TEORI STRUKTURAL

78

Click here to load reader

description

kaitan teori struktural dalam terapi keluarga

Transcript of TEORI STRUKTURAL

Page 1: TEORI STRUKTURAL

STRUCTURAL FAMILY THERAPY

SALVADOR MINUCHIN

SAW PHUAY SIM 800941

CHU TH’NG SOON 800924

Page 2: TEORI STRUKTURAL

Dilahir dan dibesarkan dalam masyarakat Yahudi di San Salvador de Jujuy di Argentina pada 13 Okt 1921 Anak sulung daripada 3 adik beradik. Merupakan pendatang Yahudi Russia Bapa beliau ahli perniagaan yang berjaya, kemelesetan ekonomi telah menyebabkan mereka kepapaan. Beliau mengambil keputusan menolong remaja delinkuen selepas mendengar perbincangan guru psikologinya tentang idea ahli falsafah Rousseau yang menyatakan bahawa delinkuen merupakan mangsa masyarakat. Pernah dipenjarakan kerana menentang kerajaan Juan Peron.

Page 3: TEORI STRUKTURAL

San Salvador de Jujuy

Page 4: TEORI STRUKTURAL

Pernah bertugas sebagai doktor dalam pasukan tentera Israel (Arab-Israeli War 1948-1949) Menjalani latihan sebagai pakar psikiatri kanak-kanak di bawah bimbingan Nathan Ackerman (pakar psokoanslisis kanak-kanak) di New York. 1951, Minuchin berkahwin dengan Patricia Pittluck, seorang ahli psikologi. Pada tahun 1954, memulakan latihan psikoanalitik di William Alanson White Institute New York Bekerja di Wiltwyck School, New York yang menempatkan budak lelaki delinkuen.

Page 5: TEORI STRUKTURAL

New York

New York

Boston

Massachusetts

>

Page 6: TEORI STRUKTURAL
Page 7: TEORI STRUKTURAL

Pada tahun 1965 , beliau menjadi Pengarah di Philadelphia Child Guidance Clinic (PCGC), Director of psychiatry at Children's Hospital of Philadelphia, dan professor of child psychiatry at the University of Pennsylvania School of Medicine. Di bawah bimbingan Minuchin, PCGC telah menjadi salah sebuah pusat terapi keluarga yang popular pada awal 1980. Bersama-sama dgn Jay Haley, Harry Aponte, Charles Fishman dan beberapa orang kawannya berusaha untuk membangunkan Terapi Struktur Keluarga.

Page 8: TEORI STRUKTURAL

Pada tahun 1976, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengarah PCGC tetapi mengekalkan jawatan pengarah bahagian latihan sehingga 1981 Selepas meninggalkan PCGC, Minuchin membuka klinik sendiri - “Family Studies Inc” bersama George Simon dan Wai-Yung Lee. Mereka mempraktikkan dan mengajar terapi keluarga sehingga 1996

Page 9: TEORI STRUKTURAL

1996 - bersara dan berpindah ke Boston bersama isterinya Patricia. Familiy Studies Inc. telah dinamakan semula = ‘Minuchin Center for the Family’. Walaupun telah bersara - masih menjalankan program terapi keluarga di Massachusetts Department of Health, di samping meneruskan kariernya sebagai penulis dalam bidang terapi keluarga.

Allyn & Bacon Family Therapy Website http://www.abacon.com/famtherapy/

Page 10: TEORI STRUKTURAL
Page 11: TEORI STRUKTURAL

Buku-buku lain karya Minuchin / dengan rakan-rakan:1. Calidoscopio Familiar (1986)*2. Tecnicas De Terapia Familiar (1984), bersama Charles

Fisman3. Working with Fakilies of the Poor (1998), bersama Patricia

Minuchin, Jorge Colapinto4. Institutionalizing Madness: Family, Therapy, and Society

(1989), Bersama Joel Elizur5. Family Healing: Tales of Hopes & Renewal from Family

Therapy (1992), bersama Michael Nicholas6. Family Therapy Techniques (1981)7. Psychosomatic Families : Anorexic Nervosa in context

(1978)8. Mastering Family Therapy : Journeys of Growth &

Transformation9. Family Therapy Concepts & Methods (2003)10. Couple Psyochotherapy with Gay Men (2002)11. Dan banyak lagi…

Page 12: TEORI STRUKTURAL

Terdapat 8 konsep utama dalam Terapi Famili Struktur :1) Family Structure2) Family Competency3) Boundaries 4) Subsystems5) Hierarchy6) Alliances7) Coalitions8) Triangles

Page 13: TEORI STRUKTURAL

Bentuk organisasi keluargaStruktur keluarga mempengaruhi kefungsian ahli keluarga, tabiat dan tingkahlaku mereka di samping memudahkan interaksi antara mereka. Menumpukan perhatian kepada siapa ketua sesebuah keluarga, gabungan dalam keluarga, ahli keluarga yang disisirkan dan tanggungjawab ahli keluarga. Ia juga memberi perhatian kepada ahli keluarga yang mempunyai kuasa yang lebih dan peranannya dalam keluarga. Setiap ahli keluarga mempunyai tugas dan tanggungjawabnya terhadap ahli keluarga yang lain. Cara pengurusan sesebuah keluarga akan memberi kesan kepada peranan ketua keluarga dalam situasi yang tertentu.

