Teori-Teori Pembelajaran
-
Upload
hoaysan-lim -
Category
Documents
-
view
414 -
download
12
description
Transcript of Teori-Teori Pembelajaran
Teori merupakan satu prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan bagi sesuatu ilmu
pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan yang terdiri daripada pengetahuan
sedia ada dalam diri seseorang untuk memberi panduan bagi menjalankan penyelidikan
dan juga untuk mendapatkan sesuatu maklumat baru. Menurut Kerlinger (1986), teori
ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu
fenomena secara sistematik. Jary dan Jary (1995) pula melihat teori sebagai satu set
hipotesis atau prinsip yang berkait secara logic atau berdasarkan penerangan
matematik yang menerangkan hakikat empirical sesuatu fenomena. Teori-teori
pembelajaran terdiri daripada lima iaitu behavioris, sosial, kognitif, konstruktivisme dan
humanisme.
Konsep pembelajaran pula merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif),
emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah
laku yang berlaku pada seseorang melalui pengalaman mereka dan juga merupakan
bantuan yang diberikan oleh seseorang guru melalui proses pemerolehan ilmu dan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukkan sikap dan
kepercayaan seorang murid (Ormrod, 1995).
Dalam konteks pendidikan pula guru-guru akan mengajar supaya seseorang murid
dapat belajar dan menguasai isi-isi pelajaran sehingga mereka mencapai objektif yang
ditetapkan oleh guru tersebut. Dengan itu, pembelajaran begini berlaku sepanjang hayat
dan berterusan sepanjang hayat dalam hidup seseorang murid. Proses pembelajaran
juga berkait rapat dengan teori-teori pembelajaran yang menjelaskan bagaimana dan
mengapa perubahan tingkah laku berlaku.
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum
yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan sesuatu maklumat. Ia
bertujuan untuk mambahagi pelbagai pemerhatian yang dibuat dalam pembelajaran
serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Terdapat lima kategori teori pembelajaran
utamanya adalah teori behavioris, sosial, kognitif, humanistik dan juga konstruktivisme.
Pertama sekali, terdapat tokoh-tokoh bagi setiap teori yang dinyatakan di atas ini. Bagi
teori behavioris, tokoh-tokohnya adalah Pavlov, Watson,Thorndike dan Skinner. Tokoh-
tokoh bagi teori Kognitif pula ialah Kohler, Piaget, Gagne, Bruner dan Ausubel.
Teori Sosial pula adalah Banbura dan Vygotsky. Tokoh-tokoh bagi teori Humanis ialah
Carl Rogers, Abraham, Maslow dan Erikson dan yang terakhirnya Piaget, Vygotsky dan
Bruner pula merupakan tokoh-tokoh bagi teori yang terakhir iaitu Konstruktivisme.
Teori yang pertama merupakan Teori Pembelajaran Behavioris. Teori ini
merupakan teori belajar yang lebih menekankan pada perubahan tingkah laku
serta sebagai akibat dari interaksi antara stimulus dan respon. Tokoh-tokoh dari teori
behavioristik adalah Thorndike, Watson, Clark Hull, Edwin Guthrie dan Skinner. Teori
ini juga cenderung mengarahkan pelajar untuk berfikir linear, konvergen, tidak kreatif
dan tidak produktif. Kepentingan terhadap teori ini adalah dapat membiasakan guru
untuk bersikap peka terhadap situasi dan koordinasi murid. Selain itu, guru tidak
membiasakan memberi ceramah sehingga murid dibiasakan belajar sendiri. Dengan
melalui pengulangan dan latihan yang berkesenambungan, dapat optimalkan bakat
dan kecerdasan siswa yang sudah terbentuk sebelumnya. Jika murid mahir dalam
suatu bidang tertentu, akan lebih dapat dikuatkan lagi dengan pembiasaan dan
pengulangan yang berkesinambungan tersebut dan lebih optimal. Dengan itu, bahan-
bahan pelajaran yang telah disusun hierarkis dari yang sederhana kepada yang
kompleks dengan tujuan pembelajaran dibagi dalam bahagian-bahagian kecil yang
ditandai dengan pencapaian suatu ketrampilan tertentu mampu menghasilakan suatu
prilaku yang konsistan terhadap bidang tertentu. Implikasi-implikasi teori
behaviorisme terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah guru hendaklah
menetapkan matlamat yang spesifik. Seperti contohnya, matlamat akhir proses
pembelajaran hendaklah dinyata dengan jelas dan matlamat tersebut hendaklah
yang realistik dan boleh dicapai. Selain itu, guru juga hendaklah menetapkan objektif
bagi setiap langkah pengajaran dan membuat analisis tugasan dengan memecahkan
tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil. Guru perlu menyediakan
langkah pengajaran secara berperingkat seperti satu aktiviti khusus bagi satu
langkah pengajaran dan susunkan langkah hendaklah secara progresif dan ansur
maju. Kadang kala, guru memberi peneguhan selepas tingkah laku dikuasai dengan
berdasarkan masa seperti masa tetap dan masa berubah. Selain itu adalah
berdasarkan kandungan dengan nisbah tetap dan berubah.
Teori pembelajaran yang seterusnya ialah Teori Kognitif.Teori pembelajaran
kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan-perubahan yang
berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang. Teori ini
menerangkan bahawa pembelajaran berlaku akibat pemprosesan yang berlaku dalam
minda seseorang itu. Ahli-ahli kognitif membawa pandangan baru dalam tahun 1960-an
untuk mengantikan teori behaviourisme yang menumpu kepada rangsangan-
rangsangan luaran. Ahli-ahli itu juga mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan
proses-proses mental dalaman, iaitu fikiran, ingatan, pengetahuan dan penyelesaian
masalah yang berlaku dalam pembentukkan skema manusia. Teori-teori kognitif juga
melibatkan kajian-kajian proses mental yang digunakan untuk memahami, mengetahui
dan membina pengamatan. Proses-proses ini didorong oleh naluri ingin tahu dalam diri
seseorang individu. Manusia juga sering ingin tahu mengenai persekitaran mereka dan
menimba ilmu serta kefahaman mereka mengenainya. Ahli-ahli kognitif pula
berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu proses dalaman yang berlaku dalam
minda manusia dan mereka tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana
pembelajaran telah berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku seseorang
individu. Proses dalaman ini merujuk kepada pemikiran, celik akal, pemprosesan
maklumat, ingatan dan pengamatan.
Terdapat beberapa jenis teori kognitif. Jenis teori yang pertamanya ialah teori Gestalt
Wolfgang Kohler (188-1967) di mana beliau menekankan struktur kognitif yang otak
yang akan menyusun maklumat-makluamat yang terasing sebagai satu organisasi,
individu menggunakan celik akal untuk menambahkan meklumat kepada pengalaman
dan input melalui anggota deria untuk menghasilkan gambaran baru. Seterusnya
ialah teori pembelajaran Jean Piaget (1849-1936) yang menyatakan tiga konsep utama
beliau iaitu skema, asimilasi dan akomodasi yang memperjelaskan perkembangan
mental manusia. Selain daripada itu, teori yang seterusnya ialah teori pemprosesan
maklumat Robert Gagne (1916-2002) di mana beliau memadankan perhubungan di
antara aras-aras pembelajaran dengan corak-corak pengajaran yang sesuai. Teori
pembentukan konsep Jerome s Bruner (1915-2009) pula menyatakan tentang individu-
individu menyusun idea-idea dengan melihat perkaitan di antara mereka. Teori yang
akhirnya ialah teori penemuan David Ausubel (1918-2008) di mana teori ini menekankan
pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku sekiranya maklumat dan bahan-bahan
pembelajaran disusun atur dalam bentuk yang lengkap dan sempurna. Beliau juga telah
memperkenalkan penyusunan awal iaitu advance organizer.
