TEORI-TEORI K4

65
TEORI BEHAVIORIS Pelopor : Ivan Pavlon B. F. Skinner Albert Bandura TEO CHEE WEI TIONG JANG LEONG TANG SING RONG

description

edu 4

Transcript of TEORI-TEORI K4

TERAPI RASIONAL-EMOTIF (RET)

Peringkat 1Membina hubungan kaunselor klien dengan teknik mendengar secara empatik dan membina iklim yang kondusif.TEORI BEHAVIORISBerasaskan pendekatan tindakan yang mekanikal. Dalam teori ini, interaksi antara kaunselor dengan klien sebagai perantara yang dapat mengubah persekitaran bagi menggerakkan perubahan gerak balas tingkah laku klien (Corey, 2005).Peringkat 2Membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem Model ABC.Peringkat 3Kaunselor membantu klien membezakan percayaan rasional dengan tidak rasional dan memahami bagaimana percayaan rasional dapat membawa hasil positif manakala percayaan tidak rasional pula akan membawa hasil negatif.Matlamat yang hendak ditujui sebenarnya adalah ditentukan oleh klien itu sendiri.Peranan kaunselor adalah membantu klien memilih matlamat yang hendak ditujui. (diterima oleh masyarakat)Matlamat behavioris menekankan kepada kejayaan yang khusus yang boleh dilihat, dinilai dan diukur. (secara tingkah laku dan realistik)SambunganMatlamat Teori BehaviorisProses penentuan matlamat (Amir Awang dalam Cormier, 1979)Kaunselor menjelaskan kepada klien sifat dan tujuan matlamat.Klien menentukan perubahan atau matlamat khusus yang diingini.Kaunselor dan klien mengakaji dan menilai kesesuaian matlamat yang dinyatakan oleh klien.Sambungan prosesKaunselor dan klien bersama-sama mengenalpasti dan menilai risiko-risiko yang berkaitan dengan matlamat.Kaunselor dan klien bersama-sama membincangkan kebaikan-kebaikan diperolehi dariapda matlamat.Setelah mendapat maklumat, kaunselor dan klien akan membuat keputusan untuk meneruskan sesi kaunseling, menimbang semula matlamat yang dinyatakan ataupun merujuk klien kepada kaunselor lain.Teknik-teknik Teori BehaviorisLatihan IstirahatDesensitisasi BersistemTeknik ImplosifTeknik AversifEkonomi TokenModelingLatihan IstirahatDiaplikasikan bagi mengurangkan ketegangan yang timbul hasil daripada urusan seharian.Bertujuan untuk mengendurkan ketegangan otot dan mental.Klien dilatih membayangkan gambaran-gambaran yang menyenangkan dan gambaran-gambaran yang merisaukan mengikut hierarki yang dipersetujui.

Desensitisasi Bersistem (Joseph Wolpe)Digunakan untuk menghapuskan perasaan risau dan juga reaksi-reaksi mengelak.

Teknik Implosif Merupakan suatu teknik yang berlawanan dengan desensitisasi bersistem.Klien disuruh menggambarkan situasi yang paling menakutkan dan merisaukan.Semasa klien membuat bayangan, kaunselor akan membuat gambaran yang lebih dahsyat.Teknik AversifKlien akan dipaksa melakukan sesuatu atau bertindak dengan cara tertentu bagi mengelakkan kesan yang menyakitkan atau aversif.Contohnya, seorang pelajar yang ponteng sekolah tanpa sebab akan dikenakan kejutan elektrik sebagai dendaan kerana ponteng sekolah dan bertujuan untuk mengelakkan tingkah laku tertentu.