1

Page 14: TEORI STRUKTURAL

Contohnya; Ibu bapa suka menentukan peraturan dan nilai moral dalam membesarkan anak-anak mereka tetapi mereka akan mendengar juga cadangan anak-anak mereka tentang aktiviti hujung minggu. Mengikut Minuchin (1981), setiap keluarga mempunyai pelbagai struktur untuk menangani masalah yang berbeza. Contohnya; semasa ibu bapa pergi kerja atau sakit, anak sulung akan mengambil -alih tugas ibu bapa. Ahli keluarga juga boleh membahagikan tugas masing-masing untuk membuat kerja rumah dengan dipantau oleh ibu bapa.

Page 15: TEORI STRUKTURAL

Masalah keluarga wujud bukan disebabkan ketidakfungsian sebuah keluarga tetapi kerana tidak menemui struktur yang sesuai untuk menyelesaikan masalah keluarga. Semua keluarga mempunyai potensi untuk menyelesaikan masalah mereka, kerana usaha untuk mendapat struktur yang bersesuaian telah wujud dalam repertoir / pemikiran mereka Tugas pakar terapi adalah meyakinkan ahli sesebuah keluarga bahawa mereka perlu mengambil risiko dalam mencari alternatif penyelesaian masalah yang sebenarnya sudah berada dalam pemikiran mereka untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka (Simon, 1995).

2.

Page 16: TEORI STRUKTURAL

Boundary boleh diterjemahkan sebagai batasan atau sempadan. Merupakan pesempadanan psikologi yang dimiliki oleh setiap orang individu yang berada di dalam sebuah sistem. Setiap individu atau subsistem seharusnya bijaksana menjaga dan memelihara garis pesempadanan mereka agar tidak dicerobohi atau dibolosi pihak lain. (Lily , 2001)

3.

Page 17: TEORI STRUKTURAL

Terdapat 3 ciri boundary / sempadan iaitu :

1) Clear Boundary / Sempadan yang jelas - - - - - - - - - - ( garisan putus-putus )

2) Disengaged Boundary / Sempadan yang rigid ________________ ( garisan lulus )

3) Enmeshed Boundary …………. ( garisan titik-titik )

Page 18: TEORI STRUKTURAL

________________________ Rigid Boundary_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ Clear Boundary. . . . . . . . . . . . . . . . Diffuse Boundary

Coalition {

_______ _________ Conflict

Detouring

________________________________________ Overinvolvement

Page 19: TEORI STRUKTURAL

Subsistem boleh berkomunikasi dengan subsistem yang lain demi menjadikan sesebuah keluarga itu berfungsi dengan baik.

Untuk memaksimakan kefungsian sesebuah keluarga, ibu bapa perlu memainkan peranannya sebagai ketua rumah untuk bersama-sama menguruskan keluarga mereka

Kadang kala anak sulung akan diberi tugas untuk menjaga adik-adiknya jika ibu bapa mereka masih berkerja / tiada di rumah.

Kejelasan boundary akan membolehkan sesebuah keluarga berfungsi dengan baik.

.

Page 20: TEORI STRUKTURAL

Garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili adalah terlalu ketat hingga sukar untuk menjalinkan perhubungan yang sihat bersama-sama subsistem yang lain Mereka tidak membincangkan masalah mereka dengan orang lain dan tidak mengambil bahagain dalam aktiviti luar. Mereka juga tidak mengambil perhatian atau ambil tahu tentang tindakan anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa membiarkan anak-anak mereka melakukan tugas harian mereka bersendirian serta membuat keputusan sendiri untuk membelanjakan wang saku mereka, sehingga mereka tidak tahu di mana anak mereka berada, ke manakah anak mereka pergi, siapakah kawannya serta apakah yang dilakukan mereka di sekolah.

Page 21: TEORI STRUKTURAL

Minuchin, Rosman and Baker (1978) menyatakan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang mengalami anorexic adalah mereka yang dididik dalam keluarga yang mengamalkan disenggaged boundary. Trepper and Barret (1979) melaporkan bahawa wujud sumbang mahram dalam keluarga yang tiada sempadan seks ( no sexual boundary) , dan selalunya keluarga tersebut akan merahsiakannya dan tiada sesiapa akan melaporkan kepada pihak yang berkuasa sehingga beberapa tahun telah berlalu.

Page 22: TEORI STRUKTURAL

Pakar terapi sedar adalah perlu sesebuah keluarga menggunakan pelbagai boundaries dalam menghadapi situasi yang berbezaContohnya, semasa ibu bapa bersanggama atau hal peribadi mereka, mereka patut mengadakan disenggaged boundary antara mereka dengan anak-anak mereka, dengan tidak membenarkan anak-anak mereka masuk ke dalam bilik mereka. Masalah boundary akan berterusan dan meningkat jika ia tidak diurus dengan baik.

Page 23: TEORI STRUKTURAL

Garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili agak keliru dan bekeceramuk atau berselerak Masing-masing membuat hal sendiri. Mereka juga tidak boleh berdikari . Jika ibu bapa berkonflik, mereka akan mengalihkan perhatian kepada anak-anak mereka. Implikasinya anak-anak mungkin akan mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu atau pun dengan bapa sahaja Biasanya hal ini berlaku dalam kalangan keluarga yang ibu bapanya tidak mempunyai persefahaman atau mungkin akan bercerai.

Page 24: TEORI STRUKTURAL

Rajah 1 : Clear Boundary :

Ibu Bapa _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

anak

Ibu bapa dan anak-anak mempunyai perasaan saling menyayangi, dalam masa yang sama mereka masih boleh berkembang sebagai seorang individu.

Page 25: TEORI STRUKTURAL

Menunjukkan ibu bapa mengalami masalah komunikasi dan sukar untuk berhubung antara satu sama lain. Tetapi anak tidak mengalami masalah hubungan dengan ibu bapa.