Ahli teori kognitif yang pertama ialah Gestalt Wolfgang kohler (188-1967). Beliau
merupakan seorang ahli psikologi Jerman yang telah menjalankna penyelidikan
bersama-sama dengan max Wertheimer dan kurt koffka dalam bidang teori
psikologi Gestalt. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jermann yang bermaksud
bentuk, organisasi pola atau pun konfigurasi dan menyatakan sesuatu pengalaman
bergantung kepada rangsangan dan susunan pengalaman. Pendekatan ini
memfokuskan kepada cara pemikiran manusia dan ia melibatkan pengamatan, proses
pembelajaran seseorang individu dan proses pemahaman. Proses pemahaman dapat
menentukan makna atau maksud sesuatu fenomena sekiranya individu mengkaji
elemen-elemen secara terkumpul bersama dan menjadikannya sebagai satu kofigurasi
atau organisasi yang menyeluruh. Ini juga dirujuk sebagai pembelajaran celik akal.
Beliau menyatakan proses celik akal tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan
tidak berlaku sebagai pemindahan pembelajaran dan melihat kebolehan individu untuk
mengamati atau memahami seusatu masalah secara tiba-tiba setelah berjaya
mengaitkan unsur-unsur yang relevan. Konsep celik akal ini juga perlu diaplikasikan oleh
para guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dan mereka perlu mendorong
murid-murid untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis
dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang cemerlang juga
akan sentiasa memastikan murid-murid membina kebolehan untuk membuat
perbandingan antara konsep-konsep yang sukar dan pada masa yang sama, guru-guru
perlu menggalakkan murid-murid untuk membuat pengukuhan sendiri. Dalam hal ini,
murid-murid perlu menyelesaikan kerja rumah secara sendiri tanpa bantuan ibu bapa
mereka.
Pemerhatian dan peneguhan daripada guru-guru secara positif akan merangsangkan
murid untuk berusaha dengan gigih dan menyiapkan tugasan walaupun tugasan
tersebut sangat sukar. Guru-guru juga harus menyediakan alat dan bahan bantuan
mengajar yang sesuai untuk mendorong muird-murid untuk mencapai kejayaan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa ciri-ciri pembelajaran celik
akal seperti penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba, idea-idea
timbul semasa memikirkan mengenai sesuatu isu atau pun perkara. Seterusnya, soalan
dan rangsangan yang sesuai boleh mendorong dalam proses ini dan guru-guru harus
mengemukakan contoh-contoh bersesuaian yang mudah difahami oleh murid-
murid.Maklumat yang diterima oleh murid-murid juga harus bersistematik dan mengikuti
urutan kesinambungan yang bersepadu serta amalan mebuat refleksi dan meta-kognisi
dapat mencungkil fikiran dan celik akal para murid. Seterusnya guru-guru juga tidak
perlu memberi terlalu banyak penerangan tetapi berperanan menjadi sebagai seorang
fasilitator dan beliau perlu menggalakkan pemikiran kritikal an kreatif di dalam bilik
darjah. Murid-murid juga mesti didedahkan kepada pelbagai latihan untuk melihat unsur-
unsur ynag berkaitan dari persekitaran dan membuat keputusan yang
munasabah. Murid-murid juga mesti digalakkan untuk membuat analisis alternative
sebelum membuat sesuatu keputusan dan guru-guru perlu mengurus murid-murid dari
segi emosi, tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran bagi
berjalan dengan lancar. Hasil dari pengawasan ini, murid-murid yang bermotivasi dan
yang dapat memberi tumpuan dalam proses pembelajaran akan dilahirkan.
Kesimpulannya, proses kognitif perlu dititikberatkan oleh guru-guru dan perlu diterapkan
di sekolah bagi memudahkan murid-murid untuk mengingati perkara yang telah
dipelajarinya. Melalui cara ini juga mereka dapat mengaplikasikan pelajaran dengan
lebih baik dan berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif.
Terdapat beberapa aplikasi yang dicadangkan dalam prinsip piaget di dalam bilik
darjah. Di antara cara-cara utama guru-guru dapat mengaplikasikan teori ini dalam bilik
darjah ialah melalui susun atur kurikulum. Seseorang guru perlu mengaturkan isi
pelajaran secara berperingkat mengikut urutan mudah ke sukar dan dari konkrit ke
abstrak. Sukatan pelajaran sekolah rendah di Malaysia kini diatur dari peringkat pra
sekolah ke tahun enam berdasarkan peringkat-peringkat dalam teori piaget. Sebagai
contohnya, dalam mata pelajaran matematik, murid-murid belajar operasi mateamtik
daripada nombor satu digit kepada dua digit dan kemudian kepada tiga digit. Topik-topik
lain di dalam mata pelajaran matematik juga disusun dari konkrit ke abstrak seperti
dalam tajuk-tajuk waktu dan jam, jarak dan juga jisim yang diajar dalam tahun dua.
Selepas belajar konsep-konsep metematik asas, baru murid akan diperkenalkan kepada
konsep penyelesaian masalah. Seterusnya ialah guru-guru perlu menyediakan bahan
sokongan dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan boleh
digunakan dengan aras murid-murid. Guru-guru perlu sedar bahawa pada peringkat
awal persekolahan, kanak-kanak di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan
bantu pengajaran yang terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan
dimanipulasikan oleh para murid. Di samping itu, pelbagai jenis alat bantu mengajar dan
rangsangan diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah
disebabkan oleh perkembangan kognitif mereka yang terhad. Bahan-bahan maujud
yang digunakan bersama-sama denagn pengajaran guru juga amat berkesan bagi
meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah.
Selain daripada itu, guru-guru juga perlu menggunakan contoh-contoh yang konkrit
dalam pengajaran dalam bilik darjah. Murid-murid peda peringkat sekolah rendah masih
belum bersediamuntuk menyelesaikan masalah-masalah secara abstrak atau situasi
pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk hipotesis. Justeru itu, guru-guru perlu
mengamalkan banyak contoh-contoh konkrit dan menggunakan anologi-anologi serta
perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid-murid pada tahap pembelajaran
ini. Seterusnya ialah guru-guru mesti memastikan isi pelajaran dan aktiviti-aktiviti
pelajaran yang disediakan oleh mereka adalah perlu selaras dengan peringkat
perkembangan kognitif para murid dan setiap isi tajuk pelajaran perlu disusun serta
diperingkatkan dalam aras kesukarannya. Guru-guru juga perlu menyampaikan tajuk
pengajaran yang berada dekat dengan pengetahuan dan pengalaman lepas murid-
murid kepada konteks pengetahuan dan konsep-konsep yang lebih kompleks serta
menyediakan peluang-peluang untuk menikmati pengalaman-pengalaman baru untuk
murid-murid mereka.
Di samping itu, murid-murid juga mesti didedahkan kepada rangsangan-rangsangan
yang kreatif seperti seni visual dan tayangan video kerana ia dapat mensimulasikan
perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum mesti dirancangkan
untuk dirangkaikan dengan perkembangan kognitif murid-murid. Sebagai contohnya,
muzik dan tarian dapat mempengaruhi personality murid-murid secara
positif. Terakhirnya ialah suasana sosial. Murid-murid mesti mendapat pengetahuan dan
mengembangkan skema kognitif dalam suasana social yang riang dan harmonis. Guru-
guru juga harus memastikan suasana bilik darjah sesaui dan sentiasa kondusif untuk
pembelajaran kanak-kanak sekolah rendah.
