Teori Sub Budaya Final

39
TEORI SUB BUDAYA

description

about teori sub budaya

Transcript of Teori Sub Budaya Final

Page 1: Teori Sub Budaya Final

TEORI SUB BUDAYA

Page 2: Teori Sub Budaya Final

Teori sub budaya umumnya membahas tentang wujudnya kepelbagaian norma dalam masyarakat.

Kepelbagaian norma wujud di kalangan kelas yang berbeza seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan.

Pihak pemerintah cenderung menganggap bahawa nilai-nilai kelas bawahan itu bertentangan dengan nilai-nilai kelas menengah atau atasan.

Nilai nilai kelas bawahan ini selalu dianggap Sebagai sub budaya.

Page 3: Teori Sub Budaya Final

“sub budaya adalah suatu subbudaya umumnya dicirikan oleh satu set norma dan nilai khususnya yang dipatuhi oleh ahlinya dalam mengamalkan suatu tindak laku.

Anggota kumpulan merasa lebih selesa jika mereka menerima dan mematuhi nilai dan norma suatu kumpulan Mat Rempit tertentu untuk melambangkan ciri-ciri sepunya.

Berbeza daripada teori anomie, teori sub budaya mengakui wujudnya norma-norma yang bersifat pluralistik – bukan homogen (terdapatnya kepelbagaian norma – suatu yang heterogenous) dalam masyarakat

Page 4: Teori Sub Budaya Final

Kepelbagaian budahya/ norma

Diantara faktor yang menyebabkan wujudnya kepelbagaian norma dalam sesebuah masyarakat adalah jenis kaum pendatang yang berhijrah masuk ke kawasan-kawasan tertentu.

Contohnya di Amerika Syarikat pertentangan nilai berlaku di kalangan orang Asia (Jepun dan Cina), dan orang Negro yang berhijrah ke bandar-bandar besar dengan penduduk asal Amerika Syarikat.

Page 5: Teori Sub Budaya Final

Nilai-nilai tradisional dalam kehidupan masyarakat luar bandar (desa) misalnya tidak sama dengan nilai-nilai ‘moden’ dalam masyarakat bandar atau tidak sama dengan nilai-nilai ‘baru’ dalam masyarakat yang didiami oleh seseorang atau sesuatu kelompok baru.

Page 6: Teori Sub Budaya Final

Teori Sub Budaya dan Remaja

Apabila membincangkan subbudaya, ahli sosiologi, lebih fokus kepada kehidupan sosial dan tingkah laku di kalangan golongan kelas bawahan atau kelas pekerja

Khususnya di kalangan remaja kelas tersebut dalam keadaan masyarakat yang mengalami proses transformasi yang pesat: masyarakat urban/bandar.

Page 7: Teori Sub Budaya Final

Umumnya pihak pemerintah atau golongan masyarakat yang dominan melihat norma-norma dan nilai-nilai mereka sebagai bercanggah atau bertentangan dengan norma-norma yang dianuti oleh anggota masyarakat “biasa”

golongan bawahan yang memperlihatkan pelbagai bentuk tingkah laku devian dan jenayah, dan perangkaan rasmi tentang masalah tersebut menunjukkan bahawa mereka lebih banyak terlibat

Page 8: Teori Sub Budaya Final

Ini bererti bahawa analisis sosiologikalnya menumpukan perhatian kepada wujudnya pertentangan norma atau nilai dalam sesebuah masyarakat di mana devians dan/atau jenayah itu wujud.

Pertentangan norma dan nilai ini pula mempunyai kaitan dengan pelanggaran norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat secara meluas.

Page 9: Teori Sub Budaya Final

Contoh tingkah laku yang cenderung disentuh adalah kenakalan, jenayah, penyalahgunaan dadah dan penglibatan dalam lumba haram (yang mana lebih ramai pelakunya berasal daripada kelas bawahan).

Dalam hal ini dikatakan wujudnya budaya remaja, budaya kelompok atau rakan sebaya, atau budaya delinkuen yang semuanya dikatakan lebih banyak wujud di kalangan remaja kelas bawahan atau kelas pekerja.