Page 26: TEORI STRUKTURAL

Ibu Bapa

Anak

Menunjukkan hubungan yang berselerak dan ahli keluarga membuat hal masing-masing. Mereka tidak boleh berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri sahaja. Ia menggalakkan saling bergantungan antara satu sama lain.

Page 27: TEORI STRUKTURAL

Ibu _____ _____Bapa

Anak

Menunjukkan ibu dan bapa berkonflik antara satu sama lain menyebabkan mereka masing-masing menumpukan perhatian dan hubungan hanya kepada anak-anak sahaja dalam sebuah keluarga.

Page 28: TEORI STRUKTURAL

Bapa

Ibu anak

Ibu dan anak saling bergantung antara satu sama lain. Dalam hal ini, tugas sebagai bapa kadang kala diambilalih oleh ibu dan kadang kala diambilalih oleh anak kerana kemungkinan bapa tidak memainkan peranannya di dalam keluarga tersebut.

Page 29: TEORI STRUKTURAL

Terdapat 3 bahagian subsistem yang penting dalam keluarga iaitu :

1)Subsistem pasangan suami isteri2)Subsistem keibubapaan3)Subsistem pasangan adik beradik

4.

Page 30: TEORI STRUKTURAL

Ia merujuk kepada hubungan suami dan isteri. Ini berkemungkinan dalam kes keluarga yang tiada atau belum mempunyai anak. Suami bertanggungjawab terhadap isteri dan begitulah juga sebaliknya. Ia akan membentuk kumpulan berpasangan yang saling menyokong antara satu sama lain dari aspek seks dan teman setia.

Page 31: TEORI STRUKTURAL

Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak, juga berfungsi untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada anak-anak dalam banyak hal seperti menyediakan kemudahan anak-anak belajar dan sebagainya.

Page 32: TEORI STRUKTURAL

Hubungan adik beradik perlu ada kemesraan seperti abang memberi sokongan kepada adik. Mereka belajar cara saling menolong dalam penyelesaian masalah serta bertanggungjawab antara satu sama lain. (Colapinto, 1991)

Page 33: TEORI STRUKTURAL

Kemungkinan sub-subunit ini tidak dapat berfungsi dalam ketiga-tiga subsistem ini. Contohnya, isteri dengan suami ada masalah dalam subsistem keibubapaan, akan mengganggu subsistem pasangan adik beradik. Kedua-dua subsistem akan terganggu. Subsistem keibubapaan yang paling bermasalah ialah jarak umur anak dengan ibu bapa terlalu jauh. Contohnya, kalau masa umur tiga puluh tahun baru dapat seorang anak, dan selepas 10 tahun baru dapat seorang anak lagi. Ini tentunya akan menyebabkan cara berfikir ibu bapa dengan anak berbeza terlalu jauh. Kadang kala bapa mahukan anaknya mengikut ideanya sedangkan bagi anak idea bapanya itu sudah ketinggalan zaman.

Page 34: TEORI STRUKTURAL

i)        Roles ~ Komitmen dan peranan yang seharusnya dimainkan secara mantap dan berkesan oleh subsistem yang mewakili perkahwinan ataupun rumahtangga.ii)       Rules ~ Undang-undang ataupun syarat yang disepakati bersama dan perlu dipatuhi serta dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan fungsi sebuah sistem yang efektif dan berjayaiii)       Power ~ Kuasa yang perlu dimainkan secara adil, bijaksana dan berkesan dalam memantau sub-sistem agar berupaya berfungsi dengan baik dan harmoni. Ketiga-tiga elemen ini perlulah diberikan penekanan dan dilaksanakan secara seimbang, adil dan bijaksana bagi menjamin kebajikan dan hak ahli di dalamnya terpelihara

Page 35: TEORI STRUKTURAL

Hierarki merujuk kepada keunggulan boundary untuk ketua keluarga dalam sesebuah keluarga. Pakar terapi struktur keluarga percaya bahawa seseorang individu atau kumpulan perlu memainkan peranan ketua keluarga agar sesuatu tugasan itu dapat diselesaikan dengan jayanya Ahli keluarga yang mengetuai hierarki mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan berbanding dengan ahli kumpulannya dalam keluarga tersebut. Contohnya, ibu bapa mempunyai kuasa menentukan waktu tidur untuk anak-anak mereka. Walaupun kadang kala anak-anak memberi alasan hendak menonton program kegemaran mereka tetapi keputusan muktamad adalah terletak di tangan ibu bapa mereka.

5.

Page 36: TEORI STRUKTURAL

Hierarki parent-child merujuk kepada boundary spesifik iaitu sempadan yang menunjukkan tanggungjawab ibu bapa dalam penjagaan anak-anak mereka.

Gambarajah di bawah menunjukkan Parent-Child Hierarchy with a Clear Boundary:-

  M F

_ _ _ _ _ _ _ _ _

C

Page 37: TEORI STRUKTURAL

 

Setiap keluarga perlu mempunyai pelbagai struktur dan hierarki keluarga yang boleh ubah untuk menghadapi situasi yang berbeza Seperti biasa, ahli keluarga yang dipertanggungjawabkan untuk tugasan tertentu akan menganggap dirinya sebagai ketua untuk menguruskan tugasan tersebut Contohnya, seorang ibu akan berada di atas hierarki untuk memasak jika ia ditugaskan untuk memasak sarapan pagi atau makan malam.