Sambungan teknik aversifAversi kimia Klien disuruh minum arak yang dicampurkan dengan bahan kimia tertentu. Ia akan muntah, akhirnya ia tidak mahu lagi minum.Penderiaan tak nyata Klien disuruh membayangkan tingkah laku yang menyeleweng dan kesan negatif yang akan dihadapi.Time out Seorang murid yang berkelakuan tidak mematuhi peraturan akan diasingkan dalam tempoh tertentu.Sambungan teknik aversifPembetulan lampau klien akan disuruh membetulkan keadaan lintang pukang yang disebabkannya.Kos Tindak balas Merupakan sesuatu teknik mendenda seseorang yang bertingkah laku yang tidak sesuai. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menjerit-jerit, ia tidak akan diberi gula-gula.Ekonomi TokenDigunakan bagi menghapuskan sesuatu tingkah laku yang tidak diingininya.Setiap kali tingkah laku yang diingini dilakukan, klien akan mendapat token. Setelah token dikumpul telah mencukupi, klien akan dapat menebusnya untuk mendapatkan ganjaran yang diingininya.ModelingTingkah laku adalah dipelajari melalui tiruan atau mencontohi model.Modeling boleh dilakukan dengan model lambing atau melalui filem dan lain-lain alat visual.Tugas KaunselorMenurut Amir Awang (1987) terdapat beberapa peranan yang perlu dititiberatkan oleh kaunselor.Kaunselor perlu mempunyai pengetahuan untuk mengubati masalah yang dihadapi oleh klien.Kaunselor berkemahiran dan berupaya menjadi model bagi klien.

Sambungan Tugas KaunselorKaunselor mahir dalam semua teknik yang digunakan dalam teknik teori behavioris.Kaunselor harus mempunyai orientasi yang baik ke arah penyelidikan agar ia dapat selalu melaksanakan penilaiannya secara objektif.Tugas KlienKlien perlu komited dalam penggunaan strategi dan tatacara teknik behavioris.Klien perlu memainkan peranan aktif sebagai pemangkin perubahan untuk dirinya.Klien mesti bersedia melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh kaunselor di samping bersedia menghadapi risiko-risiko daripada apa jua percubaan.TEORI PEMUSATAN PERORANGAN(HUMANISTIK)Pelopor : Carl Rogers

Pandangan Terhadap ManusiaMenurut Carl Rogers,

Manusia bersifat rasional, gemar bersosialisasi, berpandangan ke depan, dan realistik.

Beliau menyenaraikan ciri-ciri manusia :Mempunyai maruah serta harga diri, dan harus dihormati.

Mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri, dan berkebolehan untuk membuat penilaian yang bijak.

Berkebolehan untuk memilih nilai masing-masing.Sambungan Ciri-ciri ManusiaMampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara konstruktif.Berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkahlaku masing-masing.Berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah kehidupan yang memuaskan.

Peranan KaunselingRogers menggariskan enam syarat penting bagi perubahan personaliti.

Guru bimbingan dan kaunseling dan klien hendaklah berada dalam kontek psikologikal.Klien berada dalam keadaan tidak kongruen.Guru bimbingan dan kaunseling berada dalam keadaan kongruen dan terlibat dalam hubungan kaunseling.

Guru bimbingan dan kaunseling mengamalkan penerimaan positif tanpa syarat terhadap klien.

Guru bimbingan dan kaunseling bersifat empati terhadap kerangka rujukan klien.

Sifat empati dan penerimaan positif tanpa syarat berjaya tercapai dalam sesi kaunseling.Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah bersifat tidak mengarah (tidak menyoal, atau memberi nasihat, atau mentafsir pemikiran, perasaan dan tingkahlaku klien).

Mendengar secara aktif serta memberi dorongan yang wajar sepanjang sesi kaunseling.

SambunganPeranan Kaunseling Peranan sesi kaunseling berorientasikan pemusatan perorangan bertujuan untuk :

Membantu klien meningkatkan keyakinan diri serta sifat autonomi dan spontan.

Menghasilkan klien yang mampu berfungsi dengan sempurna, berupaya mengurus kehidupan masing-masing, dan berkebolehan menghargai diri masing-masing.Teknik / Strategi untuk Membantu KlienElemen yang paling kritikal dalam teori ini ialah sikap guru bimbingan dan kaunseling terhadap klien.

