iv. Guru

mempamerkan

poster-poster

tentang aktiviti

penagihan

dadah.

v. Murid meneliti

sambil

memahami

gambar yang

terdapat pada

poster dan

guru bersoal

jawab dengan

murid.

vi. Guru meminta

murid-murid

berdiri bagi

menyanyikan

lagu tema

dadah, iaitu

‘Dadah

Durjana’.

Langkah 1

(5 minit)

i. Contoh soalan :

a. Adakah

kamu

pernah

membaca

tentang

aktivti

penagihan

dadah?

i. Murid-murid

memberikan

respon

berdasarkan

soalan yang

diberikan oleh

guru.

45

BMM 3117

b. Adakah

kamu

pernah

menghadiri

ceramah

tentang najis

dadah yang

dianjurkan

oleh Agensi

Anti Dadah

Kebangsaan

?

Langkah 2

(25 minit)

i. Teks bertajuk

“Dadah”.

(Lampiran 1)

i. Guru

mengedar teks

“Dadah”

kepada murid.

ii. Murid diminta

untuk

membaca

pantas secara

luncuran untuk

mendapatkan

gambaran

umum tentang

dadah.

iii. Guru meminta

murid secara

rawak untuk

membaca teks.

iv. Murid diminta

menyenaraikan

punca dan

langkah-

Nilai murni :

i. Kesedara

n

mengenai

bahaya

dadah.

ii. Tanggung

jawab

46

BMM 3117

langkah

berdasarkan

arahan yang

diberikan oleh

guru.

v. Murid diminta

ke hadapan

untuk menulis

jawapan yang

betul di papan

tulis.

vi. Guru

memberikan

jawapan yang

tepat kepada

murid-murid.

Langkah 3

(20 minit)

i. Tatabahasa.

a. Kata

hubung.

ii. Latihan (papan

tulis, BBM)

i. Guru

berbincang

dengan murid

tentang kata

hubung.

ii. Murid diminta

membuat

latihan

tatabahasa

dengan

bimbingan

guru.

BBM : Teks Dadah

dan kad manila.

Penutupan

( 5 minit )

Rumusan

c. Isi pelajaran

d. Nilai murni

i. Permainan kuiz

a. Isi pelajaran

i. Guru

mengimbas

kembali

pelajaran yang

telah dijalankan

Nilai murni:

Kesedaran

Rasional

47

BMM 3117

ii. Nyanyian lagu

‘Dadah Durjana’

(Lampiran )

sepanjang

waktu P&P

tersebut.

ii. Secara

sumbang

saran, guru

bertanya

tentang nilai-

nilai murni dan

pengajaran.

iii. Berdasarkan isi

pelajaran, iaitu

‘Dadah’, guru

bertanyakan

soalan secara

rawak dan

memberikan

hadiah kepada

beberapa

murid yang

berjaya

menjawab

soalan

tersebut.

iv. Sebelum

mengakhiri

P&P, guru

meminta murid

menyanyikan

semula lagu

‘Dadah

Durjana’

48

BMM 3117

10.0 REFLEKSI KENDIRI

Tugasan Kerja Kursus BMM 3117 ini merupakan tugasan yang ke empat

yang perlu dihantar selepas tiga tugasan lain. Kesemua tugasan yang saya dan

rakan-rakan terima ialah sebanyak enam tugasan. Tetapi tugasan ini saya terima

dengan senang hati kerana tugasan BMM 3117 inilah merupakan satu-satunya

tugasan yang dijalankan di dalam kumpulan sebanyak 3 orang ahli. Saya mula

menerima tugasan kerja kursus BMM 3117 ini pada 8.2.2010. Sewaktu diberi

tugasan ini, saya berasa sangat teruja untuk mengetahui apa yang terkandung di

dalamnya. Sebelum tugasan ini dibaca, sudah terbayang di benak fikiran akan

kerja kursus yang diminta seberat 10 kilogram atau seberat seekor gajah. Saya

49

BMM 3117

juga khuatir akan cara penilaian tugasan ini sama ada menilai ketebalan,

keberatan ataupun kualiti tugasan yang diberikan.