Guru-guru juga perlu menggalakkan suasana persekitaran bilik darjah hidup di mana
mereka akan menukar tema bilik darjah setiap minggu untuk memeaparkan sebuah
lautan atau kawasan perhutanan. Murid-murid akan menghiasi bilik darjah masing-
masing mengikut tema-tema yang telah ditetapkan oleh guru. Selain daripada itu, guru-
guru juga perlu menitikberatkan perkara-perkara seperti susunan kurikulum yang
terancang dan sistematik, pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap
umur –umur untuk meningkatkan pengajaran yang berkesan. Di samping itu, contoh-
contoh konkrit juga perlu digunakan supaya murid-murid mengamati sesautu konsep
dengan jelas dan pada masa yang sama perlu memastikan suasana yang selamat untuk
interaksi harmoni di dalam kelas. Guru-guru juga perlu menetapkan isi pelajaran dari
mudah ke sukar dan pelbagai mata pelajaran juga harus mengembangkan potensi
murid-murid secara menyeluruh. Kesemua perkara ini kan meningkatkan proses
pengajaran san pembelajaran dalam bilik darjah di sesebuah sekolah.
Teori yang ketiga adalah Teori Pembelajaran Sosial yang dikembangkan oleh Albert
Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori belajar
perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan pada kesan dari isyarat-isyarat pada
perilaku, dan pada proses-proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial
kita akan menggunakan penjelasan-penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan-
penjelasan kognitif internal untuk memahami bagaimana kita belajar dari orang lain.
Dalam pandangan belajar sosial “manusia” itu tidak didorong oleh kekuatan-kekuatan
dari dalam dan juga tidak “dipukul” oleh stimulus-stimulus lingkungan.
Bersama Richard Wakters sebagai penulis kedua, Bandura menulis Adolescent
Aggression (1959) mengenai suatu laporan terinci tentang sebuah studi lapangan
dimana prinsip-prinsip pembelajaranan sosial digunakan untuk menganalisis
perkembangan kepribadian sekelompok remaja lelaki delinkuen dari kelas menengah,
disusuli dengan Sosial Learning and personality development (1963), sebuah buku
dimana beliau dan Walters memaparkan prinsip-prinsip pembelajaran sosial yang telah
mereka perkembangkan beserta dengan eviden atau bukti yang menjadi asas bagi teori
tersebut. Pada tahun 1969, Bandura menerbitkan Principles of behavior modification,
dimana ia menguraikan penerapan teknik-teknik behavioral berdasarkan prinsip-prinsip
pembelajaranan dalam memodifikasikan tingkah laku dan pada tahun 1973,”Aggression:
A sosial learning analysis”.
Teori belajar sosial menekankan, bahawa lingkungan-lingkungan yang dihadapkan pada
seseorang secera kebetulan; lingkungan-lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh
orang itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana yang dikutip oleh
(Kardi, S., 1997: 14) bahawa “sebagian besar manusia belajar melalui pengamatan
secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain”. Inti dari teori pembelajaran sosial
adalah pemodelan (modelling), dan permodelan ini merupakan salah satu langkah
paling penting dalam pembelajaran terpadu.
Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan (observational learning). Pertama,
pembelajaran melalui pengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain
atau vicarious conditioning. Contohnya, seorang pelajar melihat temannya dipuji atau
ditegur oleh gurunya kerana perbuatannya, maka ia kemudian meniru melakukan
perbuatan lain yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini merupakan
contoh dari penguatan melalui pujian yang dialami orang lain atau vicarious
reinforcement. Kedua, pembelajaran melalui pengamatan meniru perilaku suatu model
meskipun model itu tidak mendapatkan penguatan atau pelemahan pada saat pengamat
itu sedang memperhatikan model itu mendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari
oleh pengamat tersebut dan mengharapkan mendapat pujian atau penguatan apabila
menguasai secara tuntas apa yang dipelajari itu. Model tidak harus diperagakan oleh
seseorang secara langsung, tetapi kita dapat juga menggunakan seseorang pemeran
atau visualisasi tiruan sebagai model.
Sama seperti pendekatan teori pembelajaranan terhadap kepribadian, teori
pembelajaran sosial berdasarkan pada hujah yang diutarakan beliau bahawa
sebahagian besar daripada tingkah laku manusia adalah sebahagian daripada hasil
pemerolehan, dan prinsip pembelajaranan sudah mencukupi untuk menjelaskan
bagaimana tingkah laku berkembang. Akan tetapi, teori-teori sebelumnya kurang
memberi perhatian pada konteks sosial dimana tingkah laku ini muncul dan kurang
memperihalkan fakta bahawa banyak peristiwa pembelajaranan terjadi dengan
perantaraan orang lain. Maksudnya, semasa melihat tingkah laku orang lain, individu
akan pembelajaran meniru tingkah laku tersebut atau dalam hal tertentu menjadikan
orang lain sebagai model bagi dirinya.
Di samping itu, dalam bukunya yang diterbitkan pada 1941, Sosial learning and
imitation, Miller dan Dollard telah mengakui tentang peranan penting mengenai proses
imitatif dalam perkembangan keperibadian dan seterusnya menjelaskan beberapa jenis
tingkah laku imitatif tertentu. Walaupun begitu, hanya sedikit pakar lain yang meneliti
keperibadian individu cuba memasukan gejala pembelajaranan melalui pemerhatian ke
dalam teori-teori pembelajaranan mereka. Bandura juga memperluaskan analisis beliau
terhadap pembelajaranan melalui pemerhatian.
Kepentingan untuk teori social ini adalah mengamati orang lain melakukan sesuatu tidak
mesti diakibatkan oleh pembelajaran, kerana pembelajaran melalui pemerhatian
memerlukan beberapa faktor. Menurut Bandura, ada empat proses yang penting agar
pembelajaran melalui pemerhatian dapat terjadi, seperti Perhatian (attention process).
Sebelum meniru orang lain, perhatian harus dicurahkan ke orang itu. Perhatian ini
dipengaruhi oleh asosiasi pengamat dengan modelnya, sifat model yang menarik, dan
erti penting tingkah laku yang diamati bagi si pengamat.Kedua, representasi
(representation process). Tingkah laku yang akan ditiru, harus disimbolisasikan dalam
ingatan. Baik dalam bentuk verbal mahupun dalam bentuk gambaran/imaginasi.
Representasi verbal memungkinkan orang mengevaluasi secara verbal tingkah laku
yang diamati, dan menentukan mana yang dibuang dan mana yang akan cuba
dilakukan. Representasi imaginasi memungkinkan dapat dilakukannya latihan secara
simbolik dalam fikiran, tanpa benar–benar melakukannya secara fizik. Ketiga adalah
Peniruan tingkah laku model (behavior production process). Sesudah mengamati
dengan penuh perhatian, dan memasukkannya ke dalam ingatan. Pengubahan dari
gambaran fikiran menjadi tingkah laku menimbulkan keperluan evaluasi; “Bagaimana
melakukannya?” “Apa yang harus dikerjakan?” “Apakah sudah benar?” Berkaitan
dengan kebenaran, hasil pembelajaran melalui pemerhatian tidak dinilai berdasarkan
kemiripan respons dengan tingkah laku yang ditiru, tetapi lebih kepada tujuan
pembelajaran dan efikasi dari pembelajaranan. Keempat adalah Motivasi dan penguatan
(motivation and reinforcement process). Pembelajaran melalui pengamatan menjadi
efektif kalau pembelajaran memiliki motivasi yang tinggi untuk dapat melakukan tingkah
laku modelnya. Pemerhatian mungkin memudahkan orang untuk menguasai tingkah
laku tertentu, tetapi kalau motivasi untuk itu tidak ada, proses daripada tingkah laku
yang dihukum tidak akan berlaku. Imitasi tetap terjadi walaupun model tidak diberi
ganjaran, sepanjang pengamatan melihat model mendapat ciri-ciri positif yang menjadi
tanda dari gaya hidup yang berhasil, sehingga diyakini model umumnya akan diberi
ganjaran.