Page 38: TEORI STRUKTURAL

Gambarajah di bawah menunjukkan pelbagai hierarki yang boleh wujud dalam sesebuah keluarga:- F

_ _ _ _ _ _ _ _ _ M C

( Father in charge of lawn care )

M _ _ _ _ _ _ _ _ _ F C

( Mother in charge of preparing breakfast )

Page 39: TEORI STRUKTURAL

OS M _ _ _ _ _ _ _ _ _

C C

( Older son in charge of children when Mom is away )

M _ _ _ _ _ _ _ _ _ OS CC

( Single mother assumes responsibility for all children when she returns )

Page 40: TEORI STRUKTURAL

Merujuk kepada dua atau lebih ahli keluarga bercampur atau bergabung untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang spesifik. Kebanyakan ahli keluarga mengetahui tingkah laku mereka kerana mereka ini selalu menunjukkan tindakan yang positif. Contohnya, ahli keluarga mengetahui bahawa kedua-dua adik beradik ini suka pergi memancing bersama-sama , dan ibu bapa saling tolong menolong untuk membayar bil-bil elektrik dan air. Alliance boleh muncul melalui persilangan hierarki keluarga iaitu tidak dihadkan kepada subsistem yang tertentu. Contohnya, seorang bapa mempunyai hobi yang sama dengan kedua-dua anak perempuannya, maka mereka akan bergabung untuk hobi tersebut seperti hobi mengumpul setem.

6

Page 41: TEORI STRUKTURAL

Merujuk kepada dua atau lebih ahli keluarga bergabung untuk menentang atau melawan dengan seorang ahli atau lebih ahli keluarga yang lain. Ini berlaku apabila wujud ketidaksetujuan antara dua orang ahli keluarga dan ahli keluarga yang ketiga akan bergabung dengan ahli keluarga yang dianggap lemah supaya “perlawanan” menjadi seimbang. (Aponte and VanDeusen, 1981). Selain daripada bersifat penentang atau musuh, coalitions biasanya merahsiakan kewujudan mereka. Coalitions akan muncul jika sekumpulan ahli keluarga tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah secara terbuka. Sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah jika coalitions atau gabungan itu besar dan mempunyai kuasa autonomi.

7.

Page 42: TEORI STRUKTURAL

Contohnya, seorang kakak memukul adik yang kedua kerana merosakkan kereta mainan adik bongsunya.

Sepasang suami isteri mungkin akan bertengkar atas sebab anak mereka merosakkan barang kepunyaan si bapa, dan sememangnya si bapa akan menang dalam pertelingkahan tersebut, tetapi tanpa disedar mungkin si anak akan bergabung dengan si ibu untuk melawan ayahnya. Ini mungkin akan merosakkan hubungan pasangan suami isteri tersebut jika mereka tidak menguruskan masalah tersebut dengan bijak.

Page 43: TEORI STRUKTURAL

Merupakan suatu bentuk yang spesifik daripada coalitions iaitu dua orang ahli keluarga bergabung untuk menentang ahli keluarga yang lain. Walaupun triangle yang wujud dalam sesuatu subsistem selalunya mudah ditangani tetapi jika ia berlaku secara silang generasi iaitu dua orang ahli keluarga yang berbeza generasi bergabung melawan dengan seorang ahli keluarga yang lain, maka masalah atau konflik akan berlaku. Ini biasa berlaku apabila si anak bergabung dengan ibunya untuk menentang ayahnya yang tidak mempersetujui permintaannya, dan juga semasa menantu lelaki dan menantu perempuan bergabung untuk melawan dengan menantu yang lain.

8.

Page 44: TEORI STRUKTURAL

Biasanya, gabungan yang berbentuk silang generasi ini wujud disebabkan ketidakseimbangan kuasa antara dua ahli keluarga yang berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah, dan ahli keluarga yang lemah akan bergabung dengan ahli keluarga dari generasi yang berbeza untuk memperseimbangkan perbezaan kuasa tersebut. Ia juga wujud apabila seorang anak terlibat sebagai pihak ketiga dalam pertelingkahan ibu bapanya. Selalunya si ibu akan bergabung dengan anak perempuan untuk menentang si bapa. Ini secara tidak langsung akan memberi tekanan kepada si anak kerana terpaksa bersikap adil kepada ibu bapanya serta cuba memenuhi permintaan ibu bapanya.(Minuchin, 1974).

Page 45: TEORI STRUKTURAL

Keluarga yang bermasalah ialah keluarga yang tidak berupaya untuk meminda struktur keluarga mereka apabila menghadapi sesuatu krisis. Kebanyakan ibubapa tidak berupaya membentuk hierarki parent-child yang bersesuaian dimana kedua ibubapa perlu berkerjasama dalam menyelesaikan masalah anak mereka. Alliances dan coalitions merupakan sebahagian norma-norma yang terdapat dalam sesebuah keluarga dimana gabungan dua orang ahli keluarga dalam sesebuah keluarga akan menyebabkan pihak ketiga atau ahli keluarga yang lain terasing. Contohnya, kakak dan adik akan bergabung untuk berebut permainan komputer dengan abang mereka yang kerap bermain..(Aponte and VanDeusen, 1981).

Page 46: TEORI STRUKTURAL

Alliances akan menimbulkan masalah apabila keluarga tersebut masih mengekalkan struktur yang tidak dapat mengikuti perkembangan semasa. Contohnya, si bapa lebih selesa berbincang perkara bola sepak dengan anaknya berbanding dengan isterinya, manakala isterinya suka membuat keputusan untuk keluarganya. Gabungan bapa dan anak akan mewujudkan gabungan silang generasi apabila si anak mula mencabar atau melawan arahan ibunya dengan menganggap dirinya sebagai wakil bapanya. Selain daripada itu, ibu bapa yang tidak bersetuju dengan cara mendisiplin anak-anak mereka juga akan menghadapi masalah. Contohnya, setiap kali si ibu hendak mendenda atau menghukum anaknya, maka si bapa akan menyebelahi si anak. Masalah ini akan dapat diselesaikan jika keluarga tersebut membentuk hierarki parent-child yang berkesan dan terbuka supaya hubungan keluarga akan dipertingkatkan.