Akan tetapi, setelah tugasan ini dibaca dengan teliti berserta taklimat yang

disampaikan oleh pensyarah iaitu Puan Norainah Bt Mohd salleh, ternyata

kehendak soalan yang diminta tidaklah sesusah yang disangka. Malahan kehendak

soalan ini membuatnkan hati saya teruja sekali. Perkara pertama yang

membuatkan hati saya teruja ialah kerana pandangan negatif saya terhadap

kehendak soalan seperti di perenggan satu sebenarnya hanya rekaan dan

dongeng semata-mata. Pensyarah tidak mengehadkan jumlah ketebalan dan kualiti

tugasan ini, tetapi menyatakan bahawa tugasan ini tidak boleh terlalu nipis atau

dengan kata lain tidak boleh kurang daripada 25 muka surat. Saya telah terbiasa

melakukan tugasan yang melebihi 25 muka surat. Jadi, saya yakin bahawa

tugasan yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan kali ini sememangnya tidak

membebankan.

Soalan yang diberikan di dalam tugasan ini pada mulanya agak rumit bagi

saya. Hal ini kerana saya sama sekali tidak memahami kehendak soalan begitu

juga dengan rakan-rakan yang lain. Tetapi, setelah diberikan penerangan yang

sempurna oleh pensyarah yang berkenaan, tugasan BMM 3117 ini diyakini mampu

disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Antara kehendak soalan yang diajukan

di dalam soalan ini ialah mengumpul dan mengenalpasti bahan-bahan berkaitan

teori-teori pemerolehan bahasa dan teori-teori huraian bahasa, membuat grafik

banding beza, mencari dan mengenal pasti strategi, pendekatan, kaedah dan

teknik dalam pengajaran dan pembelajaran, menyediakan RPH selama 60 minit

termasuklah membuar refleksi kendiri dan laporan refleksi. Soalan demi soalan

saya selesaikan dalam pelbagai keadaan daripada susah kepada terlalu senang.

Oleh kerana tugasan ini dijalankan secara berkumpulan seramai 3 orang, maka

segala maklumat yang perlu dicari dapat dibahagikan secara sama rata. Malah,

tugasan yang kami bertiga perlu siapkan ini juga perlu diisi dengan maklumat yang

sama bagi menunjukkan kerja berkumpulan. Cuma, kadang-kadang terdapat

kelebihan dan kekurangannya yang tidak dapat dielakkan.

50

BMM 3117

Antara soalan yang paling membuatkan hati saya berasa amat teruja ialah

apabila diminta oleh pensyarah yang berkenaan bagi menyediakan RPH selama 60

minit. Hal ini kerana, hanya guru sebenar sahaja yang perlu menyediakan RPH

yang sebenar. Jadi, saya dan rakan-rakan yang lain perlu pergi ke sekolah bagi

melengkapkan RPH kami. Oleh kerana tugasan memperuntukkan masa mengajar

selama 60 minit, jadi saya dan 2 orang ahli kumpulan saya membahagikan masa

mengajar kami kepada 20 minit setiap seorang sebanyak 3 orang ahli kumpulan.

Ternyata banyak pengalaman yang manis dapat dinikmati walaupun hanya

seminggu tugasan mengajar ini diberikan.

Saya mula risau menjelang seminggu sesi pengajaran saya dan rakan-rakan

di sekolah. Hal ini kerana kami tidak mempunyai banyak waktu terluang untuk

menyiapkan tugasan ini. Maka, kami pulang ke institut dengan harapan dapat

menyiapkan tugasan ini sesempurna mungkin. Saya dan ahli kumpulan saya

banyak berkolaborasi dengan pensyarah BMM 3117 kami kerana kami inginkan

yang terbaik untuk tugasan serta markah tugasan kami nanti. Pensyarah kami,

Puan Norainah Bt Mohd Salleh seorang pensyarah yang tegas serta berdedikasi

dalam menjalankan tugasannya sebagai pensyarah. Walaupun terdapat beberapa

masalah yang timbul mengenai tugasan ini, namun beliau masih senyum dan tabah

menghadapi dugaan itu.