Motivasi banyak ditentukan oleh kesesuaian antara karakteristik peribadi pengamat
dengan karakteristik modelnya. Ciri-ciri model seperti usia, status sosial,
seks,keramahan, dan kemampuan, penting dalam menentukan tingkat imitasi. Kanak-
kanak lebih senang meniru model sesusianya daripada model dewasa. Kanak-kanak
juga cenderung meniru model yang sama prestasinya dalam jangkauannya. Kanak-
kanak yang sangat dependen cenderung melimitasi model yang dependennya lebih
ringan. Imitasi juga dipengaruhi oleh interaksi antara ciri model dengan observernya.
Teori yang keempat adalah Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Konstruktivisme
bermaksud pembinaan pengetahuan. Ia merupakan teori pembelajaran yang melihat
pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan.
Pelajar membina pengetahuan tentang topic yang dipelajari dengan cara mengaitkannya
dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima
bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Salah satu teori atau pandangan yang
sangat terkenal berkaitan dengan teori belajar konstruktivisme adalah teori
perkembangan mental Piaget yang merupakan bagian dari teori kognitif juga. Piaget
menegaskan bahawa penekanan teori kontruktivisme pada proses untuk menemukan
teori atau pengetahuan yang dibangun dari realitasi lapangan. Peranan guru dalam
pembelajaran menurut teori kontruktivisme adalah sebagai fasilitator atau moderator.
Pandangan tentang anak dari kalangan konstruktivistik yang lebih mutakhir yang
dikembangkan dari teori belajar kognitif Piaget menyatakan bahwa ilmu pengetahuan
dibangun dalam pikiran seorang anak dengan kegiatan asimilasi dan akomodasi sesuai
dengan apa yang dimilikinya.
Berbeza dengan kontruktivisme kognitif Piaget, konstruktivisme sosial yang
dikembangkan oleh Vigotsky adalah bahwa belajar bagi anak dilakukan dalam interaksi
dengan lingkungan sosial maupun fisik. bahawa pembelajaran yang kepada teori belajar
konstruktivisme lebih menfokuskan pada siswa dalam mengorganisasikan pengalaman
mereka. Bukan kepatuhan siswa dalam refleksi atas apa yang telah diperintahkan dan
dilakukan oleh guru. Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan
konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan
apabila diperlukan.
Implikasi teori konstruktivisme kepada pengajaran adalah memandangkan pembelajaran
lebih berpusat kepada pelajar dan pelajar belajar memlalui proses membuat atau
beraktiviti, maka guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti
serta mengambil kira keupayaan pelajar. Selain itu, guru hendaklah mengenal pasti ZPD
pelajar melalui penyediaan beberapa aktiviti yang berkaitan. Guru memilih pelajar yang
lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai. Dengan itu, guru
hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Tugasan autentik yang
berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi
dan sebagainya boleh dimanfaatkan. Perkara yang penting sekali adalah penerangan
guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar. Justeru,
sertakan contoh yang pelbagai dalam sesi perbincangan.
Teori yang kelima adalah Teori Pembelajaran Humanisme. Humanisme melihat
manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa
dengan haiwan. Humanisme percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan,
motivasi, minat dan nilai. Humanisme juga percaya bahawa individu harus dilihat
sebagai satu entity. Terdapat beberapa tokoh terkenal yang mempelolpori teori
humanisme ini. Antara tokoh-tokoh humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham
Maslow, John Holt, Malcolm Knowles dan lain-lain. Tetapi di antara tokoh-tokoh
tersebut, dua orang tokoh utama bagi pendekatan humanisme iaitu Carl Rogers dan
Abraham Maslow.
Menurut Rogers, manusia mempunyai naluri untuk belajar.Hal ini terbukti dengan
tingginya rasa ingin tahu anak apabila diberi kesempatan untuk mengeksplorasi
persekitarannya. Dorongan ingin tahu untuk belajar ini merupakan persepsi dasar
pendidikan humanistik. Di antara ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers adalah
pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri. Selain itu,
setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaankendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem
nilai dan kepercayaan yg berbeza dgn org lain. Tingkah laku yg ditunjukkan adalah
selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya. Kefahaman tingkah laku individu
hanya diperoleh melalui proses komunikasi. Prinsip-prinsip pendekatan Teori
Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah mengutamakan pendidikan berpusatkan
pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedon to learn). Di dalam
kelas berasaskan teori pembelajaran Carl Rogers, murid-murid diberi kesempatan dan
kebebasan untuk memenuhi perasaan ingin tahunya, untuk memenuhi minatnya dan
untuk mencari apa yang penting dan bererti tentang dunia di sekitarnya.
Antara prinsip-prinsp pembelajarannya yang lain. Pertama adalah pembelajaran
merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu. Kedua, pembelajaran hanya boleh berlaku
jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras dengan objektif pelajaran pelajar.
Ketiga, keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan
yang kurang berancam. Keempat, keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan
apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti
pembelajaran. Kelima, membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya,
demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya. Akhir sekali adalah
aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran hidup
pelajar.
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan
keseluruhan. Seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu
tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini
ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan
dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya
sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang
kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga
menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat
ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa
mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Personaliti yang
dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan
perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi
oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang
menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan
yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau
keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu
sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di
peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai
tahap kesempurnaan. Maslow memecahkan tahap keperluan manusia kepada 5 tahap
iaitu keperlian fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, dan
kesempuurnaan kendiri. Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup.
Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak
pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi
tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan
mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang
serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap
keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.
Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan
insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan
kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud
bersendirian. Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu
berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita
juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia
ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Akhir sekali usaha
manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap
kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan
kesempurnaan kendiri.
Implikasi pendekatan Humanisme terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat
membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan
selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain itu, guru hendaklah
memberikan focus kepada pelajar, bukannya subjek. Guru mengajar pelajar subjek
tertentu. Pelajar yang utama, mata pelajaran yang kedua. Seterusnya, Guru hendaklah
melayani pelajar sebagai insane terlebih dahulu sebelum melayani mereka pelajar dan
menerima setiap pelajar tanpa syarat, mengikut potensi dan keupayaan masing-masing
dengan layani perbezaan pelajar. Di samping itu, guru hendaklah melibatkan pelajar
dalam gerak kerja kumpulan, terutama pembelajaran koperatif. Hal ini akan dapat
membina hubungan social dan kemahiran emosi. Guru hendaklah menjadi role model
dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin
ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk
memenuhi keprluan kasih sayang. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran
dengan pelajar.