Page 47: TEORI STRUKTURAL

H. Charles Fishman M.D.

Page 48: TEORI STRUKTURAL

Workshop Registration Form E-Mail:______________________________________________ All of our workshops meet on Fridays from 9:30-4:30. The cost to professionals is $125. A student discount of 40% and alumni discount of 15% are available. We also offer special pricing for agency groups. MCF externs attend workshops at no cost. PLEASE NOTE: Receive a Minuchin Center for the Family Certificate by attending forty of more hours of workshops in the 2007-2008 academic year. Are you on our mailing list? Yes___ No___ Would you like to be on our mailing list? Yes___No___ Please send your registration form and check made payable to:

The Minuchin Center 303 Fifth Ave. Suite 603 New York, NY 10016 303 Fifth Avenue Suite 603 ● New York, NY 10016 ● (212) 481-3144 ● Fax: (212)

481-5395Website: www.minuchincenter.org E-mail: [email protected]

Page 49: TEORI STRUKTURAL

mcf The Minuchin Center for the Family THE POWER OF STRUCTURAL FAMILY THERAPY SUMMER INTENSIVE 2008 JULY 7-20, 2008 Featuring our International Faculty: Sal Minuchin, MDJorge Colapinto Michael Nichols, PhD Jay Lappin, LCSW Wai-Yung Lee, PhD Peggy Papp, LCSW Three Weeks: $2,760 Two weeks, week one and two: $2,100 One

Week: $1,100 Two days with only Dr. Minuchin: $250. Two Weeks, week two and three $1540. One, two or three week intensive, with emphasis on the systemic

thinking and practice of Structural Family Therapy. Review and refine the concepts of a family-systems approach. Using didactic presentations, experiential exercises and case material (both live and videotaped), participants will expand their knowledge and skills in working with:

Children in Families Families and Substance Abuse Urban Poor Families LGBT and Heterosexual Couples Therapy Agency Consultations

Page 50: TEORI STRUKTURAL

APPLICATION FORM Please indicate below which training you are applying for. Include

your CV (resume) and a 50% deposit. Early Bird Special—Register by May 15, 2008 and receive 10% off Full-time students, with valid ID, receive 40% discount/ Alumni

receive 15% discount Discounts may NOT be combined/No discounts apply to the 2 days

with Dr. Minuchin The Power of SFT, Week One Only (July 7-11, 2008) Cost: $1,100 ____

Week Two only* (Monday July 14-18, 2008) Cost: $1,100 ____The Power of SFT, both weeks (July 7-18, 2008) Cost: $2,100 ____One-Week Advanced* (July 17-20, 2008) Cost $1,100

____ The Power of SFT & One Week Advanced (July 7-20, 2008) Cost: $2,760 (thirteen days)

____Week Two & Three Only $1,540. ____7/17-7/18 Dr. Minuchin cost: $250.

*Second week only and Advanced Summer Intensive applicants may be required to have a phone interview.

Refund Policy: With a three-week notice, a full refund will be provided minus a $50.00 administrative fee. Cancellations are not accepted after Monday, June 16, 2008.

Please send registration material and a check payable to “The Minuchin Center” to: The Minuchin Center for the Family, 303 Fifth Avenue, Suite 603, New York, NY 10016

303 Fifth Avenue, Suite 603 ● New York, NY 10016 ● (212) 481-3144 ● Fax: (212) 481-5395

Website: www.minuchincenter.org E-mail: [email protected]

Page 51: TEORI STRUKTURAL

Terapi keluarga struktur percaya bahawa masalah akan kekal berada pada keluarga yang tidak berfungsi, oleh itu, matlamat utama terapi adalah untuk membangunkan struktur yang baru dan bersesuaian demi menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Aponte and VanDeusen, 1981). Keluarga yang bermasalah tidak disebut sebagai kecacatan yang semulajadi tetapi sebaliknya adalah disebabkan ketidakupayaan mengalih kepada struktur keluarga yang lebih fungsional. Salah satu peranan yang penting dalam terapi struktur ialah setiap keluarga berusaha untuk berubah.

(Simon, 1995). Tugas pakar terapi adalah menolong mereka mencari struktur yang sesuai supaya keluarga tersebut mempunyai resolusi yang berpotensi untuk menghadapi sebarang krisis, khasnya krisis keluarga.

Page 52: TEORI STRUKTURAL

Terapi keluarga struktur juga disifatkan sebagai proses menyesuaikan diri. Pakar terapi lebih memfokus kepada pindaan struktur keluarga dan membiarkan keluarga itu menyelesaikan masalah mereka dengan dapatan yang diperolehi. Ini kerana pakar terapi dipercayai tidak berupaya memilih resolusi yang paling sesuai untuk sesebuah keluarga menyelesaikan masalah mereka, tetapi sebaliknya menolong mencari jalan penyelesaian untuk mereka. Pakar terapi yang menjadi perunding dan terlibat dalam perbincangan dalam sesebuah keluarga yang bermasalah, secara tidak langsung beliau telah memainkan peranan bagi ahli keluarga yang lain. Objektif terapi keluarga struktur mungkin tidak akan tercapai jika pakar terapi juga terlibat dalam memberi pandangan terhadap sesuatu isu yang wujud dalam keluarga tersebut.

