TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

6
KENALI TEPUNG DAN KEGUNAANNYA ita sering membuat pelbagai jenis kuih muih, kek, mee dan roti. Bahan utama untuk menghasilkan makanan-makanan ini sudah tentunya tepung.Selalunya kita akan membeli tepung di pasaraya, kedai runcit atau confectionary. Kali ini saya akan berkongsi jenis-jenis tepung yang ada di pasaran. 1. TEPUNG GANDUM epung gandum biasa diperbuat daripada bijirin gandum. Mudah didapati di mana-mana kedai runcit. Fungsinya sama dengan tepung serbaguna. Terdapat yang biasa atau yang telah diputihkan. Tepung gandum biasa mempunyai kandungan kanji yang banyak berbanding tepung gandum dan yang telah diputihkan. Tepung gandum yang telah diputihkan berwarna lebih putih berbanding tepung gandum biasa yang berwarna krim. Sekiranya membuat donut menggunakankan tepung gandum yang telah diputihkan warna donut yang terhasil akan lebih putih dan tepung ini juga sesuai untuk penghasilan mee kuning. Terdapat perbezaan harga tepung gandum di pasaran mengikut kualiti dan potongan subsidi oleh kerajaan. Tepung gandum boleh didapati serendah RM1.35 sekilogram hingga RM3.50 sekilogram pada harga pasaran biasa. 2. TEPUNG SERBAGUNA epung serbaguna sesuai untuk sebarang jenis masakan. Lazimnya kita menggunakan tepung gandum kerana lebih mudah didapati. 3. TEPUNG BERPROTIN TINGGI K T T

Transcript of TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

Page 1: TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

KENALI TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

ita sering membuat pelbagai jenis kuih muih, kek, mee dan roti. Bahan

utama untuk menghasilkan makanan-makanan ini sudah tentunya

tepung.Selalunya kita akan membeli tepung di pasaraya, kedai runcit atau

confectionary. Kali ini saya akan berkongsi jenis -jenis tepung yang ada di

pasaran.

1. TEPUNG GANDUM

epung gandum biasa diperbuat daripada bijirin gandum. Mudah didapati di

mana-mana kedai runcit. Fungsinya sama dengan tepung serbaguna. Terdapat

yang biasa atau yang telah diputihkan. Tepung gandum biasa mempunyai kandungan

kanji yang banyak berbanding tepung gandum dan yang telah diputihkan. Tepung

gandum yang telah diputihkan berwarna lebih putih berbanding tepung gandum

biasa yang berwarna krim. Sekiranya membuat donut menggunakankan tepung

gandum yang telah diputihkan warna donut yang terhasil akan lebih putih dan

tepung ini juga sesuai untuk penghasilan mee kuning. Terdapat perbezaan harga

tepung gandum di pasaran mengikut kualiti dan potongan subsidi oleh kerajaan.

Tepung gandum boleh didapati serendah RM1.35 sekilogram hingga RM3.50

sekilogram pada harga pasaran biasa.

2. TEPUNG SERBAGUNA

epung serbaguna sesuai untuk sebarang jenis masakan. Lazimnya kita

menggunakan tepung gandum kerana lebih mudah didapati.

3. TEPUNG BERPROTIN TINGGI

K T

T

Page 2: TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

epung berprotein tinggi sesuai untuk membuat roti kerana daya menganjalnya

lebih tinggi. Tindak balas penganjalan akan menjadi lebih sempurna apabila diuli

bersama yis

4. TEPUNG BERPROTIN RENDAH

epung berprotin rendah amat sesuai untuk membuat pau.

5. TEPUNG GANDUM TULEN (WHOLE MEAL)

epung ini mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh

diayak dan jika digunakan hasil roti dan muffin akan menjadi berat.

6. TEPUNG NAIK SENDIRI

epung ini juga dikenali sebagai tepung berserbuk penaik kerana mengandungi

kandungan serbuk penaik (baking powder) dan sedikit soda penaik (soda

bikarbonat). Jika tiada tepung ini kita boleh menghasilkannya sendiri dengan

mengayak 260 gm tepung gandum dengan satu sudu makan (rata) serbuk penaik.

7. TEPUNG ROS

epung ros mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut.

Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung di dalam

adunan jika sukatan tepung jagung tidak terlalu banyak di dalam resepi anda. Hasil

biskut tebih rangup dan lebih baik berbanding dengan tepun gandum biasa.

8. TEPUNG OPTIMA

epung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan

sesuai untuk membuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serbaguna,

tepung kastard atau tepung jagung boleh menjadi alternatif bergantung kepada

resepi.

T

T

T

T

T

T

Page 3: TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

9. TEPUNG HONG KONG

epung Hong Kong juga dikenali sebagai water lily flour, iaitu sejenis tepung yang

sangat putih dan seringkali digunakan untuk membuat pau. Sukar didapati

kerana tepung ini mudah rosak (berkulat atau berkutu) Anda boleh menggantikan

dengan tepung jenama bluekey atau mana-mana tepung berprotin rendah, hasilnya

mungkin tidak sama tetapi ianya tidak merubah rasa.

10. TEPUNG HOEN KWEE

epung ini di mempunyai pelbagai jenis warna pembungkus di pasaran. Untuk

membeli tepung yang berwarna putih pilihkah pembungkus berwarna biru.

Pembungkus berwarna hijau mempunyai tepung berwarna hijau pastel manakala

pembungkus berwarna jingga mempunyai tepung berwarna kuning pastel. Anda

boleh mencampur warna yang lebih terang atau menambah jus pandan atau

perwarna hijau untuk menambah warna mengikut jenis kuih yang dihasilkan.