Teori Pembelajaran Behavioris
Teori ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan secara objektif ke atas pembelajaran
pada manusia dan juga haiwan dan teori bahavioris ini telah menghuraikan
pembelajaran sebagai satu penguasaan ilmu yang baru. Selain itu, teori ini
juga mementingkan pembolehubah yang boleh dilihat oleh seseorang, dinilai dan yang
boleh dimanipulasikan. Ahli-ahli teori behavioris ini tidak melibatkan diri dengan sesuatu
yang berlaku dari kesedaran dalaman seseorang iaitu proses mental. Asasnya teori ini
menyarankan kepercayaan adalah tingkah laku seseorang disebabkan dan dipengaruhi
oleh persekitarannya. Hal ini berdasarkan prinsip-prinsip bahawa rangsangan dari
persekitaran membawa tindak balas pada tingkah laku seseorang individu. Dengan itu,
teori ini juga menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara
berulang-ulang dilakukan ke atas sesuatu benda ataupun benda hidup sehingga ia
menjadi satu kebiasaan dan tingkah laku yang berulang ini dapat mengekalkan
peneguhan. Dalam bentuk pendekatan behavioral ini juga tingkah laku seseorang murid
dinilai sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan sesebuah pembelajaran itu
memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat
memberi respons dan guru-guru diberi pengukuhan. Tokoh-tokoh teori behavioris yang
terkenal ialah Ivan P Pavlov (1849 – 1963), John B. Watson (1878-1958), Thorndike
( 1874 – 1949) dan B.F. Skinner ( 1904-1990).
Ivan Petrovich Pavlov ( 1849-1936) merupakan seorang ahli fisiologi, psikologi dan juga
perubatan. Beliau berasal dari Negara Rusia dan sumbanganya dalam bidang psikologi
ialah pelaziman klasik, iaitu teori tentang bagaimana seseorang individu itu belajar dan
menguasai tingkah laku. Eksperimen yang dilaksanakan oleh beliau untuk membuktikan
teori ini ialah dengan anjing dan sumbangan beliau dalam bidang sains dan psikologi
telah berjaya menjadi pemenang Hadiah Nobel 1904. Teori beliau ialah berasaskan
tingkah laku eksplisit iaitu perlakuan di mana boleh melihat apa yang berlaku yang
ditunjukkan oleh seseorang individu. Hal ini kerana perlakuan yang dilihat tersebut,
boleh diukur dan juga di nilai dalam sesuatu kajian itu. Di samping itu, fikiran dan cara
minda seseorang beroperasi juga boleh diramal melalui perlakuan seseorang individu
itu. Beliau juga menyatakan tindak balas automatik berlaku disebabkan oleh sesuatu
rangsangan daripada persekitaran dan ia boleh diubah dengan memanipulasikan
ransangan dan ini disebut sebagai pelaziman. Tiga peringkat pada model pelaziman
adalah Peringkat Sebelum Pelaziman, Peringkat Semasa Pelaziman dan Peringkat
Selepas Pelaziman.
Peringkat sebelum pelaziman. Peringkat ini merujuk kepada satu keadaan semulajadi
di mana keadaan sesuatu organisma itu menunjukkan reaksi-reaksi yang berlaku secara
semulajadi dan dalam peringkat ini, eksperimen beliau melibatkan tiga
elemen iaitu anjing, makanan dan juga loceng. Model ini disebut sebagai “how dog
training works- behavior theory”. Dalam teori ini, anjing ditunjukkan makanan yang
dianggap sebagai satu jenis rangsangan baginya, air liur pula meleleh daripada mulut
anjing itu yang dianggap sebagai gerak balas tak terlazim, yang bermakna satu reaksi
semulajadi. Apabila Pavlov membunyikan loceng pada peringkat ini , dimana satu lagi
jenis rangsangan iaitu bunyi loceng, maka ia tidak membawa sebarang gerak balas iaitu
gerak balas tak terlazim iaitu tiada respon daripada anjing tersebut.
Peringkat semasa pelaziman. Dalam peringkat ini, Pavlov cuba menukar keadaan
semulajadi sebelum ini bagi melihat perubahan tingkah laku pada anjing tersebut
sebelum menghidangkan makanan kepada anjing itu, beliau membunyikan loceng dan
perbuatan ini dilakukan beberapa kali dan diulangi. Dengan ini, anjing tersebut belajar
untuk mengaitkan bunyi loceng yang dibunyikan oleh beliau dengan makanan yang
dihidangkannya iaitu rangsangan terlazim.
Peringkat selepas pelaziman. Dalam peringkat ini pula, anjing tersebut
memperolehi satu siri tingkah laku yang baru dalam tindakan membunyikan loceng dan
pemberian makanan selepas bunyi loceng oleh Pavlov yang diulangi beberapa kali ini
menyebabkan anjing tersebut belajar iaitu bunyi loceng berkait rapat dengan makanan
yang diberikan oleh tuannya. Selepas itu, air liur anjing tersebut terus mengalir keluar
iaitu dianggap sebagai gerak balas terlazim apabila mendengar bunyi loceng iaitu
rangsangan terlazim walaupun Pavlov tidak mengeluarkan sebarang makanan bagi
anjing tersebut. Mengikut teori beliau, setiap rangsangan ini menimbulkan gerak balas
daripada seseorang individu dan manusia akan memberi respon apabila sesuatu
rangsangan yang menarik minat mereka ditunjukkan atau pun diulangi. Terdapat
beberapa implikasi daripada teori Pavlov ini khususnya dalam bilik darjah iaitu reaksi
seperti ini akan membawa pembelajaran akibat perkaitan yang dibuat antara
rangsangan dan gerak balas. Sebagai contohnya, seorang guru yang mengendalikan
pengajarannya dalam teknik-teknik yang merangsangkan akan menarik minat dan
perhatian para murid. Oleh itu, murid-murid akan merasa ceria dan berminat apabila
guru tersebut masuk ke dalam kelas dan semestinya pengajaran guru tersebut akan
menjadi menarik serta menyeronokkan. Pengajaran berasaskan teori ini juga booleh
diperkukuhkan melalui latihan dan juga ulangan beberapa kali. Apabila bercakap
tentang perubahan pada perlakuan murid, prinsip rangsangan dan gerak balas juga
boleh diaplikasikan untuk membawa perubahan positif serta mengelakkan perlakuan
negatif di kalangan murid-murid.
Teori Pavlov juga mempunyai empat fasa yang dilalui oleh seseorang individu untuk
menguasai ataupun mengubah tingkah laku mereka. Empat fasa tersebut ialah fasa
perolehan, fasa penghapusan, fasa diskriminasi dan fasa generalisasi. Pertamanya
ialah fasa perolehan. Fasa perolehan merupakan fasa di mana fasa permulaan
pembelajaran sesuatu gerak balas kepada sesuatu rangsangan. Fasa perolehan
ini merupakan proses ulangan seusatu perlakuan yang mengaitkan gerak balas dengan
seusatu rangsangan. Sesuatu pembelajaran itu menjadi lebih kukuh lagi apbila teori
pelaziman ini dikuatkan dengan ulangan secara berulang kali. Sebagai contohnya,
dalam eksperimen Pavlov, anjing itu belajar untuk mengeluarkan air liur setelah
kedengaran bunyi loceng dan pembelajaran ini berlaku apabila anjing tersebut diajar
secara berulang kali untuk mendengar bunyi loceng sebelum menerima makanan
tersebut. Menurut Pavlov juga, beliau berasa amat sukar untuk meramalkan beberapa
kali sesuatu rangsangan dan gerak balas yang perlu diulangi sebelum ia menjadi
pembelajaran perlakuan yang kukuh. Dalam sesuatu situasi itu, pembelajaran boleh
berlaku dengan serta merta. Sebagai contohnya, anak yang tersentuh sebuah periuk
yang panas akan sentiasa takut mendekati periuk tersebut. Oleh itu, beliau merumuskan
bahawa pembelajaran berlaku melalui satu siri ulangan tingkah laku yang sama.Fasa
kedua ialah fasa penghapusan. Fasa ini berlaku apabila organisma yang telah
mempelajari sesuatu gerak balas melalui peneguhan, tidak lagi menerima rangsangan
yang meneguhkan dan jika sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti dengan
rangsanagn tak terlazim, maka perlakuan tersebut tidak akan diulangi lagi. Dalam fasa
penghapusan ini, anjing tidak menerima makanan iaitu rangsangan tak terlazim apbila
loceng dibunyikan dan lama kelamaan, anjing tidak akan mengeluarkan air liur, iaitu
tiada apa-apa gerak balas apabila anjing mendengar bunyi loceng iaitu rangsangan
terlazim.