Page 10: Teori Sub Budaya Final

Konflik nilai lazim digunakan untuk membahas fenomena delinkuensi atau jenayah di kalangan remaja.

Secara umum huraian ditumpukan kepada bagaimana sesetengah remaja terlibat dalam proses pembelajaran untuk melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dengan peraturan atau undang-undang masyarakat.

Page 11: Teori Sub Budaya Final

ALBERT COHENDELINQUENT SUBCULTURE

Page 12: Teori Sub Budaya Final

Albert Cohen adalah seorang pengkaji tentang delinkuensi. sub-budaya delinkuen dikatakan mempunyai satu set peraturan dan cara hidup yang berlainan daripada norma dan nilai-nilai masyarakat umum , iaitu nilai arus perdana.

Page 13: Teori Sub Budaya Final

Teori sub-budaya Cohen dikatakan sama dengan teori anomie Merton dalam ertikata teori tersebut membahas bahawa terdapat keadaan di mana sesetengah individu kurang mempunyai cara-cara yang diinstitusikan (sah) untuk mencapai matlamat budaya seperti status tinggi, kejayaan dan sebagainya, NAMUN teori sub-budaya Cohen lebih bersifat khusus.

Page 14: Teori Sub Budaya Final

Ini bermaksud bahawa Cohen menumpukan perhatian kepada pengalaman hidup yang khusus yang dialami sesetengah golongan remaja kelas bawahan, iaitu teori sub-budaya Cohen memperlihatkan satu bentuk atau gaya penyesuaian yang digunakan oleh golongan remaja tersebut terhadap keadaan kehidupan yang tertentu, iaitu yang tertekan atau penuhi dengan pelbagai halangan, dalam masyarakat.

Page 15: Teori Sub Budaya Final

Tingkah laku delinkuen adalah hasil daripada suatu keadaan ketidakupayaan ekonomi dan sosial kelas bawahan.

Theory: In school, kids from lower class areas are labeled as either bad or stupid.

There are three possible responses to this initial label: (1) try harder, (2) accept it, or (3) reject it and redefine success.

Page 16: Teori Sub Budaya Final

Cohen’s Typology:College Boys: these juveniles continue to

strive for educational success.

Corner Boys: these juveniles lower their expectations and engage in marginal forms of deviance( alcohol, drugs).

Delinquent Boys: these juveniles reject the negative labels and redefine status in a manner where they can be successful, through a process of reaction formation.

Page 17: Teori Sub Budaya Final

Cohen berpendapat bahawa seseorang Delinquent Boys bertindak sedemikian disebabkan keinginannya untuk mendapat pengiktirafan daripada geng atau clique yang dianggotainya.

Pengiktirafan itu juga bertujuan menggelak dirinya daripada disingkir atau dipinggirkan oleh kumpulan atau gengnya

Page 18: Teori Sub Budaya Final

Richard Cloward dan Lloyd Ohlin

Idea tentang sub-budaya delinkuen yang dikemukakan oleh Cohen dibahas lanjut oleh Richard Cloward dan Lloyd Ohlin yang mendapati bahawa budaya kumpulan geng kelas bawahan memang mempunyai norma dan nilai-nilai yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai masyarakat konvensional (biasa).

Remaja dari kelas bawahan tidak dapat mencapai status tinggi melalui pencapaian baik dalam sistem pendidikan formal yang sedia ada dalam masyrakat.

Page 19: Teori Sub Budaya Final

Mereka juga kurang berjaya memperolehi beberapa kemudahan sosial dan ekonomi berbanding remaja kelas menengah dan atasan.

Keadaan keterbatasan itu membuat mereka berasa kecewa dan cemas, dan keadaan tersebut cuba ‘diselesaikan’ dengan membentuk suatu reaksi, iaitu norma dan nilai-nilai kelas menengah dan atasan ‘digantikan’ dengan norma dan nilai-nilai sub-budaya delinkuen.

Page 20: Teori Sub Budaya Final

Sub-budaya delinkuen pula mengandungi beberapa kriteria yang dapat dipenuhi oleh anak-anak atau para remaja kelas bawahan.