11. TEPUNG PULUT

epung berwarna putih dan biasanya diimport dari Thailand, dihasilkan daripada

beras pulut. Pembungkusan sama seperti tepung beras dan anda harus

membaca label dengan teliti sebelum membeli. Kini terdapat juga dipasaran tepung

pulut hitam untuk membuat kuih koci tetapi tepung pulut hitam ini perlu ditambah

dengan tepung pulut putih mengikut kesesuaian resepi. Anda boleh membaca pada

label pembungkusan sebelum membeli.

12. TEPUNG BERAS

epung yang dihasilkan daripada beras biasa. Biasanya digunakan untuk

menghasilkan bater. Mudah didapati di mana-mana kedai runcit. Jika malas

T

T

T

T

Page 4: TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

hendak ke kedai, memadai dengan merendam beras dan kemudiannya dikisar

dengan air dan ditapis dengan kain maslin. Penggunaan air adalah sama seperti

sukatan bater yang akan anda hasilkan sama ada bater pekat atau bater cair.

13 TEPUNG UBI

epung ini dihasilkan daripada ubi kayu. Hasil daripada tepung ini agak liat.

Biasanya sedikit tepung gandum ditambah untuk mengurangkan kadar keliatan

kuih yang dihasilkan. Sesetengan adunan kuih ditambah dengan sedikit tepung ubi

untuk menghasikan kuih yang lebih kenyal dan enak.

14. TEPUNG SAGU

erhasil daripada sagu pokok rumbia. Banyak terdapat di pantai timur, Sabah dan

Sarawak. Fungsinya sama seperti tepung ubi malah kuih muih dihasilkan

daripada tepung sagu lebih enak berbanding tepung ubi, Digunakan untuk membuat

keropok lekor dan amplang.

15. TEPUNG JAGUNG

epung ini berfungsi untuk memekatkan kuah dan merangupkan biskut. Boleh

juga diugakan untuk menyadur makanan bergoreng seperti udang dan ayam .

16. TEPUNG KASTARD

epung ini berfungsi memadatkan tekstur kek. Seringkali digunakan untuk

membuat puding atau sos manis. Terdapat dipasaran dalam versi segera yang

hanya perlu dicampur air atau susu sahaja.

17. TEPUNG KANJI GANDUM

T

T

T

T

Page 5: TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

epung ini dihasilkan daripada kanji gandum digunakan untuk membuat

dumpling, dim sum, dan kuih muih tradisi kaum Cina

18. Tepung Kentang

epung kentang dibuat dari kentang keseluruhan ( termasuk kulit ) . Kentang

boleh jadi mentah atau dimasak . Cara sama ada ia pertama kering kemudian

dikisar menjadi tepung .

Hasilnya ialah , tepung berwarna krim yang berat dengan rasa kentang . Tepung ini

mudah menyerap cecair, jadi ia berfungsi dengan baik apabila dimasukkan ke dalam

campuran tepung tanpa gluten dalam jumlah yang kecil, biasanya untuk membuat

roti dan bingka. Terlalu banyak tepung kentang dalam resipi akan menyebabkan

produk siap menjadi padat dan melekit . Sebagai contoh , muffin dengan terlalu

banyak tepung kentang tidak akan masak sepenuhnya. Biasanya tepung ini

digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Ini, tepung kentang ialah pilihan terbaik

dalam resipi roti tanpa gluten.

19. Tepung Kanji Kentang

anji kentang adalah kanji tepung putih halus , sama seperti tekstur untuk tepung

jagung . Jika anda tidak berhati-hati apabila bekerja dengan ketika aktiviti

menimbang tepung kanji kentang ini, seluruh dapur ada akan menjadi seperti

jerebu...

Ia dibuat daripada komponen kanji kentang kering yang dikupas . Ia tidak

mempunyai rasa kentang sesuai untuk pelbagai resipi , manis atau tidak manis.

Ia juga merupakan pemekat besar dalam kuah , sos , dan dalam kastard serta puding

, yang biasanya menggunakan tepung jagung .Ini adalah berita baik untuk individu

yang mempunyai alahan dengan jagung,

TETAPI , jika anda menggunakan kanji kentang sebagai pemekat untuk cecair (

seperti kuah atau sos ) , di sini adalah tip yang sangat berguna : Tidak seperti tepung

jagung , cecair pekat dengan kanji kentang tidak boleh direbus . Kanji kentang hilang

akan keupayaan untuk memekat apabila direbus.

20. TEPUNG KACANG HIJAU

ibuat daripada biji kacang hijau.Tepung ini digunakan untuk membuat putu

kacang, koleh kacang, tepung gomak dan lain-lain. Sekarang tak perlu lagi

bersusah payah menggoreng kacang hijau dan menumbuk menggunakan lesung

kayu. Semuanya ada dikedai.

T

T

K

D

Page 6: TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

ebiasaannya kita akan mengayak tepung sebanyak 3 kali untuk memerangkap

udara selain daripada mengelakan terdapatnya benda asing yang tidak diingin yang

terdapat dalam tepung.

Untuk menghasilkan bahulu atau bahulu gulung yang ringan dan cantik tepung gandum

dijemur, disangai atau dibakar sebentar dalam ketuhar, pastikan jangan sampai hangus.

Walau tepung jenis apa, atau petua yang diamalkan pengetahuan membuat kuih lebih

penting. Walau sebaik manapun kualti tepung yang digunakan tetapi jika anda langsung

tiada kemahiran mungkin tidak berbaloi.....

Terima kasih kerana sudi menjengah ke sini, segala yang baik datang dari Allah yang buruk

saya cuba hindari Insya Allah....

K