Seterusnya ialah fasa pembezaan atau pun diskriminasi. Dalam fasa
diskriminasi, seseorang individu dapat mebezakan tidak balas untuk situasi atau
rangsangan yang berlainan. Hal ini kerana anjing dalam eksperimen Pavlov belajar
untuk membezakan bunyi loceng daripada bunyi yang lain melalui proses pelaziman.
Dalam fasa diskriminasi, anjing tidak menunjukkan sebarang gerak balas apabila
mendengar bunyi-bunyi yang lain seperti bunyi gendang. Dalam eksperimen ini, apabila
Pavlov membunyikan bunyi gendang, anjing tidak lagi mengeluarkan air liurnya dan ini
menunjukkan bahawa anjing tersebut sudah belajar untuk membezakan di antara bunyi
loceng dengan bunyi gendang. Fasa yang terakhirnya ialah fasa kesimpulan atau pun
generalisasi. Fasa generalisasi ini merupakan satu gerak balas terlazim yang dipelajari
daripada satu keadaan tetapi yang dapat diaplikasikan kepada semua situasi lain yang
sama atau hampir sama. Dengan itu, pembelajaran juga boleh menghasilkan dua jenis
tabiat atau perlakuan iaitu tabiat baik atau tabiat buruk. Sesuatu tabiat yang baik akan
dimurnikan pemahamannya melalui diskriminasi dan generalisasi untuk
mengembangkan penggunaannya di dalam situasi –situasi lain yang serupa. Manakala,
semua tabiat buruk dalam diri seseorang boleh dihapuskan melalui proses pelaziman.
Teori pelaziman klasik Pavlov masih lagi diaplikasikan dalam bilik darjah untuk
mengaitkan sesuatu rangsangan dengan aktiviti pembelajaran supaya murid-murid
menguasai sesuatu mata pelajaran. Teori ini juga amat berkesan dengan kanak-kanak
yang masih kecil yang perlu belajar sesuatu secara latih tubi atau pun secara ulangan.
Terdapat pelbagai cara untuk seseorang guru bagi mengaplikasikan teori ini di dalam
bilik darjah. Pertamanya ialah seseorang guru hendaklah menetapkan matlamat yang
spesifik supaya ada sesuatu tujuan untuk mengajar sesuatu. Selain itu, guru juga
hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran dan buat analisis
tugasan.
Teori behavior yang kedua dipelopori oleh Watson. Nama penuh beliau ialah John B
Watson (1878-1958) yang dilahirkan di Greenville, South Carolina, USA. Beliau telah
bekerja sebagai seorang professor psikologi dan telah melanjutkan penyelidikan Pavlov
denagnmenguji teori pelaziman dengan manusia. Watson telah memperkenalkan istialh
baru beliau iaitu ‘behavourisme’ yang merujuk kepada tingkah laku seseorang
manusia. Eksperimen beliau yang terkenal ialah yang melibatkan kontroversial
iaitu ‘Little Albert di mana ia melibatkan seorang bayi yang berumur 11 bulan. Dalam
eksperimen tersebut, Watson bertujuan untuk menunjukkan ataupun
menimbulkan gerak balas terlazim yang mengakibatkan bayi tersebut berasa takut
kepada seekor tikus yang berwarna putih. Selain itu, kajian beliau telah dijalankan
dengan menggunakan satu bunyi yang agak kuat untuk menakutkan bayi Albert semasa
bayi tersebut bermain dengan tikus yang berwarna putih itu. Pada mula-mulanya, Albert
tidak takut dengan tikus putih itu, tetapi apabila perbuatan ini dilakukan secara
berterusan dan berulang-ulang, maka bayi itu pun telah menangis secara teresak-esak.
Justeru itu, Albert telah belajar untuk mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang
menakutkan. Menurut teori Watson juga, tingkah laku merupakan satu siri urutan gerak
balas terlazim terhadap rangsangan daripada persekitaran. Rangsangan ini dapat dilihat
dan ditukar mengikut tujuan-tujuan yang spesifik.
Menurut Watson juga, pembentukkan tingkah laku adalah berbeza dengan proses
mental yang amat subjektif dan berlaku dalam keadaan yang agak abstrak. Ia boleh
dimanipulasikan dengan rangsangan-rangsangan yang berbeza. Berdasarkan
penyelidikan Watson, seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan
menentukan pelbagai jenis rangsangan dalam pengajarannya. Melalui teori ini, guru-
guru juga boleh menentukan jenis gerak balas yang diingini oleh murid-murid dan
menyediakan rangsangan yang sejajar dengannya. Dengan menggabungkan
rangsangan dan gerak balas yang diinggini oleh para murid, guru-guru boleh mengajar
pelbagai topik pengajaran secara berkesan dan efektif.
Teori yang seterusnya ialah teori pelaziman cuba jaya thorndike. Nama penuh beliau
ialah Edward Lee Thorndike (1874-1949) yang merupakan seorang pakar psikologi yang
terkenal dalam bidang pendidikan dan psikologi. Beliau telah menyarankan konsep
bahawa segala tindakan manusia adalah bertujuan social denagn matlamat- matlamat
tertentu. Beliau juga berpendapat bahawapengajaran mesti bermatlamat social, iaitu
tujuan pembelajarannya mesti sentiasa memanfaatkan masyarakat di sekitarnya. Selain
daripada itu, Thorndike juga telah menjalankan beberapa kajian dan mengutarakan
‘pembelajaran cuba jaya’ iaitu ‘trial and error learning’.Bagi beliau, prinsip-prinsip asas
pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda. Sesuatu organisma akan membuat
sesuatu yang akan menyeronokkannya atau membawa keseronokkan. Sebaliknya,
organisma akan mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang membawa kesakitan
atau membahayakan diri. Menurut beliau juga pemberian ganjaran akan mendorong
sesuatu organosma mengulangi sesuatu gerak balas manakala dendaan pula akan
menyekatnya daripada melakukan sesuatu gerak balas. Beliau juga mengemukakan
istilah baru iaitu ‘stamping in’ yang membawa maksud saling berkaitan untuk
menerangkan proses pembelajaran yang berlaku pada seseorang individu yang
dihuraikan dalam eksperimen beliau denagn kotak ajaib dan seekor kucing. Beliau juga
berpendapat bahawa pembelajaran adalah merupakan satu proses pembentukkan
hubungan atau saling berkaitan antara sesuatu rangsangan dan juga tindak balas.
Di samping itu, dalam kajian beliau dengan kucing secara cuba jaya telah berjaya
menekan selak yang membuka pintu dalam sesebuah kotak itu. Kucing telah mencuba
beberapa kali sehingga mendapat rangsangan yang diinggini iaitu keluar daripada kotak
tersebut dan kucing itu akan mengaitkan aksi-aksi tekanan selak denagn membuka
pintu dalam sebuah kotak. Kucing tersebut telah mencuba sebanyak beberapa kali
sehingga mendapat rangsangan yang diinggini iaitu keluar daripada kotak tersebut.