Ciri-ciri sikap guru bimbingan dan kaunseling:KetulenanPenerimaan positif tanpa syaratEmpati

KetulenanMerujuk kepada identiti kendiri sebenar guru bimbingan dan kaunseling yang kekal sepanjang sesi kaunseling.Ciri-Ciri KetulenanTidak terikat dengan peranan.Guru bimbingan dan kaunseling bersifat tulen terhadap klien dan tidak akan berselindung di sebalik peranan professional.Bersifat spontan.Berkomunikasi secara terbuka, tidak terlalu berjaga-jaga, tidak bersifat impulsif.Tidak bersifat defensif.Sedia maklum tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing.Bersifat terbuka terhadap komen/teguran negatif klien tanpa berasa terancam.30Bersifat tekalTekal dari segi pemikiran, perasaan dan tingkahlaku masing-masing.

Membuat perkongsian diriGuru bimbingan dan kaunseling akan membuat pendedahan kendiri apabila difikirkan sesuai dan perlu.

Ciri-Ciri KetulenanPenerimaan Positif tanpa SyaratGuru bimbingan dan kaunseling menerima klien sebagai seorang yang berpotensi menjadi baik, bersifat rasional dan gemar kepada autonomi.Memberi perhatian yang berkualiti kepada kebimbangan dan perasaan klien.Bersikap tanpa menghukum terhadap klien serta mengganggapnya sebagai seorang yang berhak diberi layanan yang tulen.Bertindakbalas dengan penuh empati serta memahami kerangka rujukan klien.Menyedari dan meningkatkan potensi dan kebolehan klien.Ciri-Ciri Penerimaan Positif tanpa SyaratEmpati Guru bimbingan dan kaunseling harus cuba berfikir dari sudut klien.Cuba menyelami dunia klien untuk mengalami situasi yang sedang dilalui oleh klien serta menghayati perasaan yang sedang dirasainya buat ketika itu.

Strategi yang terangkum dalam sifat empati termasuk :Kemahiran melayanLisan ( nada suara yang lembut )Bukan lisan ( mimik muka, postur badan, anggukan kepala, kontek mata, senyuman, jarak fizikal yang sesuai dan sentuhan bahu )Strategi yang terangkum dalam sifat empati termasuk : Kesenyapan Memberi klien masa untuk memproses maklumat serta perasaan dengan lebih berkesan.Apabila digunakan dalam sesi kaunseling, guru bimbingan dan kaunseling cuba maklumkan kepada klien mesej berikut : Saya yakin anda berupaya menangani isu yang timbul, dan saya berada di sisi anda.

TERAPI RASIONAL-EMOTIF (RET)

Kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi (1947-1953): Ellis mendapati terapi psikoanalisis (Frued) tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik.Pendekatan Freud kurang lengkap:Ada keadaan individu yang bertambah serius selepas menjalani pendekatan psikoanalisis tersebut. Mewujudkan Teori Rasional Emotif TerapiTeori Rasional Emotif TerapiTerapi ini berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional.Kini ia dikenali sebagai REBT: Rasional Emotive Behaviour TherapyTeori Rasional Emotif TerapiMenurut Ellis, manusia dilahirkan ke dalam alam dunia yang tidak rasional. Mereka akan menjadi semakin tidak rasional selepas diterapkan oleh idea-idea yang tidak rasional ke dalam kepercayaan.Teori Rasional Emotif TerapiAlbert Ellis telah memperkenalkan model A-B-C, di mana:A: Activating experience ( peristiwa yang menggerakkan )B: Belief system ( sistem kepercayaan )C: Consequence ( akibat )ModelPeristiwaA(Activating Experience)B(Belief System)C(Consequences)Peristiwa/Masalah dihadapiGangguan emosi ditimbulkanPercayaan peristiwa berlakuPercayaan rasional / tidak rasionalAkibat Tingkah laku emotif / behavioralMatlamat Teori Rasional Emotif TerapiMembantu memperkembangkan pemikiran rasional dan logikal.Menggalakkan memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu.Matlamat Teori Rasional Emotif TerapiMembimbing klien melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan ganguan emosi yang dialami.Berjaya: klien memahami punca gangguan emosi dan mengikisnya dengan gantian percayaan.Menghilangkan gangguan emosional yang merosakkan

