TERAPI HAIWAN

download TERAPI HAIWAN

of 20

  • date post

    25-Nov-2015
  • Category

    Documents

  • view

    53
  • download

    1

Embed Size (px)

Transcript of TERAPI HAIWAN

PELAKSANAAN HAIWAN

TERAPI HAIWANDISEDIAKAN OLEH : JECQVELINE PAULUS: ROZALIA RAHIMTRACY LEONGKONSEP DAN DEFINISITerapi haiwan atau dinamakan pet therapy atau animal assisted therapy (AAT) ini sudah menjadi satu fenomena baru di Barat setelah para saintis yang melakukan kajian mendapati murid berkeperluan khas yang memiliki haiwan peliharaan lebih terurus ketika berhadapan dengan tekanan perasaan berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan.

Terapi haiwan membawa maksud rawatan pemulihan untuk memulih atau meningkatkan tahap sesuatu perkara kanak-kanak berkeperluan khas dengan menggunakan haiwan sebagai medium. Terapi haiwan mampu meningkatkan keyakinan diri, keseimbangan badan, membantu kanak-kanak agar lebih fokus mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.

Terapi haiwan contohnya terapi berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain.

Menurut Lisa McCallum ( Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".

Antara jenis-jenis terapi haiwan yang boleh dilakukan ialah:

1. Terapi kuda2. Terapi anjing3. Terapi kucing4. Terapi ikan lumba-lumba

Murid-murid berkeperluan khas yang memerlukan terapi haiwan antaranya ialah:

1. Spina Bifida2. Cerebral Palsy3. Muscular Dystrophy4. Multiple Sclerosis5. Amputees6. Visual and hearing impairments7. Intellectual disabilities8. Down Syndrome9. Autism10. Stroke11. Paralyzed

PERLAKSANAAN TERAPI HAIWAN

Perlaksanaan terapi haiwan perlu dilaksanakan berdasarkan beberapa kriteria-kriteria yang perlu dititikberatkan agar ia dapat diaplikasikannya secara berkesan.

Masyarakat kini mulai sedar betapa pentingnya terapi haiwan terhadap kanak-kanak khas terutamanya bagi kanak-kanak autism, hiperaktif (ADHD) dalam mempengaruhi mereka untuk berkomunikasi, bersosial, mengawal emosi dll. Antara terapi haiwan yang wujud adalah terapi berkuda,terapi anjing, terapi kucing, burung dll.

-Di Amerika Syarikat, perkataan terapi amat dititikberatkan ini kerana ia bermaksud sesuatu terapi itu memenuhi kriteria tertentu seperti mempunyai ahli terapi berlesen yang menetapkan matlamat rawatan individu, panduan rawatan, dokumentasi rawatan, menilai kejayaan rawatan dan termasuk bil insurans untuk rawatan terapi ini.

- Oleh itu, bagi melaksanakan terapi haiwan ini, persediaan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan aplikasi negatif timbul. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam menjalankan terapi haiwan :PASTIKAN KESEDIAAN HAIWAN

- Haiwan ini dapat merasakan perubahan emosi penunggangnya ataupun orang yang ada disekitarnya. Menurut Mc Bane (1994), seekor kuda dengan sifat yang cenderung agresif akan bereaksi gelisah ketika orang yang akan menungganginya gelisah. Harvest (1997), menyatakan bahawa kuda dapat merasakan apa yang dirasakan oleh manusia, kerana kuda memiliki deria ke enam (sixth sense) yang baik. Kuda dapat mendengar pemikiran atau merasakan getaran perasaan yang tidak dapat dirasakan manusia, selain itu kuda juga dapat mencium bau keringat orang yang sedang merasa ketakutan.

- Memastikan haiwan tersebut mempunyai potensi dalam menjadi haiwan terapi, Contohnya, membawa anjing terapi ketempat yang terdapat ramai orang, seperti di taman, dan lihat bagaimana ia bertindak balas dan berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Pastikan dia bertindak balas kepada arahan anda walaupun dalam persekitaran sibuk

Oleh itu, mengikut pakar dalam terapi haiwan Delta Societys mengenai mengaplikasikan terapi haiwan dalam panduan murid adalah :

- Terapi haiwan ini boleh memberi risiko terhadap haiwan apabila rawatan ini memberikan prioriti utama kepada kanak-kanak berbanding keperluan haiwan tersebut. Oleh itu, pengendalian doktor yang berpengalaman, pengendali terapi, pemilik haiwan dan orang yang berkaitan perlu diambil perhatian :

- Pastikan haiwan ini tidak pernah digunakan dalam pengendalian terapi haiwan sebelum ini. Ini bagi mengelakkan kesukaran haiwan ini menyesuaikan diri kerana mempunyai satu ikatan kekal terhadap pemiliknya sebelum ini.

- Keperluan haiwan perlu dititikberatkan dan seimbang dengan keperluan klien.

- Patuhi undang-undang tempatan mahupun antarabangsa berhubung dengan kebajikan haiwan pada setiap masa. Pastikan permit, lessen mahupun pendaftaran diperolehi terlebih dahulu.

- Pusat jagaan, rumah dan pihak mana-mana yang terlibat dalam terapi ini mestilah berperikemanusian dan tidak melanggar peraturan . Ini kerana haiwan perlulah dijaga dengan sifat saling hormat-menghormati (Gammonley et al., 2003, p. 22).KESEDIAAN PENGENDALI TERAPI

- Pengendali perlu menjalani latihan dalam melaksanakan terapi haiwan secara berkesan. Ini amat penting kerana melalui latihan kita mengetahui dan dapat mengagak implikasi yang akan berlaku sekiranya sesuatu tindakan dijalankan.

- Sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan klien bagaimana kita hendak memastikan klien dapat menjaga haiwan dengan selamat dan apabila menghadapi situasi yang mencabar.

- Ini akan membahayakan keselamatan klien serta haiwan tersebut. Namun, di Negara Malaysia pendedahan mengenai terapi haiwan amat kurang dan kita boleh membuat rujukan melalui organisasi luar negara yang lebih aktif dalam bidang ini,MENYEDIAKAN BORANG PENILAIAN

Penyediaan borang penilaian ini amat penting bagi menyediakan bukti kukuh rawatan. Penilaian perlu dijalankan secara konsisten dengan mencatatkan segala maklumat penting sepanjang rawatan dijalankan.

Menentukan haiwan terapi ini berkeadaan baik. Sediakan senarai semak soalan-soalan asas baik. Antaranya adalah seperti adakah haiwan terapi ini merasa gembira ketika sesi terapi dijalankan,

PEMERIKSAAN KESIHATAN

- Dapatkan pemeriksaan veterinar\ bagi haiwan terapi tersebut. Kebanyakan kemudahan dan pendaftaran kebangsaan memerlukan laporan bertulis kesihatan haiwan tersebut.Haiwan terapi tersebut memerlukan suntikan vaksin yang terbaru dan berkeadaan sihat, maka ia tidak memberikan risiko terhadap kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang rendah.

-Pastikan klien atau kanak-kanak khas tersebut tidak menghidapi sebarang alergik terhadap haiwan terutamanya haiwan berbulu seperti kucing, anjing dan sebagainya. Membuat semakan rekod kesihatan dan latar belakang kanak-kanak yang mungkin pernah mengalami fobia atau trauma terhadap sesetengah haiwan

- Menentukan jika anjing ini perlukan latihan khas sebelum sesi terapi dijalankan. Sesetengah anjing secara automatik mempunyai kelakuan, sosial yang baikPELAKSANAAN TERAPI KUCING

- Terapi kucing ini lebih praktikal dengan menggunakan kucing kesayangan sendiri.

Melalui terapi ini, kanak-kanak lebih mudah untuk didekati dengan menerapkan perasaan kasih sayang, sifat tanggungjawab dan meluaskan lagi perspektif komunikasi kanak-kanak.

Selain itu, ia dapat menaikkan keyakinan diri kanak-kanak untuk bertutur apabila mereka mudah untuk bercerita ketika bersama haiwan dan sekaligus menghilangkan rasa rendah diri atas kekurangan yang dimiliki.

Selain itu terapi kucing boleh merendahkan tekanan darah, menghilangkan stress, menimbulkan ketenangan yang hanya akan dialami dengan mempunyai haiwan kesayangan.

Cara melaksanakan terapi kucing

Kucing terapi ini mestilah dalam keadaan bersedia

- dengan mempunyai personaliti tenang, santai dan mudah bertoleransi di dalam situasi atau suasana yang berbeza. Kucing yang mudah bereaksi secara tiba-tiba adalah kucing terapi yang tidak bersesuaian.

-Mestilah mempunyai reaksi dengan tenungan, bunyian yang tiba-tiba. Serta, dapat menerima tarikan, dicucuk ataupun dikasari tidak melampau daripada kanak-kanak

- Pada permulaan terapi, kucing terapi mestilah dalam keadaan yang selesa, bersih dan bersedia.

Memperkenalkan kucing terapi

- Mengajar kanak-kanak memegang kucing dengan betul tanpa mengasarinya

- Mengusap lembut diatas kepala, dibawah dagu kucing terapi untuk menenangkan kucing terapi

- Memberikan nama kepada kucing tersebut

- Boleh meletakkan kucing di atas pangku tanpa takut padanya

Cara menjaga keperluan kucing

- Mengajar kanak-kanak untuk menguruskan keperluan kucing dibawah pemantauan ibu bapa @ pengendali terapi

- Memberikan makan dan minum mengikut jadual

- Memandikan seminggu @ 2 minggu sekali

- Membawa kucing bersiar-siar

- Bermain bersama

o Mengajar kanak-kanak untuk berkomunikasiMASALAH DAN CABARAN DALAM TERAPI HAIWAN

Terdapat beberapa masalah dan cabaran dalam pelaksanaan terapi haiwan antaranya adalah seperti berikut:

1. Terdapat sebahagian murid yang alergi dengan binatang.

2. Murid yang mempunyai penyakit asma tidak boleh dekat dengan sesetengah haiwan berbulu yang digunakan dalam terapi.\

3. Perlaksanaan terhad dan perlu mengikut masa tertentu.

4. Murid-murid perlu di bawa ke pusat terapi kerana tidak dapat dijalankan di sekolah.

5. Sesetengah terapi memerlukan jurulatih dan tidak boleh dilakukan dengan sendiri.

6. Sesetengah haiwan sukar dikawal untuk tujuan terapi.

7. Kos penjagaan haiwan yang tinggi.

PENUTUP

- Terapi-terapi di dalam pendidkan khas khususnya terapi haiwan diharapkan dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran dapat Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka. Melatih mereka supaya mematuhi disiplin. Dan memberikan pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya. Membentuk sikap bertanggungjawab dan mengh