Justeru, kucing tersebut akan dikaitkan dengan aksi tekanan selak dengan membuka
pintu, iaitu mengaitkan sesuatu rangsanagn dengan sesuatu gerak balas dan ia
menggunakan pelbagai akal untuk membuat sesuatu hubungan tersebut. Dalam kajian
ini juga beliau telah mengemukakan beberapa prinsip dan dapat mengaplikasikannya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip teori beliau boleh
dirumuskannya seperti proses pembelajaran memerlukan latihan berulangan serta
ganjaran yang berpatutan. Sebagai contohnya, hukum kesan dan hukum latihan dan
beliau menyatakan pembelajaran berlaku secara cuba jaya iaitu ‘trial and error’. Selain
daripada itu, beliau juga menyatakan jika beberapa tindakan berturutan itu adalah sama,
maka semua gerak balas berikutan dengannya boleh digabungkan iaitu
menerusi hukum kesediaan. Ganjaran atau pun peneguhan positif juga boleh
mendorong manusia untuk melakukan sesuatu gerak balas ataupun tindak balas
yang positif. Di samping itu, denda ataupun peneguhan negatif pula menghalang
manusia daripada melakukan sesuatu gerak balas atau pun tindak balas yang tidak
diingini dan organisma-organisma beroperasi atau bertindak dalam persekitaran untuk
menghasilkan sesuatu yang positif kerana mendapat peneguhan yang berunsur positif.
Selain daripada itu, organisma juga akan melakukan pengukuhan secara sukarela dan
pemindahan pembelajaran berlaku kerana pengalaman lalu yang ada pada seseorang
individu itu. Akhirnya ialah kepintaran seseorang individu itu bergantung kepada
perkaitan antara rangsangan dan gerak balas yang telah dipelajari sepanjang hayatnya.
Terdapat tiga hukuman yang ditetapkan oleh Thorndike dalam teorinya. Hukum yang
pertama ialah hukum kesan. Hukum kesan merupakan gerak balas kepada sesuatu
rangsangan memuaskan yang diikuti dengan ganjaran yang akan mengukuhkan gerak
balas tersebut dan lama-kelamaan ia akan menjadi sebagai satu tabiat kepada
rangsangan ini. Hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
jika terdapat kesan yang memuaskan ataupun menyeronokkkan selepas sahaja sesuatu
gerak balas itu dihasilkan. Sebagai contohnya, jika pujian diberi sebaik sahaja murid
memberi sesuatu jawapan itu dengan betul, ini akan menyebabkan dia berasa seronok
dan akan seterusnya murid tersebut akan berusaha untuk menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan oleh guru pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama,
sesuatu tingkah laku itu diikuti dengan kesakitan ataupun kedukaan maka ia akan
lenyap begitu sahaja. Seseorang murid akan mengelakkan dirinya daripada menjawap
mahupun bercakap di dalam kelas dalam bahasa ibunda kerana takut didenda oleh
guru-guru yang mengajar bahasa-bahasa lain. Hukum yang kedua ialah hukum
kesediaan . Hukum kesediaan merupakanbeberapa gerak balas yang boleh
digabungkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Ketidakpuasan berlaku apabila
seseorang individu itu tidak mencapai matlamat tersebut. Hukum kesediaan juga
merujukkepada tahap kesediaan yang tetap dan pada seseorang individu sebelum dia
bertindak. Apabila murid-murid berada dalam keadaan bersedia mereka akan berasa
puas hati untuk bertindak dan murid-murid juga akan berasa kecewa sekiranya mereka
belum bersedia untuk bertindak. Oleh itu, apabila seseorang guru itu menyuruh anak
muridnya untuk melakukan sesuatu tugasan dan mereka tidak bersedia untuk
melakukannya, maka anak murid tersebut pasti akan berasa kecewa. Salah satu
implikasi yang penting bagi hukum ini ialah seseorang guru itu perlu melihat tahap
kesediaan seseorang murid sebelum melaksanakan sesuatu proses pengajaran dalam
bilik darjah.
Hukum yang ketiga ialah hukum latihan. Hukum latihan merujuk kepada pertalian antara
sesuatu rangsangan dan gerak balas yang dapat diperkukuhkan dengan peningkatan
aktiviti seperti latihan-latihan. Sebaliknya, perhubungan ini boleh diputuskan jika latihan-
latihan tersebut dikurangkan atau diberhentikan oleh seseorang guru itu.Perkaitan
antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh apabila murid-murid
melakukan sesuatu latihan secara berulang kali. Sebagai contohnya, guru-guru
memberikan banyak latihan untuk memperkukuhkan lagi sesuatu konsep yang diajar
ataupun sukar. Guru-guru juga harus memuji murid-murid mereka apabila mereka
membuat banyak latihan dan pada masa yang sama memarahi mereka sekiranya
mereka tidak membuat latihan-latihan tersebut. Justeru itu, kesan-kesan yang
menyakitkan akan melemahkan pertalian di antara rangsangan dan gerak balas. Kita
juga boleh merumuskan bahawa sesuatu tingkah laku yang diikuti dengan kepuasan
akan diulangi dan jika sesuatu tindakan itu diikuti dengan kesakitan, maka perbuatan itu
akan dihentikan. Implikasi teori ini dalam konteks bilik darjah ialah guru –guru perlu
mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang
menyeronokkan. Selain itu, guru-guru juga mesti memastikan bahawa murid-murid
bersedia sebelum mengajar sesuatu konsep baru dan guru-guru juga harus memberikan
pelbagai jenis ganjaran atau peneguhan yang positif kepada murid-murid yang
menyiapkan sebarang latihan dengan betul.
Thorndike juga telah menyumbang kepada pelbagai aspek pendidikan. Di antara
pencapaian beliau ialah kaedah penilaian, teori perhubungan dan teori pemelajaran
terkenal beliau. Sejak 1903, Thorndike telah menggunakan penilaian objektif untuk
menilai kepintaran manusia. Beliau telah membangunkan beberapa kaedah penilaian
untuk mengukur kebolehan dan pencapaian seseorang individu. Dalam tahun 1920-an,
beliau telah membangunkan CAVD( completion, arithmetic,vocabulary and direction
intelligence test), sebuah alat yang mengukur pengiraan, bahasa dan pemberian
arahan.Beliau juga telah memperkenalkan teori perhubungan iaitu connectionism. Beliau
telah menemui teori perhubungan psikologi iaitu perkaitan yang berlaku pada peringkat
neural atau urat saraf yang disebabkan oleh pengalaman dan kebijaksanaan intelek
manusia. Minda juga mempunyai kebolehan untuk membina perhubungan di antara
rangsangan yang dijangkakan bagi sesuatu gerak balas. Seseorang individu itu
mempunyai intelek dan kebolehan yang tinggi mempunyai lebih banyak ‘perikatan
neural’ daripada individu-individu yang berkebolehan rendah. Mengikut thorndike,
pembentukan perikatan neural ini berdasarkan keturunan atau genetic seseorang
individu dan beliau juga berpendapat bahawa kualiti intelek diperoleh daripada
pendedahan dan pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Beliau juga
mempercayai pengukuran kecerdasan tidak boleh diasingkan daripada latar belakang
kebudayaan seseorang dan beliau telah mengembangkan kefahaman dalam bidang
pendiidkan, khasnya matematik,ejaan dan membaca. Di samping itu, beliau juga telah
memperluaskan teori beliau untuk mengkaji pengukuran kecerdasan (IQ) dan gaya
pembelajaran orang dewasa.