Objektif Teori Rasional Emotif TerapiMemperbaiki dan mengubah segala perilaku yang tidak rasional dan tidak logik menjadi rasional dan logik agar klien dapat mengembangkan dirinya.Peringkat IPeringkat IIPeringkat IIIPeringkat IVProses Kaunseling Rasional Emotif BehavioralPeringkat 4Memberikan masa kepada klien untuk melatih mencabar percayaan tidak rasionalnya. Latihan kerja rumah diberikan untuk menangani percayaan tidak rasional dan mengekalkan percayaan rasional yang baru dipelajari. Teknik untuk membantu KlienKaunseling yang berorientasikan teori rasional emotif merupakan teori kaunseling yang berunsur elemen mengajar dan mengarah. Jadi, Ellis mengesyorkan/ mencadangkan 3 teknik yang boleh digunakan:Teknik KognitifMenstruktur semula pemikiran /percayaan tidak rasional melalui Model ABCDE.Mendefinisi semula situasi negatif supaya menjadi positif.Teknik EmotifUnsur kecindan.Membimbing klien untuk membentuk pola-pola emosi yang positif.Latihan menyerang perasaan malu.Teknik BehavioralTugasan mencabar percayaan tidak rasional.Pengurusan kendiri bermaksud pemantauan sendiri.Tugasan kerja rumah membantu klien mencuba dan mengamalkan apa yang telah dipelajari dalam sesi kaunseling dalam aktiviti seharian masing-masing.SESI SOAL JAWABBincangkan kelemahan dan kekuatan Teori BehaviorisKelebihanMemberi penekanan kepada pengukuran, penilaian dan penyelidikan. Mempunyai pelbagai teknik, tatacara dan strategi dalam sesi-sesi kaunseling.KelemahanHanya memokuskan kepada perubahan tingkah laku dan bukannya perasaan atau pemikiran kognitif klien.Teori behavioris kurang mementingkan isu hubungan mesra atau yang lebih kondusif dan terapeutik antara kaunselor dan klien semasa sesi dijalankan.Teori ini lebih focus kepada rawatan tanda luaran dan bukan punca penyebab masalah tersebut.Bincangkan kelemahan dan kekuatan Teori Pemusatan Perorangan.KELEBIHANHubungan antara kaunselor dan klien lebih mesra dan membolehkan sesi kaunseling dapat dijalankan dengan lancar dalam keadaan yang teraputik.Langkah-langkah kaunseling yang sistematik dan jelasKaunselor menggalakkan klien untuk berfikiran rasional dan positif.Isu yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan satu persatu dengan teliti.

Klien dapat memajukan diri melalui cara berfikir yang positif.Teori ini tidak bersikap menilai klien.Memberikan kemahiran berfikir secara positif untuk berhadapan dengan masalah yang akan mereka hadapi pada masa akan datang.KELEMAHANTerlalu berpusatkan klien di mana guru perlu memenuhi kehendak klien seperti keadaan yang kondusif dan ke arah perubahan tingkahlaku.Konsep kendiri pelajar tidak sepadan dengan pengalaman sebenar. Pelajar tersebut akan memutarbelitkan realiti.Proses yang lama disebabkan kaunselor mengikuti perkembangan klien dari awal hingga akhir kaunseling.

Soalan 3:Ramli, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun, berasa gementar dan bimbang sambil menunggu giliran untuk membentangkan tugasannya. Hakikatnya, Ramli telah membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi sesi pembentangan tersebut sejak dua minggu lagi. Berdasarkan teori ABCDE yang telah anda belajar dalam teori RET, jelaskan bagaimana anda akan membantu Ramli untuk mengatasi perasaan gementar dan bimbang yang timbul akibat penilaian yang tidak rasional.Soalan 4:Nyatakan kelebihan dan kekurangan bagi Teori RET. Soalan 2:Kelebihan:Mendorong klien mencuba sesuatu tingkah laku yang baru dalam kehidupannya.Penglibatan kaunselor adalah aktif.

Kelemahan:Lebih autoritiBerperanan sebagai pakar atau pengajar.Akan gagal ketika klien enggan menuruti arahan kaunselor.Kurang berfokus dengan aspek afektif klien.