Di kolej kediaman, saya dibantu oleh 2 orang ahli kumpulan saya iaitu

Zaleha Bt Ahmad dan Solehah bt Zakaria. Rakan-rakan yang lain seperti teman

sebilik saya juga turut membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini. Saya

merupakan orang terakhir yang menyiapkan tugasan ini di dalam kumpulan saya.

Jadi perasaan takut serta tidak yakin dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada

waktunya bermain di benak hati. Tetapi, berkat kesabaran rakan-rakan saya yang

terlalu baik dan banyak menyumbangkan idea, maklumat serta tenaga telah

berjaya membantu menyiapkan tugasan ini.

Akhirnya, tugasan ini berjaya disiapkan dan saya berasa sangat gembira.

Perasaan itu merupakan perasaan ikhlas yang lahir dari benak hati saya dek

51

BMM 3117

kerana tugasan ini dibuat dengan sepenuh hati dan dengan usaha yang

bersungguh-sungguh. Hanya Yang Maha Esa dan rakan-rakan sahaja yang tahu

kesungguhan dan komitmen yang diberikan bagi menyiapkan tugasan ini. Jadi,

saya begitu berharap tugasan saya serta rakan-rakan saya ini dapat diterima tanpa

sebarang kecacatan pada luar dan dalamannya. Sekian, terima kasih.

11.0 LAPORAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh kerana tugasan BMM 3117 ini diberikan sama tarikhnya dengan

tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), maka pensyarah yangg

berkenaan mengarahkan kami melakukan tugasan sebagai seorang guru yang

sebenar walaupun hanya seminggu. Seperti yang telah sedia maklum, tugasan

BMM 3117 ini mengkehendakkan saya serta keseluruhan pelajar kelas saya bagi

mengikuti satu tugasan yang memerlukan pengalaman mengajar sebagai seorang

guru sebenar selama 60 minit setiap kumpulan. Hal ini kerana, soalan tugasan

meminta kami menyediakan RPH yang perlu diagihkan mengikut kumpulan

masing-masing. Ahli kumpulan saya terdiri daripada 3 orang dan diketuai oleh

52

BMM 3117

kawan saya iaitu Zaleha Bt Ahmad, Solehah Bt Zakaria serta saya sendiri, Nor

Suhaida Bt Anior Zamani. Oleh kerana ahli kumpulan kami seramai 3 orang, jadi

kami mengagihkan tugasan mengajar ini selama 20 minit setiap seorang.

Sekolah yang kami tuju bagi melengkapkan tugasan kami ialah Sekolah

Kebangsaan Penaga yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Institut Pendidikan

Guru (IPG) Kampus Ipoh ini. SK Penaga terletak di kawasan sawah padi yang

begitu nyaman, segar dan tenang. Di sekolah, kami disambut baik oleh semua ahli

dan kakitangan sekolah tersebut. Jadi, kami boleh memulakan tugasan kami

sebagai guru sementara secara selesa dan tenang.

Setelah siap menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang

lengkap, kami berjumpa dengan guru kelas yang bakal kami ambil kelasnya untuk

satu jam sesi pengajaran. Kami menunjukkan RPH yang lengkap mengikut silibus

yang ditetapkan serta meminta pendapat dan komen yang membina daripada guru

kelas tersebut, Puan Najibatuch Syarbani. Kelas yang akan kami ajar bagi sesi 60

minit ini ialah kelas tahun 5 yang dipanggil 5 Yakin. Kelas 5 Yakin merupakan kelas

pertama daripada 4 kelas dalam tahun 5.

