Teori Pengkaburan Interpersonal

download Teori Pengkaburan Interpersonal

of 9

Transcript of Teori Pengkaburan Interpersonal

CCA 1023 TEORI KOMUNIKASI 1. PENGERTIAN TEORI Menurut Syed Arabi (1998) teori mempunyai beberapa peranan dan ciri. Antara peranan teori ialah:

1.1 Penerangan Suatu teori yang baik dapat menerangkan sebab berlakunya sesuatu fenomena. Dengan menggunakan teori ynag relevan, seorang penyelidik dapat menerangkan kaitan natara dua atau lebih konsep 1.2 Penjelasan - Teori dapat menjelaskan sebab wujudnya sesuatu fenomena dengan menyatakan konsep yang terdapat dalam teori berkenaan. 1.3 Ramaln Jika sekiranya kita mendapati berlaku suatu fenomena dan dapat pula memperincikan beberapa konsep dalam fenomena tersebut maka kita boleh meramalkan bahawa fenomena tersebut akan berlaku pada masa depan andainya terdapat konsep yang berkenaan dalam teori kita. 1.4 Pengawal penyelidikan Teori mendorong seseorang penyelidik membuat sesuatu bentuk kajian. Jika sesuatu teori tidak dapat dipertahankan lagi, maka penyelidikan tersebut akan menjauhkan diri daripada melakukan kajian atau cuba memperkenalkan konsep lain dalam usaha memastikan teori tersebut. Jika teori dinyatakan sebagai telah diuji maka sarjana akan lebih berminat untuk memperincikan konsep dalam teori tersebut.

192216 1

CCA 1023 TEORI KOMUNIKASI 2. CIRI-CIRI TEORI Teori juga mempunyai cirri-ciri. Antaranya cirinya ialah: 2.1 Teori merupakan suatu kenyataan yang bersifat tetap dan kosisten. Ini bermakna pertalian antara pemboleh ubah yang dinyatakan dalam teori itu tidak berubah daripada satu kajian lain yang bertujuan menerangkan, menjelaskan atau meramalkan berlaku sesuatu fenomena. 2.2 Bagi menerangkan fenomena yang sama tidak seharusnya berlaku percaggahan antara satu teori dengan teori yang lain. Jika sesuatu teori bercanggah dengan teori lain, ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penjelasan. 2.3 Teori perlu dinyatakan dengan mudah, sempurna dan jelas tentang sesuatu. Lebih terperinci sesuatu teori, maka lebih tinggi kemungkinan teori itu diterima oleh para ahli sains social. 2.4 Teori hendaklah mengandungi konsep yang membolehkan pengkaji membuat ujian. Suatu teori yang baik bermakna ia telah diuji dan sentiasa pula akan diuji. Oleh itu, teori ialah kenyataan yang muktamad kerana ia sentiasa diuji.

192216 2

CCA 1023 TEORI KOMUNIKASI 3. TEORI PENGKABURAN INTERPERSONAL (ITERPERSONAL DECEPTION THEORY)

Teori Pengkaburan Interpersonal ini telah dipopularkan oleh David Buller dan Judee Bergoon (1996) yang mendapati ramai manusia dalam banyak situasi tidak bersikap jujur ketika berkomunikasi. Mereka pada dasarnya berkomunikasi dengan jujur, tetapi pada hakikatnya ada tujuan atau mesej tertentu di sebalik kegiatan komunikasi yang dijalankan. Dalam hal ini terdapat tiga strategi penipuan komunikasi yang biasa berlaku, iaitu pemalsuan, merahsiakan dan mengelirukan. Dalam melaksanakan komunikasi interpersonal bentuk ini, menurut David Buller dan Judee Burgoon (1996) wujudnya komunikasi dua hala antara komunikataor dan komunikasi. Biasanya mereka yang berinteraksi ini cuba mempengaruhi antara satu sama lain dan semasa berlaku komiunikasi antara mereka inilah, wujud pula apa yang dikatakan komunikasi mengkaburkan yang berbentuk pemalsuan, merahsiakan dan mengelirukan. Contohnya, jika berlaku perbincangan antara dua orang sahabat tentang politik Negara, hujah yang digunakan oleh seorang sahabat yang pro kepada pemerintah sering tidak berlandas atau bersandarkan sumber yang tidak pasti kebenarannya atau sumber diiktiraf kewibawaannya. Pujiaan yang diberikan kepada tokoh politik tertentu terlalu tinggi sehingga tidak munasabah pada logik akal. Ada isu yang dipalsukan kebenaran semata-mata kerana dia bias kepada pemerintah. Manakala seorang sahabat lain terlalu anti pemerintah. Apa yang dibicarakan semua bersifat negetif kepada tokoh-tokoh tertentu tanpa sebarang