Page 53: TEORI STRUKTURAL

SM

_ _ _ _ _ _ _ _

F S M

( Stepmother in charge diffuse boundaries between father-son and mother-son )

MF SM _ _ _ _ _ _ _ S( Mother and father jointly in charge of son with stepmother supporting father )

Page 54: TEORI STRUKTURAL

Terdapat 12 teknik Terapi Keluarga Struktur iaitu :

1. Joining2. Accommodation 3. Structural Diagnosis / Restructuring4. Enactment5. Boundary Marking6. Unbalancing

Page 55: TEORI STRUKTURAL

…Sambungan teknik• Enhancing Family Strengths• Referaming

9. Intensity

10.Shaping Competence

11.Adding Cognitive Construction

12. Working with Spontaneous Interaction

( Samuel T. Gladding, (1998). Family Therapy: History, Theory, and Practice )

Page 56: TEORI STRUKTURAL

1. Joining (Gabungan ) merupakan proses di mana pakar terapi memberitahu keluarga kliennya bahawa beliau memahami situasi masalah mereka dan akan berusaha untuk menolong mereka. Terapis perlu bergabung dengan ahli keluarga tersebut dan berusaha untuk mengubah struktur keluarga tersebut. Terapis dapat merasakan pengalaman yang dirasakan oleh klien. Yang paling penting pakar terapi mesti mendapat kepercayaan daripada ahli keluarga tersebut. ( Minuchin, 1974 ). Joining merangkumi tingkah laku seperti mengambil berat tentang masalah ahli keluarga lain, menghormati dan menunjukkan sifat keterbukaan untuk menerima ahli keluarga lain serta memberi layanan yang mesra terhadap mereka.

Page 57: TEORI STRUKTURAL

Contohnya, pakar terapi tidak akan memperlekehkan keupayaan dan kebolehpercayaan ibubapa dihadapan anak-anaknya, sebaliknya akan menghormati dan memuji mereka dihadapan anak-anaknya.

Ada 3 cara joining atau pendekatan untuk ” memasuki” keluarga klien:-1) Tracking (Menjejaki)2) Mimesis (Lakonan Mimik)3)Confirmation of family member

Page 58: TEORI STRUKTURAL

1) Tracking (Menjejaki)

Pakar terapi bertanya sesuatu perkara yang menyebabkan permasalahan dalam sesebuah keluarga. Dengan cara mengetahui dan memahami situasi klien melalui pertanyaan dan maklumbalas klien. Pakar terapi akan dapat mengenalpasti permasalahan sebenar yang berakar umbi sebenarnya. Contohnya, pakar terapi ingin tahu masalah suami isteri sama ada masalah mereka berlaku selepas berkahwin atau selepas mendapat anak. Ertinya pakar terapi akan cuba menjejaki perasaan emosi klien sehingga pakar terapi dapat mengenalpasti punca permasalahan mereka.

Page 59: TEORI STRUKTURAL

2) Mimesis (Lakonan Mimik) Pakar terapi mengikut emosi keadaan situasi klien. Contohnya, kalau klien bercakap berhati-hati maka pakar terapi juga membuat demikian. Maksudnya pakar terapi seolah-olah dapat merasakan emosi klien dalam diri pakar terapi sendiri. 3) Confirmation of family member Cara ini merupakan satu proses di mana pakar terapi seperti berada di dalam ahli keluarga klien. Dalam keadaan ini pakar terapi dapat merasakan atau membayangkan permasalahan ahli keluarga klien dan dapat menerangkan tingkah laku setiap individu dalam keluarga klien itu.

Page 60: TEORI STRUKTURAL

2. Accommodation / Penyesuaian Diri Merupakan tingkah laku di mana pakar terapi cuba menyesuaikan dirinya dalam sesebuah keluarga yang spesifik Ini adalah penting untuk pakar terapi memahami budaya sesebuah keluarga supaya ia dapat memberi tindak balas yang sesuai berdasarkan kefahamannya Ini bermakna pakar terapi perlu mengubah keterampilan dirinya untuk menyesuaikan diri dengan keluarga tersebut Contohnya, pakar terapi yang bersifat pendiam tidak akan dapat menyesuaikan diri dalam keluarga yang riuh rendah dan ahli keluarga yang bersifat penyibuk. Oleh itu ia perlu bercakap dengan kuat dan menghalang gangguan daripada ahli keluarga lain supaya ia dapat dengar dengan jelas

Page 61: TEORI STRUKTURAL

Sikap bersuara lantang ini mungkin tidak sesuai dalam keluarga yang mengamalkan budaya sopan santun. Oleh itu, pakar terapi perlu cekap menyesuaikan diri dengan keluarga yang berbeza struktur, dan perlu belajar daripada ahli keluarga cara mereka mendapat jalan penyelesaian yang paling baik dalam menghadapi masalah mereka. (Minuchin and Nichols, 1993)

Page 62: TEORI STRUKTURAL

Proses dimana pakar terapi mengenalpasti struktur keluarga yang tidak berfungsi adalah disebabkan mereka masih mengekalkan gejala atau sikap keindividuan. Pakar terapi membuat penilaian daripada aspek pathalogi individu sehingga kepada pengurusan sesebuah keluarga. Biasanya, ahli keluarga tidak dapat mengambarkan masalah yang wujud dalam keluarga mereka, dan pakar terapi terpaksa mengadakan beberapa sesi perjumpaan dengan ahli keluarga, untuk menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapi oleh mereka.

3.