Setelah RPH kami diluluskan oleh guru kelas tersebut, maka sesi

pengajaran kami pun bermula. Kami memilih hari Rabu, 24.3.2010, jam 8.40

pagi hingga 9.40 pagi. Pelajaran yang kami ajar pada hari tersebut merupakan

subjek bahasa Melayu yang bertemakan Sukan dan Rekreasi. Tajuk pengajaran

kami bertiga pada hari itu ialah Dadah yang pada pendapat saya merupakan

satu tajuk pengajaran yang selesa. Fokus utama pengajaran kami ialah supaya

murid-murid dapat mengenalpasti isi penting daripada bahan yang dibaca di

mana murid perlu memilih dan menulis maklumat-maklumat penting yang

terdapat dalam petikan yang dibaca. Manakala, fokus sampingan pengajaran

kami mengkehendaki murid-murid membaca pantas secara luncuran untuk

mendapatkan maklumat yang menyeluruh dengan menyediakan aras satu di

mana murid perlu menyatakan gambaran umum tentang sesuatu teks yang

dibaca.

Setiap perkara yang dilakukan memerlukan objektif yang perlu dicapai.

Jadi objektif kumpulan kami ialah membolehkan murid menganalisis isi-isi

53

BMM 3117

penting berdasarkan petikan yang diberi. Kami juga bermatlamat supaya murid

membaca pantas secara luncuran untuk menyatakan gambaran umum tentang

penagihan dadah seterusnya dapat memilih dan menulis maklumat-maklumat

penting yang terdapat dalam petikan penagihan dadah tersebut. Selain mengajar

tentang Dadah, kumpulan kami juga menyelitkan pengayaan daripada sistem

bahasa yang menggunakan Kata Hubung sebagai latihan. Selain itu, kosa kata

yang terdapat di dalam PNP ini juga dapat diperkayakan dengan kata yang

terdapat di dalam latihan ini seperti memudaratkan, menangani, najis, menular,

kancah, dokumentari, generasi dan membanteras.

Selain itu, pengisian kurikulum kami juga bersifat universal. Universal di

sini bermaksud tidak membataskan PNP hanya kepada satu subjek semata-

mata. Dari sudut ilmu pengetahuan, tema PNP kami pada hari tersebut yang

bertajuk Sukan dan Rekreasi daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5

mempunyai pengisian yang juga terdapat di dalam Buku Teks Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan serta nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Buku Teks

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Antara nilai-nilai murni yang ingin

diterapkan kepada murid-murid seperti kasih sayang, kebersihan fizikal dan

mental, rasional, dan kesedaran.

Seperti yang terdapat di dalam strategi pengajaran, strategi yang kami

gunakan di dalam PNP ialah pemusatan guru dan pemusatan bahan. Strategi

pemusatan guru dipilih kerana kebanyakannya maklumat yang disampaikan

kepada murid-murid merupakan maklumat yang hanya sisampaikan melalui guru.

Manakala strategi pemusatan bahan pula ialah kerana terdapat banyak alatan

yang kami gunakan sepanjang tempoh 60 minit PNP pada hari itu. Antara alatan-

alatan tersebut termasuklah persembahan multimedia, poster-poster penagihan

dadah, video dadah, senikata lagu ‘Dadah Durjana’, komputer riba, kad manila,

LCD, teks “Dadah”, picagari, botol ubat batuk, serbuk bedak serta lampiran kerja.

Sesi pengajaran pertama selama 20 minit diambil oleh rakan kumpulan saya

iaitu Cikgu Solehah. Langkah pertama yang beliau lakukan di dalam proses 60

54

BMM 3117

minit pengajaran ini ialah beliau mulakan dengan bacaan doa penerang hati dan

seterusnya kepada langkah 1 beliau iaitu set induksi. Isi pelajaran yang beliau

mulakan di sini ialah menunjukkan barrang-barang alat-alat penagihan dadah

seperti serbuk, ubat batuk serta jarum picagari. Seterusnya, Cikgu Solehah

menunjukkan beberapa gambar daripada persembahan multimedia tentang

dadah. Di sini, Cikgu Solehah menggunakan pendekatan sumbang saran kerana

beliau meminta murid memberi pendapat tentang persembahan multimedia yang

ditunjukkan dan membandingbezakan gambar tersebut dengan diri mereka

sendiri. Selesai bahagian itu, Cikgu Solehah mengedarkan lirik lagu ‘Dadah

Durjana’ serta memainkan lagu tersebut sambil dinyanyikan oleh murid-murid

tahun 5 Yakin. Sebelum menyanyikan lagu, Cikgu Solehah melekatkan beberapa

poster Dadah bagi merangsang minat dan perhatian murid terhadap PNP yang

dijalankan.