192216 3

CCA 1023 TEORI KOMUNIKASI sandaran yang kukuh. Keduakedua sahabat ini dianggap telah berlaku pengkaburan interpersonal semasa berkomunikasi. Adakalanya komunikasi interpersonal berbentuk pengkaburan berlaku apabila seseorang cuba merahsiakan sesuatu peristiwa atau insiden yang berlaku tetapi daripada air muka dapat memperlihatkan ketidakjujurannya semasa bertutur. Contohnya jika seorang bekas isteri yang telah diceraikan oleh suami bersikap tidak ambil kisah atau tertawa ketika mencerita penceraiannya. Ini bermakna, beliau cuba menyembunyikan kesedihan yang dialami. Terdapat juga manusia bila menghadapi sesuatu masalah bertindak dengan melakukan penipuan bagi melepaskan diri. Contohnya seorang pekerja yang datang lambat ke tempat kerja akan mencipta pelbagai alasan agar tidak dimarahi oleh ketuanya. Terdapat juga kekaburan interpersonal apabila sesuatu interaksi yang berlaku tidak menggambarkan perkara sebenarnya. Contohnya, seorang lelaki yang bertali leher dan kelihatan segak dengan kereta mewah telah menawarkan program atau skim cepat kaya. Ramai penduduk kampung yang tertarik dengan komunikasi interpersonal lalu menjual harta untuk sama-sama mengikuti skim cepat kaya tersebut. Tertapi apa yang berlaku ialah penipuan dan inilah yang mengelirukan mereka yang terlibat dalam skim tersebut. Secara jelas dapat dikatakan bahawa jika kita tidak berlaku jujur di dalam sesuatu komunikasi maka orang lain tidak akan tahu apa yang hendak kita sampaikan. Maka tujuan komunikasi itu sendiri tidak akan tercapai. Sepatutnya seseorang individu itu perlu jujur dan ikhlas di dalam sesuatu komunikasi supaya maksud komunikasi itu tercapai. Jika pengkaburan interpersonal telah dikatakan

192216 4

CCA 1023 TEORI KOMUNIKASI menggagalkan komunikasi, suka saya kemukakan komunikasi interpersonal yang sebenarnya supaya kita akan lebih faham apa yang dimaksudkan dengan pengkaburan interpersonal. Saya akan ketengahkan perkara ini dari sudut golongan remaja.

4. PENGERTIAN INTERPERSONAL Mengikut Adler, Rosenfeld dan Towne (1992:243) perhubungan ienterpersonal didefinisikan sebagai, cara manusia berhubung antara satu sama lain secara social. Dalam perkataan lain kita mengukur kualiti perhubungan ienterpersonal melalui tahap kepuasan sosial kita dan ini berhubung kait dengan keperluan manusia itu sendiri. Mereka juga menerangkan bagi mendapatkan kepuasan memanuhi keperluan sosial. Remaja perlulah mencapai 4 aspek berikut iaitu intimasi, afiniti, hormat dan kawalan. 4.1 Intimasi Istilah intimasi atau keintiman, dimaksudkan darjah kerapatan berhubung dengan seseorang. Intimasi menentukan kepentingan perhubungan sesama remaja daripada segi intelektual, emosi dan fizikal. Seseorang remaja itu mungkin mempunyai intimasi dari segi emosi dengan seseorang remaja lain tetapi tidak dari segi fizikal. Contohnya remaja perempuan jatuh hati kepada remaja lelaki tetapi tidak berani mendekatinya.

192216 5

CCA 1023 TEORI KOMUNIKASI 4.2 Afiniti Afiniti adalah aspek kedua hubungan interpersonal yang disarankan oleh Altman dan Taylor (1987) Afiniti membawa maksud darjah suka ataupun penghormatan yang wujud antara pasangan. Seseorang remaja itu ada kalanya tidak tentu menunjukkan perhubungan interpersonal yang mesra dengan rakan remajanya yang lain. Pasangan pekerja yang bekerja bertahun-tahun tidak semestinya suka antara satu sama lain walaupun mereka sama-sama menjayakan sesuatu projek perniagaan. 4.3 Hormat Hormat adalah aspek hubungan interpersonal ketiga yang penting. Konsep hormat seolah-olah sama dengan afiniti tetapi ia berbeza. Menghormati seseorang tidak semestinya menyukai orang itu. Misalnya seorang remaja menghormati bapa saudaranya tetapi tidak suka akan perangai bapa saudaranya itu yang suka hisap rokok. Beliau menghormati kerana hubungan kekeluargaan sahaja. Dalam keadaan hormat ini ada kala wujud rasa tidak senang hati di kalangan remaja. Mereka merasa terpaksa menghormati seseorang tetapi tidak menunjukkan rasa afiniti atau suka pada seseorang. Ini mewujudkan konflik dalaman di dalam jiwa. 4.4 Kawalan Menurut Berger (1985) mempengaruhi sesorang semasa berhubung dengan orang lain adalah salah satu matlamat asas dalam hubungan interpersonal. Misalnya dalam perbahasan, pasangan remaja mungkin berbahas daripada segi