Teori yang seterusnya ialah teori pelaziman operan skinner. Nama penuh beliau
ialah Burrhus F. Skinner (1904-1990). Beliau merupakan seorang ahli psilologi terkenal
di amerika dalam abad ke 20. Pemikiran beliau dipengaruhi oleh penyelidikan –
penyelidikan yang telah dijalankan oleh Pavlov, Watson, Thorndike dan beberapa ahli
psikologi lagi dan turut meluaskan kajian pelaziman dan memperkenalkan istilah’operan’
dalam bidang psikologi yang membawa maksud ‘bertindak ke atas’. Teori beliau juga
telah dihuraikan dalam buku pertamanya ‘the behavior of organisms’ dalam tahun 1938.
Beliau telah menjalankan beberapa eksperimen dengan binatang-binatang seperti tikus
dan burung merpati dan telah membuat satu generalisasi mengenai tingkah laku
manusia yang menjadi asas kepada teori pelaziman operan beliau. Beliau juga telah
menghasilkan sebuah kotak iaitu ‘skinner’s box’ yang digunakan untuk merekod
pemerhatiantingkah laku seekor tikus. Skinner juga berpendapat bahawa perubahan
pada perlakuan individu adalah ahsil daripada tindak balas kepada rangsangan-
rangsanagn daripada tindak balas daripada persekitarannya. Teori ini juga merujuk
kepada sesuatu organisma yang beroperasi dalam persekitaranya dengan pilihan untuk
bertindak balas kepada rangsangan ini kerana organisma akan melakukan tindakan
tersebut dan jika gerak balasnya membawa kesakitan, organisma tidak akan
melakukannya.
Skinner juga telah memerhatiakn bahawa sesuatu tingkah laku itu muncul daripada apa
yang berlaku selepas bertindak balas kepada sesuatu rangsangan iaitu sama ada
ganjaran atau denda yang didapati untuk tindak balas tersebut. Beliau juga menyatakan
bahawa sesuatu gerak balas boleh diperkukuhkan atau dihapuskan dengan peneguhan
positif atau negative. Peneguhan positif merupakan rangsangan yang diberikan oleh
guru yang menyebabkan murid untuk mengulangi atau mengurangi sesuatu tingkah
laku. Sebagai contohnya, apabila guru memuji seseorang murid itu maka murid tersebut
akan mengulanginya. Di samping itu,beliau juga mengutamakan prinsip-prinsip Premack
iaitu denda dan penghapusan. Prinsip ini merujuk kepada pemberian aktiviti yang
kurang meminati oleh murid-murid untuk mengukuhkan tingkah laku yang diinggini atau
positif. Mengikut skinner, sebarang aktiviti yang membawa ganjaran yang tinggi
digunakan untuk mengukuhkan aktiviti-aktiviti yang membawa ganjaran yang lebih
rendah. Sebagai contohnya, guru-guru menyedaikan aktiviti kuiz yang menyeronokkan
dengan syarat murid-muridnya menghabiskan semua kerja rumahnya pada waktu rehat
di sekolah. Selain daripada itu, seorang ibu juga boleh menggunakan pendekatan positif
apabila anaknya enggan mengemaskan bilik tidurnya dengan memberikan hadiah-
hadiah yang disukainya. Peneguhan negative pula merujuk kepada rangsanga ynag
digunakan oleh guru untuk mengelakkan pengulangan sesuatu tingkah laku di kalangan
murid yang terdiri daripada penghapusan atau denda.
Denda merupakan satu proses untuk melemahkan sesuatu tingkah laku yang tidak
diinggini. Denda boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu dengan memberi
rangsangan-rangsangan yang menyakirkan seperti merotan. Cara yang kedua ialah
dengan menarik balik sesautu yang digemari oleh murid-murid seperti tidak
membenarkan mereka keluar bermain atau tidak dibenarkan menonton
televisyen sepanjang hari. Satu lagi prinsip penting yang diutarakan oleh skinner
ialah penghapusan. Sesuatu tingkah laku yang tidak diberi peneguhan positif lama-
kelamaanakan hapus dengan tersendirinya dan tingkah laku yang kurang diinggini di
kalangan murid-murid boleh dihapuskan sekiranya guru-guru tidak memberi sebarang
peneguhan. Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang diutarakan oleh teori pelaziman
operan skinner. Pertamanya ialah tingkah laku yang diperkukuhkan oleh guru secara
positif akan diulang dan pengukuhan secara bersela lebih berkesan daripada yang diberi
secara kerap. Di samping itu, ganjaran juga harus disampaikan sedikit demi sedikit oleh
seseorang guru agar gerak balas dan tingkah laku yang dikehendaki boleh
diperkukuhkan dan proses ini dinamakan sebagai ‘shapin’ iaitu pembentukan tingkah
laku secara beransur-ansur tehadap tingkah laku muktamad yang diinggini.
Menerut skinner, dalam proses pembelajaran guru-guru akan menghadapi
pelbagai jenis halangan dan guru-guru boleh mengatasi pelbagai masalah yang berlaku
dalam bilik darjah dengan mengaplikasikan teori pelaziman operan ini. Salah satu
halangan dalam proses pembelajaran adalah murid-murid menghadapi kegagalan
dalam menjalankan sesuatu tugasan dan guru-guru boleh mengatasi masalah ini
dengan memberikan maklum balas sebaik sahaja murid menyiapkan tugasan mereka
dan mereka juga harus menyemak latihan yang disiapkan oleh murid serta merta.
Halangan yang seterusnya ialah tugasan pembelajaran yang sukar menyebabkan murid
berasa tertekan. Cara mengatasi masalah ini adalah sesuatu tugas pembelajaran harus
dibahagikan kepada langkah-langkah yang kecil agar murid-murid dapat mudah
menyelesaikannya. Selain daripada itu, murid juga mengalami masalah apabila
menerima arahan guru yang kurang lengkap dan tepat untuk sesuatu tugasan dalam
kelas dan untuk menyelesaikan masalah ini, guru-guru harus mengulangi arahan-arahan
guru dengan jelas dan tepat beberapa kali di dalam kelas mereka. Di samping
itu, pengajaran guru yang kurang sistematik dan mengelirukan para murid merupakan
satu lagi masalah yang dihaddapi dalam proses pembelajaran dan penyelesaiannya
ialah guru-guru mesti menyusun isi pengajaran dari mudah kepada kompleks supaya
murid-murid dapat mengecapi pembelajaran secara berperingkat-peringkat. Akhir
sekali, pemberian peneguhan positif adalah amat kurang di dalan bilik darjah. Oleh itu,
guru-guru perlu mengamalkan lebih banyak peneguhan positif di dalam bilik dajah
masing-masing.
Pada masa kini, teori skinner telah banyak digunakan dalam bidang pendidikan untuk
mengatasi fobia dan penyakit jiwa. Selain daripada itu, bahan pengajaran dan
pembelajaran yang berbantu berasaskan computer berasaskan teori skinner digunakan
dengan meluas kerana ia memberikan maklum balas serta merta kepada para murid.
Pada masa yang sama, pengajaran bagi murid-murid yang kurang upaya dan murid-
murid autistic adalah berasaskan prinsip-prinsip teori skinner yang lebih berkesan dan
efektif. Bagi mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja, khasnya di kawasan
industry, ganjaran dan denda digunakan sebagai prinsip-prinsip untuk
menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan. Walaupun terdapat beberapa
kekurangan dalam teori skinner, ia masih memainkan peranan penting dalam
pendekatan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.