Sesi pengajaran pada minit yang ke 20 hingga ke 40 diambil alih oleh

Cikgu Zaleha. Beliau menyambung sesi pengajaran yang pada awalnya menjadi

teka – teki bagi murid-murid 5 Yakin. Di permulaan pengajaran, Cikgu Zaleha

mengedarkan teks bertajuk ‘Dadah’ kepada semua murid. Seterusnya, murid

diminta untuk membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan gambaran

umum tentang dadah. Selepas itu, guru meminta murid secara rawak untuk

membaca teks seorang demi seorang sehingga tamat teks. Melalui strategi

pemusatan guru, Cikgu Zaleha meminta muridnya menyenaraikan punca dan

langkah-langkah berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru. Kemudian, murid

diminta ke hadapan untuk menulis jawapan yang betul di papan tulis. Guru

memberikan jawapan yang tepat kepada murid-murid sama ada salah mahupun

betul.

Selesai aktiviti langkah 2, aktiviti pengayaan dijalankan. Di dalam aktiviti

ini, diselitkan pengajaran tatabahasa yang menggunakan kata hubung sebagai

pengayaannya. Di antara kata hubung yang digunakan ialah ‘tetapi’, ‘sambil’,

‘dan’, ‘lalu’, ‘yang’ dan ‘untuk’. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid dapat

memperkayakan serta memperkasakan ilmu yang sedia ada disebalik

menambahkan pengetahuan tentang ilmu baru. Melalui aktiviti ini, guru

55

BMM 3117

berbincang dengan murid tentang kata hubung serta murid diminta membuat

latihan tatabahasa dengan bimbingan guru.

Minit terakhir menyaksikan pengajaran penutup yang dijalankan oleh saya

sendiri yang digelar Cikgu Suhaida. Di dalam sesi penutup pengajaran ini, saya

mengambil pendekatan di mana saya ingin membuat penilaian terhadap

kefahaman yang diperoleh oleh setiap murid. Pertama sekali, saya membuat

rumusan tentang isi pelajaran yang disampaikan oleh 2 orang rakan saya. Selain

itu, saya juga memberikan sedikit nasihat serta menyelitkan nilai-nilai murni di

dalam nasihat saya serta menyeru semua murid supaya tidak terjebak dengan

kancah dadah ini. Saya mengimbas kembali pelajaran yang telah dijalankan

sepanjang waktu PNP tersebut serta secara sumbang saran, saya bertanya

tentang nilai-nilai murni dan pengajaran yang mereka perolehi daripada

pengetahuan mereka tentang kebrukan dadah tersebut. Sebagai penambahan

kepada aktiviti penutup, saya mengadakan kuiz yang menggunakan permainan

cabutan sampul beracun yang mengandungi soalan-soalan berkaitan dadah.

Berdasarkan isi pelajaran iaitu ‘Dadah’, saya meminta murid mengangkat tangan

serta tampil ke hadapan, mencabut sampul beracun dengan memilih warna

sampul serta menjawab soalan yang terdapat di dalamnya. Hadiah turut diberikan

kepada murid yang berjaya menjawab soalan tersebut. Sebelum mengakhiri

PNP, saya meminta murid menyanyikan semula lagu ‘Dadah Durjana’.

RUMUSAN.

Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa  dikuasai oleh

seseorang kanak-kanak. Asas kenyataan ini adalah berteraskan hipotesis yang

ditemukan oleh ahli psikologi dan ahli bahasa yang tersohor dalam abad yang lalu.