192216 6

CCA 1023 TEORI KOMUNIKASI memberi pandangan pada sesuatu isu. Tetapi apa yang penting di sini adalah bukan soal perbahasan tetapi lebih merupakan sejauh mana seseorang itu mempengaruhi orang lain supaya akur dengan pendapatnya. Perhubungan interpersonal yang bersifat intimasi, afiniti, hormat dan kawalan banyak dipengaruhi oleh sesuatu budaya. Mengikut Samovar dan Porter (1991), budaya adalah aspek yang banyak mempengaruhi perhubungan interpersonal sesuatu kelompok. Tetapi penulis juga mengingatkan bahawa budaya ini banyak bergantung kepada 2 faktof utama iaitu tingkah laku imediasi dan individualisme. a) Tingkah Laku Imediasi Tingkah laku imediasi adalah tindakan serentak yang megambarkan rasa mesra, keakraban dan keupayaan berkomunikasi dengan orang lain. Ianya adalah pendekatan interpersonal dengan orang lain. Contoh tingkah laku imediasi adalah senyuman, sentuhan, jarak yang rapat, kontak mata dan adunan suara. Tingkah laku imediasi ini adalah berasaskan budaya itu sendiri. Imediasi berasaskan budaya ini, mengikut pandangan Patterson (1983) adalah dipanggil sebagai kontak budaya. Menurut beliau, kontak budaya yang tinggi wujud di kalangan masyarakat di negara-negara Arab dan kurang di negara-negara Barat. b) Individualisme Individualisme adalah ideology yang mementingkan diri sendiri iaitu tanpa mengambil kira pandangan orang sekitarnya. Ia juga adalah dimensi asas yang wujud dalam sesuatu budaya. Ia berbeza dengan kolektivisme yang

mementingkan kerjasama. Di Barat, Individualisme adalah penting kerana ia adalah lambang demokrasi dan kebebasan di kalangan individu.

192216 7

CCA 1023 TEORI KOMUNIKASI 5. KESIMPULAN Walaupun pada dasarnya kita lihat seperti sama maksud antara keduanya ada cirri-ciri yang berbeza diantara kedua-duanya iaitu perkaburan interpersonal ini berlaku kerana satu pihak cuba menyembunyikan sesuatu dari menyatakan yang benar. Bagi orang yang dapat mempengaruhi atau meyakinkan orang lain maka dia telah menguasai komunikasi tersebut. Begitu juga bila seseorang itu mempunyai keyakinan yang kukuh kepada sesuatu, dia akan cuba

mempertahankan dengan memberikan hujah yang dia rasa betul. Sedangkan dalam interpersonal lebih menekankan hubungan yang ikhlas antara dua pihak. Kepuasan di antara dua pihak ini dapat menjamin kesejahteraan hidup. Sepatutnya setiap individu perlu saling menghormati dan berinterasi secara positif. Dengan cara ini akan lahirlah satu masyarakat dan budaya yang baik di dalam masyarakat. Maka seharusnya sesuatu masyarakat itu sendiri perlu membudayakan cara yang baik dalam perhubungan supaya generasi seterusnya mewarisi sifat-sifat yang baik ini. Selain daripada itu seseorang itu juga perlu menguasai kemahiran untuk berkomunikasi yang baik. Kerana seseorang itu dapat menyampaikan idea-idea yang baik dan berkesan kepada orang lain.

192216 8

CCA 1023 TEORI KOMUNIKASI 6. RUJUKAN Che Su Mustafa, Syed Abdul Rahman Syed Zin, Mohd Khairie Ahmad, Sharina Samsuddin, Norizan Aripin, Zuraidah Abu Talib. Teori Komunikasi. Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Dr. Shahizan, Tsai Chen Chien, Saw Hooi Chin. Intrapersonal & Interpersonal Untuk Remaja. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur.

Habihah Elias, Noran Fauziah Yaakub. Psikologi Personaliti. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

192216 9