Sub-budaya delinkuen mempunyai ciri-ciri non-utilitarian (bukan untuk mencapai matlamat ekonomi ), malicious (jahat, hasat atau dengki) dan negativistic (mempunyai ciri-ciri negatif).

Page 21: Teori Sub Budaya Final

Sesuatu tingkah laku delinkuen dilakukan bukan sekadar ingin memenuhi segala keperluan ekonomi atau material.

Misalnya, sekiranya seseorang remaja melakukan delinkuensi seperti mencuri barang makanan, perbuatan itu bukan sebenarnya menunjukkan ia lapar tetapi perbuatan tersebut boleh memberi kepuasan kepadanya, mendapat pengiktirafan daripada kumpulan mereka.

Page 22: Teori Sub Budaya Final

Ahli-ahli sub-budaya delinkuen memperoleh kepuasan apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan atau mengancam ketenteraman orang lain.

Dalam keadaan inilah mereka dianggap jahat (malicious) dan bertingkah laku negatif (negativistic).

Page 23: Teori Sub Budaya Final

Namun bukan semua anak-anak nakal dapat mencapai matlamat budaya melalui jalan-jalan yang tidak sah oleh kerana peluang-peluang itu pun didapati berbeza di kalangan mereka.

Bagi sesetengah remaja, keadaan menganggotai sesebuah sub-budaya atau geng delinkuen juga kadang-kala sukar, disebabkan terdapatnya kekurangan atau keterbatasan dari segi fizikal, personaliti, mental, dan sikap berhubung dengan takrifan serta peripentingnya undang-undang.

Page 24: Teori Sub Budaya Final

Maka terdapat 3 jenis sub-budaya bagi remaja, iaitu:

Sub-budaya kriminal – yang tujuannya adalah untuk memberi latihan bagi sesetengah remaja untuk menjadi penjenayah profesional.

Sub-budaya konflik – yang mengutamakan pangkat, keberanian dan kewibawaan bagi seseorang remaja. Contohnya, sub-budaya delinkuen.

Page 25: Teori Sub Budaya Final

c. Sub-budaya pengundur (retreatist) – mereka bukan sahaja tidak mempunyai peluang untuk menjadi penjenayah profesional, tetapi juga gagal mendapatkan status dalam sesebuah kumpulan sub-budaya. Justeru mereka menarik diri dan terjerumus dalam sub-budaya dadah.

Page 26: Teori Sub Budaya Final

Walter B. Miller Lewis Yablonsky

STREET CORNER BOYS

Page 27: Teori Sub Budaya Final

Dalam kajian Miller dan Yablonsky, tumpuan diberikan kepada kumpulan nakal di kalangan kelas bawahan.

Miller cuba mencari punca asas bagi motivasi remaja untuk terlibat dalam sesuatu tingkah laku nakal

Sementara Yablonsky menampilkan banyak data etnografi tentang ciri-ciri kumpulan dan aktiviti anak-anak yang terlibat dalam kumpulan-kumpulan nakal.

Page 28: Teori Sub Budaya Final

Miller membuat andaian bahawa komponen yang dominan bagi motivasi untuk terlibat dalam aktiviti delinkuen adalah usaha remaja untuk memperoleh sesuatu yang dinilai tinggi dalam komuniti masyarakat kelas bawahan terutama terhadap remaja lelaki.

Page 29: Teori Sub Budaya Final

Usaha dan tingkah laku remaja dalam kelas tersebut terikat kuat pada norma-norma hidup komuniti berkenaan dan para remaja lelaki juga cuba memperoleh suatu ‘status’ yang diiktiraf di kalangan kelompok mereka.

Hal tersebut menjadi motivasi yang menggerakkan tindakan individu atau kelompok dalam kelas bawahan terutamanya di kalangan para migran berkulit hitam.

Page 30: Teori Sub Budaya Final

Miller berpendapat bahawa delinkuensi yang dilakukan secara berkelompok itu dipengaruhi oleh sistem budaya dalam kelas tersebut.

Ringkasnya, tingkah laku remaja delinkuen dipengaruhi oleh keadaan komunitinya sendiri atau keadaan kelas bawahan yang khusus, misalnya di kalangan remaja komuniti berkulit hitam.