Page 63: TEORI STRUKTURAL

Melibatkan ahli keluarga yang mempunyai masalah perubahan tingkah laku . Minuchin percaya bahawa ramai orang menghadapi masalah berkaitan dengan tingkah laku mereka dan persepsi mereka selalu memberi tanggapan yang tidak tepat. Ini kerana setiap individu mempunyai tanggapan yang berbeza tentang sesuatu perkara yang berlaku, maka pertelingkahan akan wujud apabila perlu mengatakan siapa yang bersalah. Untuk mengatasi masalah tersebut, ahli keluarga perlu menggubal tingkah laku mereka supaya pakar terapi memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam keluarga tersebut. Contohnya, pakar terapi akan menanyakan soalan kepada mereka tentang cara mereka menyelesaikan masalah supaya pakar terapi mengenalpasti masalah yang sebenar dihadapi oleh mereka.

4.

Page 64: TEORI STRUKTURAL

Walaupun enactment memperkembangkan structural diagnosis, ia juga boleh digunakan untuk menstruktur semula tingkah laku sesebuah ahli keluarga. Contohnya, semasa ibubapa berbincang untuk memperoleh cara yang paling berkesan untuk mendisiplinkan anak mereka , maka dalam masa yang sama pakar terapi akan cuba menghalang anak mereka dari mengganggu perbincangan ibubapa mereka. Terapi struktur juga menggunakan teknik enactment untuk memberi sokongan dan galakan kepada ahli keluarga untuk menunjukkan perasaan dan pandangan mereka.

Page 65: TEORI STRUKTURAL

Contohnya, seorang ibu yang menghadapi masalah dengan anak perempuan yang tidak berdisiplin akan dibantu oleh pakar terapi dalam bentuk sokongan dan galakan semasa kedua ibu dan anak berkonfran. Pakar terapi juga akan memaksa si ibu mempertajamkan tegurannya sehingga anaknya menerima pandangannya. Pakar terapi perlu memberi sokongan dan galakan yang berterusan kepada ibubapa yang mempunyai anak yang kurang berdisiplin sehingga mereka berjaya mengubah tingkah laku anak mereka.

Page 66: TEORI STRUKTURAL

Merupakan teknik untuk membentuk subsystems yang baru dalam sebuah keluarga. Biasanya pakar terapi akan membentuk sempadan yang membolehkan ibubapa bekerjasama tanpa gangguan anak-anak mereka atau merapatkan hubungan ibubapa dengan anak dengan membuka disengaged boundary. Melalui boundary marking , pakar terapi membentuk struktur yang baru yang membolehkan keluarga tersebut menyelesaikan masalah mereka. Contohnya, semasa ibubapa membincangkan tentang peraturan untuk anak-anak mereka, maka pakar terapi akan menghalang anak mereka daripada mengganggu perbincangan ibubapa mereka, dan juga menghalang ibu bapa daripada melibatkan anak-anak mereka dalam perbincangan tersebut. Selepas itu, pakar terapi akan berjumpa dengan anak mereka secara persendirian untuk berbincang tentang peraturan yang dicadangkan oleh ibubapa mereka.

5

Page 67: TEORI STRUKTURAL

Merupakan teknik di mana pakar terapi menyebelahi atau menyokong individu yang tertentu atau subsystem untuk menentang ahli-ahli keluarga yang lain. Ini kerana struktur keluarga itu sangat tegar sehingga ahli keluarga tersebut tidak dapat mengubahnya walaupun melalui perbincangan mahupun menambah peranan mereka dalam keluarga tersebut. Oleh itu pakar terapi akan menggunakan pengaruhnya untuk menyokong ahli keluarga yang tertentu supaya tingkah laku mereka dapat berubah. (Minuchin and Fishman, 1981).

6

Page 68: TEORI STRUKTURAL

Biasanya unbalancing boleh digunakan oleh pasangan yang berkahwin, jika mereka tidak mencapai persefahaman antara satu sama lain dan salah seorang daripada mereka mempunyai kuasa yang lebih daripada pasangannya. Dalam keadaan tersebut, pakar terapi akan menyebelahi pihak yang lemah supaya dapat meneruskan permintaannya disamping memberhentikan percakapan pihak yang kuat. Pakar terapi selalunya akan menkonfran dengan ahli keluarga yang kuat mengenai permintaannya terhadap pihak yang lemah

Page 69: TEORI STRUKTURAL

Dapatlah disimpulkan bahawa teknik unbalancing tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa bantuan atau penyertaan daripada pakar terapi dalam keluarga tersebut.(Minuchin, 1974). Dalam proses terapi, semua ahli keluarga perlu memahami dan merasa selesa kerana tentangan atau tekanan yang ditujukan melalui pakar terapi ke atas mereka hanya sementara sahaja, kerana ahli terapi tersebut akan berdiri bersama mereka atau menyebelahi mereka dalam hal-hal yang tertentu. Oleh itu, bila seseorang ahli terapi menyebelahi satu pihak dalam sesebuah keluarga, ia perlu juga menyokong pihak yang berlawanan dalam hal-hal yang tertentu supaya ahli keluarga tersebut merasa mereka juga mempunyai penyokong. Teknik unbalancing memerlukan kepakaran yang tinggi dan memerlukan bimbingan pakar terapi yang senior jika proses terapi itu dijalankan oleh seorang terapi yang baru.

Page 70: TEORI STRUKTURAL

Terapi keluarga struktur percaya bahawa setiap keluarga pada asasnya mempunyai kelebihan atau kekuatan yang semulajadi (Simon, 1995). Ahli terapi menganggap keluarga yang disimpulkan sebagai tidak berfungsi adalah keluarga yang gagal dan tidak berpotensi untuk menyelesaikan masalah mereka. Apabila pakar terapi keluarga struktur membantu keluarga itu mengenalpasti punca masalah mereka ia akan membantu keluarga itu mempertingkatkan kekuatan atau kelebihan mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut, dan selalunya pemindaan struktur keluarga itu sendiri akan membolehkan masalah mereka diselesaikan(Minuchin and Fishman, 1981).