Sama ada bahasa pertama ataupun bahasa kedua, pemerolehan bahasa terjadi

setelah melalui beberapa proses yang sistematik. Pemerolehan bahasa pertama

terjadi ketika kanak-kanak yang belum pernah mempelajari sebarang bahasa mula

mempelajarinya buat kali pertama. Jika kanak-kanak itu menguasai satu bahasa,

kanak-kanak itu disebut sebagai ekabahasawan. Tetapi, jika kanak-kanak itu

56

BMM 3117

memperoleh dua bahasa serentak dan menguasainya, kanak-kanak itu disebut

sebagai dwibbahasawan. Jikalau bahasa yang diperolehnnya melebihi

dua bahasa dalam masa yang sama, maka kanak-kanak itu disebut sebagai

gandabahasawan.

Terdapat empat teori pemerolehan bahasa yang terkandung dalam Bahasa

Melayu ini iaitu teori Behaviurisme, teori Kognitif, teori Mentalis, teori Konstruktivisme

serta teori Interaksionalisme.

Seterusnya, tugasan BMM 3117 ini juga mengkehendakkan Huraian Bahasa.

Jadi, teori huraian bahasa merupakan teori tentang bagaimana bahasa bertindak

dalam otak manusia cuba menjelaskan antara lain, bagaimana manusia mengaitkan

isyarat atau bunyi bahasa, bagaimana manusia menggunakan sintaksis dan

bagaimana manusia dapat menyusun perkataan untuk menghasilkan dan

memahami kata-kata ber-urutan yang disebut ayat. Kajian bahasa manusia cuba

mengaitkan bunyi dengan makna yang dianggap sebagai amat berbeza dengan

komunikasi haiwan. Hal ini kerana keupayaan manusia untuk memperoleh

sintaksis terbina di dalam otak dan ciri-ciri sintaksis yang rumit tidak dapat

difahami oleh makhluk yang bukan manusia. Keupayaan untuk menggunakan

sintaksis tidak wujud tanpa mengetahui peraturan tatabahasa bagi bahasa

tersebut. Oleh itu, kanak-kanak yang mempelajari sesuatu bahasa akan memilih

dengan teliti kemungkinan tatabahasa manusia dan secara logik memilih bahasa

yang dituturkan oleh komuniti bahasanya.

Terdapat empat teori huraian bahasa iaitu aliran tradisional, aliran

struktural, transformasi generatif serta teori fungsional. Kemudian, membanding

dan membezakan keempat-empat teori tersebut di dalam bentuk grafik.

Seterusnya, grafik banding dan beza yang mengandungi pendekatan, strategi,

kaedah serta teknik membantu dalam mengenalpasti perbezaan keempat-empat

elemen itu. Strategi merupakan suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-

kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa

serta kemudahan secara optimum. Pendekatan itu dapat dihuraikan sebagai cara

atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti

menyelesaikan masalah. Kaedah merupakan cara teratur, kemas dan sistematik.

Perkataan kaedah juga dapat dinyatakan sebagai cara atau peraturan membuat

sesuatu. Manakala teknik pengajaran dan pembelajaran pula merupakan

57

BMM 3117

penggendalian tentang sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik

darjah, iaitu digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dibuat bagi memastikan seseorang

guru itu bersedia dengan pengajarannya setiap hari. Terdapat beberapa langkah

yang perlu dilakukan mengikut aktiviti tertentu supaya objektif pengajaran dan

pembelajaran dapat dicapai.

Secara konklusinya, seorang guru yang baik perlu mengetahui semua perkara

yang terkandung di dalam tugasan ini. Hal ini kerana, untuk membuat sesuatu RPH,

seseorang guru itu perlu mengetahui kaedah, strategi, pendekatan serta teknik yang

digunakan untuk PNP. Serta, seorang guru yang cemerlang merupakan guru yang

sentiasa membuat persediaan awal sebelum memasuki kelas pengajarannya.guru

cemerlang, rakyat gemilang.

58