Page 31: Teori Sub Budaya Final

Terdapat enam ciri utama dalam geng remaja kelas bawahan, iaitu

TroubleToughnessSmartness Excitement Fate Autonomy.

Page 32: Teori Sub Budaya Final

Trouble adalah ciri yang paling dominan dalam budaya kelas bawahan masyarakat di Amerika Syarikat khususnya di kalangan komuniti berkulit hitam.

Membuat ‘kacau’ merupakan sesuatu yang boleh menentukan ‘status’ seseorang dalam kelas tersebut.

Page 33: Teori Sub Budaya Final

Toughness, iaitu kekuatan pula diutamakan kerana kebanyakan anak atau remaja komuniti kelas bawahan berkulit hitam dididik oleh golongan wanita yang terdiri daripada ibu, nenek atau mak saudara.

Keadaan tersebut terjadi oleh kerana para bapa atau orang dewasa lelaki banyak menghabiskan masa bekerja sebagai buruh misalnya di kilang-kilang kawasan bandar.

Page 34: Teori Sub Budaya Final

Maka satu cara untuk memiliki ciri-ciri seorang lelaki adalah melalui interaksi atau hubungan dengan rakan-rakan lelaki dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan biasanya di luar rumah.

Budaya kelas bawahan memberi motivasi terhadap tingkah laku nakal.

Seorang remaja melakukan delinkuensi kerana keinginannya untuk mencapai matlamat atau memenuhi tuntutan kumpulan agar diterima sebagai seorang anggota dalam kumpulan street-corner.

Page 35: Teori Sub Budaya Final

Smartness merujuk kepada kebolehan mendapatkan sesuatu yang ternilai melalui kecekapan daya berfikir dan selanjutnya seseorang itu mempunyai daya untuk bertindak cekap serta pantas.

Remaja kelas bawahan mempelajari atau mempraktikkan kecekapan dan kemahiran dalam bentuk-bentuk aktiviti seperti berjudi, menipu, terlibat dalam tingkah laku mencaci dan sebagainya.

Kemahiran dalam hal-hal seperti tersebut dapat menentukan prestij seseorang dalam sebuah kumpulan atau geng.

Page 36: Teori Sub Budaya Final

Keseronokan (excitement) merangkum usaha mencari keseronokan untuk mengatasi pengalaman atau corak kehidupan kelas bawahan yang rutin serta membosankan kerana wujudnya tekanan hidup.

Keperluan terhadap hiburan dilihat melalui bentuk-bentuk tingkah laku yang melibatkan meminum minuman keras, berjudi, merosakkan harta awam, mencuri kereta, mengganggu guru atau polis dan sebagainya.

Semua ini melibatkan high quality adventure.

Page 37: Teori Sub Budaya Final

Fate: Miller juga menegaskan bahawa golongan remaja kelas bawahan cenderung percaya pada nasib atau takdir (fate) .

Autonomi. Menganggap tindakan yang menyimpang sebagai satu perluahan atau ekspresi kebebasan daripada kongkongan oleh pelbagai sumber autoriti seperti pihak sekolah dan keluarga.

Page 38: Teori Sub Budaya Final

Secara umum huraian-huraian Cohen, Cloward dan Ohlin, dan Miller menekankan remaja untuk bertindak nakal untuk menentang dengan norma sosial yang diterima umum.

Secara umum, desakan nilai-nilai kelas menengah, masalah pembentukan identiti serta kegagalan memperoleh status dalam masyarakat dan peripentingnya perasaan kepunyaan merupakan antara beberapa faktor penyumbang kepada pembentukan sub – budaya di kalangan remaja.

Page 39: Teori Sub Budaya Final

Di kawasan-kawasan miskin dan sesak (disorganized areas) peluang untuk menjadi delinkuen adalah lebih luas dan terbuka.

Keadaan sosioekonomi dan politik dan juga keluarga kelas bawahan ‘menyediakan’ satu latar atau asas penting bagi berbagai-bagai tingkah laku yang ditakrifkan oleh kelas menengah dan atasan sebagai tingkah laku devian atau jenayah.