Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

5
Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson Posted by Frau Farhana at 10:17 PENGENALAN Eric Homburger Ericson merupakan nama sebenar beliau. Beliau dilahirkan pada 15 Jun 1902 di Frankfurt, Germany dan meninggal dunia pada 12 Mei 1994. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial. Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Transcript of Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

Page 1: Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

Posted by Frau Farhana at 10:17

PENGENALAN

Eric Homburger Ericson merupakan nama sebenar beliau. Beliau

dilahirkan pada 15 Jun 1902 di Frankfurt, Germany dan meninggal dunia

pada 12 Mei 1994. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang

membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan

manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk

teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau

digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang

mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor

sosial. 

Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi

mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi

kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat

lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik

Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang

membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya. 

PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON

Page 2: Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. 

2. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap

keperluan-keperluan asas.  

3. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.  

4. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi

sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang

berikutnya.  

5. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan

perkembangan tahap yang berikutnya.

  

PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON  Tahap 1 : Kepercayaan lawan ketidakpercayaan (0 -18 bulan)

Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman.

Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.

Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan

orang lain.

Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta

mengatasi masalah dalam hidup.

Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya.

Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud

sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari

penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya, jika bayi tersebut

tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul

perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan

mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi

tersebut.

Page 3: Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

Tahap 2 : Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bulan-3 tahun) 

Konsep diri mula bertambah nyata.

Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya

bukan orang lain.

Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat.

Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang

lain.

Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan.

Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri.

Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin. 

Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu. 

Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang

diingini dipuji – dapat mengenal jenis-jenis tingkah laku yang

digalakkan dan yang hendak dielakkan.

Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima

atau didorong.

Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan

sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka

dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan

permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada

kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakkan ibu bapa akan

membantu kanak-kanak membina perkembangan dan

menyelesaikan sesuatu tugasan. 

Tahap 3 : Inisiatif lawan bersalah (3-6 tahun) 

Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar –

inisiatif.

Dapat belajar dan bergerak dengan cepat.

Lebih peka kepada perkara betul dan salah.

Page 4: Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap

positif.

Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri.

Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif.

Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran.

Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang

tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh

orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh

kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka

menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki

alam persekolahan. 

Tahap 4 : Ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)

 

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau

sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak

cekap.

Tahap 5 : Identiti lawan kekeliruan identiti (12-18 tahun) 

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina,

politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.  

Tahap 6 : Kerapatan lawan pengasingan (18-35 tahun)

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing

jika tidak mahir membina hubungan.  

Tahap 7: Generativiti lawan pemusatan kendiri "stagnasi" (35-60

tahun) 

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong

generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada

perkembangan /aktiviti diri. 

Page 5: Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

Tahap 8 : Kesepaduan lawan putus asa (60 tahun–akhir hayat) 

Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan

kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan

kehidupannya.