Page 71: TEORI STRUKTURAL

Biasanya keluarga yang menghadapi krisis berupaya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka, dan mereka ini sebenarnya merupakan manusia yang berkebolehan untuk mencipta resolusi yang baru dalam menghadapi krisis jika mereka membuka boundary kognitif mereka. Contohnya, seorang ibu memerhatikan anaknya menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalahnya sehingga mereka berdua bersetuju bahawa anaknya mempunyai potensi untuk menghadapi masalahnya sendiri. Teknik ini sangat berguna apabila anaknya keluar mencari pekerjaan dalam masyarakat.

Page 72: TEORI STRUKTURAL

(Menggambarkan / Melebelkan semula) Satu proses menukarkan sesuatu tanggapan dengan cara menerangkan sesuatu situasi kepada suatu cara yang boleh diterima oleh klien. Contohnya, jika ibubapa sebuah keluarga itu mengatakan anaknya jahat. Kaunselor akan cuba menggambarkan kepada ibubapa keluarga tersebut bahawa anaknya sebenarnya bukan jahat tetapi nakal. Dengan cara ini, ibubapa akan dapat menerima keadaan atau tingkahlaku anaknya,dan pandangan mereka juga akan berubah dari tanggapan negatif kepada tanggapan positif .

Page 73: TEORI STRUKTURAL

(Keamatan dalam cara penegasan) Intensity adalah keadaan struktur yang dilakukan secara berulang-ulang. Cara perulangan ini menyebabkan seseorang itu terfikir terhadap arahan atau perulangan yang tegas oleh kaunselor itu. Contohnya, jika suami isteri bergaduh, kaunselor akan mengarahkan suami mencatatkan apa jua yang dia tidak suka terhadap isterinya dan begitulah juga sebaliknya kepada suaminya. Setiap kali berjumpa dengan kaunselor, arahan yang sama akan diberi oleh kaunselor. Ini menyebabkan kedua suami isteri terfikir bahawa setiap kelakuan yang menjadi punca pengaduhan mereka itu adalah berulang-ulang dan amat membosankan.

Page 74: TEORI STRUKTURAL

 

(Mempertajamkan keupayaan) Dalam proses mempertajamkan keupayaan seseorang klien atau keluarga, kaunselor perlu memainkan peranannya untuk memfokuskan nilai-nilai positif kepada seseorang itu terutamanya kes-kes yang bersesuaian. Contohnya, seseorang klien yang gagal dalam peperiksaan PMR . Seseorang kaunselor akan mengatakan bahawa klien telah berusaha dengan tekun sekali, namun kegagalan klien kali ini akan menjadi dorongan yang kuat supaya klien berusaha lagi serta meningkatkan semangat tidak mudah putus asa. Ini bermakna kaunselor telah mempertajamkan keupayaan klien supaya yakin boleh berjaya.

Page 75: TEORI STRUKTURAL

Beberapa aspek teknik penambah kognitif pembangunan termasuk memberi nasihat, penerangan pragmatic fiksion dan paradox (percanggahan/mencabar). Ini bermakna kaunselor memberi nasihat dan penerangan kepada klien supaya klien melihat sesuatu masalah itu seperti suatu perkara yang biasa. Contohnya, jika si isteri selalu marah apabila suaminya lewat pulang ke rumah. Maka Kaunselor akan memberi nasihat dan penerangan bahawa ini adalah kerana suaminya rajin berusaha untuk kebajikan keluarganya. Pragmatik fiksion ialah kaunselor memberi penerangan untuk mengubah klien yang terlalu yakin dengan apa yang dipegangnya. Paradox ialah kaunselor cuba mengelirukan klien dengan tujuan supaya klien rasa kecewa dan ini akan memotivasikannya untuk mencari langkah-langkah tertentu untuk menyelesaikan masalah.

Page 76: TEORI STRUKTURAL

Ianya lanjutan daripada sesebuah enactment. Struktur terapi keluarga ini lebih menumpukan atau mengkhususkan sesuatu perkara secara spontan sekiranya kaunselor dapat mengetahui sesuatu permasalahan yang ditimbulkan oleh klien. Contohnya, jika ada pertengkaran di antara suami isteri dimana isteri cuba meninggikan suara atau menengking kepada suaminya, maka kaunselor dengan spontan menegur kepada si isteri itu bahawa menengking itu tidak sesuai dilakukan oleh isteri yang baik. Ertinya kaunselor juga memainkan peranan sekali sekala dalam hubungan suami isteri itu.

Page 77: TEORI STRUKTURAL

Terapi struktur keluarga yang dipelopori oleh Salvador Minuchin pada dasarnya teorinya digunakan untuk membuat penyelidikan ke atas kanak-kanak yang melakukan kesalahan. Teori ini mempunyai potensi yang tinggi dalam mengubati remaja yang ketagihan dadah serta mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga mereka. Mengikut Minuchin dalam bukunya “Families of the slums” , Ia menyatakan bahawa terapi struktur keluarga berjaya menyelesaikan tujuh daripada sebelas kes kesalahan kanak-kanak semasa di Wyltwick School. Walaupun para pembaca menyatakan kesangsian mereka terhadap terapi ini kerana kes yang dapat diselesaikan di Wiltwick School adalah terlalu sedikit dan ini akan membataskan keberkesanan keseluruhan terapi tersebut.

Page 78: TEORI STRUKTURAL